You are on page 1of 8

SULIT*

900/3
2/3

PEJABAT PELAJARAN DAERAH


KUALA MUDA YAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI

PENGAJIAN AM

PENGGAL 3

Dua Jam

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


Arahan Kepada Calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan
Aneka Pilihan yang dibekalkan.

Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi
hanya jawapan pertama yang akan diperiksa.

Jawab dua soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi dua
jawapan pertama yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman
baharu helaian jawapan.

Susun jawapan mengikut tertib berangka dan ikat helaian jawapan anda.
.

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak

1
Bahagian A
( 15 markah)

Jawab semua soalan di dalam bahagian ini.

1.
Faktor penentu Dasar Luar Negara Malaysia

sejarah

Yang manakah berkaitan maklumat di atas?

i. Malaysia mengamalkan sikap antikomunis


ii. Malaysia mengalami pengalaman pahit apabila dijajah
iii. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi
iv. Malaysia mempunyai sempadan laut yang strategik

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

2.
 Mengadakan hubungan luar tanpa mengira ideologi
 Berusaha menjadikan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali

Pernyataan di atas dilaksanakan pada era kepimpinan Perdana Menteri

A. Tunku Abdul Rahman


B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir Mohamad

3. Konsep ZOPFAN telah diumumkan dalam Pengisytiharan Kuala Lumpur 1971. Yang
manakah antara sebab yang berikut telah mencetuskan dasar tersebut?

i. Kegiatan pengganas Sulu menceroboh wilayah Sabah


ii. Pergolakan politik di Selatan Thailand dan Filipina
iii. Kebimbangan terhadap campurtangan kuasa asing dalam politik dalaman sesebuah
negara di rantau ini
iv. Mengekalkan Asia Tenggara sebagai kawasan yang aman dan strategik

2
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

4. Pernyataan yang manakah menunjukkan penglibatan Malaysia dalam membantu


kestabilan politik ASEAN?
i. Menghantar tentera ke Timor Leste
ii. Bekerjasama dengan penduduk Selatan Filipina
iii. Tidak campur tangan dalam hal ehwal Myanmar
iv. Mendesak kerajaan Thailand menghentikan pergolakan di selatan negara tersebut.

A. I dan II
B. I dan IV
C. I dan III
D. III dan IV

5. Yang manakah benar tentang pendirian Malaysia dalam menghadapi masalah serantau
Asia Tenggara?

i. Urusan tentang pendatang tanpa izin menjadi tanggungjawab bersama


ii. Segala pertikaian hendaklah diselesaikan melalui perundingan
iii. Segala masalah domestik hendaklah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri
iv. Negara-negara anggota diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah negara
jiran

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Apakah faktor yang menjadikan Kepulauan Spratly menjadi rebutan banyak negara
serantau?
i. Mempunyai lokasi terbaik untuk perdagangan
ii. Merupakan tempat yang sesuai untuk ujian nuklear
iii. Memiliki bahan-bahan galian terutamanya minyak dan gas
iv. Mempunyai kedudukan yang strategik dari segi keperluan ketenteraan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

3
 Mengurangkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa
 Menghapuskan jurang perbezaan antara negara-negara membangun
dengan negara maju

7. Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Order Baru Ekonomi Dunia


B. Tabung Kewangan Antarabangsa
C. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan
D. Persidangan mengenai Kerjasama Ekonomi Antarabangsa

8.
Malaysia menghasilkan Pelan Tindakan Deklarasi Putrajaya dengan Jawatankuasa
Perdagangan dan Pelaburan, Sains dan Teknologi Pendidikan dan Penerangan

Pernyataan di atas merujuk kepada sumbangan Malaysia dalam

A. Kumpulan 15 (G-15)
B. Kerjasama Selatan-Selatan
C. Pertubuhan Persidangan Islam
D. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

9. Faktor utama yang menyebabkan Malaysia menyokong Pergerakan Negara-negara


Berkecuali (NAM) ialah

A. Meningkatkan pasaran barangan industri


B. Memastikan kedaulatan sesebuah negara terjamin
C. Meningkatkan ekonomi negara anggota
D. Membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dunia

10. Yang manakah merupakan matlamat penyertaan Malaysia dalam Kerjasama Ekonomi
Asia Pasifik?

A. Membantu perkembangan industry tempatan


B. Meluaskan pengaruh ekonomi Asia Pasifik
C. Mewujudkan blok perdagangan di Asia Pasifik
D. Menggalakkan kerjasama teknikal dan ekonomi

4
11.
 Menggalakkan kerjasama dalam bidang perdagangan , penyelidikan , ekonomi dan
sosial
 Memberi bantuan kemudahan penyelidikan dan biasiswa melalui Rancangan Colombo

Pernyataan di atas adalah sebahagian daripada penubuhan kejasama dunia berikut

A. ASEAN B. Komanwel C. Negara G15 D. UNESCO

12. Yang manakah pendirian Malaysia terhadap isu loji nuklear Iran?

i. Iran hendaklah melucutkan program nuklear tanpa syarat


ii. Mencadangkan isu nuklear Iran diselesaikan tanpa penggunaan kekerasan
iii. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa PBB perlu membantu pembangunan Loji
Nuklear Iran
iv. Iran perlu memberikan kerjasama terhadap pemantauan oleh pihak Agensi
Pertubuhan Majlis Keselamatan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

13. Perkara yang manakah diperjuangkan oleh Malaysia untuk menangani isu-isu
sosioekonomi antarabangsa?

A. Beban hutang negara membangun dimansuhkan


B. Negara-negara maju mengurangkan rintangan perdagangan
C. Perundingan Ekonomi Asia Timur menjadi blok perdagangan
D. Mewujudkan kerjasama ekonomi dalam kalangan Negara Eropah Timur

14. Yang manakah menggambarkan komitmen Malaysia untuk merapatkan hubungan


dengan Negara-negara benua Afrika selepas Dialog Antarabangsa Langkawi

A. Membentuk skim Keutamaan Global


B. Membawa masuk pelaburan dalam pelbagai bidang
C. Berusaha mengatasi masalh dasar Apartheid di Afrika Selatan
D. Menubuhkan Pusat Kerjasama Data Pelaburan dan Teknologi selatan

15. Yang manakah komitmen Malaysia dalam memperjuangkan hak asasi manusia diPBB?

A. Menyokong resolusi hak kewarganegaraan kaum minority Rohinya di Myanmar


B. Memperjuangkan kemerdekaan Palestin di Majlis Keselamatan PBB
C. Menyuarakan bantahan terhadap kelewatan bantuan PBB di Syria
D. Memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa tsunami di Aceh

5
Bahagian B
(15 markah )

Jawab satu soalan sahaja di dalam bahagian ini.

16. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, nyatakan tentang hubungkait antara
peratusan dan nilai import buah-buahan oleh Malaysia pada tahun 2014 dan
2015.Nyatakan mengapa Malaysia masih banyak mengimport buah-buahan dari luar
negara.

MALAYSIA : IMPORT BUAH-BUAHAN DARI NEGARA-NEGARA TERPILIH PADA


TAHUN 2014 DAN TAHUN 2015

NEGARA 2014 2015


Nilai Import Peratus (%) Nilai Import Peratus (%)
(RM juta) (RM juta)
Australia 14079.6 26.5 10425.8 20.8
China 11 731.0 22.1 11829.2 23.6
Pakistan 5 163.2 9.7 5964.7 11.9
New Zealand 7 118.8 13.4 7618.8 15.2
Thailand 9 124.1 17.2 8821.8 17.6
Amerika Syarikat 5 916.0 11.1 5463.5 10.9
Jumlah 53132.7 100.0 50 123.8 100.0

(dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Jabatan Pertanian


Malaysia, Bahagian Perdagangan Antarabangsa, 2016)

6
17. Berdasarkan carta aliran di bawah, jelaskan peranan Malaysia dalam Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari aspek dasar luar negara.

MALAYSIA : PERANAN DALAM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Melaka
Warisan Dunia
UNESCO
Georgetown

Negara Asia Negara Afrika

Peranan Malaysia dalam PBB


ASEAN Pengaman

Bantuan

Penyakit Pelarian Kemanusiaan

Perubatan Thailand

Pencegahan Filipina

Bantuan Myanmar
Pakar
UNHCR

(Sumber : dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian ,2010)

7
Bahagian C
(50 markah)

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

18. Rantau Asia Tenggara sering menjadi sasaran negara kuasa besar untuk melebarkan
pengaruh mereka. Situasi ini boleh menimbulkan pelbagai kesan kepada Malaysia .
Bincangkan.

19. Kejayaan beberapa syarikat multinasional negara dalam mengembangkan operasi


mereka di peringkat serantau dan antarabangsa telah memberi pelbagai kebaikan.
Namun begitu, terdapat juga risiko yang boleh menjejaskan pelaburan tersebut.
Bincangkan.

20. Fenomena global kenaikan harga barang mencabar keupayaan antarabangsa termasuk
Malaysia untuk sekuriti makanan. Jelaskan faktor-faktor global dan langkah yang diambil
Malaysia dalam menangani fenomena ini.

You might also like