You are on page 1of 26

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN


MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB
INDUSTRI (MeSTI)

OKTOBER 2012
PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

Isi Kandungan
Mukasurat

Perutusan Yang Berhormat Menteri Kesihatan i


Perutusan Ketua Pengarah Kesihatan, KKM ii
Perutusan Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM iii
Pengenalan 1
Objektif 1
Skop 1
Kelebihan 1
Kriteria Permohonan 2
Cara Memohon 2
Bayaran 3
Proses Kelulusan 3
Tempoh Sah Laku 6
Pemantauan 6
Pembaharuan 6
Pembatalan Sijil 6
Rayuan 7
Pertanyaan 7
Rujukan 8
Penghargaan 9
Lampiran 1 : Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Baru) 10
Lampiran 2 : Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Pembaharuan) 11
Lampiran 3 : Borang Permohonan, MeSTI-1/12 12
Lampiran 4 : Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12 13
Lampiran 5 : Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 14
Lampiran 6 : Senarai Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, 20
Jabatan Kesihatan Negeri

MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

Kata-Kata Aluan
YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM), di atas penjenamaan semula Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia
(SK1M) kepada Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Ini
adalah sebagai salah satu usaha berterusan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan yang
disampaikan kepada pihak industri makanan terutamanya Enterpris Kecil dan Sederhana
(EKS). Saya juga merasa bangga atas usaha BKKM, yang telah menjalinkan kerjasama
dengan beberapa Kementerian dan agensi Kerajaan serta swasta bagi mendapat sokongan
padu dalam mempromosi dan memasarkan produk makanan yang telah mendapat pensijilan
ini sebagai manfaat tambahan kepada pihak EKS yang memohon skim ini. Saya percaya
penglibatan pihak-pihak tersebut akan dapat menyumbang ke arah peningkatan tahap
keselamatan dan kualiti makanan negara.

Di Malaysia, BKKM merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan


keselamatan makanan bagi pasaran domestik dan luar negara adalah terjamin. Saya
percaya skim ini boleh menjadi satu landasan yang dapat melonjakkan pembangunan
industri makanan kepada satu tahap yang lebih berdaya saing dan berpotensi untuk
menembusi pasaran antarabangsa sekaligus meningkatkan pendapatan pihak EKS dan
menyumbang kepada transformasi ekonomi dalam negara. Skim ini merupakan satu bentuk
pengiktirafan kepada industri makanan yang melaksanakan sistem jaminan keselamatan
makanan, bagi memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap keselamatan dan kualiti
produk makanan tempatan.

Sejajar dengan slogan KKM “Kami Sedia Membantu”, skim ini akan diberikan secara
PERCUMA kepada industri makanan dan pihak BKKM akan membantu industri dengan
memberi bimbingan teknikal untuk memantapkan pengetahuan mereka dalam melaksanakan
sistem jaminan keselamatan makanan, berdasarkan keperluan di bawah Peraturan-Peraturan
Kebersihan Makanan 2009.

Akhir kata, saya menyeru supaya pihak industri makanan merebut peluang keemasan ini
sepenuhnya supaya tahap keselamatan makanan negara dapat ditingkatkan ke tahap yang
lebih tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menjamin rakyat akan dapat menikmati
makanan yang selamat dan berkualiti.

Sekian, terima kasih.

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI


Menteri Kesihatan Malaysia

i MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

Kata-Kata Aluan
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, di atas usaha
yang berterusan ke arah meningkatkan tahap jaminan keselamatan makanan bagi industri
makanan. Sejajar dengan itu, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) yang sedia
ada telah ditambahbaik dan dijenamakan semula kepada Skim Pensijilan Makanan Selamat
Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Skim Pensijilan MeSTI ini bertujuan untuk membantu Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS)
bagi membangunkan program jaminan keselamatan makanan supaya meningkatkan tahap
keselamatan makanan, dan seterusnya diharapkan dapat meningkatkan sumber pendapatan
mereka. Usaha ini juga selari dengan aspirasi negara untuk melihat perubahan dalam kualiti
kehidupan penduduk luar bandar di bawah Program Tranformasi Penduduk Luar Bandar
(Rural Transformation Programme).

Saya amat berharap agar buku panduan ini dapat digunakan oleh industri makanan dalam
menghasilkan produk makanan yang selamat dengan mematuhi piawaian di bawah Akta
Makanan 1983 dan memperolehi bantuan teknikal yang disediakan di bawah skim ini. Selain
itu, tahniah diucapkan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain yang telah membantu dalam
memberikan bimbingan ke arah skim pensijilan MeSTI. Kerjasama pihak pasaraya-pasaraya
besar dalam menyokong usaha kerajaan memasarkan produk dari enterpris yang telah
mendapat pensijilan MeSTI juga adalah sangat dihargai.

Akhir kata, saya menyeru pihak industri makanan supaya mengambil peluang yang ditawarkan
di bawah skim ini untuk meningkatkan tahap keselamatan ke atas makanan yang dihasilkan.
Saranan ini juga adalah selari dengan aspirasi negara ke arah rakyat berpendapatan tinggi
melalui impak positif penghasilan makanan yang selamat dan berkualiti yang tentunya menjadi
keutamaan bagi pengguna yang bijak.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia

MeSTI 2012 ii
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

Kata-Kata Aluan
PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan rasa syukur dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat di
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kerana telah menambahbaik Skim Keselamatan
Makanan 1Malaysia (SK1M) dan menjenamakannya semula kepada Skim Pensijilan Makanan
Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang bertujuan untuk memudahkan pihak industri
makanan melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan selaras dengan kehendak
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Di bawah skim ini, elemen-elemen seperti
kawalan premis, kawalan operasi dan juga kebolehkesanan (traceability) digabungkan sebagai
elemen-elemen utama bagi mendapat pensijilan MeSTI.

Pelaksanaan skim ini juga melibatkan jalinan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi
kerajaan dan swasta dari aspek akses kewangan dan pemasaran. Antara agensi-agensi yang
terlibat adalah Small and Medium Enterprise Cooperation Malaysia (SME Corp. Malaysia),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan pasaraya-pasaraya besar. Tujuan utama
kerjasama pintar ini adalah untuk menarik pihak industri makanan untuk melaksanakan MeSTI
melalui keperluan pemasaran yang ditetapkan oleh pihak pasaraya.

Justeru, skim ini adalah satu usaha murni pihak BKKM untuk terus berusaha ke arah
meningkatkan tahap keselamatan makanan yang dihasilkan oleh pihak industri sebagai
suatu keutamaan. Saya berharap pihak industri makanan tempatan yang telah memperolehi
pengiktirafan pensijilan MeSTI perlu sentiasa mematuhi kehendak pengiktirafan yang telah
diberikan untuk mengekalkan penghasilan makanan yang selamat, bersih dan berkualiti dan
dapat bersaing di peringkat antarabangsa tanpa kompromi ke atas keselamatan makanan.

Sekian, terima kasih.

NORAINI BINTI DATO’ MOHD OTHMAN


Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia

iii MeSTI 2012


Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN


MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI (MeSTI)
1. PENGENALAN

Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu


skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan
1Malaysia (SK1M). Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan
dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil
dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan di
bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Melalui pensijilan MeSTI, pihak pengusaha makanan akan dibimbing bagi


membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan
sebelum pensijilan diberikan. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini,
pihak pengusaha perlu membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan
didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Antara elemen-elemen utama di
dalam program jaminan keselamatan makanan yang efektif adalah kawalan premis,
kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).

Nilai tambah lain yang terdapat di bawah Skim Pensijilan MeSTI ialah penilaian SME
Competetive Rating Evaluation (SCORE) oleh SME Corp dan juga program bimbingan.
Ia juga menjadi keperluan kepada pemasaran produk-produk makanan di Kedai
Rakyat 1Malaysia (KR1M), COOP1M dan beberapa pasaraya-pasaraya besar. Skim
ini juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain di mana ia menjadi keperluan kepada
Penjenamaan 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) dan Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dan Jabatan Agama Islam Negeri.

2. OBJEKTIF

Garispanduan ini disediakan bagi membantu industri makanan di Malaysia terutamanya
EKS mematuhi keperluan-keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan 2009 dan seterusnya mendapat pensijilan MeSTI.

3. SKOP

Garis panduan ini boleh digunakan oleh enterpris makanan yang terlibat dalam bidang
pemprosesan makanan di Malaysia, pegawai-pegawai pembimbing dari agensi-agensi
kerajaan, pihak swasta dan pegawai di Ibu Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM), KKM, di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD) untuk mengetahui panduan dan prosedur pensijilan MeSTI.

4. KELEBIHAN

4.1 Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan


Makanan 2009.

MeSTI 2012 1
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

4.2 Mendapat kemudahan pengeluaran Sijil Penjualan Bebas dalam tempoh satu
(1) hari TANPA dokumen tambahan.

4.3 Bimbingan pelabelan secara PERCUMA oleh KKM kepada EKS.

4.4 Membantu pihak EKS menyertai Program Pembangunan di bawah SME Corp
dan bimbingan dari segi akses kewangan.

4.5 Memudahkan pemasaran produk di pasaraya besar, KR1M, COOP1M dan


sebagainya.

4.6 Mendapat manfaat melalui aktiviti promosi.

4.7 Pelekat logo MeSTI akan diberikan secara PERCUMA kepada setiap enterpris
yang mendapat pensijilan kali pertama.

4.8 Logo MeSTI pada label produk makanan dapat meyakinkan pengguna terhadap
keselamatan makanan produk tersebut.

5. KRITERIA PERMOHONAN

5.1 Premis makanan yang memohon MeSTI perlu mematuhi kriteria-kriteria


berikut:

5.1.1 Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

5.1.2 Berdaftar dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan dan


borang (Borang KKM-PPKM-1/09) boleh diperolehi secara online
melalui laman sesawang http://fosimdomestic.moh.gov.my.

5.1.3 Premis mempunyai lesen atau kelulusan daripada Pihak Berkuasa


Tempatan (PBT) atau surat pengesahan dari mana-mana agensi
kerajaan.

6. CARA MEMOHON

6.1 Permohonan MeSTI hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang


Permohonan, MeSTI-1/12 (Lampiran 3) dan boleh diperolehi daripada:

6.1.1 Ibu Pejabat BKKM, KKM.

6.1.2 Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

6.1.3 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

6.1.4 Laman web http://fsq.moh.gov.my

2 MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

6.2 Semua borang permohonan MeSTI yang lengkap hendaklah dikemukakan ke


JKN atau PKD di mana lokasi premis berada.

6.2.1 Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut :

a. Borang Permohonan, MeSTI-1/12 - Lampiran 3.

b. Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12 - Lampiran 4.

c. Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 (jika ada) - Lampiran 5.

d. Salinan Slip Pendaftaran Premis KKM.

e. Salinan lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan


daripada mana-mana agensi kerajaan.

f. Salinan sijil pendaftaran daripada SSM.

g. Salinan pensijilan sistem jaminan keselamatan makanan (jika ada).

h. Carta alir pemprosesan (jika ada).

7. BAYARAN

Skim ini diberikan secara PERCUMA kepada enterpris makanan bagi tujuan
pengiktirafan.

8. PROSES KELULUSAN
(sila rujuk Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI - Lampiran 1)

8.1 Semakan permohonan

8.1.1 Dokumen permohonan yang diterima akan disemak, disahkan dan


direkodkan.

8.1.2 Bagi pemohon yang mempunyai pensijilan sistem jaminan keselamatan


makanan oleh badan pensijilan yang diakreditasi oleh Standards
Malaysia atau pensijilan oleh KKM, pensijilan MeSTI akan diberikan
TANPA audit lapangan.

8.2 Pra Penilaian

8.2.1 Pra Penilaian melibatkan aktiviti audit lapangan dalam tempoh lima
(5) hari dari permohonan lengkap diterima. Audit lapangan dibuat
berdasarkan kepatuhan kepada elemen-elemen seperti yang terdapat
di dalam Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 – Lampiran 5.

MeSTI 2012 3
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

8.2.2 Jika pemohon didapati telah bersedia bagi tujuan pensijilan, pihak
juruaudit perlu mengemukakan sokongan kepada Jawatankuasa
Pensijilan MeSTI peringkat negeri dan menyediakan laporan akhir bagi
tujuan pensijilan tanpa memerlukan audit susulan.

8.2.3 Sekiranya pemohon didapati belum bersedia, pihak juruaudit perlu


meminta pemohon mengambil tindakan pembetulan bagi setiap
ketidakpatuhan yang didokumenkan berdasarkan laporan awal. Hasil
pra penilaian ini juga akan menentukan samada pemohon perlu
menjalani audit susulan ataupun bimbingan mengikut tempoh yang
ditetapkan.

8.2.4 Pihak juruaudit akan menyerahkan salinan laporan awal kepada


pemohon tidak lewat dari dua (2) hari selepas tarikh audit dijalankan.

8.3 Bimbingan

8.3.1 Status bimbingan akan dibuat berdasarkan penilaian juruaudit semasa


laporan awal pra penilaian bagi membantu pemohon menyediakan
premis mengikut keperluan elemen-elemen MeSTI.

8.3.2 Bimbingan yang akan diberikan berbentuk bimbingan teknikal dari KKM
atau bimbingan Program Pembangunan oleh pihak SME Corp atau
agensi pembimbing yang lain.

8.3.3 Pemohon perlu memberikan komitmen sepenuhnya semasa proses


bimbingan dengan pihak pembimbing dan diberikan masa sehingga
enam (6) bulan untuk melaksanakan tindakan pembetulan serta
membangunkan program jaminan keselamatan makanan.

8.3.4 Audit susulan akan dijalankan sebaik sahaja sesi bimbingan telah
selesai dilaksanakan. Tarikh audit susulan akan ditentukan oleh juruaudit
apabila pihak pemohon memaklumkan kesediaan untuk diaudit.

8.3.5 Sekiranya pemohon memerlukan lanjutan tempoh bimbingan, surat


rayuan lanjutan tempoh bimbingan perlu dikemukakan oleh pemohon
ke JKN. Rayuan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya satu (1) bulan
sebelum tamat tempoh enam (6) bulan tersebut.

8.4 Audit Susulan

8.4.1 Sebelum audit susulan dijalankan, pihak pemohon perlu mengambil


tindakan pembetulan bagi semua ketidakpatuhan yang didokumenkan
oleh pihak juruaudit dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh audit pra
penilaian dijalankan.

8.4.2 Tindakan pembetulan yang dibuat oleh pihak pemohon perlu disertakan
bersama bukti bergambar atau dokumen sokongan yang berkaitan.

4 MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

8.4.3 Pemohon perlu memaklumkan kepada pihak juruaudit sekiranya


memerlukan lanjutan tempoh untuk melaksanakan tindakan pembetulan
dengan mengemukakan justifikasi kelewatan melalui surat kepada JKN
dalam masa dua (2) minggu sebelum tamat tarikh akhir tempoh tiga (3)
bulan tersebut.

8.4.4 Jika tiada maklumbalas diterima dari pemohon, permohonan dianggap


terbatal dengan sendirinya.

8.4.5 Audit susulan dijalankan oleh juruaudit bagi mengesahkan kesemua


ketidakpatuhan telah diambil tindakan pembetulan yang memuaskan
oleh pemohon dalam tempoh yang diberikan.

8.4.6 Pihak pemohon yang telah selesai menjalani tempoh bimbingan


selama enam (6) bulan serta mengambil tindakan pembetulan yang
memuaskan perlu membuat permohonan semula.

8.6 Laporan Akhir

8.6.1 Laporan akhir audit akan dikeluarkan oleh pihak juruaudit dalam tempoh
dua (2) hari dari tarikh audit susulan dilaksanakan, walaupun terdapat
ketidakpatuhan yang tidak ditutup.

8.6.2 Laporan akhir adalah merangkumi laporan awal, bukti bergambar dan
dokumen sokongan yang berkaitan.

8.6.3 Pihak juruaudit akan memberikan sokongan pensijilan sekiranya


didapati pemohon telah mematuhi sepenuhnya keperluan elemen-
elemen MeSTI. Salinan laporan akhir tersebut akan diserahkan kepada
pemohon untuk tujuan rekod.

8.7 Kelulusan

8.7.1 Laporan akhir audit akan dibentangkan di dalam Mesyuarat


Jawatankuasa MeSTI di JKN untuk tujuan sokongan kelulusan. Jika
terdapat ketidakpatuhan yang masih belum ditutup dan tidak mendapat
sokongan JKN, pihak JKN perlu memaklumkan terus kepada pihak
pemohon beserta salinan laporan akhir dan satu salinan ke Ibu Pejabat
BKKM, KKM.

8.7.2 Laporan audit yang disokong oleh pihak JKN akan dibentangkan di
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM
untuk tujuan kelulusan.

8.7.3 Permohonan yang lulus akan diberikan sijil pengiktirafan, pelekat logo
MeSTI dan surat iringan dalam tempoh lima (5) hari selepas Ibu Pejabat
BKKM, KKM menerima laporan akhir yang lengkap dari pihak JKN.

MeSTI 2012 5
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

9. TEMPOH SAH LAKU

9.1 Tempoh sah laku pensijilan MeSTI adalah tiga (3) tahun.

9.2 Bagi permohonan yang diluluskan berdasarkan sistem jaminan keselamatan


makanan sedia ada yang telah diiktiraf oleh Standards Malaysia atau KKM,
tempoh permulaan sah pensijilan MeSTI akan mengikut tempoh sah sedia ada
pada sijil sistem jaminan keselamatan makanan tersebut.

10. PEMANTAUAN

10.1 Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali
oleh pihak JKN.

10.2 Pensampelan produk makanan (sampel pemantauan) boleh dilakukan semasa


audit di lapangan sekiranya perlu.

11. PEMBAHARUAN

11.1 Bagi tujuan pembaharuan, pemohon perlu mengemukakan Borang


Permohonan, MeSTI-1/12 yang telah lengkap diisi. (sila rujuk Carta Alir
Kelulusan Pensijilan MeSTI (Pembaharuan)- Lampiran 2)

11.2 Pembaharuan pensijilan perlu dibuat setiap tiga (3) tahun sekali dan
permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat
tarikh sah laku.

12. PEMBATALAN SIJIL

12.1 Pengiktirafan MeSTI boleh ditarik balik atas sebab-sebab seperti berikut:

12.1.1 Terdapat bukti produk yang dikeluarkan menjadi penyebab kepada


kejadian keracunan makanan.

12.1.2 Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.

12.1.3 Sijil GMP atau HACCP KKM atau HACCP dari mana-mana badan
pensijilan yang diiktiraf oleh KKM telah dibatalkan atau pun
digantung.

12.1.4 Pengiktirafan akreditasi badan pensijilan bagi mana-mana sistem


jaminan keselamatan makanan telah ditarikbalik atau digantung
oleh Standards Malaysia.

12.1.5 Terdapat ketidakpatuhan yang belum ditutup melepasi tempoh tiga


(3) bulan yang diberikan semasa audit pemantauan.

6 MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

12.1.6 Sekiranya didapati produk yang dihasilkan oleh pemohon terbukti


melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di
bawahnya.

12.2 Tindakan pembatalan sijil yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa


Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM adalah muktamad dan tidak boleh diambil
sebarang tindakan perundangan oleh pihak pemohon.

12.3 Pihak pemohon yang telah dikenakan tindakan pembatalan sijil boleh
mengemukakan rayuan kepada Ibu Pejabat BKKM, KKM.

12.4 Pemohon perlu memaklumkan JKN perkara – perkara berikut bagi mengekalkan
pengiktirafan.

12.4.1 Pertukaran alamat premis / nama syarikat.

12.4.2 Menjalankan pengubahsuaian major pada struktur atau rekabentuk


bangunan.

12.4.3 Menerima aduan berkaitan keselamatan produk makanan yang


dikeluarkan.

12.4.4 Terdapat pengeluaran produk makanan baru (melibatkan aliran


proses yang berbeza dari produk makanan yang sedia ada).

13. RAYUAN

13.1 Jawatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM berhak untuk


membincangkan status rayuan yang dikemukakan oleh pihak pemohon bagi
tujuan pembaharuan sijil MeSTI.

14. PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut pihak pemohon boleh


menghubungi:

Bil. Bahagian / Jabatan / Pejabat /Alamat No.Telefon / Laman Web


14.1 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, No. Tel : 03-8883 3558
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 3,
Blok E7, Kompleks E, No. Faks : 03-8889 3815
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya. Laman web : http://fsq.moh.gov.my
14.2 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Lampiran 6
Jabatan Kesihatan Negeri.

MeSTI 2012 7
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

15. RUJUKAN

15.1 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Malaysia

15.2 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

15.3 Good Manufacturing Practice (GMP), Malaysian Standard


MS1514:2009

15.4 Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik, BKKM, KKM

15.5 Garis Panduan dan Senarai Semak Pengusaha Industri Makanan - Kebersihan
Makanan

15.6 Garis Panduan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) -Bahagian I

15.7 Contoh Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) -


Bahagian II

15.8 Garis Panduan Sistem Kebolehkesanan Makanan Bagi Pengusaha

15.9 Definasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) – www.smecorp.gov.my

8 MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

16. PENGHARGAAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin


mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai-pegawai berikut yang
bertanggungjawab dalam menjayakan garispanduan ini.

Penaung

Noraini Binti Dato’ Mohd Othman

Penasihat

Wee Bee Wah

Ketua Editor

Mohd Salim Bin Hj Dulatti

Editor

Chin Cheow Keat


Nor Kamilah Binti Mohamad Alwi
Abdul Hadi Bin Ismail

Turut Membantu

Amran Bin Hasan


Hasniza Binti Hassan
Shanmugam A/L Supramaniam
Muhammad Muhayudeen Bin Musa
Zainatul Emelia Binti Zainal Abidin
Kamal Bin Karim
Ong Hooi Theng
Siti Irfah Binti Md Ishak

MeSTI 2012 9
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

Lampiran 1

CARTA ALIR KELULUSAN PENSIJILAN MeSTI (BARU)

10 MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

Lampiran 2

CARTA ALIR KELULUSAN PENSIJILAN MeSTI (PEMBAHARUAN)

MeSTI 2012 11
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

Lampiran 3

MeSTI-1/12

BORANG PERMOHONAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PERMOHONAN

BARU PEMBAHARUAN

1. NAMA SYARIKAT 8. NO. TELEFON BIMBIT

9. NO. TELEFON / NO. FAKS

2. ALAMAT SYARIKAT 10. PENSIJILAN SISTEM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN


SEDIA ADA Ada Tiada
(jika ada, sila lampirkan salinan sijil)

3. NAMA PEMOHON 11. PEMBEKAL BAGI SYARIKAT:


(seperti di dalam kad
pengenalan) a. PASARAYA BESAR
Sila Nyatakan (Contoh: TESCO, MYDIN):
b. KEDAI RUNCIT
4. NO KAD PENGENALAN
c. LAIN-LAIN Sila Nyatakan :

5. EMEL PEMOHON 12. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN:


a. LAMPIRAN PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT
6. NAMA PREMIS MALAYSIA (SSM)
b. LAMPIRAN SLIP PENDAFTARAN PREMIS KKM
7. ALAMAT PREMIS
c. LAMPIRAN LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN /
SURAT PENGESAHAN DARI AGENSI KERAJAAN
d. CARTA ALIR PEMPROSESAN (JIKA ADA)
e. SENARAI SEMAK ELEMEN MeSTI-3/12 (JIKA ADA)

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PREMIS


(sila tandakan √ pada yang berkaitan)
1. PASARAN
Domestik Eksport

Mikro Enterprise = Bil. Pekerja < 5 Orang, Jualan 3.BILANGAN PEKERJA


Pulangan Tahunan < RM250,000 Sila nyatakan :
Enterprise Kecil = Bil. Pekerja antara 5 hingga 50
orang, Jualan Pulangan Tahunan antara RM250,000
dan < RM10 juta
2. KATEGORI INDUSTRI
Enterprise Sederhana = Bil. Pekerja antara 51 hingga 4. ANGGARAN PULANGAN
150 orang, Jualan Pulangan Tahunan antara RM10 TAHUNAN (RM)
juta dan RM25 juta Sila nyatakan:
Industri Besar = Bil. Pekerja= 150 pekerja, Jualan
Pulangan Tahunan > RM25 juta
BAHAGIAN C : MAKLUMAT PRODUK
1. KATEGORI PRODUK 2. JENIS PRODUK

3. CARTA ALIR (sila lampirkan salinan carta alir jika ada)


PEMPROSESAN
BAHAGIAN D : PENGESAHAN PERMOHONAN
TANDATANGAN PEMOHON : JAWATAN : TARIKH:

.................................................................
COP RASMI SYARIKAT

12 MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

Lampiran 4

MeSTI-2/12

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SENARAI SEMAK PERMOHONAN

Nama Premis :
Alamat Premis :

KEGUNAAN
PEJABAT
PEMOHON (PKD/JKN)

No. Perkara ( √ / X) ( √ / X)

1 Borang Permohonan MeSTI-1/12

2 Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia

3 Slip Pendaftaran Premis KKM

Salinan Lesen/Dokumen Sokongan Dari PBT/Agensi Kerajaan


4
(jika berkaitan)

Salinan Pensijilan / Pensijilan Sistem Jaminan Keselamatan Makanan


5 (jika ada)

6 Carta Alir Pemprosesan (jika ada)

7 Senarai Semak Elemen MeSTI-3/12 (jika ada)

Pengesahan Maklumat/Dokumen
(tanda tangan dan cop)

Untuk Kegunaan JKN/PKD

Tarikh Terima :

Tarikh Proses :

Lengkap Tidak Lengkap


Status Permohonan

Tindakan :

Disahkan Oleh :

MeSTI 2012 13
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

Lampiran 5

MeSTI-3/12

SENARAI SEMAK ELEMEN

BAHAGIAN A : KAWALAN PREMIS

ELEMEN 1 - REKABENTUK DAN KEMUDAHAN

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
1.1 Lokasi 1.1.1 Adakah lokasi premis sesuai bagi
aktiviti pemprosesan dan terhindar dari punca
pencemaran?Jika tidak, adakah terdapat kawalan
yang sesuai?
1.2 Susun Atur 1.2.1 Adakah terdapat pelan susun atur premis?
Manual PJKM Am – Pelan Susun
Atur Kilang (m/s 14) 1.2.2 Susun atur dapat mengelakkan pencemaran
silang
1.2.3 Adakah susun atur memudahkan aktiviti
pembersihan?
1.3 Peralatan & 1.3.1 Peralatan dan perkakasan berkeadaan baik
Perkakasan dan sesuai
Manual PJKM Am – Prosedur 6.0:
Penyelenggaraan dan Sanitasi 1.3.2 Peralatan dan perkakasan yang tidak
(m/s 15/17) digunakan dikeluarkan dari premis
1.3.3 Peralatan dan perkakasan mudah
dibersihkan
1.3.4 Papan pemotong secara berasingan bagi
bahan mentah dan bahan makanan bermasak
(jika berkenaan)
1.3.5 Kesemua alat pengukur termasuk pengukur
masa, suhu dan berat perlu disukat (dikalibrasi)
mengikut keperluan
1.3.6 Mempunyai prosedur pembersihan dan
penyelenggaraan bagi peralatan
1.4 Bekalan Air/Ais/ 1.4.1 Bekalan air yang selamat
Stim
1.4.2 Bekalan air yang mencukupi dan terlindung
Manual PJKM Am – Prosedur 11.0:
Kawalan Bahan Mentah (m/s 31/33) dari pencemaran: bekas yang bertutup
1.4.3 Ais yang digunakan dari sumber air yang
selamat serta diisimpan dalam bekas serta
terlindung dari pencemaran
1.4.4 Stim dari sumber air yang selamat dan tidak
mencemar makanan
1.4.5 Adakah terdapat laporan analisis bagi
penentuan kualiti air yang digunakan? (jika
sumber air bukan dari JBA)
1.5 Sinki Mencuci 1.5.1 Sinki beroperasi secara bebas tangan
Tangan (hands free operated)
Manual PJKM Am – Prosedur 6.0:
Penyelenggaraan dan Sanitasi 1.5.2 Sinki mencuci tangan disediakan dengan
(m/s 15-17) kemudahan sabun atau bahan cuci cecair dan
air mengalir secukupnya termasuk tisu/pengering
tangan dan tong sampah berpenutup
1.5.3 Mempunyai prosedur 7 langkah cuci tangan
dalam bentuk poster dan sebagainya?
1.6 Tandas 1.6.1 Berkeadaan bersih, tidak berbau dan tidak
Manual PJKM Am – Prosedur 6.0: rosak
Penyelenggaraan dan Sanitasi
(m/s 15-17) 1.6.2 Mempunyai sumber air yang bersih

14 MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
1.6.3 Mempunyai kemudahan mencuci tangan
selepas keluar dari tandas beserta tisu/pengering
tangan, sabun atau cecair pencuci yang sesuai
dalam dispenser dengan air yang bersih
1.6.4 Tidak terbuka secara terus kepada bilik atau
bahagian penyediaan / pemprosesan makanan /
penyimpanan makanan
1.6.5 Mempunyai prosedur pembersihan bagi
tandas
1.7 Bilik/ Ruang 1.7.1 Mempunyai bilik/ruang persalinan
Persalinan

1.8 Setor 1.8.1 Sentiasa berkeadaan baik dan bersih


Penyimpanan
1.8.2 Mempunyai sistem pengudaraan yang baik
Manual PJKM Am – Prosedur 9.0:
Penyimpanan Makanan (m/s 27-28)
1.8.3 Mempunyai suhu yang sesuai dengan produk
yang disimpan

1.8.4 Barang disusun bagi memudahkan aktiviti


pembersihan
1.8.5 Bahan kimia bukan makanan disimpan
secara berasingan dengan bahan makanan/
bahan pembungkusan makanan
1.8.6 Prosedur dan rekod yang lengkap bagi
setiap bahan kering/bahan mentah/bahan
pembungkusan/bahan kimia bukan makanan
yang disimpan di setor
1.8.7 Mempunyai semua rekod bahan kering/
bahan mentah/bahan kimia termasuk sumber dari
mana ia di perolehi

ELEMEN 2 - PENGENDALI MAKANAN

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
2.1 Pemeriksaan 2.1.1 Menjalani pemeriksaan kesihatan dan
Kesihatan mempunyai rekod yang sah
Manual PJKM Am – Prosedur
2.0:(ms 7-8)

2.2 Suntikan Vaksin 2.2.1 Telah mendapat vaksinasi anti tifoid dan
Anti Tifoid mempunyai rekod yang sah
Manual PJKM Am – Prosedur 3.0:
Kawalan Penyakit Berjangkit
2.2.2 Prosedur untuk melaporkan pekerja
(m/s 9-10) berpenyakit berjangkit
2.3 Amalan 2.3.1 Tidak merokok/meludah/ batuk/ bersin dan
Pengendali melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan
Manual PJKM Am – Prosedur 4.0: pencemaran kepada makanan
Kebersihan Pengendali/Pekerja
(m/s 12-13) 2.3.2 Apron / pakaian pelindung tidak dibawa ke
dalam tandas
2.3.3 Makanan tidak boleh diletakkan bersentuhan
secara langsung dengan bahan yang boleh
mencemarkan makanan
2.3.4 Prosedur berkaitan amalan pengendalian
makanan
2.4 Kebersihan Diri 2.4.1 Pakaian bersih yang sesuai dan memakai
Pengendali & pakaian pelindung luar/apron yang sesuai warna
Pelawat cerah
Manual PJKM Am – Prosedur 3.0:
Kawalan Penyakit Berjangkit
(m/s 9-11)

Manual PJKM Am – Prosedur 4.0:


Kebersihan Pengendali/Pekerja
(m/s 12-13)

MeSTI 2012 15
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
2.4.2 Memakai penutup kepala/penutup rambut
2.4.3 Memakai penutup mulut (jika perlu)
2.4.4 Memakai sarung tangan (jika perlu)
2.4.5 Tidak memakai barang kemas dan aksesori
2.4.6 Memakai kasut bertutup (jika perlu)
2.4.7 Kuku pendek dan bersih
2.4.8Tiada luka /kudis terbuka dan dirawat dengan
baik
2.4.9 Rekod pemeriksaan amalan dan kebersihan
diri pengendali makanan
2.4.10 Rekod pengistiharan kesihatan diri
pelawat
2.4.11 Prosedur pakaian yang seragam dan
mematuhi keperluan

ELEMEN 3- LATIHAN

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
3.1Kursus Latihan 3.1.1Semua pengendali makanan telah menjalani
Pengendali Kursus Latihan Pengendali Makanan di sekolah
Makanan (LPM) (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM.
Manual PJKM Am – Prosedur 1.0:
Latihan (m/s 1-6)
3.1.2 Mempunyai prosedur program latihan
pengendali makanan untuk pekerja
3.2 Rekod Latihan 3.2.1Mempunyai rekod latihan dan sijil latihan
disimpan ditempat yang sesuai dan mudah
diperiksa

ELEMEN 4 – PENYELENGGARAAN DAN SANITASI

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
4.1 Keadaan Lantai 4.1.1Permukaan lantai bersih dan berkeadaan
Manual PJKM Am – Prosedur 6.0:
Penyelenggaraan dan Sanitasi
baik dan air tidak bertakung
(m/s 15-20)
4.1.2 Mempunyai prosedur pembersihan lantai
4.2 Keadaan Dinding, 4.2.1Dinding, siling, kipas, tingkap dan pintu
Siling, Kipas, mesti bersih dan tidak menyumbang kepada
Tingkap Dan Pintu pencemaran
4.2.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
4.3 Keadaan Lampu 4.3.1Lampu bersih dan berkeadaan baik*
(berpenutup di kawasan pemprosesan)
4.3.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
4.4 Saliran 4.4.1Saliran bersih meliputi longkang dan parit
4.4.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
4.5 Longgokan 4.5.1 Tiada longgokan sampah di kawasan luar
Sampah dan dalam premis
Manual PJKM Am – Prosedur 14.0:
Kawalan Bahan Buangan dan
4.5.2 Mempunyai prosedur pembuangan sampah
Pelupusan Sisa (m/s 38-39) beserta jadual dan rekod pembersihan
4.6 Persekitaran 4.6.1 Persekitaran premis berkeadaan bersih
Premis
Manual PJKM Am – Prosedur
4.6.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
14:(m/s 38-39)

16 MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


(diisi oleh pemohon) Kendiri
Asas Pertimbangan
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak YANG DIAMBIL
4.7 Aktiviti 4.7.1 Pembersihan dijalankan sekurang-
Pembersihan kurangnya sekali sehari berdasarkan jadual
Manual PJKM Am – Prosedur 6.0: kebersihan yang disediakan
Penyelenggaraan dan Sanitasi (m/s
15-20)
4.7.2 Pembersihan tidak dilakukan ketika
penyediaan/ pemprosesan makanan
4.7.3 Agen pencuci dan penyahjangkitan yang
sesuai dan disimpan di tempat yang berasingan
daripada kawasan pemprosesan makanan
4.7.4 Peralatan dan perkakasan dicuci dengan
bersih sebelum dan sesudah digunakan
4.7.5 Prosedur pembersihan peralatan yang
betul dan mencukupi beserta jadual dan
rekod (cth:cucian/biasa/CIP:kepekatan/masa/
pemeriksaan/ujian)
4.8 Kawalan Makhluk 4.8.1 Tiada penggunaan racun di dalam kawasan
Perosak pemprosesan bagi mengawal makhluk perosak
Manual PJKM Am – Prosedur 12.0:
Kawalan Makhluk Perosak (m/s 4.8.2 Terdapat kaedah kawalan makhluk perosak
34-35)
4.8.3 Kawalan makhluk perosak dijalankan
dengan berkesan
4.8.4 Tiada tanda kehadiran makhluk perosak
4.8.5 Mempunyai prosedur kawalan makhluk
perosak dan rekod pemeriksaan
4.9 Pengurusan Sisa 4.9.1 Bahan buangan tidak dibiarkan terlalu lama
Buangan (Pepejal dalam premis makanan
& Cecair) 4.9.2 Tong sampah dibasuh dan berkeadaan baik
Manual PJKM Am – Prosedur 14.0:
Kawalan Bahan Buangan dan
Pelupusan Sisa (m/s 38-39)
4.9.3 Bilangan tong sampah mencukupi dan
berpenutup
4.9.4 Tempat pengumpulan/pelupusan sampah
adalah berkeadaan bersih dan diselenggara
4.9.5 Mempunyai prosedur pembuangan bahan
dan pelupusan sisa

BAHAGIAN B : KAWALAN OPERASI

ELEMEN 5 – KAWALAN BAHAN MENTAH

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
5.1 Kawalan 5.1.1 Terdapat kawalan semasa penerimaan
Penerimaan Bahan bahan mentah dan rekod mengenainya
Mentah 5.1.2 Prosedur yang lengkap bagi setiap bahan
Manual PJKM Am – Prosedur 11.0:
(m/s 31-32)
mentah

5.2 Kawasan 5.2.1 Bahan mentah diterima di kawasan yang


Penerimaan sesuai
5.3 Kemudahan 5.3.1 Mempunyai kemudahan mencuci bahan
Mencuci Bahan mentah yang berasingan
Mentah 5.3.2 Mempunyai prosedur pencucian bahan
mentah

MeSTI 2012 17
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

ELEMEN 6 – KAWALAN PROSES

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
6.1 Kawalan Ke 6.1.1 Terdapat kawalan mikrobiologi bagi setiap
Atas Bahaya langkah pemprosesan yang berkaitan suhu, masa,
Mikrobiologi aw, kelembapan, kepekatan atau keasidan
Manual PJKM Am – Prosedur 7.0:
Kawalan Pemprosesan Makanan
6.1.2 Mempunyai prosedur kawalan mikrobiologi
(m/s 21-24) disepanjang rantaian pemprosesan
6.1.3 Amalan pencegahan pencemaran silang
yang berkesan
6.1.4 Rekod yang berkaitan adalah lengkap
6.2 Kawalan Ke Atas 6.2.1 Terdapat kawalan kimia bagi setiap langkah
Bahaya Kimia pemprosesan yang berkaitan penggunaan bahan
Manual PJKM Am – Prosedur 13.0: aditif makanan yang dibenarkan mengikut kepekatan,
Prosedur Kawalan Bahan Kimia
(m/s 36-37)
suhu, paras minimal/maksimal atau masa.
6.2.2 Tiada bahan aditif yang tidak dibenarkan atau
bahan kimia bukan makanan diguna sepanjang
rantaian pemprosesan
6.2.3 Mempunyai prosedur kawalan bahan kimia
disepanjang rantaian pemprosesan
6.2.4 Rekod yang berkaitan
adalah lengkap
6.3 Kawalan Ke Atas 6.3.1 Terdapat kawalan fizikal yang sesuai bagi
Bahaya Fizikal setiap langkah pemprosesan yang berkaitan
pencemaran benda asing seperti penapisan,
ayakan atau penggunaan alat pengesan logam
6.3.2 Mempunyai prosedur kawalan pencemaran
fizikal di sepanjang rantaian pemprosesan
6.3.3 Rekod yang berkaitan adalah lengkap

ELEMEN 7 – KAWALAN PEMBUNGKUSAN

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
7.1 Bahan 7.1.1 Menggunakan bahan pembungkus yang
Pembungkus tidak mencemar produk makanan
7.2 Kawasan 7.2.1 Proses pembungkusan dijalankan di
Pembungkusan kawasan yang sesuai
7.3 Aktiviti 7.3.1 Mempunyai prosedur kawalan proses
Pembungkusan pembungkusan yang didokumenkan
Manual PJKM Am – Prosedur 8.0:
Pembungkusan Makanan 7.3.2 Aktiviti pembungkusan tidak dilakukan di
(m/s 25-26) atas lantai

ELEMEN 8 – KAWALAN PENYIMPANAN

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
8.1 Pengasingan 8.1.1 Makanan dan bukan makanan disimpan
Penyimpanan secara berasingan
8.1.2 Prosedur penyimpanan bahan mentah /
produk siap yang didokumenkan dan direkodkan
mengikut keperluan produk tersebut
8.2 Sistem 8.2.1Menggunakan sistem FIFO/FEFO (First In
Penyimpanan First Out / First Expiry First Out)
8.3 Kaedah 8.3.1 Tiada makanan diletakkan di atas lantai
Penyimpanan (jarak dari lantai 20cm dan dari dinding 15cm

18 MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
8.3.2 Tidak mencampur makanan mentah dengan
makanan terproses dalam bekas yang sama
8.3.3 Makanan berisiko tinggi dan bahan mentah
yang mudah rosak disimpan pada suhu yang
sesuai di dalam bekas yang bertutup/berbungkus
8.3.4 Tidak menyimpan makanan sejuk beku/
dingin melebihi muatan di dalam peti sejukbeku
/ petisejuk
8.3.5 Rantaian sejuk (cold chain) makanan dingin/
sejuk beku tidak terganggu
8.3.6 Menyimpan makanan pada suhu sesuai
dengan sifat semulajadi makanan tersebut
8.3.7 Tidak meletakkan dan menyimpan
bahan kimia bukan makanan dalam kawasan
pemprosesan makanan
8.3.8 Rekod berkaitan dan lain-lain kawalan
8.4 Pelabelan Bahan 8.4.1 Bahan mentah/ ramuan makanan dilabel
Mentah

ELEMEN 9 – KAWALAN PENGANGKUTAN & PENGEDARAN

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
9.1 Kenderaan 9.1.1 Kenderaan pengangkut yang digunakan sesuai
Pengangkut
9.1.2 Prosedur pengedaran dan pengangkutan
Manual PJKM Am – Prosedur 10.0:
Pengedaran Makanan (m/s 29-30) makanan yang didokumenkan dan direkodkan
mengikut keperluan
9.2 Kebersihan 9.2.1 Kenderaan pengangkut berkeadaan
Kenderaan bersih, dikawal dan diverifikasi
Pengangkut Untuk
Tujuan Pengedaran 9.2.2 Rekod yang menunjukkan jadual dan kaedah
pencucian /kekerapan dan tanggungjawab bagi
kenderaan pengangkutan
9.3 Suhu Kenderaan 9.3.1 Jika menggunakan kenderaan pengangkut
Pengangkut sejuk atau sejukbeku, adakah suhunya
bersesuaian
9.3.2 Rekod kawalan suhu

ELEMEN 10 – KAWALAN KEBOLEHKESANAN

MEMATUHI ( / ) Penemuan Hasil Audit


Asas Pertimbangan (diisi oleh pemohon) Kendiri
SUB ELEMEN
(Sub sub elemen) TINDAKAN PEMBETULAN
Ya Tidak
YANG DIAMBIL
10.1 Kebolehkesanan 10.1.1 Terdapat kaedah mengenalpasti atau
Manual PJKM Am – Prosedur 7.0: mengesan semula produk yang diedarkan
Kawalan Pemprosesan Makanan sekiranya berlaku aktiviti pelanggaran
(m/s 21-24)

Manual PJKM Am – Prosedur 10.0: 10.1.2 Mempunyai prosedur kebolehkesanan


Pengedaran Makanan (m/s 29-30) yang didokumenkan
10.1.3 Boleh mengenalpasti semua sumber bahan
mentah/bahan pembungkus
10.1.4 Boleh mengenalpasti semua produk siap
dihantar keluar kilang
10.1.5. Rekod yang lengkap

 Nota - Setiap elemen yang memerlukan prosedur perlu dilengkapkan dengan skop, objektif, kaedah, jadual / kekerapan, rekod,
tanggungjawab yang dinyatakan dengan jelas.

MeSTI 2012 19
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

Lampiran 6

SENARAI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN,


JABATAN KESIHATAN NEGERI

1. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 2. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,
Km 1, Jalan Abi Tok Hashim, Jalan Kuala Kedah,
01000 Kangar, 05400 Simpang Kuala Alor Setar,
Perlis Indera Kayangan. Kedah Darul Aman.
Tel: 04-9766989/9768114 Tel: 04-7741000
Faks: 04-9767419/9776369 Faks: 04-7741022
http://jknperlis.moh.gov.my http://jknkedah.moh.gov.my

3. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 4. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan, Makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Tingkat 35 & 37, KOMTAR, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
10590 Pulau Pinang. 30590 Ipoh,
Tel: 04-2625533 Perak Darul Ridzuan.
Faks: 04-2613508 Tel: 05-2490200
http://jknpenang.moh.gov.my Faks: 05-2550740
http://jknperak.moh.gov.my

5. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 6. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur,
Tingkat 27, Wisma MBSA, Jalan Cenderasari,
Persiaran Perbandaran, 50590 Kuala Lumpur,
40000 Shah Alam, Wilayah Persekutuan.
Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-26940701
Tel: 03-55182121 Faks: 03-26940702/26910263
Faks: 03-55185195/55185196 http://jknkl.moh.gov.my
http://jknselangor.moh.gov.my

7. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 8. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka,
Jalan Rasah, Tingkat 5, Wisma Persekutuan,
70300 Seremban, Jalan Business City, Bandar MITC,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: 06-7664800 Tel: 06-2345959
Faks: 06-7675506 Faks: 06-2345951
http://jknns.moh.gov.my http://jknmelaka.moh.gov.my

20 MeSTI 2012
Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

SENARAI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN,


JABATAN KESIHATAN NEGERI

9. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 10. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang,
Tingkat 15, Menara MSC Cyberport Tingkat 2, Bangunan KWSP,
No.5 Jalan Bukit Meldrum Bandar Indera Mahkota,
80300 Johor Bharu, 25200 Kuantan,
Johor Darul Takzim. Pahang Darul Makmur.
Tel: 07-2231110 Tel: 09-5734289/5734281
Faks: 07-2217278 Faks:09-5739158
http://jknjohor.moh.gov.my http://jknpahang.moh.gov.my

11. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 12. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ,
Cawangan Kuala Terengganu Business Tingkat 5, Wisma Persekutuan,
Centre (KTBC), 15590 Kota Baharu,
Lot 28.01-28.05, PT.1247K, Kelantan Darul Naim.
Jalan Sultan Mohamad, Tel: 09-7413300 /7123405
21100 Kuala Terengganu, Faks:09-7472818/7126781
Terengganu Darul Iman. http://jknkelantan.moh.gov.my
Tel: 09-6226028
Faks: 09-6221385
http://jknterengganu.moh.gov.my

13. Bahagian Keselamatan dan Kualiti 14. Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ,
Jalan Tun Abang Haji Openg, Tingkat 5, Wisma BSN Sabah,
93590 Kuching, Jalan Kemajuan, Karamunsing,
Sarawak. 88000 Kota Kinabalu,
Tel: 082-237835/237837/237853 Sabah.
Faks: 082-258849/237837 Tel: 088-248201
http://jknsarawak.moh.gov.my Faks: 088-248215
http://jknsabah.moh.gov.my

15. Bahagian Keselamatan dan Kualiti


Makanan,
Jabatan Kesihatan WP Labuan,
Peti surat 81736,
87018 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel: 087-596000
Faks: 087-419011
087-419011(Kesihatan Awam)
http://jknlabuan.moh.gov.my

MeSTI 2012 21

You might also like