You are on page 1of 4

KEMPEN

HOUR OF
30 OKT 13 NOV 2017
CODE

Pelaksanaan Hour of Code telah mendapat kelulusan daripada


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Petugas Khas
Inisiatif Digital Tech @ Schools KPM-MDEC Bil. 1/2017 pada 10 Oktober
2017. Ini adalah salah satu komponen strategik di bawah
pelaksanaan #mydigitalmaker Movement.

Apakah itu Hour of Code (HOC)? Bagaimana untuk melaksanakan


Hour of Code?
HOC ialah aktiviti selama 1 jam untuk
memperkenalkan murid kepada asas
Langkah 1:
pengaturcaraan (coding) dan sains komputer
Daftarkan sekolah anda melalui Google Form
di semua sekolah.
di portal KPM - https://www.moe.gov.my
Aktiviti ini telah disertai oleh 100 juta murid di
Langkah 2:
180+ negara.
Muat turun Manual Pelaksanan Kempen Hour
of Code di portal KPM. Ikuti langkah-langkah
mudah dan garis panduan yang disediakan.

Langkah 3:
Setelah selesai pelaksanaan di sekolah, muat
turun Borang Akuan Penyertaan di portal
KPM. Seterusnya, muat naik Dokumentasi &
Laporan Aktiviti melalui Google Form.

30 Oktober 12 November
Pendaftaran & Pelaksanaan HOC Sijil Penyertaan & Hadiah Bernilai

RM 47,000
Sekolah melalui portal KPM

13 November untuk dimenangi!


Tarikh Tutup Pelaksanaan HOC

Victor Lam Nadya Jaafar Pegawai


HUBUNGI KAMI: T: 014-246 2050 T: 019-764 4489 Jabatan Pendidikan Negeri
(Sektor Pengurusan Akademik)
E: victor.lam@mdec.com.my E: nadya.jaafar@mdec.com.my
KEMPEN HOUR OF CODE

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation


(MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, sedang
giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4 (2011-2020): Konsolidasi dan
Kelestarian. Fokus Pembestarian Sekolah (2016 2020) ialah penambahbaikan
secara sistemik melalui peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta
pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; pemantapan infrastruktur
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); dan penilaian murid berasaskan
keberhasilan.

A. Hour of Code

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan


untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap
pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari
dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan
dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains
Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer
Sains. Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan
#mydigitalmaker movement.

Hour of Code merupakan satu gerakan global yang memberi impak kepada 100 juta
murid di 180+ negara. Melalui aktiviti ini, murid-murid menyelesaikan masalah
melalui gamifikasi drag & drop programming secara dalam talian. Proses ini
biasanya akan mengambil masa selama 30 60 minit sahaja. Klik di sini untuk
mencuba contoh aktiviti (Star Wars) - https://code.org/starwars

B. #mydigitalmaker movement

#mydigitalmaker merupakan gerakan kebangsaan yang diterajui oleh Malaysia


Digital Economy Corporation (MDEC) dengan kerjasama KPM, pihak swasta dan
universiti yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2016.
Gerakan ini bertujuan untuk memupuk minat, meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi, kemahiran penyelesaian masalah dan menyediakan murid untuk menghadapi
pasaran kerja baru ekonomi digital.

C. Punca Kuasa

Pelaksanaan Hour of Code telah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah


Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Petugas Khas Inisiatif Digital Tech @
Schools KPM-MDEC bertarikh 10 Oktober 2017.

1
D. Komitmen Sekolah dalam menjalankan Hour of Code

Pihak sekolah dikehendaki mengenalpasti guru penyelaras dan murid-murid yang


akan mengambil bahagian dalam kempen ini.

E. Kaedah untuk melaksanakan Hour of Code

Langkah 1: Daftarkan sekolah anda melalui Google Form di


http://gg.gg/pendaftaran_hoc.

Langkah 2: Muat turun Manual Pelaksanaan Kempen Hour of Code


di http://gg.gg/manual_hoc.

Ikuti langkah-langkah mudah dan garis panduan yang


disediakan.

Langkah 3: Setelah selesai pelaksanaan Hour of Code di sekolah,


muat turun Borang Akuan Penyertaan di
http://gg.gg/akuan_hoc.

Seterusnya, muat naik Laporan dan Dokumentasi aktiviti


di http://gg.gg/laporan_hoc.

F. Garis Masa

30 Okt 12 Nov 2017 Pendaftaran dan Pelaksanaan Hour of Code sekolah


melalui Portal KPM

13 Nov 2017 Tarikh Tutup Pelaksanaan Hour of Code

14 15 Nov 2017 Pemilihan dan pengumuman para pemenang Hour of Code

16 No 2017 Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil di Majlis Anugerah


Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017

G. Anugerah dan Hadiah

Hadiah bernilai RM 47,000 ditawarkan kepada sekolah-sekolah yang mengambil


bahagian. Murid-murid yang berjaya menyelesaikan semua tahap akan menerima
sijil secara dalam talian oleh Code.org manakala sijil penyertaan akan diberikan
kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan menepati kriteria yang ditetapkan.

2
H. Pautan Laman Web untuk Pelaksanaan Hour of Code

1. Platform Hour of Code http://gg.gg/hourofcode-my


2. Manual Pelaksanaan http://gg.gg/manual-hoc
3. Pendaftaran http://gg.gg/pendaftaran-hoc
4. Borang Akuan Penyertan http://gg.gg/akuan_hoc
5. Laporan dan Dokumentasi http://gg.gg/laporan-hoc
6. #mydigitalmaker - https://www.mydigitalmaker.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Victor Lam


Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
T: 014-246 2050
E: victor.lam@mdec.com.my

Puan Nadya Jaafar


Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
T: 019-764 4489
E: nadya.jaafar@mdec.com.my

Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri


(Sektor Pengurusan Akademik)

You might also like