You are on page 1of 9

MODUL 9

DINAMIKA KUMPULAN DAN


PEMBINAAN PASUKAN

Tajuk Perkara Bil Perincian

1 Dinamika Kumpulan 1.1 Set Induksi

1.2 Mengenali Rakan

1.3 Berinteraksi dalam kumpulan

1.4 Pembinaan kumpulan

1.5 Melantik ketua kumpulan

1.6 Penutup

2 Pembinaan 2.1 Pengukuhan pasukan


Pasukan
2.2 Mewarna Bendera Jalur
Gemilang
DINAMIKA KUMPULAN DAN
PEMBINAAN PASUKAN

Dinamika Kumpulan merupakan satu aktiviti awal yang bertujuan untuk


memecahkan rasa malu dan segan di kalangan murid-murid baru dari pelbagai
latar belakang dan persekitaran. Di samping itu aktiviti ini juga membolehkan
kanak-kanak mengenali antara satu dengan lain dalam masa yang singkat.

Pembinaan Pasukan ialah aktiviti yang dijalankan selepas aktiviti dinamika


kumpulan. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dipupuk untuk meningkatkan
semangat bekerja dan berinteraksi dalam kumpulan sebagai persediaan untuk
aktiviti pembelajaran seterusnya.

Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.1 Set Induksi


5 minit
Tujuan

Menyediakan minda pelajar (mind set ) untuk aktiviti seterusnya.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan Pengetahuan guru tentang
semua murid yang berjaya masuk ke Tahun Satu di Sekolah ini. kelebihan murid-murid seperti
potensi, bakat, sahsiah,
ketrampilan diri, kekemasan
2. Guru juga memberi pujian kepada semua murid kerana pakaian untuk di beri pujian
berpakaian kemas dan cantik. individu.

Guru digalakkan juga


3. Guru meminta semua murid memberikan tepukan bergemuruh mengajar murid melakukan
untuk diri sendiri di atas kejayaan semua. tepukan bersatu atau
tepukan bersambut.

Masa aktiviti dijalankan


semua guru tahun satu
hendaklah ada bersama

9-1
Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN
1.2 Mengenali Rakan

Tujuan

Murid dapat mengenali rakan baru dan merapatkan hubungan


mesra antara mereka dalam masa yang singkat.

LANGKAH-LANGKAH

1. Beri setiap murid satu belon pelbagai warna dan minta mereka
meniup dan mengikatnya dengan benang. Bahan :-
Belon pelbagai warna dan
2. Minta murid berkumpul dalam kumpulan mengikut warna belon. benang

3. Selepas berkumpul murid-murid dikehendaki berkenalan 1. Guru mengawasi dan


dengan rakan baru mereka melalui sebutan nama ringkas membantu murid
sambil bersalaman. sewaktu aktiviti berjalan.

2. Murid digalakkan
membantu kawan untuk
Contoh : Saya Fadhil meniup dan mengikat
belon.
4. Guru bertanyakan kepada murid mengapa kita perlu mengenali
3. Semasa arahan
nama kawan-kawan melalui soalan-soalan ringkas. diberikan, beri jangka
masa yang singkat agar
Contoh Soalan : mereka dapat bergerak
dengan pantas.
a. Seronok tak kalau orang panggil nama yang betul?
4. Galakkan murid
b. Apa rasa kalau orang main-mainkan nama kita? berjumpa dengan rakan
c. Mana seronok, ada ramai kawan atau sedikit kawan? yang belum dikenali.

5. Murid digalakkan
mengingat nama kawan-
kawan baru.

9-2
Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.3 Berinteraksi dalam kumpulan 20 minit

Tujuan

Murid dapat mengurangkan rasa malu dan bimbang semasa


berinteraksi dengan rakan-rakan baru dari pelbagai latar belakang.

LANGKAH-LANGKAH

1. Beri setiap murid sekeping gambar binatang seperti gambar


kucing, ayam, burung, itik, harimau, kambing dan lain-lain. 1. Guru digalakkan
membuat demontrasi
bunyi binatang agar
2. Kemudian mereka dikehendaki melakonkan bunyi binatang difahami oleh murid.
tersebut sambil mengajuk pergerakan binatang bergerak di
merata tempat. 2. Setiap pergerakan murid
perlu diawasi oleh guru.
3. Murid-murid berkumpul dalam kumpulan mengikut bunyi 3. Guru digalakkan
binatang-binatang tersebut. menyanyikan dahulu lagu
tersebut.
4. Murid berkenalan dengan rakan baru dengan menyebut nama
4. Murid yang enggan
dan satu sifat baik. bekerjasama, minta
mereka duduk dan
Contoh : Saya Liza memerhati. Sekali-sekali
Saya rajin fasilitator tanyakan
samada ia mahu turut
serta atau tidak.
5. Setiap kumpulan diminta mencari apakah makanan yang
dimakan oleh haiwan tersebut (ikut nama kumpulan ) SENIKATA LAGU BUNYI
HAIWAN
6. Guru menyanyikan lagu haiwan bersama dengan
murid-murid Saya ayam
kok, kok, kok, kok....

Saya itik
pak,... pak,... pak, ...
Saya burung
pit, ... pit,... pit,... pit,...

Kami bunyi
. kok, kok, kok, kok....
pak,... pak,... pak, ...
pit, ... pit,... pit,... pit,

9-3
Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.4 Pembinaan kumpulan 30 minit

Tujuan

Memupuk nilai-nilai murni dan semangat bekerjasama di kalangan


murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Beri setiap murid satu nombor dan mereka dikehendaki


berkumpul mengikut kumpulan nombor tersebut dan duduk
dalam satu bulatan.

2. Minta setiap murid menyebutkan dan mengingat nama kawan Berikan ganjaran kepada murid
di sebelah kiri dan kanan. Rakan yang lain digalakkan yang dapat mengigat nama
semua ahli dalam kumpulan.
mengingat nama setiap ahli kumpulan.

3. Selepas itu minta mereka bertukar tempat duduk. Setiap kali


Jika hendak bentuk
bertukar tempat duduk minta mereka mengingat nama kawan 5 kumpulan maka nombor
di sebelah kiri dan kanan. mestilah antara
1 hingga 5
4. Minta setiap kumpulan menyebutkan nombor kumpulan
masing-masing dengan kuat, bersemangat dan sama. (Boleh
juga adakan pertandingan menyebut nombor kumpulan ). Nombor yang diberikan
mestilah sama bilangan
mengikut ahli dalam kumpulan.

9-4
Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.5 Melantik ketua kumpulan

Tujuan

Murid mengetahui perlunya ada seorang ketua di dalam satu


kumpulan

LANGKAH-LANGKAH

1. Murid-murid dikehendaki melantik seorang ketua kumpulan Nama dan ahli kumpulan ini
secara sukarela atau pilihan kawan-kawan. kekal hingga tamat orientasi

2. Minta mereka berbincang untuk mencari nama bagi kumpulan


mereka dan kumpulan yang mendahului kumpulan lain diberi
ganjaran.

3. Fasilitator menerangkan mengapa perlu seorang ketua dalam


satu-satu kumpulan.

Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.6 Penutup

Tujuan

Mengeratkan lagi hubungan di antara rakan-rakan yang baru


dikenali.

LANGKAH-LANGKAH

Berpegang tangan membuat bulatan sambil menyanyi .


Contoh : Lagu rasa sayang hei atau
Lagu-lagu di Tadika.
2. Dalam barisan, picit belakang kawan.

3. Bersalaman di antara satu sama lain.

9-5
Tajuk 2

PEMBINAAN PASUKAN

2.1 Pengukuhan Pasukan

Tujuan

1. Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan murid.

2. Mengurangkan rasa malu di kalangan murid semasa


berinteraksi dalam kumpulan

3. Untuk meningkatkan daya saing dalam diri murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mulakan perjumpaan dengan sama-sama membacakan


Surah Al-Fatihah (bagi yang beragama Islam).
Permainan menyebut nama-
2. Beri pengukuhan positif kepada semua murid yang telah nama :
memberikan kerjasama menjayakan aktiviti Dinamika buah-buahan
Kumpulan. benda dalam kelas
benda dalam rumah
kereta
3. Guru menjalankan pertandingan menyebut nama kumpulan. binatang
Setiap kumpulan diminta menyebut nama kumpulan mereka
(Seperti Tajuk 1.5 Langkah 2). Kumpulan yang berjaya ialah Contoh
yang dapat menyebut nama kumpulan mereka secara bersama,
Kumpulan A menyebut nama
kuat dan bersemangat. buah-buahan. Kumpulan B
menyebut nama benda dalam
4. Setiap kumpulan diberi tugasan menyebut nama benda maujud kelas dan seterusnya.
yang ditetapkan seberapa banyak yang boleh.

CONTOH:
Kumpulan 1 sebut nama buah-buahan
Kumpulan 2 sebut nama kereta

5. Guru mengumumkan keputusan kumpulan yang


paling banyak menyebut nama benda yang
ditugaskan.

9-6
Tajuk 2

PEMBINAAN PASUKAN

2.1 Pengukuhan Pasukan (disambung)

LANGKAH-LANGKAH

7. Guru bertanyakan khabar secara umum dan rambang


kepada murid-murid.

8. Guru memuji murid-murid yang telah menunjukkan


kerjasama, kecergasan dan sebagainya.

9-7
Tajuk 2

PEMBINAAN PASUKAN

2.2 Mewarna Bendera Jalur Gemilang

Tujuan

1. Mengukuhkan pengetahuan murid tentang warna-warna


Jalur Gemilang.

2. Memupuk nilai-nilai patriotik dalam diri murid-murid.

3. Memupuk daya saing dalam diri murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan masing- Dicadangkan saiz bendera


masing. yang akan di warna oleh
murid adalah berukuran kad
manila.
2. Guru menunjukkan contoh Jalur Gemilang yang sebenar di
depan kelas.

3. Guru memberi setiap kumpulan sehelai kertas yang siap


dilukis gambar Jalur Gemilang.

4. Murid-murid mewarna bendera secara bekerjasama


dengan menggunakan crayon atau pensil warna

5. Guru meminta kumpulan demi kumpulan menunjukkan Guru boleh menambah


hasil mereka kepada semua murid. aktivit-aktiviti pembinaan
pengukuhan kumpulan yang
lain seperti :
6. Guru mengumumkan kumpulan yang dapat mewarnakan Pertandingan Nyanyian
jalur gemilang dengan betul dan menarik. Kumpulan seperti lagu “Kalau
Rasa Gembira..”
7. Ketua kumpulan mempamerkan hasil kumpulan di sudut Lagu :-(If you know you’re
lukisan happy and you know it…”)

Tepuk Tangan
8. Guru bebincang dengan murid mengenai: Hentak Kaki
- warna dan makna Petik Jari
- cara menghormati Tepuk Peha
Sebut “Hurray”
- cara mendaulatkan negara

9-8

You might also like