You are on page 1of 5

DTO20044 DEFINISI DAN KONSEP

UNIT

1
DEFINISI DAN KONSEP

1.0 PENGENALAN

Dalam kehidupan kita sebagai manusia, kita akan cuba untuk mencapai kenikmatan,
kepuasan, kesejahteraan, dan kegembiraan. Salah satu faktor yang menyumbang
kepada kegembiraan manusia ialah melalui aktiviti rekreasi.

Justeru itu masa santai atau “leasure time” yang kita miliki haruslah dimanfaatkan secara bijak
seperti mengisinya dengan aktiviti rekreasi.

Kesedaran terhadap kepentingan rekreasi kepada manusia sebenarnya telah wujud sejak sekian lama.
Menurut Socrates iaitu seorang ahli falsafah Yunani yang terkenal menyatakan, “ Leasure is the
best of all possession.” Manakala Aristotle pula berpendapat, “ Leisure is the first principle of
all action.”

1.1 DEFINISI REKREASI

Menurut DeGrazia dalam bukunya bertajuk “ Of Time Work and Leasure ” bahawa perkataan
rekreasi diambil daripada perkataan Latin iaitu “recreare “ yang bermaksud mewujudkan
sesuatu yang baru atau penyegaran semula. Perkataan lain yang boleh menerangkan
maksud rekreasi adalah seperti berikut:

a. Penggunaan masa santai terhadap sesuatu yang mengembirakan anda.


b. Aktiviti di mana anda berehat daripada melakukan pekerjaan.
c. Aktiviti yang dilakukan atas keinginan dalaman anda dan bukan paksaan
daripada sesiapa.

➢ Perlu diingatkan bahawa rekreasi tidak semestinya berbentuk aktiviti semata-mata kerana ketika
anda berehat di anjung rumah bersama keluarga atau pun bersendirian
sebenarnya anda ketika itu sedang berekreasi.

➢ Terdapat beberapa elemen asas bagi mendefinisikan rekreasi iaitu:

a. Penglibatan secara sukarela.


• Aktiviti rekreasi merupakan keinginan yang lahir secara semulajadi dalam diri
seseorang.
• Kadang-kadang keputusan untuk melakukan aktiviti rekreasi timbul kerana wujudnya
kesedaran tentang faedah langsung dan tidak langsung terhadap diri seseorang.
• Faktor minat dan keinginan yang mendalam untuk berekreasi oleh individu juga merupakan
pendorong yang kuat kepada terlaksananya aktiviti berekreasi.

b. Masa santai.
DTO20044 DEFINISI DAN KONSEP

• Masa santai atau masa senggang merupakan masa bila seseorang individu bebas daripada
melakukan aktiviti rutin dan formal.
• Setiap individu mempunyai masa santai yang berbeza sama ada banyak atau sebaliknya.
• Individu yang mempunyai masa santai yang banyak berpeluang untuk berekreasi dengan lebih
kerap berbanding individu yang kurang masa santainya.

c. Kenikmatan dan kepuasan.


• Aktiviti rekreasi memberi kesan langsung kepada individu yang berekreasi kerana mereka akan
mencapai kenikmatan, keseronokan dan kepuasan sebelum, semasa dan selepas berekreasi.
• Tahap kenikmatan dan kepuasan antara individu dengan individu yang lain tidak sama dan
hanya boleh diketahui atau diukur oleh individu yang melaksanakan aktiviti rekreasi itu sendiri.

d. Keputusan yang positif terhadap diri.


• Aktiviti rekreasi dilihat mampu membantu diri kita untuk lebih berfikiran positif terhadap diri
sendiri dan juga orang lain.
• Melalui pengalaman berekreasi yang positif akan mendorong seseorang untuk terus berekreasi
dari masa ke semasa.

1.2 OBJEKTIF REKREASI

Mengapa kita berekreasi ?. Anda mungkin mempunyai jawapan sendiri sekiranya


soalan ini dikemukakan kepada anda. Aktiviti rekreasi yang sering kita lakukan mempunyai beberapa
objektif tertentu. Antaranya ialah:

1. Mewujudkan perasaan menghargai alam semulajadi.


➢ Kebanyakan anggota masyarakat kita tidak mempunyai banyak peluang untuk melakukan aktiviti
luar atau rekreasi.
➢ Oleh yang demikian golongan ini sukar untuk menanam perasaan sayang, menghargai mahu pun
berusaha menjaga sumber-sumber alam di sekeliling mereka.
➢ Disebabkan fenomena ini, usaha untuk meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap betapa
pentingnya memelihara dan memulihara alam semulajadi haruslah diberi perhatian yang serius.

2. Mencapai kenikmatan dan kepuasan seseorang.


➢ Seseorang yang melakukan aktiviti rekreasi adalah bertujuan untuk mencapai kenikmatan dan
kepuasan diri masing-masing.
➢ Oleh itu, agensi-agensi yang menganjurkan aktiviti-aktiviti rekreasi harus cuba untuk menambah
peluang-peluang berekreasi kepada orang awam.
➢ Mereka seharusnya berusaha secara agresif terhadap pembangunan sumber-sumber yang boleh
memberi kepuasan dan keseronokan kepada masyarakat.

3. Beristirehat.
➢ Ini merupakan objektif biasa seseorang kerana ada ketika mereka akan cuba menyimpang atau lari
daripada rutin kerja seharian.
➢ Oleh yang demikian, adalah penting bagi agensi-agensi yang menawarkan peluang-peluang
berekreasi menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi yang menarik bagi membantu individu terbabit
melupakan perkara-perkara rutin yang dilakukan mereka untuk seketika.

4. Mencapai kecergasan fizikal.


➢ Masalah kurangnya kecergasan fizikal merupakan kesan daripada kurangnya seseorang itu
melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi.
DTO20044 DEFINISI DAN KONSEP

➢ Melalui aktiviti rekreasi ini, seseorang itu mampu meningkatkan kecergasan fizikal seperti mendaki
gunung, berenang, menyelam,belari berkayak dan sebagainya.

5. Mewujudkan corak tingkah laku yang positif.


➢ Fakta kegiatan rekreasi masa kini ialah para peserta rekreasi haruslah berkongsi sumber sesama
mereka.
➢ Agensi-agensi yang terlibat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan corak sosial
yang diinginkan oleh para peserta rekreasi.

6. Mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap pengurusan sumber


alam.
➢ Pengalaman dalam menguruskan sumber alam merupakan aspek yang paling memberi kepuasan
kepada para peserta rekreasi.
➢ Ianya melibatkan rasa ingin membangunkan atau menjaga segala aspek persekitaran semulajadi.

1.2.2 KONSEP REKREASI.

Terdapat beberapa contoh tanggapan yang salah terhadap konsep rekreasi. Antaranya ialah :

➢ Ada yang beranggapan bahawa rekreasi hanya boleh dilakukan setelah seseorang itu berhenti
daripada melakukan pekerjaan.
➢ Ada yang menggangap bahawa masa santai atau “ leasure time” dan rekreasi adalah sama serta
tidak boleh dipisahkan. Rekreasi pada amnya ialah aktiviti pada masa santai, tetapi untuk
pengetahuan anda tidak semua masa santai itu akan diisi dengan aktiviti rekreasi.
➢ Ada yang beranggapan aktiviti rekreasi ini bertujuan meringankan masalah individu atau komuniti.
➢ Ada yang menggangap rekreasi itu tidak sama dengan pendidikan yang mempunyai tujuan atau
disiplin tertentu. Salah anggapan ini wujud kerana mereka menganggap rekreasi sebagai aktiviti
berehat semata-mata. Untuk pengetahuan anda, sebahagaian besar aktiviti rekreasi memerlukan
konsentrasi, kemahiran dan kekuatan fizikal yang tinggi.

1.3 KELAS-KELAS REKREASI.


➢ Secara umumnya rekreasi boleh dikelaskan kepada dua iaitu:
1. Rekreasi berorientasikan sumber.
2. Rekreasi berorientasikan aktiviti.

➢ Rekreasi yang berorientasikan sumber meliputi bentuk-bentuk rekreasi yang banyak


bergantung dengan sumber-sumber semulajadi seperti kajian alam semulajadi, menikmati
keindahan panorama alam, perkhemahan, menggembara, memancing,
berkayak, memburu, orienteering dan sebagainya.

➢ Rekreasi yang berorientasikan aktiviti pula meliputi aktiviti rekreasi yang menggunakan
sumber-sumber rekreasi yang telah tersedia dan melibatkan perlaksanaan prestasi seperti ahli
sukan yang bertanding atau menyaksikan prestasi iaitu penonton, persembahan
muzik, seni, kraf, permainan dan sebagainya.

➢ Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat pula membahagikan penglibatan dalam aktiviti rekreasi
kepada tiga jenis iaitu:

1. Rekreasi Primitif, yang mana:


➢ Anda memerlukan kemahiran asas bagi aktiviti luar.
➢ Anda mencapai kepuasan pengalaman aktiviti luar tanpa menggunakan jentera.
DTO20044 DEFINISI DAN KONSEP

➢ Anda hanya memerlukan kawalan yang minima serta penggunaan sumber alam yang terhad.
➢ Anda berasa begitu akrab dengan alam dan jauh daripada masyarakat setempat.

2. Rekreasi Pertengahan, yang mana:


➢ Anda memerlukan kemahiran asas aktiviti luar di peringkat pertengahan.
➢ Anda memerlukan kawalan dan had keselamatan yang mencukupi. Walau bagaimanapun, peserta
rekreasi masih memerlukan kebebasan daripada kawalan.
➢ Anda mempunyai keseimbangan untuk akrab dengan alam dan pada masa yang sama masih boleh
melakukan aktiviti sosial.
➢ Anda berpeluang melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan kecil dan boleh menggunakan
kemahiran-kemahiran seperti memanjat batu atau “Rock Climbing”, berkayak, mengguruskan
penggembaraan dan sebagainya.

3. Rekreasi Moden, yang mana:


➢ Anda merasakan wujudnya hubungan di antara diri anda dengan alam tetapi sebenarnya anda
tidak mendakatinya.
➢ Anda memerlukan kemahiran yang tinggi bagi kegiatan rekreasi di kawasan yang telah dibina
seperti aktiviti perkelahan, mengurus perkhemahan, luncur air, berenang, “ Scuba Diving”, dan
sebagainya.
➢ Anda berasa lebih yakin dengan tahap kawalan keselamatan kerana aktiviti itu
dilakukan dalam pemerhatian orang lain

1.3 PEMBENTUKAN PENGALAMAN REKREASI.

❖ Setelah anda melakukan sebarang bentuk aktiviti rekreasi, pastinya pengalaman berekreasi itu
akan menjadi sebahagian daripada kehidupan anda dan akan dikenang sampai bila-bila.
❖ Secara amnya, pengalaman rekreasi boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu:

1. Fasa Pengharapan.
• Merupakan jangka masa anda mempertimbangkan aktiviti, memutuskan untuk melaksanakannya
dan anda hanya menunggu masa untuk merialisasikan impian tersebut.
• Pada fasa ini, anda akan melengkapkan diri dengan pelbagai bentuk kemahiran sama ada melalui
perbincangan, pembacaan dan kajian.

2. Fasa Perancangan.
• Pada fasa ini anda perlua membuat segala bentuk persiapan untuk menjalankan aktiviti rekreasi
yang dirancang.
• Antaranya penyediaan peralatan, bekalan, makanan, pakaian dan mengurus perjalanan.
• Sekiranya berjalan dengan lancar, fasa ini merupakan pengalaman pendidikan dan kadang-kadang
menjadi acara sosial anda.

3. Fasa Penglibatan.
• Merupakan pengalaman sebenar anda berekreasi seperti memancing, berenang, berkhemah,
berkayak dan sebagainya.
• Pada fasa kemahiran dan pengetahuan anda dalam setiap jenis aktiviti rekreasi perlu dipraktikan
dengan sempurna.

4. Fasa Mengingati Semula.


• Pada fasa ini anda akan mengenang, bercerita atau menunjukkan
pengalaman setiap aktiviti rekreasi yang telah anda lalui kepada orang
lain.

• Kadang-kadang anda merasakan Fasa Pengharapan, Perancangan dan


DTO20044 DEFINISI DAN KONSEP

mengingati Semula lebih menyeronokkan berbanding dengan Fasa


Penglibatan. Walau bagaimanapun, pengalaman rekreasi hanya akan
lengkap setelah anda melalui ke empat-empat fasa tersebut.

You might also like