You are on page 1of 7

PENDIDIKAN JASMANI DAN

PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 3
TOPIK: REKREASI
KEMAHIRAN: MENJEJAK
DEFINISI REKREASI
• Rekreasi ialah aktiviti terancang yang
dilakukan untuk memenuhi masa lapang.
• Tujuannya adalah untuk memperoleh
keseronokan, ketenangan minda dan
merehatkan badan.
• Rekreasi membolehkan kita menikmati
kehidupan di luar rutin harian dan
memberi kesan yang positif terhadap
aspek jasmani, emosi,rohani dan intelek.
…. Sambungan
• Aktiviti rekreasi juga dapat memupuk
semangat kerjasama, membina disiplin
diri dan ketahanan mental.
• Kemahiran dalam aktiviti rekreasi boleh
dipelajari melalui kegiatan kokurikulum
di sekolah.
• Antara aktiviti rekreasi yang
dilaksanakan di sekolah ialah menjejak.
DEFINISI MENJEJAK
• Menjejak bermaksud merentas
sesuatu kawasan dari titik permulaan
hingga ke destinasi yang dituju.
• Aktiviti menjejak memerlukan kita
menerokai dan melalui sesuatu laluan
semula jadi seperti hutan, bukit
bukau dan sungai.
FAEDAH AKTIVITI
MENJEJAK
• KOGNITIF
– Mengetahui flora dan fauna yang
terdapat di dalam hutan.
– Mengenal pasti habitat flora dan fauna.
– Melatih membuat keputusan yang
rasional berasaskan pengetahuan diri,
pengalaman dan situasi semasa.
– Melatih dan menginterpretasikan isyarat
dan pandu arah.
FAEDAH AKTIVITI
MENJEJAK
• AFEKTIF
– Mengagumi kebesaran Tuhan dan alam
ciptaanNya.
– Bekerjasama dalam kumpulan.
– Menikmati dan menghargai keindahan
alam.
– Meningkatkan kemahiran sosial.
FAEDAH AKTIVITI
MENJEJAK
• PSIKOMOTOR
– Meningkatkan daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot dan
kekuatan otot.

» Sumber: Buku Teks Pendidikan Jasmani dan


Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3

You might also like