You are on page 1of 2

APLIKASI

KAEDAH CSL PMR


KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang pelajar yang
cemerlang. Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

CIRI-CIRI PELAJAR
CEMERLANG

Menghargai Tekun Berbudi bahasa


masa

Tugasan : ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang


Tema : pelajar yang cemerlang
Kata kunci : ciri-ciri

PENDAHULUAN
Ayat 1: Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan.............................................................(sebutkan
TEMA tema) saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita.
Ayat 2 : Persoalannya, apakah...........................(salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan
TUGASAN berakhir dengan tanda soal (?)
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan pelajar yang cemerlang saban waktu diwara-warakan dalam media
arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang?

ISI PERTAMA
(ISI) Pada pendapat saya, KATA KUNCInya + ialah + ISI 1
Ayat 1 Pada pendapat saya, salah satu cirinya ialah tekun.
(HURAIAN + CONTOH Hal ini dikatakan demikian kerana + Contoh + Impak
Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang rajin dan sentiasa mengulangkaji
pelajaran akan mencapai kejayaan dalam akademik.

ISI KEDUA
(ISI + CONTOH) PENANDA WACANA + ISI + CONTOH + juga merupakan + TUGASAN
Ayat 1 Selain itu, pelajar yang berbudi bahasa seperti menghormati guru-guru juga
merupakan ciri pelajar yang cemerlang.
(HURAIAN) Dengan ini + HURAIAN
Ayat 2 Dengan ini, mereka akan disukai oleh guru-guru dan rakan-rakan.

ISI KETIGA
(ISI + HURAIAN) KATA KUNCI + yang berikutnya ialah + ISI + HURAIAN
Ayat 1 Ciri yang berikutnya ialah pelajar yang menghargai masa kerana masa lapang
akan diisi dengan aktiviti yang mendatangkan faedah.
(CONTOH) Sebagai contoh, + CONTOH
Ayat 2 Sebagai contoh, mereka mengisi masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan.
KESIMPULAN
Rumus Kesimpulannya, + sasaran + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani +
Saranan + Tema + agar + Harapan + Peribahasa
Harapan Ayat 1 Kesimpulannya, setiap pelajar mestilah berusaha untuk menjadi pelajar yang
cemerlang agar mereka berjaya dalam hidup kerana di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan!

Karangan Lengkap:

Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan pelajar yang cemerlang saban waktu diwara-warakan
dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang?

Pada pendapat saya, salah satu cirinya ialah tekun. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar yang
rajin dan sentiasa mengulangkaji pelajaran akan mencapai kejayaan dalam akademik.

Selain itu, pelajar yang berbudi bahasa seperti menghormati guru-guru juga merupakan ciri pelajar
yang cemerlang. Dengan ini, mereka akan disukai oleh guru-guru dan rakan-rakan.

Ciri yang berikutnya ialah pelajar yang menghargai masa kerana masa lapang akan diisi dengan
aktiviti yang berfaedah. Sebagai contoh, mereka mengisi masa lapang dengan mengunjungi perpustakaan.

Kesimpulannya, setiap pelajar mestilah berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang agar
mereka berjaya dalam hidup kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

You might also like