You are on page 1of 19

REKREASI DAN KESENGGANGAN BAB 2

BAB 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

HASIL PEMBELAJARAN: Bab 1 : Pengenalan kepada Pengurusan


Pendidikan Jasmani dan Sukan
Setelah mengikuti bab ini, anda Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan
akan dapat: Bab 3 : Perancangan Organisasi Dalam
Pendidikan Jasmani dan Sukan
x Memahami makna rekreasi dan
Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional
kesenggangan dan Antarabangsa
x Menghuraikan hasil yang boleh Bab 5 : Proses Pengurusan dalam
Pendidikan Jasmani
diperolehi aktiviti rekreasi dan
Bab 6 : Pengelolaan Pertandingan
kesenggangan Sukan
x Menjelaskan perbezaan di antara Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan
aktiviti rekreasi dan kesenggangan Pertandingan
Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan
x Mengenal pasti jenis aktiviti yang Pertandingan Sukan Mini
dijalankan dalam aktiviti rekreasi Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan
dan kesenggangan Pertandingan Permainan
Tradisional
x Mencirikan konsep aktiviti rekreasi Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan
dan kesenggangan Pertandingan Sukan Ragam

2.0 PENGENALAN RINGKASAN BAB

Rekreasi dan kesenggangan bukanlah satu REKREASI


aktiviti baru dalam kehidupan manusia. x Hasil yang Diharapkan dari
Sejak zaman dahulu kala, manusia sentiasa Rekreasi
akan merasa istirahat dan kegembiraan
walaupun sejenak. Pengalaman beraktiviti ini KESENGGANGAN
akan berbeza dari seorang dengan yang x Konsep kesenggangan
lain. Setiap manusia mempunyai variasi dan
kepelbagaian dalam memilih aktiviti rekreasi AKTIVITI REKREASI DAN
dan kesenggangan. Ianya mempunyai KESENGGANGAN
perkaitan dengan istirahat dan kegembiraan x Aktiviti Rekreasi Luar
melalui pengaruh persekitaran yang ada. x Aktiviti Rekreasi Dalam
Kesemua peristiwa, pengalaman dan tempat x Aktiviti Kesenggangan
di mana istirahat dan kegembiraan itu terjadi,
dari segi sejarahnya adalah berbeza antara PENGURUSAN AKTIVITI
seseorang dan antara satu kelompok REKREASI
budaya dengan yang lain. x Persediaan Program
x Pelaksanaan Program

22
OUM
BAB 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

2.1 KONSEP, DEFINISI DAN KEPENTINGAN REKREASI DAN


KESENGGANGAN
2.1.1 Rekreasi

Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa. Masa digunakan manusia bagi
memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan asas manusia seperti untuk makan, minum
dan tidur, keperluan hidup melakukan pelbagai jenis pekerjaan, dan keperluan untuk
berehat. Masa yang dimaksudkan ini boleh didefinisikan sebagai waktu lapang, iaitu waktu
yang wujud untuk manusia bebas melakukan apa sahaja dengan kemahuan mereka
sendiri. Aktiviti yang dilakukan pula bebas dari sebarang unsur-unsur paksaan. Aktiviti
rekreasi adalah merupakan komponen pelbagai bentuk aktiviti ruang dipilih manusia untuk
mengisi masa lapang mereka.

Berikut adalah antara beberapa teori yang anda boleh kaitkan mengenai rekreasi dan
memudahkan anda memahaminya:
(a) Membantu mewujudkan kesejahteraan kesihatan melalui rekreasi
(b) Lebihan tenaga yang boleh disalurkan untuk berekreasi
(c) Wujud pendekatan penggunaan pergerakan fizikal
(d) Pelaksanaan aktiviti tanpa paksaan dan menurut naluri sendiri
(e) Membantu melepaskan tekanan dan pelepasan emosi terkurung
(f) Mampu mengembalikan kesegaran tenaga (energy restoration)
(g) Membantu dalam penglahiran rasa (self expression).

Para penggiat rekreasi menggariskan bahawa rekreasi adalah aktiviti, terutamanya aktiviti
fizikal, yang mempunyai ciri berikut:
(a) Coraknya beraneka
(b) Aktiviti ini boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan
(c) Penyegaran jasmani dan rohani
(d) Perlaksanaan atau penyertaan seseorang dalam aktiviti ini adalah secara sukarela
(e) Masa dilakukannya adalah di luar masa bertugas
(f) Tiada sebarang jadual waktu untuk melakukan aktiviti itu
(g) Aktiviti yang dilakukan oleh seseorang itu seharusnya berlainan corak daripada
aktiviti tugasnya yang lazim
(h) Selain daripada untuk mengisi masa lapang luar tugas, aktiviti ini juga bertujuan
menjadikan seseorang itu melupakan buat sementara waktu dan tekanan kerja
sehariannya.

Rekreasi perlu dilihat sebagai satu aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa
lapang. Rekreasi merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela bertujuan untuk
mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi
tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan
diberhentikan bila-bila masa dan dalam bentuk sejagat. Rekreasi adalah kehidupan di luar
rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan
intelektual.

OUM
23
REKREASI DAN KESENGGANGAN BAB 2

Rekreasi merupakan aktiviti fizikal dan bukan fizikal yang melibatkan darat, air dan udara
sama ada menggunakan tenaga manusia, kuasa alam (air dan angin) atau menggunakan
motor. Aktiviti rekreasi memberikan kesan positif terhadap psikologi dan fisiologi.
Pembabitan diri dalam aktiviti rekreasi memberi ruang kepada kita membina jati diri dan
ketahanan mental serta dapat memupuk semangat setia kawan antara rakan-rakan di
samping dapat menyerapkan nilai murni.

Secara amnya rekreasi boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu:


(a) Tahap aktif termasuklah aktiviti pendidikan luar, bersukan, berlakon, bermain alat
muzik, berkebun dan berkhemah.
(b) Tahap pasif termasuklah aktiviti membaca, menonton televisyen, mendengar radio
atau menjadi penonton aktiviti sukan dan lain-lain.

Dengan menyertai aktiviti rekreasi anda boleh merentasi samudera atau menyelami dasar
lautan, menyaksikan keindahan karangan laut atau mempelajari permainan gasing
tradisional, berkhemah, meredah hutan belantara.

Di Malaysia Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Rekreasinya merupakan


badan utama bertanggungjawab terhadap aktiviti rekreasi luar seperti kembara, mendaki
tembok dan lain-lain. Sementara Kementerian Kebudayaan dan Warisan
bertanggungjawab terhadap aktiviti sukan tradisional dan lain-lain.

2.1.2 Kesan daripada abiliti Rekreasi

Antara hasil yang boleh dapat dinikmati oleh seseorang selepas melakukan aktiviti
rekreasi adalah seperti berikut:
(a) Kegembiraan dan Keseronokan
Melalui aktiviti rekreasi dan boleh merasai keseronokan dan mengalami pengalaman
baru.
(b) Kepuasan
Apabila anda telah berasa gembira dan seronok, anda boleh merasakan kepuasan
atas penglibatan dan pengalaman yang dilalui
(c) Keseimbangan
Melakukan aktiviti rekreasi ianya dapat mewujudkan keseimbangan di antara
tekanan kerja dan beraktiviti melalui rekreasi
(d) Pembinaan Sikap
Melalui rekreasi juga seseorang itu dapat membina sikap yang baik seperti bertolak
ansur, bekerjasama, berbudi bahasa dan mampu membina kestabilan emosi.
(e) Pembelajaran
Melalui aktiviti rekreasi anda boleh mempelajari pelbagai perkara baru yang
diperolehi sepanjang aktiviti dan ianya dapat membentuk memperkembangkan daya
pemikirannya
(f) Kebebasan
Rekreasi memiliki ciri-ciri tiada wujud sebarang unsur paksaan atau tekanan ketika
melakukan aktiviti rekreasi. Oleh yang demikian rekreasi dapat membantu anda
menikmati kebebasan dan menentukan hala tuju aktiviti.

24
OUM
BAB 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(g) Kesegaran Fizikal


Dengan melakukan berbagai bentuk aktiviti rekreasi anda akan memperoleh
kesegaran fizikal yang membantu mewujudkan kesihatan jasmani dan mental yang
baik.
(h) Interaksi Sosial
Melalui aktiviti rekreasi peluang dan ruang untuk berinteraksi melalui rekreasi dapat
membantu mewujudkan suasana hubungan sosial yang lebih baik harmoni

Semak Kendiri 2.1


1. Apakah yang anda faham mengenai rekreasi dan bincangkan ciri-
cirinya?
2. Dari penglibatan dalam bidang rekreasi apakah hasil yang berpotensi
untuk diperolehi?

2.2 KESENGGANGAN
Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh manusia untuk
bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti kerja. Ianya tergolong di
dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan dari perkataan Inggeris “leisure”.
Kehidupan masyarakat secara tradisi telah secara langsung mewujudkan satu institusi
kesenggangan yang memainkan peranan memberikan ruang untuk beraktiviti.

Dari segi istilah leisure itu berasal dari kata Latin licere, yang membawa maksud ‘untuk
menjadi bebas'. Dari perkataan licere itu maka timbul pula istilah loisir dalam bahasa
Perancis yang bermaksud ‘membenarkan', dan kata license (bermakna bebas untuk
menyeleweng dari peraturan, amalan dan sebagainya) dalam bahasa Inggeris. Kesemua
kata-kata ini adalah berkaitan, menyarankan kebebasan atau memberikan pilihan dan
ketiadaan paksaan.

Berdasarkan istilah Greek Tua leisure adalah “schole” yang bermakna aktiviti yang serius
tanpa tekanan keperluan. Kata school dalam bahasa Inggeris adalah berasal dari kata
Greek untuk leisure tersebut. Dengan itu is membawa implikasi bahawa ada hubungan
yang rapat di antara leisure atau kesenggangan dengan pendidikan.

Jean Mundy dan Linda Odum ketika dalam aktiviti senggang, individu bebas memilih
kesempatan yang memberikan suatu pengalaman yang boleh memenuhi kehendak
individu pada ketika itu. Kehendak itu pula perlu mampu memenuhi keinginan dan
keperluannya. Ini bermakna situasi ini dilihat memberikan ruang yang membenarkan.
seseorang memilih untuk beraktiviti secara bebas tanpa halangan.

2.2.1 Konsep Kesenggangan

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di antara
rekreasi dan konsep bermain (play). Ketiga-tiganya memiliki elemen dan ciri-ciri yang
saling memerlukan di antara satu sama lain. Berdasarkan dari definisi Torkildsen (1992),
Edington (1978) dan Murphy (1990) terdapat kesamaan dalam hujah mereka mengenai
kesenggangan. Menurut mereka kesenggangan memiliki ciri-ciri seperti berikut:

OUM
25
REKREASI DAN KESENGGANGAN BAB 2

(a) Berkait masa


(b) Masa terluang
(c) Sebagai satu aktiviti
(d) Satu aktiviti yang menyenangkan
(e) Memiliki konsep yang menyeluruh “holistic”
(f) Sebagai satu cara hidup
(g) Simbol taraf sosial

Semak Kendiri 2.2


1. Jelaskan apa yang faham mengenai kesenggangan dan konsepnya.
2. Apakah perbezaan yang boleh anda kaitkan di antara kesenggangan
dan rekreasi?

2.3 AKTIVITI REKREASI DAN KESENGGANGAN


Setelah anda memahami akan ciri-ciri dan konsep rekreasi dan kesenggangan, anda akan
diperkenalkan dengan beberapa aktiviti yang popular dijalankan oleh komuniti aktiviti
rekreasi dan kesenggangan di Malaysia

2.3.1 Aktiviti Rekreasi Luar

Definisi rekreasi luar ini mudah dijelaskan kerana aktiviti ini mengaitkan sebarang kegiatan
yang dilaksanakan di luar atau berlatarbelakangkan alam sekitar. Dari aspek jenis aktiviti
ianya merangkumi spektrum aktiviti yang amat luas.

(a) Berkhemah

Rajah 2.1: Berkhemah

Perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam aktiviti rekreasi. Ianya
merupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk mencapai matlamat
yang dinginkan. Aktiviti ini memerlukan anda berada di persekitaran yang berbeza
dari kehidupan biasa. Anda perlu meninggalkan keperluan yang biasa anda gunakan
di rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan aktiviti perkhemahan yang

26
OUM
BAB 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

tidak memungkinkan anda membawa segala peralatan yang sama seperti di rumah.
Anda akan berada dekat dengan alam sekitar dan ianya merupakan satu aktiviti
yang menyegarkan.

(b) Berbasikal Bukit (Mountain Biking)

Rajah 2.2: Berbasikal bukit (mountain biking)

Berbasikal bukit ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran


pengendalian basikal bukit yang berkesan dan cekap. Ianya tidak sama seperti
perlumbaan atau aktiviti basikal lain kerana aktiviti basikal bukit ini melibatkan laluan-
laluan semula jadi yang mencabar seperti berbukit-bukit, sempit, curam dan
sebagainya. Basikal yang digunakan juga berbeza dari pada basikal biasa yang
digunakan kerana sifat aktivitinya yang lasak.

(c) Kayak

Rajah 2.3: Kayak

Aktiviti kayak adalah satu aktiviti yang memerlukan anda mengemudi kayak di atas
air dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Ianya
memerlukan latihan dan kemahiran bagi mengemudi sebuah kayak.

OUM
27
REKREASI DAN KESENGGANGAN BAB 2

(d) Mendaki Tembok Tiruan dan Semula Jadi

Rajah 2.4: Mendaki tembok tiruan dan semula jadi

Aktiviti mendaki tembok tiruan dan tembok semula jadi ini adalah merupakan salah
satu aktiviti rekreasi yang popular masa kini. Aktiviti ini memerlukan kemahiran
peserta untuk menggunakan kekuatan tangan dan teknik yang betul untuk sampai ke
puncak. Aktiviti ini menggunakan tembok tiruan yang dilengkapi dengan tombol
meletak tangan (hand hold) dan kaki (foot hold). Bagi permukaan tembok semula jadi
pula ianya memerlukan peralatan khas yang digunakan sebagai “anchor” untuk
meletak “Pitons” sejenis alat yang membantu melekatkan karabiner dari jenis “snap
gate”. Antara peralatan lain diperlukan adalah seperti harness, tali, karabiner, chalk
bag dan kasut mendaki. Bagi tujuan pertandingan terdapat pelbagai tembok yang
memiliki tahap kesukaran (difficulty) yang berbeza untuk menambahkan cabaran
aktiviti ini. Aktiviti ini juga boleh dilakukan di luar dengan menggunakan tembok-
tembok semula jadi seperti permukaan gunung batu kapur dan ianya lebih mencabar
berbanding memanjat tembok tiruan.

28
OUM
BAB 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(e) Mendaki Gunung (Mountaineering)

Rajah 2.5: Mendaki gunung (mountaineering)

Mendaki gunung merupakan satu aktiviti yang mampu memberikan cabaran dan
kepuasan kepada penggiatnya. Ianya bukan hanya bertumpu kepada pendakian dan
menikmati akan keindahan panorama dari kawasan tinggi tetapi ianya juga turut
mencabar fizikal dan mental, berisiko dan memerlukan usaha yang gigih tanpa putus
asa. Aktiviti ini memerlukan penggiatnya memiliki kemahiran asas dalam aktiviti
rekreasi luar seperti berkhemah, penggunaan tali, navigasi, keselamatan, ikhtiar
hidup, dan pertolongan cemas. Kemahiran ini akan menjadi pelengkap kepada
aktiviti mendaki gunung sebagai contoh ada gunung yang memerlukan peserta
bermalam di sepanjang laluan kemahiran berkhemah amat diperlukan manakala
navigasi pula bagi membantu anda menyemak kedudukan dengan peta dan kompas.

(f) Kembara Hutan (Jungle Tracking)

Rajah 2.6: Trekking

Trekking adalah satu aktiviti yang dilakukan dengan melalui denai-denai dan jalan
kecil di dalam hutan. Aktiviti ini memerlukan satu kawasan yang luas dan jarang di
lalui oleh orang mahupun binatang. Trekking biasanya di lakukan di dalam hutan
simpan atau hutan dara yang belom di terokai. Impak melalui aktiviti seperti selain
mencabar kemampuan fizikal dan mental peserta ianya dapat merapatkan hubungan
manusia dan alam sekitar.

OUM
29
REKREASI DAN KESENGGANGAN BAB 2

(g) Paintball

Rajah 2.7: Paintball

Paintball satu sukan ekstrem baru dan sedang mendapat tempat di negara kita. Ia
mulanya berasal daripada aktiviti mewarnakan pokok di hutan dan menandakan
lembu untuk disembelih. Ketika itu ianya menggunakan ‘spray gun’ untuk
menandakan lembu atau pokok. Disebabkan terlalu bosan, mereka mula menembak
sesama sendiri dan akhirnya sukan paintball mula tercipta.

Perang dalam sukan ini Paintball membabitkan dua kumpulan yang bertarung untuk
menyelamatkan bendera mereka di tempat musuh. Ketika peperangan ini peluru
paintball yang digunakan akan pecah menjadi warna setelah ditembak.
Aktiviti paintball diadakan dengan tujuh peserta untuk setiap kumpulan. Misi utama
dalam aktiviti ini ialah untuk mendapatkan bendera yang dicacakkan di tengah
padang. Setiap kumpulan diberi peluang untuk berperang sebanyak tiga kali.

(h) ‘Whitewater Rafting’

Rajah 2.8: Whitewater rafting

White Water Rafting adalah satu aktiviti rekreasi yang amat mencabar fizikal dan
mental para penggemarnya. Aktiviti ini memerlukan peserta memiliki kekuatan daya
tahan yang maksimum. Aktiviti ini membawa peserta mengemudi bot getah menerusi
sungai yang memiliki jeram yang dilabel mengikut tahap kesukaran. Lebih sukar
tahap satu-satu jeram yang bakal dilalui maka bertambah mencabar dayungan dan
kawalan ketika melaluinya.

30
OUM
BAB 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(i) Selam ‘Scuba’

Rajah 2.9: Selam scuba

Scuba adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus


(Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri). Aktiviti selaman scuba ini
merupakan aktiviti yang dilakukan di bawah permukaan air. Ianya dilakukan dengan
menggunakan bantuan alatan menyelam. Ianya menggunakan tangki udara yang
membekalkan bekalan udara bagi membolehkan penyelam kekal lama bawah air
untuk jangka masa yang agak lama. Aktiviti seperti melihat keindahan laut, spesies
hidupan dan karangan laut merupakan aktiviti yang biasa dilaksanakan ketika selam
scuba.

(j) ‘Orienteering’

Rajah 2.10: Orienteering

Orienteering adalah satu aktiviti rekreasi yang memerlukan seseorang itu


menggunakan peta dan kompas untuk menuju dari satu titik ke satu titik kawalan
yang lain. Aktiviti orienteering ini bukan hanya memerlukan seseorang itu memiliki
kemahiran membaca peta dan kompas tetapi mereka juga perlu mantap dari segi
kemampuan fizikal dan mental.

OUM
31
REKREASI DAN KESENGGANGAN BAB 2

(k) Snorkeling

Rajah 2.11: Snorkeling

Snorkeling adalah aktiviti yang membolehkan anda melihat dan menghayati hidupan
di dasar laut seperti terumbu karang dan spesies hidupan marin dengan
menggunakan topeng muka dan bernafas dengan menggunakan ‘snorkel' .Aktiviti ini
juga merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang amat popular pada masa ini selain
dari aktiviti yang lebih mencabar dan agak sofistikated seperti ‘selam scuba”. Aktiviti
snorkeling ini dapat membantu seseorang individu menikmati pemandangan dalam
laut dengan menggunakan beberapa peralatan ringan serta mudah dikendalikan.
Peralatan yang gunakan agak ringkas dan ianya terdiri dari peralatan-peralatan asas
seperti, topeng (mask), snorkel, dan fins.

Semak Kendiri 2.3


1. Bincangkan apakah ciri-ciri yang terdapat dalam setiap aktiviti yang
diperkenalkan dalam rekreasi.
2. Kenal pasti apakah kepentingan aktiviti luar ini kepada pendidikan di
sekolah.

2.3.2 Aktiviti Rekreasi Dalaman

Aktiviti rekreasi dalaman pula banyak melibatkan aktiviti yang dilaksanakan secara
dalaman seperti di dalam dewan, rumah, kelas dan sebagainya. Ianya tidak melibatkan
aktiviti dan persekitaran luaran. Jenis-jenis aktivitinya juga disesuaikan untuk dilakukan
dalam suasana dan persekitaran dalaman.

32
OUM
BAB 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(a) Sukan Siber (Cyber Sports)

Rajah 2.12:Sukan siber (cyber sports)

Rekreasi terbaru di abad ini ialah penggunaan aplikasi sukan secara elektronik
dalam talian internet. Terdapat pelbagai jenis aplikasi sukan yang berbentuk maya
dimainkan secara “online” di seluruh dunia. Permainan ini boleh dimainkan secara
berpasukan dan juga secara individu. Pemain hanya perlu menghubungi pemain lain
di mana saja mereka berada di dunia yang berada dalam system yang sama.
Perhubungan ini boleh dilakukan melalui sistem “internet relay chat” yang biasa
digunakan. Ianya mampu mewujudkan satu komuniti yang membentuk satu liga
permainan siber. Setiap liga yang diwujudkan perlu mematuhi undang-undang yang
telah ditetapkan.

Antara liga “online” yang popular adalah seperti Cyber athlete Amateur League,
Cyber Evolution, Clan Base, United Kingdom Electronic Sports Network dan
Electronic Sports League.

(b) Permainan Catur

Rajah 2.13: Bidak buah catur

Catur adalah permainan yang menggunakan kemahiran berfikir dan dimainkan oleh dua
orang. Pecatur adalah orang yang memainkan catur. Sebelum sebarang permainan
dimulakan pecatur memilih biji catur yang akan ia mainkan. Terdapat dua warna yang
biasa bagi bidak catur iaitu hitam dan putih. Kebiasaannya permainan yang memiliki buah

OUM
33
REKREASI DAN KESENGGANGAN BAB 2

berwarna putih akan memulakan langkah pertamanya dan diikuti selanjutnya oleh pemain
buah hitam secara bergantian sehingga tamat permainan.

2.3.3 Aktiviti Kesenggangan

Bagi aktiviti kesenggangan pula kebanyakan dari aktivitinya terdiri daripada aktiviti yang
sama seperti aktiviti rekreasi. Manusia bebas memilih jenisnya tetapi apa yang perlu dilihat
konsep dan ciri-ciri kesenggangan itu dilakukan untuk tujuan apa. Aktiviti kesenggangan
melibatkan masa yang membantu manusia untuk melepaskan tekanan dari rutin
kehidupan biasa seperti bekerja dengan menggantikan dengan aktiviti yang dipilih tanpa
ada unsur paksaan dan memberikan kesan kepada mental dan fizikal pelaku.

Semak Kendiri 2.4


1. Apakah perbezaan yang terdapat pada aktiviti rekreasi luar dan
dalaman?
2. Bagaimanakah aktiviti kesenggangan boleh memanfaatkan kehidupan?

2.3.4 Pengurusan Aktiviti Rekreasi dan Kesenggangan

Bagi setiap aktiviti rekreasi yang ingin dilaksanakan ianya perlu dirancang secara teliti
dengan mengambil kira pelbagai aspek penting bagi setiap jenis aktiviti rekreasi ataupun
kesenggangan. Perancangan ini bukan hanya diguna pakai untuk aktiviti rekreasi
berkumpulan sahaja malah ianya juga melibatkan aktiviti rekreasi yang hendak dijalankan
secara bersendirian. Dalam konteks ini perancangan yang menyeluruh perlu mengambil
kira pelbagai perkara penting dalam aktiviti rekreasi baik dari segi peralatan hinggalah
kepada keselamatan.

2.4 PENGURUSAN AKTIVITI REKREASI

Rajah 2.14: Proses perancangan aktiviti rekreasi

34
OUM
BAB 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Dalam merancang sebarang jenis aktiviti rekreasi anda perlu melalui proses perancangan
yang mengambil kira pelbagai aspek penting yang perlu difikirkan bagi mendapat hasilan
aktiviti yang dingini. Beberapa faktor yang perlu dititik beratkan dalam perancangan adalah
seperti berikut:
(a) Maklumat aktiviti
(b) Objektif aktiviti
(c) Organisasi
(d) Persiapan
(e) Logistik
(f) Kewangan
(g) Pelaksanaan
(h) Keselamatan

2.4.1 Maklumat Aktiviti

Sebagai perancang aktiviti anda perlu tahu jenis aktiviti yang bakal anda pilih untuk
dilaksanakan. Maklumat mengenai aktiviti tersebut perlu mengambil kira akan faktor latar
belakang peserta yang sesuai mengikutinya dan juga tahap kesukaran yang bakal
dihadapi. Antara sumber-sumber maklumat yang boleh diperolehi adalah seperti laporan
aktiviti, brochures, rencana akhbar, majalah, laman web, persatuan, agensi kerajaan dan
juga syarikat swasta. Beberapa contoh maklumat yang perlu anda cari adalah seperti:
(a) Penerangan mengenai aktiviti
(b) Bagaimana untuk terlibat dalam aktiviti ini
(c) Jika ingin mendaki sebagai contoh anda perlu mendapatkan maklumat mengenai
cuaca, jarak dan bentuk muka bumi kawasan pendakian.
(d) Potensi bahaya yang bakal dihadapi
(e) Peralatan asas yang diperlukan untuk aktiviti
(f) Kemudahan yang disediakan untuk pelbagai tujuan termasuk ketika berlaku
kecemasan
(g) Kadar harga yang akan dikenakan

Selain daripada itu juga sebagai perancang anda perlu juga menyemak jika sebarang
aktiviti rekreasi itu perlu mendapat kebenaran bertulis dari pihak berwajib seperti Majlis
kerajaan Tempatan, Jabatan Perhutanan, Polis dan sebaginya. Ini bertujuan untuk
mengelakkan daripada melanggar sebaran peraturan atau syarat yang ada di keluar oleh
pihak berwajib bagi tujuan mengawal dan memantau keselamatan para peserta.

2.4.2 Objektif Program

Berbalik kepada definisi rekreasi dan kesenggangan anda perlu mengklasifikasikan aktiviti
anda. Anda perlu tahu apakah tujuan utama pelaksanaan aktiviti dan “output” yang anda
inginkan. Ianya mungkin untuk tujuan berseronok ataupun untuk tujuan pembangunan
kendiri dan anda perlu tentukan.

OUM
35
REKREASI DAN KESENGGANGAN BAB 2

Sesuatu objektif program itu perlu boleh diukur dengan membuat perbandingan
berdasarkan objektif yang telah digariskan bagi satu-satu aktiviti atau dengan kata lain
objektif perlu melambangkan sesuatu yang ingin dicapai.

2.4.3 Organisasi

Berikutnya setelah menetapkan jenis dan matlamat objektif aktiviti sudah sampai waktunya
bagi melaksanakan aktiviti melalui penubuhan satu organisasi yang akan merealisasikan
aktiviti yang telah dirancang. Melalui organisasi ini anda perlu memilih ahli jawatankuasa
yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan yang telah dirancang.
Sebagai contoh seperti penubuhan pelbagai jawatankuasa kecil seperti jawatankuasa
keselamatan, logistik, aktiviti, ketering/makanan, kewangan dan sebaginya. Inilah
dinamakan pengurusan di mana melalui pengorganisasian semua tugasan dilakukan
melalui anggota yang anda bagi mencapai satu objektif yang diinginkan.

2.4.4 Persiapan

Rajah 2.15: Persiapan dan pemeriksaan peralatan aktiviti

Dalam fasa persiapan ini anda sebagai perancang perlu melihat aktiviti persiapan ini dari
pelbagai sudut antaranya seperti menyediakan kenderaan peserta, insurans peserta,
kelulusan aktiviti, bekalan makanan, kelengkapan dan peralatan aktiviti dan sebagainya.
Bagaimana anda boleh memantau persiapan ini dilaksanakan dengan berkesan? Berikut
adalah beberapa panduan yang anda boleh gunakan untuk memastikan persiapan telah
berjalan seperti yang dirancang:
(a) Menyediakan carta aliran kerja yang boleh disemak dan diikuti oleh semua anggota
jawatankuasa. Carta ini telah menetapkan jenis-jenis
(b) Persiapan yang perlu dijalankan dan menetapkan bila tugasan tersebut perlu
disediakan sebagai contoh kelulusan program perlu diperolehi dari pihak pengurusan
atau proses pinjaman peralatan aktiviti.

36
OUM
BAB 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

(c) Pemantauan yang berterusan ketika persiapan perlu dilakukan oleh Ketua projek
atau pengerusi jawatankuasa agar semua aktiviti persiapan menepati jadual dan
perancangan yang telah ditetapkan.
(d) Menyediakan senarai semak yang boleh dijadikan panduan kepada anda bagi
menentukan semua agenda persiapan telah dilakukan
(e) Mesyuarat merupakan satu aktiviti yang perlu dilaksanakan secara
(f) Berterusan bagi mendapatkan gambaran mengenai status persiapan, masalah yang
dihadapi dan juga dalam masa yang sama meninjau prestasi persiapan aktiviti.
Melalui mesyuarat juga anda boleh berkomunikasi secara terus dan berbincang
untuk menyelesaikan masalah.
(g) Jika aktiviti yang ingin dilaksanakan itu perlu melibatkan latihan seperti
(h) Aktiviti mendaki gunung misalnya, maka perancangan yang rapi untuk latihan
mendaki perlu dititikberatkan. Antara latihan yang boleh dijalankan adalah seperti
latihan kecergasan, latihan penyesuaian iklim, latihan menggunakan peralatan,
latihan menyelamat dan sebagainya.

2.4.5 Logistik

Rajah 2.16: Kemudahan penginapan yang baik melicinkan perjalanan aktiviti

Bagi tujuan logistik anda perlu memastikan apakah kemudahan logistik yang perlu
disediakan untuk menyokong aktiviti yang bakal anda laksanakan. Tanpa kemudahan
logistik yang baik anda akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran ketika aktiviti
dilaksanakan. Antara contoh kemudahan logistik adalah seperti kemudahan:
(a) Peralatan aktiviti
(b) Bekalan makanan
(c) Pengangkutan darat atau air
(d) Tempat penginapan dan sebagainya

OUM
37
REKREASI DAN KESENGGANGAN BAB 2

2.4.6 Kewangan

Melalui maklumat-maklumat yang telah diperolehi dan apa yang telah anda rancang, anda
sudah boleh mengenal pasti anggaran kewangan yang diperlukan bagi aktiviti. Anda perlu
membuat anggaran perbelanjaan kewangan aktiviti ini berdasarkan keperluan yang amat
diperlukan untuk memastikan aktiviti tersebut boleh dijalankan. Elakkan dari memasukkan
perbelanjaan yang tidak penting bagi mengelakkan pembaziran. Melalui rancangan
kewangan ini juga anda perlu memastikan bagaimana sumber kewangan boleh diperolehi
dalam jangka masa yang telah ditetapkan antaranya seperti mendapatkan penajaan,
mengumpul wang sumbangan ahli dan sebagainya.

2.4.7 Pelaksanaan

Seperti yang telah dirancang tibalah masanya untuk melaksanakan atau merealisasikan
apa yang telah dirancang sekian lama. Ketika pelaksanaan aktiviti anda perlu mengambil
kira semua keperluan aktiviti telah dilengkapkan untuk mengelak sebarang kekalutan
ketika aktiviti bakal berjalan. Melalui penjadualan aktiviti yang tersusun dan mengambil
kira semua aspek perancangan aktiviti juga akan menjadi penentu kepada kelicinan
aktiviti.

2.4.8 Keselamatan

Rajah 2.17: Pemeriksaan keselamatan peralatan perlu dilakukan


sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan

Menitik berat dan mengutamakan keselamatan merupakan agenda yang perlu sentiasa
ada kepada perancang aktiviti rekreasi. Keselamatan bukan hanya tertumpu kepada
aspek tertentu sahaja tetapi ianya perlu mengambil kira pelbagai aspek. Sebagai contoh
melaksanakan aktiviti ekspedisi berkayak, anda perlu memastikan keselamatan seperti:
(a) Peralatan peserta seperti kayak dan jaket keselamatan selamat digunakan
(b) Peserta membawa keperluan yang cukup ketika aktiviti seperti makanan yang cukup,
air dan peralatan ikhtiar hidup
(c) Keadaan cuaca, arus kekuatan laut, pasang surut air dan kawasan yang berombak
kuat dan berbahaya
(d) Memastikan kumpulan ekspedisi diiringi oleh bot keselamatan yang berkuasa tinggi
untuk tujuan menyelamat ketika kecemasan

38
OUM
BAB 2 REKREASI DAN KESENGGANGAN

Anda juga perlu sentiasa memastikan kesemua peralatan aktiviti selamat digunakan dan
perlu diperiksa sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Pemilihan tempat aktiviti
juga perlu dipastikan selamat dengan mengadakan penilai potensi bahaya di persekitaran
tempat. Anda juga perlu menyediakan satu pelan tindakan kecemasan sebagai iaitu ketika
berlaku kecemasan berlaku apakah tindakan yang perlu dibuat seperti memiliki nombor
agensi menyelamat, hospital, polis dan sebagainya.

2.5 PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS AKTIVITI


Perlunya pada setiap kali selesainya sebarang aktiviti, satu penilaian yang menyeluruh
perlu dijalankan bagi meninjau akan keberkesanan aktiviti. Penilaian boleh dilakukan
melalui seisi maklum balas bersama peserta dan juga anggota pelaksana aktiviti. Apa
yang ingin diperolehi dari aktiviti penilaian dan maklum balas ini bukanlah untuk mencari
kesilapan tetapi ianya bertujuan untuk mengetahui pelbagai isu dan permasalahan yang
berlaku sepanjang aktiviti dijalankan. Maklumat yang diperolehi ini boleh dijadikan
panduan dan rujukan di masa akan datang bagi memperkemaskan lagi perancangan dan
pelaksanaan aktiviti yang sama di masa-masa akan datang.

Semak Kendiri 2.5


1. Senaraikan faktor-faktor penting yang perlu dititik beratkan dalam
perancangan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
2. Apakah kepentingan menjalankan penilaian aktiviti?

RUMUSAN
x Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa.
x Masa yang dimaksudkan dengan rekreasi ini boleh didefinisikan sebagai waktu
lapang, iaitu waktu yang wujud untuk manusia bebas melakukan apa sahaja dengan
kemahuan mereka sendiri.
x Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di
antara rekreasi dan konsep bermain (play).
x Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh manusia
untuk bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti kerja. Ianya
tergolong di dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan dari perkataan
Inggeris “leisure”. Kehidupan masyarakat secara tradisi telah secara langsung
mewujudkan satu institusi kesenggangan yang memainkan peranan memberikan
ruang untuk beraktiviti.
x Beberapa faktor yang perlu dititik beratkan dalam perancangan adalah seperti
maklumat aktiviti, objektif, aktiviti, organisasi, persiapan, logistik, kewangan,
pelaksanaan dan keselamatan.
x Maklumat yang diperolehi melalui penilaian aktiviti boleh dijadikan panduan dan
rujukan di masa akan datang bagi memperkemaskan lagi perancangan dan
pelaksanaan aktiviti yang sama di masa-masa akan datang.

OUM
39
REKREASI DAN KESENGGANGAN BAB 2

RUJUKAN
Darly Siedentop. (2001). Introduction to Physical Education, Fitness and Sports. Mc Graw
Hill. New York

Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. Mc Graw Hill.
New York

Covell et. al. (2003). Managing Sports Oragnization:Responsibilty for Performance.


Thomsom South Western: Canada

Trevor Slack. (1997). Undertanding Organization: Aopplication of Organization Theory.


Human Kinetic. USA

Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics. USA

John R. Olson. (1997). Facility and Equipnment Management for Sports Directors. Human
Kinetics. Illinios

Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organization. Human Kinetics. USA

Judith E. Rink (2002). Teaching Physical education for Learning. Mc Graw Hill. New York

Christoper R. Edinton. et. al. (2004). Leisure Programming. Mc Graw Hill. New York

John C. Miles. et. al. (1990). Adventure Education. Venture Publishing. USA

40
OUM

You might also like