You are on page 1of 5

PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2017

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

(INOVASI BERKUMPULAN)

KATEGORI PERTANDINGAN : Sekolah Rendah Berkumpulan

Tajuk : Hopscotching Kit For English

Sinopsis Inovasi

Hopscotching Kit (HK) ini dicipta untuk membantu memudahkan pengajaran dan
pembelajaran subjek Bahasa Inggeris khususnya untuk memudahkan guru mengajar pembinaan ayat
dan penambahan “grammar” di kelas. Matlamat utama HK ini adalah untuk menyediakan suasana
pembelajaran lebih efektif yang akan mampu menarik minat murid untuk lebih mencintai Bahasa
Inggeris dan seterusnya menghapuskan tanggapan murid terhadap subjek ini yang biasa dianggap
sebagai subjek yang sukar untuk dikuasai.

Objektif Inovasi

Seperti yang semua guru Bahasa Inggeris sedia maklum, pembinaan ayat dan juga permasalahan
“grammar” di kalangan murid merupakan kekangan utama dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris di bilik darjah. Maka berasaskan permasalahan ini, idea untuk
menghasilkan Hopscotching Kit sebagai alat bantu mengajar yang akan memudahkan guru-guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di kelas masing-masing. Ini bertepatan
dengan konsep mengintegrasikan permainan sambil dalam pembelajaran. Hasil pemerhatian di bilik
darjah secara berterusan mendapati murid bermasalah untuk memahami struktur dalam
pembinaaan ayat Bahasa Inggeris. Kit ini sangat membantu dalam memberi panduan yang paling
ringkas dan asas dalam pembentukan ayat bahasa Inggeris. Disamping itu Kit ini juga boleh
digunakan untuk membantu guru menghasilkan aktiviti untuk pembelajaran asas “grammar” yang
lebih menarik dan mudah untuk difahami oleh murid. Kit ini boleh disesuaikan mengikut aras
pembelajaran murid (perbagai kegunaan berdasarkan aras kebolehan murid).
Kumpulan sasaran

Murid sekolah rendah Tahun 1-6

a) Murid Dengan Aras Pembelajaran Tinggi

Membantu murid dalam membina ayat (simple sentences, compound sentences/


complex sentences).

b) Murid Dengan Aras Pembelajaran Sederhana

Membantu murid dalam memahami asas “grammar”

(boleh disesuaikan mengikut aras pembelajaran murid)


KRONOLOGI PENGHASILAN INOVASI

Mengenalpasti masalah guru dan


murid dalam pengajaran dan
pembelajaran (pembinaan ayat dan
"grammar".

Sesi "brainstorming" bersama ahli


kumpulan untuk menentukan
ciptaan yang sesuai untuk mengatasi
masalah yang telah dikenal pasti.

Proses penghasilan Hopscotch Box

Penyesuaian penggunaan terma


asas untuk pembinaan ayat dan
'grammar" ke dalam Hopscothch
Box

Aplikasi di dalam bilik darjah


bersama murid untuk memastikan
keberkesanan inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Penghasilan Hoscothing Kit


Isu /Masalah Yang ditangani oleh inovasi.

Berdasarkan pemerhatian terhadap penggunaan Hopscotching Kit ini di beberapa kelas di


SK.RTB Bukit Changgang didapati bahawa murid sangat berminat dan lebih mudah memahami
struktur asas pembinaan ayat dan seterusnya dapat membina ayat (simple sentence, compound
sentence ,complex sentence) dengan baik.

Selain itu, Kit ini juga sangat berkesan dalam membantu guru untuk memudahkan
pemahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran terma “grammar. Ini juga menggalakkan
pemikiran pantas sewaktu murid bermain. Murid lebih teruja untuk lebih mempelajari isi kandungan
“grammar” yang akan dipelajari sewaktu sedang bermain. Ia juga secara langsung murid akan dapat
mengenal dan mengkategorikan setiap perkataan mengikut terma “grammar” yang dipelajari.

Huraian inovasi

Bahan yang digunakan – banner digunakan sebagai prototype inovasi.

- Kain “felt” digunakan dalam penghasilan sebenar kit ini kerana ianya
mempunyai warna yang lebih menarik , material yang sesuai dan boleh
disesuaikan untuk lebih mudah alih penggunaannya serta tahan lasak.
- Kain felt ini juga akan digunakan untuk penghasilan buah perumah yang
akan mewakili pemain-pemain yang terlibat.
- Pelekat “vercro” untuk memudahkan proses penggantian perkataan
terma “grammar” di atas kit mengikut kesesuaian kumpulan dan
penggunaan kit tersebut di dalam bilih darjah.

Cara inovasi digunakan

 Penggunaan kit untuk cara permainan 1 (Sentence construction).


- Murid bermula dari kotak pertama “subject”. Murid menyebut satu
“subject” (plural/singular), kemudian melompat ke kotak yang kedua
“verb”, murid menyambung struktur ayat yang sedang dibina dengan
menyebut “verb” yang sesuai dengan subjek yang telah di pilih sewaktu
di kotak yang pertama.
- Murid melompat ke kotak yang seterusnya di mana murid perlu
menyambut struktur ayat yang sedang dibina dengan menambah
samada “adjective, preposition,conjunction, adverb).
- Murid akan maju ke kotak “agreement”.
- Akhir sekali, murid akan terus maju ke kotak akhir “sentence” dan murid
akan menyebut ayat yang telah lengkap hasil susunan perkataan-
perkatan yang telah dibina.
- Contoh :-
Pemain 1 Pemain 2 Pemain 3 Pemain 5

Alina is playing a big ball at the park


(subject) (verb) (adjective) (agreement)

Pemain 6

Alina is playing a big ball at the park.

(membaca keseluruhan ayat yang terbina)

 Menggunakan kit untuk cara permainan 2 (grammar)


- Perkataan yang digunakan di dalam kotak akan digantikan dengan “noun-
proper/common noun”
- Murid membaling buah perumah ke mana-mana kotak dan murid akan melompat ke
kotak di mana buah perumah mendarat.
- Murid diperlukan untuk memberi perkataan seperti yang tertera di kotak.
- Contoh:- murid membaling buah perumah dan jatuh ke kotak “verb” maka murid
perlu untu menyebut “verb”. Ini akan membantu murid mara untuk ke kotak yang
berikutnya sehingga permainan tamat.

You might also like