You are on page 1of 2

TUGAS JAWATANKUASA PBS PERINGKAT SEKOLAH

Menentukan sama ada perlu ada peperiksaan /ujian atau tidak


Menetapkan kekerapan pelaporan formatif dan sumatif bagi PS
Menetapkan tempoh penyimpanan eviden bahan PS
Menetapkan kaedah menyimpan dan mengakses fail
Menetapkan kaedah dan menyampaikan maklumat tentang pelaksanaan PBS kepada ibu
bapa (simpan bukti dalam fail)
Merancang aspek pementoran, penyelarasan, pemantauan (kekerapan, personel yang
terlibat, jadual)
Menyediakan pelaporan pelaksanaan PBS di sekolah
Menyedia dan melengkapkan fail induk PBS

PEMENTORAN
Pementoran adalah proses seseorang mentor berfungsi sebagai role model, kaunselor
atau pembimbing yang memberikan bimbingan untuk meningkatkan pertumbuhan dan
perkembangan serta memberikan sokongan kepada individu yang kurang berpengalaman.
Pementoran dalam konteks PBS ialah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti
bagi membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan.
SEBELUM PEMENTORAN
Mengadakan sesi perbincangan dengan Mentee.
SEMASA PEMENTORAN
Melaksanakan khidmat bantu, khidmat nasihat, mudah cara dan coaching
Memberi nasihat, teguran dan cadangan kepada Mentee
SELEPAS PEMENTORAN
Melaksanakan tindakan susulan

PENYELARASAN
Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan
cara yang betul dan seragam dari segi:
- kefahaman peraturan penskoran
- penggunaan peraturan penskoran
- pemberian skor
SEBELUM PENYELARASAN
Kefahaman tugasan
Kesesuaian sampel
Kefahaman penskoran
SEMASA PENYELARASAN
Merawak sampel mengikut pencapaian
SELEPAS PENYELARASAN
Melaksanakan tindakan penambahanbaikan pengajaran dan pembelajaran

PEMANTAUAN
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS
dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
SEBELUM PEMANTAUAN
Perancangan aktiviti pemantauan
Penyediaan instrumen pemantauan
Pemakluman kepada guru mata pelajaran
SEMASA PEMANTAUAN
Semak pelaksanaan mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan
Contoh:
* Minit mesyuarat JK PBS sekolah
* Evidence
* Pelaporan pencapaian

SELEPAS PEMANTAUAN
Penyediaan pelaporan pemantauan
Cadangan penambahbaikan

PENGESANAN
Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan
kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program itu.

PELAPORAN RUBRIK PEMARKAHAN


Guru merekod rubrik pemarkahan calon dan akan dimasukkan dalam aplikasi yang sedang
dibina oleh Lembaga Peperiksaan.

You might also like