Professional Documents
Culture Documents
Nota Gadjet
Nota Gadjet
Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan.
Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan.
Mengenal gejet perkhemahan:
lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar
perkhemahan.
kedudukan gadjet.
aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.
3. TUJUAN MEMBUAT GEJET
Gejet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
Bahagian pintu hadapan
Bahagian pagar
Bahagian pintu belakang
Variasi-Variasi pintu hadapan
Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan
keselamatan.
Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan
batang kayu.
8. GEJET-GEJET KAWASAN DAPUR
Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan
kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
Gejet-gejet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju,
meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg,
tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.
11. GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.
12. GEJET-GEJET LAIN
Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering.
Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan
parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas.
Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat.
14. PRINSIP MEMBUAT GEJET
Gejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap.
Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh.
Gunakan ikatan yang betul.
Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
Gunakan bahan semulajadi.
Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal.
Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu.
Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet.
Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri.
15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GEJET
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya
gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang
yang telahg diikat.
Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang berbentuk
serong.
Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar.
Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet
berbentuk tiga segi.
Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat
kepada batang yang lebih besar.
Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat
sesuatu loop pada tali.