You are on page 1of 5

DAA 1313 PENGURUSAN NURSERI DAN BAHAN TANAMAN

1.0 NURSERI SEMAIAN

1.1 Pengenalan nurseri semaian

Tapak semaian adalah kawasan di mana anak-anak pokok dibiakkan dan dijaga
sebelum ia ditanam di tempat yang kekal. Anak benih dijaga sehingga ia cukup besar untuk
dijual atau ditanam di tempat yang kekal.

Terdapat beberapa jenis tapak semaian. Di antaranya adalah seperti berikut :

 Semaian sayur-sayuran
 Semaian buah-buahan
 Semaian tanaman hiasan

Tapak semaian biasanya dibina di kawasan yang berhampiran ladang atau kebun
untuk memudahkan kerja-kerja penyemaian dan pemindahan.

Terdapat banyak perusahaan nurseri semaian di Malaysia. Perusahaan semaian ini


boleh dibahagikan kepada 4 jenis.

a. Perusahaan semaian runcit – mengeluar dan memasarkan bahan tanaman hiasan


secara kecil-kecilan untuk peminat perkebunan. Keluasan semaian 2-3 hektar.
Menjual bahan tanaman, peralatan pertanian seperti pasu, alat penyiram dan
keperluan tanaman lain seperti baja, racun dan medium penanaman.

b. Perusahaan semaian borong – memasarkan sebahagian besar daripada hasilnya


secara borong kepada pusat perkebunan di bandar atau kontraktor-kontraktor
landskap. Ada perusahaan borong hanya mengeluarkan hanya beberapa jenis
tanaman hiasan sahaja seperti pokok palma dan rumput turf.

c. Pusat perkebunan – memasarkan hasilnya dikawasan tumpuan yang mempunyai


permintaan yang tinggi terhadap tanaman hiasan atau perkebunan seperti pertanian
bandar. Menjual pelbagai jenis bahan tanaman, bahan kimia dan peralatan
pertanian kecil.

d. Perusahaan semaian landskap dan pelanskapan – biasanya tidak mengeluarkan


bahan tanaman sendiri tetapi lebih kepada menyediakan perkhidmatan seperti
menyediakan pelan-pelan landskap, kerja-kerja pembinaan dan menyelenggara
kawasan.

Faktor-faktor penting dalam pemilihan tapak semaian.

a. Lokasi tapak
 berdekatan dengan kawasan pasaran
 tidak terlalu jauh dari bandar
 mudah mendapat bekalan
 berdekatan dengan semaian lain

1
b. Kemudahan asas
 kedapatan sumber air yang mudaah dan bersih
 mempunyai jalan raya yang baik
 kemudahan bekalan letrik

c. Keadaan muka bumi datar dan tidak menakung air


d. Terlindung dari laluan angin kencang
e. Jauh dari pencemaran

1.2 Bahagian-bahagian nurseri semaian

i. Pejabat atau tempat jualan


ii. Stor Kimia, stor kelengkapan dan garaj
iii. Tempat penyediaan medium dan pemasuan
iv. Rumah pembiakan
v. Rumah tumbuhan
vi. Ruang pengerasan

1.3 Fungsi bahagian nurseri semaian

Pejabat dan kaunter jualan

Ianya perlu dilengkapi dengan kemudahan


perabot asas dan peralatan perhubungan
untuk memudahkan urusan pentadbiran.
Pejabat ini perlu ditempatkan di satu lokasi
yang strategik samada berhampiran jalan
utama atau kawasan yang tinggi supaya
dapat mengawal kesemua aktiviti di dalam
dan di luar kawasan semaian. Kawasan
pejabat juga disediakan surau dan tandas.
Kaunter jualan disediakan untuk mengurus
aktiviti jualan dan pemasaran anak pokok,
benih, pasu, baja dan hasil semaian lain.

Stor
i. Stor kimia :
Stor kimia perlu dibina jauh sedikit daripada
tempat orang ramai kerana ianya
menempatkan bahan kimia seperti racun
kulat, racun serangga, racun rumpai, dan
bahan lain jenis meruap yang berbahaya
kepada kesihatan manusia. Stor ini perlu
mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

ii. Stor baja :


Stor baja ialah tempat untuk menyimpan
stok baja yang hendak digunakan di kawasan
semaian.

2
iii. Stor peralatan, kelengkapan dan
bahan :
Stor ini untuk menyimpan peralatan,
kelengkapan dan bahan yang perlu untuk
pembiakan dan penyelenggaraan tanaman.
Ia perlu dibina berasingan dengan stor kimia
kerana bahaya kebocoran bahan kimia boleh
merosakkan peralatan dan kelengkapan lain.

Tempat Naungan Media

Bagi sebuah nurseri yang besar, sebuah


struktur berbumbung diperlukan untuk
menyimpan media campuran. Di bawah
struktur berbumbung tersebut sekurang-
kurangnya 3 petak dibina untuk mengisi
tanah, bahan organik dan pasir. Ia juga
mempunyai satu ruang kerja di mana kerja-
kerja percampuran media dan pengisian
media ke dalam polibeg / pasu dilaksanakan.

Garaj

Ianya dibina khusus untuk menempatkan


jentera dan mesin pertanian seperti traktor
dua roda, mesin ‘shredder’ dan lain-lain.

Rumah Pembiakan

Rumah pembiakan ialah satu bahagian yang


dibina untuk membiak tanaman. Bumbung
struktur ini terdiri dari bahan yang boleh
lutcahaya. Peratus teduhan bergantung
kepada jenis tanaman yang hendak
dibiakkan. Sistem pengairan perlu disediakan
untuk penyiraman. Rumah pembiakan
bergantung kepada jenis tanaman yang
dibiak dan boleh mempunyai unit-unit
seperti berikut:

i. Kotak percambahan
ii. Tempat penyusunan polibeg
iii. Batas semaian
iv. Tempat rawatan / baik pulih
pembiakan

3
Rumah tumbuhan

Rumah tumbuhan disediakan untuk tujuan


pembesaran anak semaian. Ianya
mempunyai teduhan yang sesuai mengikut
jenis pokok. Susunan pokok mengikut jenis,
klon dan kod warna. Terdapat juga rak-rak
yang dibina untuk menempatkan anak pokok
supaya lebih tersusun dan mempunyai
pengudaraan yang baik.

Kawasan pengerasan/penjagaan lanjutan

Kawasan pengerasan disediakan untuk


mematangkan anak pokok sebelum
dikeluarkan atau dijual. Pengerasan anak
pokok ialah aktiviti pendedahan pokok
kepada cahaya matahari secara beransur-
ansur. Pengerasan tanaman buah-buahan
dibuat mengikut peratus teduhan iaitu 100%
naungan selama sebulan, 65% sebulan, 35%
sebulan dan 0% naungan. Bagi tanaman
hiasan peratus teduhan yang dibuat
mengikut jenis tanaman.

Sumber air

Sumber air amat perlu bagi sesebuah tapak


semaian. Sumber air boleh diperolehi
daripada kolam, sungai atau air yang
dibekalkan oleh pihak yang berkuasa.

4
Kawasan Pameran Tanaman

Kawasan pameran tanaman disediakan


untuk mempamerkan produk-produk
semaian dan bahan semaian seperti pasu,
baja, racun dan media tanaman.

You might also like