You are on page 1of 5

Muzik dan Gerakan

Teori Gerakan Emile Jaques-Dalcroze

“Dalcroze Eurhythmic” adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah
elemen utama dalam muzik.Komponen asas Dalcroze ialah:

1. Euritmik

2. solfege

3. Improvisasi

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam


pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui
proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah,
improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas
bermula dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah, university dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain
seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya.

Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-
keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-
kanak:

” Untuk bergerak

” Berjaya dan diperkenalkan


” Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat

” Untuk bersaing

” Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik

” Untuk mengembara

” Memperoleh kepuasan kreativiti

” Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama

” Untuk mengetahui

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya


iaitu “Theory of multiple interlligences”. Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7
“theory of multiple interllegences” dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan
adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga
prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.

Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak
menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya
mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk
membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai
usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi
memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.
Euritmik (eurhythmic)

Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa
muzik.Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah
emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan
manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang boleh
meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan
menganalisis bunyi, muzik dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui
pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.

Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan


imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak
isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik
instrumental (muzik tanpa nyanyian).

Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan


minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu:

” Mendengar

” Merasai

” Berimaginasi

” Mengintrepetasi bunyi

” Bertindak/respon/bergerak
” Membayangkan maksudnya secara luaran

Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik
seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya.
Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk
kreografi.

Solfa (solfage)

Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan


kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-
hearing) dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan
membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu
seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.

Improvisasi (improvision)

Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak
isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen
yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm).
Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh
kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan.

SUMBER: http://pgsrmuzik08iptho.net/dalcroze.html
Share this:

You might also like