You are on page 1of 1

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu

minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini
merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah
satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan
matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan
Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap
lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara
tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak
melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu
menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat
menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan
masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar
40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan
melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu
menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan objektif Hari Sukan Negara

 Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.


 Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat
 Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
 Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
 Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di
peringkat akar umbi

You might also like