You are on page 1of 2

2.

0 REKA BENTUK PERSAMPELAN

Sampel dalam kaedah persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel berupaya
mewakili keseluruhan populasi. Menurut Marshall (1996), kaedah persampelan merupakan
pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi atau juzuk penuh sebagai mewakili
populasi atau juzuk itu. Sampel atau responden-responden terpilih dalam soal selidik haruslah
mengikuti beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

Reka bentuk kajian merujuk kepada pengunaan cara yang paling berkesan bagi mencapai
matlamat kajian dengan kos yang minimum. Kajian deskriptif merupakan penyelidikan yang
bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Marshall (1996)
menjelaskan bahawa reka bentuk kajian deskriptif mempunyai dua tujuan utama iaitu pertama
untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian dan kedua untuk mengawal pembolehubah.
Selain itu, maklumat yang diperolehi adalah tepat.

2.1 Kaedah persampelan

Terdapat beberapa kaedah dalam persampelan. Antara kaedah persampelan yang sering
digunakan ialah tidak kebarangkalian dan kebarangkalian. Persampelan tidak kebarangkalian
pula terdiri dari sampel kuota, sampel ‘bola salji’, dan sampel pertimbangan. Persampelan
kebarangkalian pula dibahagikan kepada sampel rawak mudah, sampel bersistematik, sampel
berserta dan sampel berkelompok. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah
persampelan kebarangkalian secara rawak. Melalui kaedah ini, responden dipilih secara rawak
bebas di kalangan pesakit-pesakit di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Persampelan dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek
dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian mengikut
prosedur persampelan kebarangkalian yang sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif.
Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti saiz
populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi. Kaedah persampelan yang digunakan
dalam penyelidikan ini adalah pengumpulan data yang tidak menyeluruh dan ianya melibatkan
sebahagian pesakit di hospital tersebut. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur
persampelan kebarangkalian secara rawak.

2.2 Saiz sampel

Di antara aspek yang perlu diambil kira yang melibatkan persampelan kajian ialah
mengenai saiz sampel yang akan digunakan dalam kajian. Dalam kajian ini, saiz sampel boleh
ditentukan dengan menggunakan prosedur pengiraan yang tertentu, dengan mengambil kira ralat
persampelan, aras signifikan dan juga aras keyakinan dan selalunya dipilih menggunakan ralat
persampelan 5%, (significance level (@)- .05) dengan aras keyakinan (level of confidence) 95%.
Penyelidik perlu menetapkan aras signifikan kajian untuk diuji hipotesis kajian . Aras signifikan
yang biasa ditetapkan dalam penyelidikan Sains Sosial ialah p<.05 (nilai alpha α). Terdapat juga
penyelidik yang menetapkan aras keyakinan 99% dengan aras signifikan alphanya pada 0.01.
menggunakan sampel seramai 100 orang.

Menurut Schumacher dan McMillan (2014) yang mengatakan bahawa kajian tinjauan,
bilangan subjek yang sesuai adalah lebih kurang 100 responden. Oleh itu, dalam kajian ini,
penyelidik akan memilih 100 sampel dari kalangan pesakit di hospital tersebut. Sampel kajian
menggambarkan populasi iaitu satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu
ke atas sekumpulan individu atau objek. Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata atau
persampelan berlapis berkadar (Deobold, 1993).

You might also like