You are on page 1of 3

KAJIAN KES MINGOMINGO TEACHERS GUIDE

KAJIAN KES MINGOMINGO

Mazlan mahu Mingomingo perkasa di pasaran.

Encik Ramli Mazlan merupakan pengasas pembuatan ice cream jenama Mingomingo yang
beroperasi di alamat No 2 Jalan AU 1A/3A, Taman Keramat Permai, KL. Permulaan
perniagaan Encik Ramli Mazlan diusahakan secara kecil-kecilan dengan bilangan pekerja
seramai 6 orang sahaja. Sifat usahawan yang ada pada beliau membolehkan perniagaan yang
diusaha telah berjaya mencapai kejayaan setelah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
dalam perniagaan yang mempunyai daya saing yang tinggi. Kejayaan perniagaan makanan
ice cream Encik Ramli Mazlan telah banyak 1memberi sumbangan kepada masyarakat.

Perniagaan Encik Ramli Mazlan telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat
setempat. Perniagaan ice cream Mingomingo telah mewujudkan peluang perniagaan kepada
usahawan baru yang lain dengan bantuan daripada MARA dalam bentuk kewangan.
Kesungguhan beliau memberi pendidikan dan latihan berkaitan perniagaan kepada usahawan
baru telah berjaya melahirkan modal insan berasaskan perniagaan makanan. Kejayaan yang
dikecapi oleh En Ramli Mahzan dijadikan role model kepada usahawan bumiputera yang
Berjaya, usahawan baharu dan masyarakat keseluruhannya.

Didapati idea perniagaan Encik Ramli Mazlan berkembang bermula daripada tahap idea
sehingga dikormersialkan dengan jayanya. Secara umumnya, seseorang usahawan berjaya
sebenarnya boleh dilatih.

(Sumber: Business Kini, 2008, ms.14/16)

Soalan

1. Terangkan peranan usahawan kepada masyarakat dalam kes di atas. [10]

2. Huraikan lima tahap proses merealisasikan idea perniagaan yang dijalankan oleh Ramli
Mazlan dalam usaha menjalankan perniagaan ice cream. [15]

3. Huraikan cirri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Encik Ramli Mazlan sebagai usahawan
yang berjaya. [10]

Soalan
KAJIAN KES MINGOMINGO TEACHERS GUIDE

(1) Jelaskan peranan usahawan kepada masyarakat dalam kes di atas [10]

Jawapan :

1.memberi peluang pekerjaan


2.memberi peluang perniagaan kepada usahawan lain
3.melahirkan modal insan melalui pendidikan dan latihan usahawan baharu
4.menjadi role model kepada masyarakat dan usahawan baru

(2) Huraikan lima tahap proses merealisasikan idea perniagaan yang dijalankan oleh Encik
Ramli Mahzan dalam usaha menjalankan perniagaan ice cream.[15]

Jawapan:

1.Tahap idea
2.Tahap konsep
3.Tahap pembangunan produk
4.Tahap ujian pemasaran
5.Tahap pengkomersilan

(3) Huraikan ciri-ciri ushawan yang dimiliki oleh Encik Ramli Mazlan sebagai usahawan
yang berjaya.[10]

1.Gigih
2.Berwawasan
3.Berani mengambil risiko
4.Sanggup menghadapi cabaran
5.Bijak merebut peluang
6.Kreatif dan inovatif

Panduan Pengajaran

Tajuk : Peranan usahawan kepada masyarakat


KAJIAN KES MINGOMINGO TEACHERS GUIDE

Jenis kes ilustrasi

Sinopsis
Kes ini mengenai bidang pemakanan dan pembuatan ice crean jenama mingo mingo oleh
seorang usahawan yang bernama Encik Ramli bin Mazlan daripada peringkat awal perniagaan
sehingga keperingkat kejayaannya dan peranannya kepada masyarakat.

Objektif
1.Menonjolkan proses merealisasikan idea
2.Menjelaskan peranan usahawan kepada masyarakat
3.membincangkan ciri-ciri usahawan yang berjaya

Strategi memimpin kes


1.membentuk kumpulan kecil 5-6 pelajar
2.edarkan kes semasa sesi – asingkan soalan
3.terangkan sinopsis kes, bacaan individu 5-7 minit
4.minta bincang dalam kumpulan isu-isu yang timbul dalam kes. Catatkan isi utama untuk
perbincangan 10-15 minit.
5.perbincangan mula dengan soalan kemudian memuncak kepada soalan perbincangan

Soalan cadangan

1.Golongan siapa yang suka makan ais cream


2.Pernahkan mendengar tentang ice crean jenama Mingo mingo

Soalan

1.Apakan ciri-ciri usahawan yang ada pada Encik Ramli Madzan


2.Terangkan sumbanga Encik Ramli Mazlan sebagai usahawan kepada masyarakat
3.Jelaskan proses merealisasikan idea perniagaan yang dilalui oleh Encik Ramli Madzan

Soalan analisis

1.Huraikan cabaran persekitaran yang dihadapi untuk mengembangkan perniagaan makanan


ice cream Mingo mingo dan jelaskan tindakan yang yang boleh diambil oleh Encik Ramli
Madzan.

You might also like