You are on page 1of 11

SMK DATIN ONN JAAFAR

83000 BATU PAHAT, JOHOR

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

TINGKATAN 5

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi
tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda
pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

___________________________________________________________

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

….……………………….. ..……….…………………
(PN. SITI KHAIRUNNISA (EN. MOHD NOOR ZAINI
BINTI MAHMUD B. ELIAS)
HUSNI)

___________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.


1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan peralatan di sekolah?
A. Kelengkapan alatan sukan yang disimpan di dalam stor sukan sekolah
B. Menjaga stok alatan sukan yang disimpan dalam stor sukan sekolah
C. Menjaga dan mengawal alatan sukan dengan cara yang cekap dan sistematik.
D. Menjaga alatan sukan dengan cara yang cekap dan lebih sistematik

2. Apakah kegunaan buku rekod peralatan sukan?


A. Untuk membeli peralatan sukan
B. Untuk mencari maklumat berkaitan
C. Untuk mengetahui aktiviti sukan yang dijalankan dalam satu-satu masa.
D. Untuk mencatatkan maklumat berkaitan peralatan sukan yang diberli oleh
pihak sekolah.

3. Apakah yang harus dibuat sebaik sahaja merekod peralatan sukan daripada
pembekal?
A. Memastikan peralatan dalam keadaan baik.
B. Melabelkan nama sekolah serta nombor inventori pada peralatan sukan
C. Memberi notis kepada pembekal untuk menyatakan barang sudah diterima.
D. Menempatkan peralatan sukan yang baru di atas kawasan padang sekolah.

4. Mengapakah peralatan sukan perlu dilebalkan nama sekolah dan nombor inventori?
A Alatan tahan lama
B. Alatan kelihatan kemas di rak
C. Alatan boleh diletakkan dimerata-rata
D. Alatan mudah dikesan apabila dipinjamkan kepada pelajar

5. Insentif intrinsik bermaksud keinginan mencapai kejayaan yang didorong oleh


A. Diri sendiri
B. Ibu bapa
C. Jurulatih
D. Guru pendidikan jasmani
6. Permainan apakah dalam kumpulan status sosioekonomi yang tinggi?
A. Ekuesterian
B. Badminton
C. Bola sepak
D. Sepak takraw

7. Pada pendapat anda, megapakah pemberian insentif (ganjaran) perlu dalam sukan?
A. Sebagai imbuhan di atas prestasi cemerlang dalam bidang sukan
B.Sebagai dorongan kepada atlet untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu
pertandingan sukan
C. Untuk menunjukkan kuasa seseorang dalam bidang politik
D. Untuk menggalakkan atlet lupa diri selepas mendapat insentif.

8. Dua jenis insentif yang diberikan diberikan kepada atlet ialah


A. Insentif galakan dan intristik
B. Insentif intristik dan ekstrinsik
C. Insentif hadiah yang istimewa
D. Insentif kepujian dan penghargaan

9. Seseorang atlet perlu mengelakkan daripada memakai pemakaian berikut KECUALI


A. Terlalu ketat dan singkat
B. Mudah menyerap peluh dan lembapan
C. Mempamerkan iklan rokok atau minuman keras.
D. Mengandungi perkataan yang berunsur subversif

10. Ciri-ciri pakaian sukan yang dipakai semasa cuaca panas ialah
I. Berwarna cerah
II. Pakaian jenis nipis, lembut dan selesa dipakai
III. Baju lengan panjang
IV. Penyerap haba yang baik

A I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D I dan IV

11. Nicol Ann David menjadi idola kepada peminatnya kerana


A. Mempunyai tingkah laku yang buruk
B. Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
C. Memberi imej yang negatif kepada orang ramai
D. Mementingkan aktiviti sukan berbanding pelajaran

12. Apakah kesan amalan permainan bersih dalam kalangan atlet?


A. Perlawanan dan pertandingan berjalan lancar
B. Mewujudkan suasana harmoni dalam permainan
C. Meningkatkan imej pasukan
D. Meningkatkan bilangan penonton yang menyaksikan perlawanan

13. Antara berikut yang manakah menunjukkan amalan permainan bersih dikalangan
atlet?
A. Menghormati perasaan penyokong lawan
B. Mempertikaikan keputusan pengadil
C. Mengambil tindakan ke atas peserta yang bermain kasar
D. Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan

14. Penonton berperanan mengamalkan amalan permainan bersih dengan melakukan


A. Menghormati perasaan penyokong perasaan pasukan lawan
B. Bermain dengan adil dan jujur
C. Mengambil tindakan ke atas peserta yang bermain kasar
D. Menyediakan hadiah untuk pasukan yang menunjukkan permainan bersih

15. Apakah punca utama amalan pemakanan yang tidak sihat dalam diri seseorang?
A. Masalah individu yang mengikut nafsu makan semata-mata
B. Keturunan yang makan dalam kuantiti yang banyak
C. Masalah berat badan yang seimbang
D. Masalah psikologi individu yang ingin dipandang cantik dan menarik tanpa
memikirkan kesan sampingan terhadap kesihatan mereka.

16. Berikut merupakan amalan pemakanan yang tidak sihat KECUALI


A. Berlapar
B. Tidak mengambil makanan yang berkalori tinggi
C. Memuntahkan makanan yang dimakan
D. Memakan pil-pil pelangsing badan

17.

 Terlalu bimbang dan takut akan kegemukan


 Sentiasa merungut dan tidak puas hati dengan berat
badannya
 Gangguan kitaran haid

Berdasarkan pernyataan di atas, apakan jenis amalan yang diamalkan?


A. Tabiat mengeluarkan semula makanan yang dimakan
B. Pengambilan pelbagai jenis pil pelangsingan badan
C. Tabiat suka berlapar
D. Tabiat pengambilan makanan yang seimbangmengikut hierarki keperluan

18. Apakah kesan yang mungkin berlaku sekiranya seseorang itu mengamalkan
pemakanan tidak sihat?
A. Kekurangan rembesan estrogen
B. Berkelakuan secara melampau
C. Bertutur dan kesihatan terjaga
D. Mengambil makanan yang berkalori tinggi

19. Pilih penyataan yang benar mengenai tanggungjawab seorang bapa


A. Menguruskan hal ehwal rumahtangga
B. Menyara kehidupan keluarga seperti makanan, minuman, pakaian, pelajaran,
perubatan dan tempat tinggal yang sesuai
C. Mentaati dan patuh kepada suruhan anak-anak
D. Mematuhi kehendak terlampau anak-anak

20. Berlapar dan tidak sukakan makanan dikenali sebagai


A. Diet
B. Malnutrisi
C. Anoreksia nervosa
D. Bulimia nervosa

21. Makan makanan yang seimbang dan melakukan senaman merupakan amalan gaya
hidup sihat terutama dari aspek
A. Mental
B. Emosi
C. Fizikal
D. Sosial

22. Tips untuk menurunkan berat badan dengan betul


I. Ambil makanan yang berserat
II. Makan makanan yang berkalori rendah
III. Berlapar dan tidak sukakan makanan
IV. Pengambilan pil pelangsing badan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

23. Fungsi utama karbohidrat ialah


A. Mertukar menjadi lemak
B. Membebaskan gas karbon dioksida
C. Membekalkan tenaga kepada badan
D. Membina sel-sel baru
 Diperlukan oleh tisu dan sel badan untuk proses tumbesarannya.
 Sumbernya ialah telur, ikan dan daging.
 Kesan kekurangannya ialah mendapat penyakit marasmu

24. Apakah sumber yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?


A. Lemak
B. Protein
C. Vitamin C
D. Vitamin A

25. Mengapakah terdapat pengelasan nutrien dalam makanan kepada makronutrien dan
mikronutrien

A. Supaya kita boleh mengenali setiap nutrien dalam dua kelas tersebut
B. Supaya kita dapat membezakan nutrien berdasarkan pengelasan tersebut
C. Agar kita dapat menghindari daripada pelbagai jenis penyakit
D. Agar kita boleh menikmati makanan mengikut kuantiti yang betul

26. Apakah yang dimaksudkan “Makanan seimbang”?


A. Makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, vitamin, garam mineral
dan lemak dalam kadar yang sesuai.
B. Makanan yang mengandungi protein,karbohidrat dan vitamin
C. Makanan yang mengandungi protein, lemak dan vitamin dalam kadar yang
sesuai.
D. Makanan yang mengandungi protein,karbohidrat dan garam mineral.

27. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan penyakit skurvi iaitu
pendarahan gusi. Apakah jenis makanan yang mengandungi vitamin C
A. Susu
B. Telur
C. Hati haiwan
D. Buah limau
28. Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan stres?
A. Sakit kepala dan sukar tidur
B. Selera makan meningkat
C. Degupan jantung meningkat
D. Perasaan risau, bimbang, gelisah dan cepat marah.

29. Apakah nama lain bagi stres tahap ketegangan sederhana yang bersifat positif?
A. Ritress
B. Distress
C. Protress
D. Eustress

30. Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan dadah terhadap tubuh individu?
A. Menyebabkan individu kehilangan kawan-kawan
B. Mengganggu sistem otak dan saraf
C. Memudahkan tubuh mendapat penyakit
D. Menyebabkan ketagihan

31. Kenapakah berlakunya ketagihan?


A. Dadah perlu bagi membolehkan proses fisiologi badan berjalan saperti biasa.
B. Dadah akan membantu penagih melupakan masalah mereka
C. Dadah mempengaruhi badan untuk mengambilnya berulang kali
D. Dadah sejenis bahan yang seronok untuk diambil

32. Berikut ialah penyakit-penyakit akibat penagihan dadah,kecuali


A. Mandul
B. Sakit perut
C. Kancing gigi
D. Kencing manis

33. Apakah kesan penderaan terhadap sosial kanak-kanak?


A. kecederaan tubuh badan
B. suka mengasingkan diri daripada bergaul dengan orang lain
C. Hilang keyakinan dan harga diri
D. Tumbesaran terjejas

34. Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang?


A. Peraturan yang digubal oleh masyarakat untuk menjamin keharmonian
Negara
B. Peraturan yang dibuat oleh individu untuk mengelakkan daripada berlaku
masalah negatif
C. Peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh penduduk
sesebuah Negara.
D. Peraturan berpandukan arahan ketua polis Negara

35.

Berdasarkan gambar di atas, apakah bentuk penderaan yang telah dilakukan kepada
kanak-kanak.
A. Penderaan seks
B. Penderaan mental dan emosi
C. Pengabaian kanak-kanak
D. Penganiayaan fizikal
36.

 Penyeksaan
 Penyalahgunaan
 Diskriminasi
 Eksplotasi
 Penderaan

Fakta di atas merujuk kepada fungsi Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001. X


mewakili
A. Memberi perlindungan untuk keselamatan kanak-kanak
B. Memberikan penjagaan dan perlindungan sempurna
C. Mencegah pengabaian dan kehilangan kanak-kanak
D. Mengurangkan kesan masalah sosial

37. “Tumbesaran terjejas, badan kurus, dan gejala vandalisme.” Golongan ini
mengalami penderaan jenis
A. Fizikal dan mental
B. Buruh kanak-kanak dan mental
C. Fizikal dan pengabaian kanak-kanak
D. Buruh kanak-kanak dan emosi

38. Antara berikut, yang manakah BUKAN tujuan pertolongan cemas?


A. Membantu pemulihan
B. Menyelamatkan nyawa
C. Mencegah kecederaan daripada menjadi bertambah teruk
D. Mencederakan anggota badan yang cedera.
39. Sekiranya berlaku kecemasan, apakah nombor panggilan untuk mendapatkan
bantuan perkhidmatan ambulans?
A. 991
B. 999
C. 994
D. 199

40. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anggota badan yang tercedera tidak dapat
digerakkan?
A. Meninggalkan mangsa di tempat kejadian
B. Membantu mangsa menggerakkan anggota yang tercedera
C. Membawa mangsa ke hospital
D. Memberi rawatan degan kadar segera walaupun tiada pengetahuan tentang
pertolongan cemas.

You might also like