You are on page 1of 6

Kajian Tindakan Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid

Kump Penyayang SMK


Antara koleksi kajian tindakan yang dikumpulkan oleh saya sepanjang memegang jawatan sebagai
pengerusi guru kaunseling PPW Pudu bagi sesi 2014/2015. Saya mengadakan bengkel kajian tindakan
pada 2014 dan mengajar sendiri ahli-ahli saya bagaimana menghasilkan kajian tindakan dengan harapan
agar model amalan perkhidmatan dari sekolah lain boleh dijadikan contoh untuk diaplikasikan ke sekolah
lain. Penulisan kajian dapat meningkatkan profesionalisme guru kaunseling dan sy bercadang untuk
membuat koleksi kajian tindakan bagi panduan guru kaunseling yang lain.

PONTENG SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID-MURID KUMPULAN


PENYAYANG
DI SEKOLAH SMK DATOK LOKMAN

OLEH
NG SOOK HOOI(KAUNSELOR)
SMK DATOK LOKMAN

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan khas untuk mengenalpasti keberkesanan program


Bimbingan dan Kaunseling ke atas masalah murid ponteng sekolah di SMK Datok
Lokman. Program ini melibatkan usaha guru-guru untuk menghubungi ibubapa/penjaga
murid yang ponteng sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan pengumpulan dan
penganalisaan data-data murid ponteng, respon soal selidik dengan murid-murid yang
terlibat, perjumpaan bersama murid-murid yang terlibat bersama guru bimbingan dan
kaunseling serta memantauan kehadiran dengan penggunaan buka nota kehadiran.
Tempoh kajian ini dari bulan Ogos hingga September 2014. Hasil kajian ini amat
menggalakkan iaitu sebanyak 4 sesi belaian kasih telah dijalankan untuk setiap
responden yang terlibat selepas perjumpaan kaunselor bersama ibubapa dan penjaga
responden dengan tujuan memberi motivasi kepada murid-murid yang berkenaan.100%
dari responden soal selidik menunjukkan bahawa guru-guru kelas yang terlibat
bersetuju atau menyokong penuh program ini. Kajian ini telah membuktikan bahawa
kaedah perbincangan bersama ibubapa, sesi belaian kasih dan buku lapor diri adalah
amat berkesan untuk mengatasi masalah ponteng sekolah

1.0 Refleksi yang lalu


Di sekolah SMK Datok Lokman, terdapat 21 kelas di peringkat menengah rendah, iaitu
1 kelas peralihan, 10 kelas tingkatan 1 dan 10 kelas tingkatan 2. Murid-murid kelas
kumpulan penyayang merupakan 3 kelas hujung setiap tingkatan, iaitu kelas H,J dan K.
Sejak bulan Mei, peratus ketidakhadiran murid ke sekolah semakin meningkat di
sekolah SMK Datok Lokman terutamanya bagi murid-murid tingkatan 2H, 2J dan kelas
2K. Ketidakhadiran murid ke sekolah ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam
matapelajaran yang diajar oleh guru pada hari berkenaan. Lama-kelamaan, murid-
murid yang selalu tidak hadir ke sekolah ini boleh menjejaskan kefahaman dan
penguasaan mereka dalam mata pelajaran yang diambil seterusnya mempengaruhi
pencapaian murid dalam tingkatan-tingkatan yang seterusnya.
Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab atau tiada makluman ketidakhadiran kepada
guru adalah ditakrifkan sebagai ponteng sekolah. Apabila murid-murid berkenaan tidak
hadir ke sekolah, pihak sekolah akan menghantar surat amaran ponteng sekolah
kepada ibubapa atau penjaga murid-murid berkenaan. Sekiranya murid tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab sebanyak 10 hari tidak berkala, pihak sekolah akan menghantar
surat amaran ponteng sekolah yang pertama kepada ibu bapa atau penjaga murid
berkenaan. Apabila bilangan hari tidak hadir ke sekolah murid mencapai 20 hari, pihak
sekolah akan menghantar surat amaran kedua dan surat amaran yang ketiga akan
dihantar apabila bilangan hari tidak hadir mencapai 40 hari. Namun, tindakan
sedemikian masih tidak menggalakkan murid-murid kelas kumpulan penyayang hadir
ke sekolah. Bagi mengatasi isu ini, pihak sekolah cuba menjalankan pelbagai aktiviti
untuk menarik minat murid-murid berkenaan ke sekolah.

2.0 Isu Keperihatinan


Ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid kumpulan penyayang semakin
meningkat, walaupun mereka telah menerima Surat Amaran Pertama dari pihak
sekolah pada awal bulan Mac.

3.0 Objektif Kajian


3.1 Objektif Umum
Menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid kelas 2H,2J dan 2K.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Mengesan punca ponteng sekolah dalam kalangan murid kelas kumpulan
penyayang.
3.2.2 Membantu murid-murid ini mengurangkan amalan ponteng sekolah melalui
pengisian motivasi

4.0 Kumpulan Sasaran


15 orang murid daripada Tingkatan 2H,2J dan 2K yang telah menerima Surat Amaran
Kedua Ponteng sekolah pada bulan Jun dan Julai 2014.

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Tinjauan masalah
Daripada analisis ketidakhadiran murid bagi bulan April ke Jun, didapati bilangan kes
tidak hadir tanpa sebab, iaitu ponteng sekolah bagi kelas Tingkatan 2H, 2J dan 2K
adalah tinggi. Saya membuat semakan kehadiran bagi kelas-kelas berkenaan, didapati
sebanyak 15 orang murid menunjukkan bilangan hari ponteng sekolah yang tinggi.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Data ponteng sekolah kelas murid-murid SMK Datok Lokman bagi bulan Jan hingga
Julai
Bulan Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
L P L P L P L P L P
Januari 224 173 108 99 23 14 18 17 391 274
Februari 221 183 98 90 25 17 25 21 364 316
Mac 205 172 54 32 17 13 23 11 309 218
April 237 219 65 36 22 20 21 17 345 291
Mei 324 271 149 98 30 26 22 18 524 414
Jun 337 259 120 71 29 30 30 25 446 385
Julai 363 308 138 89 30 28 31 26 453 449

Data ponteng sekolah kelas kumpulan penyayang bagi bulan Jan hingga Julai
Tingkatan Jan Feb Mac April Mei Jun Julai
/bulan
2H 39/568 45/537 44/463 50/609 53/540 50/360 67/540
2J 66/608 37/576 37/506 113/651 104/558 88/572 104/558
2K 68/551 65/522 82/464 109/603 100/497 88/336 169/504

Data Ponteng sekolah 15 responden bagi bulan Jun dan Julai.


Responden Bilangan hari ponteng sekolah dari bulan Jan hingga Julai
1 23 hari
2 22 hari
3 22 hari
4 31 hari
5 21 hari
6 21 hari
7 25 hari
8 22 hari
9 20 hari
10 23 hari
11 24 hari
12 24 hari
13 22 hari
14 25 hari
15 25 hari

5.3 Tindakan yang Dijalankan


Tiga tindakan telah dijalankan, iaitu
1. Perbincangan dengan ibubapa responden
2. Sesi Belaian Kasih
3. Buku lapor diri

Bahan-bahan dan instrumen yang digunakan


Tindakan 1: Menjemput ibu bapa murid ke sekolah untuk perbincangan isu ponteng
sekolah walaupun surat amaran sekolah telah dihantar
Tindakan 2 : Temubual dan soal selidik berkaitan faktor diri, faktor keluarga dan faktor
persekitaran ( memberi motivasi)
Tindakan 3 : Catatan kahadiran murid oleh kaunselor sekolah dengan buku nota kecil
setiap hari.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Hasilnya (Pemerhatian / Penilaian)


5.4.1 Pelaksanaan Tindakan 1 – Perbincangan dengan ibubapa responden
Saya telah menelefon ibubapa 15 orang responden yang terlibat dan menjemput
mereka hadir ke sekolah untuk perbincangan lanjut tentang isu ponteng sekolah anak.
Dalam perbualan melalui telefon, saya memberi peringatan tentang kesalahan ponteng
sekolah anak dan tindakan yang bakal diambil oleh pihak sekolah jika masalah itu
berterusan.
Namun, dalam kalangan 15 responden, 3 orang keluarga responden tidak dapat
dihubungi. Terdapat seorang ibu responden memaklumkan ketidakhadiran anak ke
sekolah disebabkan tidak sihat dan seorang lagi balik ke kampung atas urusan
keluarga. Ibu responden berkenaan berjanji akan menghantar surat tunjuk sebab
kepada pihak sekolah sekiranya anak tidak hadir ke sekolah kerana urusan keluarga
pada masa akan datang.
Sepuluh orang ibu bapa responden yang lain memberi kerjasama yang baik kerana
berjanji akan memantau kehadiran anak memandangkan anak-anak mempunyai tabiat
tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah .Contohnya bangun lewat atau
malas berjalan kaki ke sekolah kerana cuaca panas. Semua ibu bapa yang terlibat tidak
sedar bahawa anak telah layak mendapat surat amaran ponteng sekolah yang kedua.
Dalam perbincangan bersama ibu bapa, saya dapati bagi mengatasi ketidakhadiran
murid, pihak sekolah perlu mengambil tindakan pantas. Majoriti ibu bapa amat
menghargai usaha cikgu yang sanggup menelefon dan memberi maklumat terkini
tentang tingkahlaku anak di sekolah.

5.4.2 Pelaksanaan Tindakan 2 - Sesi Belaian Kasih


Kaunselor sekolah, Pn Ng Sook Hooi dan Encik Azmie bin Yaaçob telah menjalani sesi
kaunseling kelompok dengan semua responden mengikut kelas dan jantina. Daripada
hasil temubual, didapati respoden tidak hadir ke sekolah kerana malas dan tidak
berdisiplin.9 orang responden selalu tidur lewat kerana sibuk melayari internet hingga
larut malam. Seorang lagi selalu tertidur walaupun telah disuruh bangun oleh ibu pada
awal pagi. Namun terdapat 3 orang responden memberi alasan tidak hadir ke sekolah
kerana tidak minat belajar. 2 orang responden berasa bosan kerana tidak mempunyai
kawan rapat di sekolah.
Dalam sesi kaunseling kelompok, kepentingan ilmu dalam kehidupan, kelulusan yang
diperlukan oleh IPTA dan IPTS telah dibawa berbincang bersama. Kaunselor sekolah
telah mengedarkan bahan-bahan berkaitan seperti contoh kerjaya.
Ahli kelompok juga diminta berbincang isu-isu yang menyeronokan mereka di sekolah
serta cita-cita masa depan. Kaunselor sekolah menegaskan kepentingan sikap
berdisiplin dalam kehidupan kita. Semua responden menunjukkan respon yang amat
menggalakkan dalam sesi berkenaan.
Selepas menjalani sesi belaian kasih, semua responden berjanji akan cuba hadir ke
sekolah setiap hari dan cuba belajar di sekolah sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5.
Sekiranya terdapat hal peribadi atau sakit berehat di rumah, responden berjanji akan
menghantar surat ibu bapa kepada pihak sekolah agar tidak dikenakan tindakan disiplin
oleh pihak sekolah.
Dalam sesi berkenaan, kaunselor telah menunjukkan cara menulis surat ibu bapa pihak
sekolah sekiranya responden tidak dapat hadir ke sekolah memandangkan terdapat ibu
bapa yang tidak tahu cara menulis surat rasmi. Langkah ini boleh membantu
meningkatkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan responden.

5.4.3 Pelaksanaan Tindakan 3 - Buku Lapor Diri


Buku nota kecil telah disediakan untuk setiap responden bagi mencatat kehadiran
mereka ke sekolah setiap hari. Responden perlu mendapatkan tanda tangan guru kelas
atau guru ganti kelas dan tanda tangan ibu bapa di rumah setiap hari
persekolahan.Guru-guru kelas digalakkan menulis ayat-ayat motivasi dalam buku nota
kecil untuk menggalakkan responden hadir ke sekolah setiap hari.
Cara ini boleh membantu ibu bapa memantau kehadiran anak ke sekolah setiap hari
walaupun kedua-dua mereka bekerja dan tiada dalam rumah.
Kaunselor berjanji akan memberi cenderahati kepada murid yang dapat mencapaian
kehadiran penuh ke sekolah dalam bulan Ogos dan September.
Responden Bilangan hari ponteng sekolah dalam Bilangan hari ponteng sekolah
bulan Ogos dalam bulan September
1 5 hari 2 hari
2 3 hari 0 hari
3 1 hari 2 hari
4 6 hari 4 hari
5 4 hari 2 hari
6 4 hari 3 hari
7 3 hari 1 hari
8 4 hari 2 hari
9 5 hari 0 hari
10 6 hari 2 hari
11 2 hari 1 hari
12 7 hari 10 hari
13 9 hari 12 hari
14 4 hari 1 hari
15 2 hari 0 hari

Bilangan hari ponteng sekolah berkurangan bagi kebanyakan responden. Pada bulan
Oktober, 3 orang responden (responden ke 4,12 dan 13) diberi surat amaran ketiga
kerana jumlah hari yang tidak hadir ke skeolah telah melebihi 40 hari.

5.5 Refleksi Kajian


Daripada kajian ini, didapati 13 daripada responden menunjukkan perubahan positif
terhadap kehadiran ke sekolah.Seorang responden masih kerap tidak hadir ke sekolah
atas alasan sakit manakala seorang lagi pula selalu tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab.Keluarga kedua-dua respoden berkenaan tidak dapat dihubungi oleh pihak
sekolah kerana kerap menukar numbor telefon.

5.6 Cadangan Kajian seterusnya.


Memandangkan kajian ini boleh membawa perubahan diri yang positif terhadap
kehadiran murid ke sekolah, saya dan kaunselor-kaunselor sekolah yang lain akan
menjalani kajian yang sama dengan responden-responden daripada kelas-kelas yang
lain.Saya berharap dengan penerusan kajian ini dapat mengurangkan amalan ponteng
sekolah dalam kalangan murid SMK Datok Lokman.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,


_________________ _________________________
(NG SOOK HOOI) (CHE HASNAH BT MUHAMMAD)
Kaunselor Pengetua
SMK Datok Lokman SMK Datok Lokman

You might also like