You are on page 1of 5

REKREASI

Definisi

Rekreasi dapat di definasikan sebagai penggunaan masa lapang untuk


keseronokan, bersama keluarga atau aktiviti bukan kerja lain. Aktiviti rekreasi biasanya
akan menyegarkan badan dan minda. Selain itu, rekreasi juga didefinisikan sebagai
aktiviiti terancang yang digunakan bagi masa lapang contohnya aktiviti perkhemahan,
rock climbing, scuba diving, abseiling dan jungle tracking. Rekreasi kebiasaannya
adalah dalam bentuk sukan atau permainan, hobi, melancong dan bercuti. Waktu
berekreasi biasanya adalah di hujung minggu (Sabtu dan Jumaat/Ahad).
AKTIVITI REKREASI

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.
Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai
sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang,


dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Sukan
ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan
televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.

Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat


kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

- Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.

- Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.


CONTOH AKTIVITI REKREASI
KEPENTINGAN REKREASI

 Menjaga kesihatan

 Bersosial

 Memberi keseimbangan

 Pengalaman

 Pelancongan

 Mengisi masa lapang

 Menghilangkan stress

 Meluangkan bersama keluarga

 Minat
PERBEZAAN REKREASI DENGAN KESENGGANGAN

Rekreasi Kesenggangan

Memerlukan perancangan awal dan rapi Kesenggangan tidak memerlukan


perancangan yang rapi

Aktiviti luar Di mana-mana sahaja

Sekali-sekala Amalan waktu lapang

You might also like