You are on page 1of 9

Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah dalam

Penggunaan VLE-Frog untuk Pengajaran &


Pembelajaran
Ummu Salma Mohiddin
Fariza Khalid
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ummudeen@gmail.com

Abstrak: Frog-VLE merupakan satu aplikasi di atas talian yang dibekalkan kepada
guru untuk kegunaan pelajar dalam proses pembelajaran. Penggunaan teknologi
pendidikan aplikasi VLE Frog ini dianggap sebagai satu inovasi dalam pendidikan.
Malah ia merupakan satu perkara baru kepada guru dan pelajar. Dalam aplikasi VLE
Frog, bahan multimedia digunakan untuk menyokong pembelajaran dan keupayaan
untuk menyesuaikan kandungan kursus untuk memenuhi pelbagai kepentingan, pelajar
dan kebolehan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru
dalam penggunaan VLE Frog untuk pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
melibatkan seramai 10 orang sampel dari kalangan guru di Sekolah Kebangsaan
Sungai Binjai, Meru, Lembah Klang. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat
peningkatan pengetahuan guru dan kefahaman guru terhadap penggunaan aplikasi VLE
Frog melalui kajian tindakan yang dijalankan berdasarkan pemerhatian dan soal selidik
yang dilakukan penyelidik. Walau bagaimanapun, bagi menjayakan lagi hasrat
Kementerian Pembelajaran dalam menjadikan VLE Frog sebagai satu transfomasi
dalam pendidikan alaf baru, kursus lanjutan yang berkaitan dengan teknologi VLE
Frog perlu untuk semua pendidik dalam meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran
mereka.

Kata Kunci: Pengetahuan Guru, Vle Frog, Pengajaran dan Pembelajaran, e-


pembelajaran.

1.0 PENGENALAN

Menurut KPM (2012) di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan


dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran,
pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan secara atas talian. Ia adalah
sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia
sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. VLE Frog merupakan
suatu kaedah yang diadaptasi daripada e-pembelajaran. Pembelajaran Maya Frog (VLE
Frog) sebagai intranet, bilik darjah melalui atas talian dan ruang sosial untuk sekolah,
semuanya dalam di bawah satu bumbung. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi
tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja
rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui VLE Frog. Ibu bapa
pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru, dan pihak pentadbir sekolah boleh
menyusun takwim sekolah dengan memaparkan notis melalui Internet (KPM, 2012).
781 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

VLE Frog diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah pembelajaran bagi
menggantikan sistem pendidikan yang lama. Tujuannya untuk membantu pelajar agar
dapat memperolehi maklumat, menyesuaikan maklumat dan mengaplikasikannya.
Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia akan dapat
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya. Berikut adalah persoalan yang
menjadi asas dalam perbincangan kajian ini:

1. Sejauhmanakah pengetahuan guru terhadap penggunaan VLE Frog


dalam pengajaran dan pembelajaran?

2. Bagaimanakah penggunaan VLE Frog dalam proses pengajaran dan


pembelajaran guru?

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan dapatan awal yang telah dijalankan bersama salah seorang guru di
Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, didapati guru kurang menggunakan VLE
Frog dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan. Ini mungkin
kerana penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu isu
baru dalam bidang pendidikan (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir 2005). Ting dan
Woo (2005) mendapati masalah yang utama dihadapi guru yang kurang atau tidak
menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka adalah
kekangan masa untuk menghabiskan silibus. Perkara ini dilihat oleh pengkaji akan
menjadi isu kepada kurangnya minat guru untuk menggunakan aplikasi yang
melibatkan internet kerana mereka terpaksa memilih dan menilai bahan yang
bersesuaian untuk dikongsikan bersama pelajar. Guru di sekolah sewajarnya bersikap
kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran,
terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pembelajaran
seharian. Hoy, Bayne dan Wood (2000), turut menyatakan pandangan mereka iaitu
pendidik harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang
perkembangan pendidikan semasa. Oleh yang demikian, dalam kajian tindakan ini,
penyelidik memberi fokus terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran dalam usaha
membantu guru menguasai VLE Frog dengan mudah. Berdasarkan fenomena-
fenomena dan dapatan-dapatan tersebut, pengkaji berhasrat mengenalpasti tentang
tahap pengetahuan guru-guru sekolah terhadap penggunaan aplikasi VLE Frog dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil perbincangan bersama penyelidik yang
terlibat, kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu terhadap 10 orang guru
yang terpilih.

3.0 METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian tindakan. Pada awalnya, pengetahuan guru terhadap VLE
Frog dikenalpasti. Kemudian satu aktiviti dirancang bagi mengetahui sejauhmana guru
memahami dan berpengetahuan mengenai VLE Frog dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sepanjang pelaksanaan tindakan yang dirancang, data dikumpul dan
direkodkan. Setelah tempoh masa tindakan dijalankan berakhir, refleksi dilakukan
berdasarkan dapatan dan data yang dipungut.
Education for Diverse Learners 782

3.1 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan 2 jenis instrumen iaitu 1) temu bual dan 2)
soal selidik.

Temubual

Dalam kajian ini penyelidik menemubual 10 orang guru yang terlibat dengan program
VLE Frog. Soalan yang dikemukakan dalam temu bual ini berkaitan dengan
pengetahuan mengenai VLE Frog. Temu bual ini dilaksanakan sebelum guru
mengakses platform VLE Frog.

Soal selidik

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik ini
mengandungi 27 soalan berkaitan. Soal selidik ini akan dilaksanakan setelah guru
didedahkan dengan pelaksanaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan soalan soal selidik dilakukan adalah untuk menilai pengetahuan guru terhadap
VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Lokasi kajian

Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, Lembah Klang.
Pemilihan lokasi kajian ini adalah kerana di sekolah terbabit, VLE Frog telah
dilaksanakan secara meluas di mana para guru digalakkan penggunaan VLE Frog
dalam proses PdP.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Responden di dalam kajian ini sebanyak 10 orang guru yang dipilih secara bertujuan.
Mereka yang terpilih dalam kajian ini merupakan guru yang terlibat dalam pelaksanaan
dan penggunaan aplikasi VLE Frog di sekolah terbabit.

3.3.1 Pelaksanaan Tindakan

Proses tindakan dijalankan pada bahagian perkembangan aktiviti pengajaran. Guru


berkenaan memperkenalkan prosedur dalam pengetahuan guru terhadap VLE Frog.
Tindakan yang dirancang ini dijalankan dalam jangka masa lapan minggu dan
menggunakan masa rehat guru iaitu mengambil masa 30 minit. Jadual proses intervensi
adalah seperti berikut:
783 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

3.4.1: Pelan Pelaksanaan

BIL AKTIVITI TARIKH


1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal. 26 Februari 2013
2 Menulis proposal kajian 1 Mac 2013
3 Merancang tindakan 5 Mac 2013
5 Melaksanakan tindakan 1 8 Mac 2013
Temubual
6 Melaksanakan tindakan 2 16 Mac 2013
Membina dan Mengedit Dashboard
7 Melaksanakan tindakan 3 24 Mac 2013
Membina Frog Community Site
8 Melaksanakan tindakan 4 31 Mac 2013
Menghasilkan Sumber Pembelajaran
9 Melaksanakan tindakan 5 8 April 2013
Berkongsi Sumber Pembelajaran
10 Melaksanakan tindakan 6 15 April 2013
Menggunakan dan Menghantar Sumber Pembelajaran
sebagai Tugasan
11 Melaksanakan tindakan 7 22 April 2013
Menyemak Tugasan Pelajar
12 Melaksanakan tindakan 8 7 Mei 2013
Soal selidik
13 Menulis laporan kajian 14 Mei 2013
14 Pembentangan dapatan kajian 30 Mei 2013

4.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian tindakan yang telah dijalankan dijelaskan meliputi; analisis
keputusan temu bual bersama 10 orang guru dan analisis keputusan soal selidik yang
telah dijalankan oleh penyelidik sepanjang kajian tindakan dilakukan serta kesimpulan.

4.1 Keputusan Kajian

Untuk mengenalpasti pengetahuan guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam


pengajaran & pembelajaran, guru akan ditemubual sebelum pelaksanaan VLE Frog.
Untuk mengetahui kesan pengetahuan guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam
pengajaran & pembelajaran yang dijalankan, penyelidik turut menyediakan borang soal
selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada guru. Hasil daripada kutipan temu
bual dan soal selidik, dapatan kajian dapat dihuraikan seperti berikut:

4.1.1 Analisis Keputusan Temubual

Hasil temubual yang dilaksanakan berkaitan pendedahan mengenai VLE Frog yang
telah diberikan oleh pihak sekolah terhadap guru-guru, mereka menyatakan
pendedahan yang diberikan masih tidak mencukupi kerana mereka memerlukan
bimbingan dalam penggunaan VLE Frog dengan lebih kerap dan terperinci. Mengenai
persoalan berkenaan penggunaan VLE-Frog dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) pelbagai respon yang kami terima. Ada diantara respondan
Education for Diverse Learners 784

menyatakan bahawa mereka ada mengaplikasikan VLE-Frog dalam proses PdP


mereka, namun tidak kerap. Bahkan respondan menggunakan VLE Frog untuk
menghantar tugasan kepada pelajar dan menyediakan informasi yang berkenaan
pelajaran kepada pelajar mengenai subjek yang diajar, tetapi respon murid amat rendah
kerana ramai dikalangan pelajar tidak mempunyai internet di rumah. Selain itu, ada
juga dikalangan respondan menyatakan mereka tidak mengaplikasikan VLE-Frog
dalam proses PdP mereka. Hal ini kerana ramai dikalangan guru tidak mahir dan
kurangnya pengetahuan dalam menggunakan VLE-Frog. Seterusnya, persoalan
berkenaan adakah guru masih memerlukan bimbingan dalam penggunaan VLE-frog.
Kebanyakan respondan menyatakan ya, mereka amat memerlukan bimbingan dan
latihan kerana tahap pengetahuan mereka terhadap penggunaan VLE-Frog sangat
minima. Selain itu, mereka menyatakan bahawa penggunaan VLE-Frog ini sangat baik
kerana dengan adanya VLE-Frog guru dapat memberikaan info yang berkaitan dengan
pembelajaran kepada murid. Guru juga dapat menyediakan pelbagai bahan
pembelajaran kepada pelajar sebelum proses PdP dilaksanakan. Dengan ini, pelajar
akan memperolehi pendedahan awal mengenai pembelajaran sebelum bermulanya sesi
pembelajaran. Namun ianya tidak dapat dilaksanakan kerana guru kurang mahir dalam
menyediakan bahan pembelajaran.Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa
kursus atau bimbingan secara berterusan amat diperlukan oleh guru. Supaya mereka
mahir dalam penggunaan VLE-frog dan dapat menghasilkan pelbagai bahan
pembelajaran yang sesuai untuk pelajar. Dengan ini, matlamat kerajaan untuk
memastikan sistem pendidikan di Malaysia standing dengan negara maju.

4.1.2 Analisis Soal Selidik

Penyelidik juga mendapat maklum balas daripada guru-guru mengenai pengetahuan


mereka terhadap pelaksanaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui
analisis tersebut mendapati guru bersetuju dengan konsep VLE Frog dan sangat
bersetuju dengan peranan VLE Frog di sekolah. Namun demikian penggunaaan VLE
Frog dalam pengajaran dan pembelajaran jarang diaplikasikan kerana pelajar masih
lagi tidak terdedah dengan pembelajaran maya ini. Selain itu, bilangan murid yang
ramai iaitu hampir 3200 pelajar menyukarkan guru untuk memastikan setiap pelajar
dapat menggunakan VLE Frog disamping penggunaan makmal komputer yang terhad.
Hasil daripada soal selidik mendapati guru mengetahui kewujudan VLE Frog di
sekolah dan juga mempunyai pengetahuan mengenai VLE Frog.

4.2.2.1 Pengetahuan Guru Terhadap Vle Frog

Bagi menjawab persoalan kajian pertama iaitu berkaitan dengan pengetahuan guru
terhadap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran, sebanyak 5 item
soalan dikemukan dalam borang soal selidik mengenai konsep VLE Frog dan 4 item
soalan mengenai objektif dan peranan VLE Frog. Data daripada bahagian ini dianalisis
dan ditunjukkan dalam bentuk jadual peratusan item sangat tidak setuju, tidak setuju,
tiada pendapat setuju dan sangat setuju.
785 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Jadual 1: Pengetahuan Guru Terhadap Vle Frog


NO ITEM Peratus Peratus Peratus Peratus Peratus
Sangat Tidak Tiada Setuju Sangat
tidak setuju pendapat setuju
setuju

A. Konsep VLE FROG


1 Sistem pendidikan sedia ada perlu - - - 80 20
dimantapkan selaras dengan
perkembangan era teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).
2 Pewujudahn VLE FROG - - - 80 20
merupakan satu scenario baru
dalam dunia pendidikan alaf baru
di Malaysia dan bersesuaian
dengan perkembangan teknologi,
social serta budaya masa kini.
3 VLE FROG merupakan proses - - - 80 20
berterusan ke arah meningkatkan
lagi penggunaan ICT dalam
pendidikan.
4 VLE-FROG adalah satu sistem - - - 90 10
pembelajaran maya yang direka
untuk membangunkan modal
insane dan penggunaan internet.
5 VLE FROG dapat melatih guru dan - - - 90 10
murid untuk lebih mahir dan
berkemahiran dalam bidang ICT.
Purata - - - 84 16
B. Objektif/ Peranan VLE
FROG
1 Kewujudan VLE FROG dapat - - 10 80 10
menghasilkan tenaga kerja yang
berpemikiran dan celik teknologi.
2 Kewujudan VLE FROG - - 30 60 10
merancakkan lagi
pendemokrasikan pendidikan
Negara.
3 Kewujudan VLE FROG mampu - - 20 70 20
memberi peluang dalam
meningkatkan kekuatan dan
keupayaan seseorang individu.
4 Kewujudan VLE FROG adalah - - 30 60 10
satu usaha pihak kerajaan untuk
memupuk perkembangan
menyeluruh seserang individu
melalui pendidikan.
Purata - - 22.5 67.5 10

Berdasarkan hasil analsisi jadual 1, pengetahuan guru terhadap Vle Frog, didapati
purata setuju bagi peratus konsep VLE Frog ialah 84% dan purata sangat setuju
sebanyak 16%. Konsep VLE Frog dalam soalan soal selidik merangkumi aspek
pendapat guru mengenai kewujudan pembelajaran VLE Frog dan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala purata bagi objektif/peranan VLE Frog
ialah tiada pendapat sebanyak 22.5%, setuju 67.5% dan sangat setuju 10%. Soalan soal
Education for Diverse Learners 786

selidik tersebut merangkumi aspek kewujudan VLE Frog dalam dunia pendidikan yang
menuju era teknologi terkini. Secara umumnya, guru-guru dapat menerima kehadiran
VLE Frog dalam dunia pendidikan kerana VLE Frog sebahagian daripada hasrat
kerajaan untuk melahirkan warganegara yang celik IT dan berteknologi khususnya
dalam bidang pendidikan.

4.2.2.2 Penggunaan VLE Frog Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran


(PdP) Guru
Bagi menjawab persoalan kajian kedua iaitu berkaitan penggunaan VLE Frog dalam
pengajaran dan pembelajaran, sebanyak 10 item soalan telah dikemukakan dalam
borang soal selidik. Data daripada bahagian ini dianalisis dan ditunjukkan dalam
bentuk jadual peratusan item setiap kali, selalu, jarang dan tidak pernah.

Jadual 2: Penggunaan VLE Frog Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)
Guru

NO ITEM Peratus Peratus Peratus Peratus


Setiap Selalu Jarang Tidak
kali pernah

1 Saya menggunakan VLE FROG dalam 30 50 20


proses PdP .
2 Saya menggunakan VLE FROG semasa 20 60 20
proses PdP luar waktu sekolah .
3 Saya menggunakan VLE FROG untuk 20 70 10
merancang proses PdP dan berkongsi
sumber dengan komuniti luar.
4 Saya menggunakan VLE FROG untuk 30 50 20
menyediakan bahan-bahan PdP

5 Saya menggunakan untuk memantau 20 50 30


markah aktiviti murid.
6 Saya member tugasan aktiviti yang 30 40 30
memerlukan penggunaa VLE FROG
kepada murid.
7 Saya sentiasa mengemaskini dashboard 10 40 40 10
VLE FROG.
8 Saya menggunakan VLE FROG untuk 10 50
memuat turun naik fail 30

9 Saya aktif dalam membina Frog 20 80


community site
10 Saya menggunakan VLE FROG untuk 20 50 30
mengakses email
Purata 2 28 52 18
787 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Berdasarkan hasil daripada analisis tersebut, didapati purata bagi peratus guru jarang
menggunakan VLE Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu
sebanyak 52% dan tidak pernah sebanyak 18%. Ini berlaku kerana kesukaran murid
untuk aktif dan akses VLE FROG di sekolah mahupun di rumah dan menyukarkan
guru untuk menggunakannyya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun
begitu, guru sering kali berkongsi bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di antara
mereka untuk tujuan perkongsian ilmu. Terdapat juga guru menggunakan VLE FROG
ini untuk memuat turun naik fail iaitu bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan
mengakses email. Manakala purata bagi peratus guru sering kali menggunakan VLE
Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu sebanyak 2% dan selalu
sebanyak 28%.

5.0 PERBINCANGAN

VLE Frog merupakan inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui, ianya
bertujuan untuk membuat penambahbaikan sistem pendidikan yang sedia ada.
Penerimaan inovasi ini bergantung kepada individu itu sendiri untuk menilainya
sepertimana yang diperkatakan oleh Rogers (1995) inovasi dihubungkan melalui
saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli sesebuah sistem sosial.
Untuk merealisasikan program VLE Frog ini, setiap guru perlu memahami peranan
yang harus dimainkan oleh mereka dalam melaksanakan program VLE Frog
sepertimana yang ditegaskan oleh Mohamed Noor (2001) yang menyatakan bahawa
semua pihak yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran di universiti perlu
memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan program e-pembelajaran ini.
Oleh yang demikian, setiap guru perlu mengambil inisiatif dalam usaha mereka untuk
menguasai pengetahuan berkaitan penggunaan VLE Frog dalam proses PdP. Hasil
dapatan yang dijalankan berkaitan penggunaan VLE Frog di dalam proses PdP guru
dilihat hanya 2% menyatakan hampir setiap kali menggunakan VLE Frog.
Pengetahuan yang kurang menyebabkan guru tidak berminat untuk menggunakan VLE
Frog di dalam proses PdP penyataan ini disokong oleh Othman dan Lukman (2008)
minat merupakan satu sifat afektif berfungsi untuk mendorong guru-guru ke arah
membudayakan penggunaan ICT khususnya berkaitan dengan tugas pengajaran. Minat
terhadap ICT juga seterusnya akan meningkatkan kesediaan guru-guru untuk
memajukan diri sendiri serta mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Oleh yang
demikian, latihan yang berterusan perlu diberikan kepada guru supaya mendapat
pendedahan yang secukupnya berkaitan dengan penggunaan VLE Frog bagi
meningkatkan minat guru menggunakan VLE Frog dalam proses PdP.

6.0 KESIMPULAN

Penggunaan teknologi maklumat pada masa kini amat memberansangkan sejajar


dengan perkembangan dunia pendidikan semasa. Oleh yang demikian, guru perlu
mempunyai pengetahuan yang meluas berkenaan dengan teknologi maklumat
terutamanya dalam penggunaan internet. Daripada kajian ini penyelidik melihat
penggunaan aplikasi VLE Frog ini dapat membantu guru dalam proses PdP mereka.
Pelbagai bahan yang bersesuaian boleh dimuat-turun sebagai bahan rujukan kepada
pelajar dan memberikan tugasan kepada pelajar. Dengan ini, hubungan guru dan murid
Education for Diverse Learners 788

akan menjadi lebih dekat dan guru boleh mengenalpasti kemampuan murid
berdasarkan tugasan yang diberikan. Selain itu, guru juga dapat berinteraksi dengan
komuniti luar untuk mempelbagaikan lagi bahan pengajaran mereka. Guru dapat
bertukar-tukar pendapat dalam menghasilkan bahan pembelajaran dan kaedah-kaedah
yang bersesuaian untuk dilaksanakan dalam proses PdP. Justeru, dapatan kajian ini
menunjukkan pengetahuan guru dalam penggunaan aplikasi ini amat diperlukan kerana
tanpa pengetahuan yang mendalam amat sukar untuk mereka menggunakan aplikasi ini
dan mengadaptasikannya dalam proses PdP mereka.

RUJUKAN

Azwan, A. & Rozita, N. 2002. E-Learning: Penerokaan Media Pembelajaran Terkini.


Atas talian. http://www.elearning.unimas.my/Articles/archives/000002.html.
(Accessed 9th April 2013).
Hoy, C., Bayne-Jardine, dan Wood, M. (2000). Improving Quality in Education.
London: Falmer Press.
Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir (2001). “Pembangunan Perisian
Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik”. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Jung, Insung Choi & Seonghee Lim, Cheolil. 2002. Effects of Different Types of
Interaction on Learning Achievement, Satisfaction and Participation in Web-
Based Instruction. Source: Innovations in Education & Teaching International;
39(2): 153-163. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). 1Bestarinet.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
Perancangan Bersepadu Kecemerlangan Pendidikan.
Mohammed Sani Hj Ibrahim. 2002. Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas Kerja
dibentangkan di dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan Ke-IX di Hotel Pan Pacific, KLIA, Sepang pada 16-19 Disember
2002.
Mohamed Noor, H. 2001. Cabaran Pembelajaran Melalui IT: e-learning dalam
Ahmad Zaharudin Idrus. Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi
dan Cabaran UTM, Skudai, Johor. Penerbitan UniversitiTekonologi Malaysia,
Johor.
Othman Md. Johan & Lukman Dinyati. (2008). Persepsi guru-guru pendidikan Islam
terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah
kebangsaan di daerah Kluang. Journal of Social Science, 3 (Sept): 179-205.
Rogers, E. 1995. Diffusion of innovations (4th Ed.). New York, NY: The Free Press.
Ting Kung Shiung dan Woo Yoke Ling. 2005. Penggunaan ICT Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik
Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran
Penggunaan ICT. Seminar Pendidikan 2005. Fakulti Pendidikan, UTM.

You might also like