You are on page 1of 38

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

0
PANDUAN PENGURUSAN
PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)
DI SEKOLAH

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

1
ISI KANDUNGAN

KATA ALU-ALUAN

➢ YB. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


➢ KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
➢ PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

PRAKATA

BAB 1 PENDAHULUAN

PENGENALAN
OBJEKTIF
SUSU UHT

BAB 2 KAJIAN TENTANG PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)

2013 – DAPATAN
2014 – DAPATAN

BAB 3 PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 4 PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH

BAB 5 PENGURUSAN PS1M DI SEKOLAH

PENUTUP

LAMPIRAN

RUJUKAN

PASUKAN PENGGUBAL

PENGHARGAAN

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

2
KATA ALU-ALUAN

YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam hormat dan Salam 1Malaysia.

Program Susu Sekolah (PSS) telah dilaksanakan sejak tahun 1983. Program ini telah
diperkenalkan semula oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Bin
Tun Abdul Razak sebagai Program Susu 1Malaysia (PS1M). Pelancaran program ini telah
disempurnakan di Sabah pada 16 September 2010 bertujuan untuk melahirkan generasi
baru yang sihat dan mempunyai minda yang cergas selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Disamping memberikan makanan tambahan kepada murid sekolah yang layak, PS1M juga
membantu pertumbuhan dan perkembangan industri tenusu tempatan.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam usaha menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Susu 1Malaysia untuk
digunakan bagi meningkatkan pengurusan Program Susu 1Malaysia di semua peringkat.

Selamat Maju Jaya

Y.B.
Menteri Pendidikan Malaysia

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

3
Kata Alu-Aluan

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian utama terhadap tahap


kesihatan warga sekolah. Amalan penjagaan kesihatan menerusi aktiviti yang terancang
dan teratur serta mencapai piawaian yang ditentukan dapat menjamin tahap kesihatan
murid di tahap optimum.

Program Susu 1Malaysia yang telah dilaksanakan hampir lima tahun merupakan satu
daripada usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu murid-
murid sekolah rendah mendapat pelbagai zat yang diperlukan bagi makanan seimbang.
Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa Program Susu 1Malaysia
membantu tumbesaran diri murid.

Oleh itu Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah perlu terus
melaksanakan Program Susu 1Malaysia.

Penerbitan Buku Panduan Pengurusan Program Susu 1Malaysia amat dialu-alukan dan
diharap dapat digunakan bagi meningkatkan kualiti pengurusan pelaksanaan penyeliaan
dan penilaian Program Susu 1Malaysia.

Selamat Maju Jaya

DATUK SERI DR.KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

4
Kata Alu-Aluan

Pengarah Bahagian Sekolah

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
pihak yang terlibat dalam usaha menyediakan Buku Panduan Pengurusan Program Susu
1Malaysia (PS1M). Penyediaan dan penerbitan ini terhasil dengan kerjasama bersepadu
semua pihak.

Buku Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang tepat kepada Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pengurusan di peringkat sekolah
terutama Guru Besar.

Aspek utama yang disentuh termasuklah kaedah pengurusan Program Susu 1Malaysia
di peringkat Kementerian, Negeri, Daerah dan Sekolah, pemprosesan dan pembekalan
susu, pengenalan kepada objektif, misi dan visi serta khasiat susu UHT dalam tumbesaran
diri murid.

Semoga dengan usaha murni semua pihak akan menghasilkan kejayaan.

ABDULLAH BIN MAD YUNUS


Pengarah Bahagian Sekolah Harian

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

5
PRAKATA

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha mempertingkatkan tahap


pencapaian pendidikan dan kesihatan dalam kalangan murid dan pelajar sekolah-sekolah
di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk Program Susu 1Malaysia (PS1M).

Buku Panduan Pengurusan PS1M diterbitkan supaya terlaksana pengurusan yang standard
di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah. Pendekatan
kaedah mesra pengguna dengan langkah yang tersusun memudahkan semua pihak
mematuhi prosedur penerimaan dan agihan.

Diharap Jawatankuasa di semua peringkat pengurusan menggunakan Buku Panduan ini


supaya dapat membantu menguruskan PS1M dengan berkesan.

Sekian.

Pasukan Penggubal.

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

6
BAB 1 PENDAHULUAN

PENGENALAN
• Program yang membekalkan susu kepada murid sekolah telah lama dilaksanakan di
pelbagai negara dunia terutamanya bagi negara-negara yang mempunyai industri
tenusu. Pemberian susu untuk diminum oleh murid sebagai makanan tambahan
dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk membekalkan nutrisi yang
mencukupi dan permakanan yang seimbang serta memupuk tabiat pemakanan yang
baik supaya murid kekal sihat dan sentiasa segar.

• Program Susu 1Malaysia (PS1M) merupakan satu usaha kerajaan untuk memupuk
amalan meminum susu yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
bersama syarikat – syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Persyarikatan
Malaysia.

• Program Susu 1Malaysia (PS1M) adalah kesinambungan Program Susu Sekolah


(PSS) yang telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun
1983. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan dan
kesihatan dikalangan murid-murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan
fizikal, mental dan kesihatan murid-murid sekolah rendah bertambah baik.

• Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah bermula pada September 2010 berdasarkan
keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Julai 2010 untuk pembekalan susu Ultra
High Temperature (UHT) ke sekolah rendah seluruh negara.

• Program ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 16hb. September
2010 bagi mengganti dan menjenamakan semula Program Susu Sekolah sebagai
Program Susu 1Malaysia (PS1M).

• PS1M disasarkan kepada semua murid berdasarkan kriteria berikut :

a) Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan
Kasih ( SBJK ).
b) Semua murid di sekolah rendah kawasan bandar yang menerima bantuan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

OBJEKTIF

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

7
AM

Meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah rendah melalui


pemupukan tabiat suka minum susu.

KHUSUS

• Meningkatkan tabiat suka minum susu dikalangan murid-murid sekolah rendah.


• Meningkatkan peratus kehadiran murid-murid sekolah rendah ke sekolah.
• Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan yang diingini khususnya
berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek-aspek
pendidikan yang lain amnya.
• Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi
memastikan pertumbuhan fizikal, mental dan kesihatan murid sekolah bertambah
baik.
• Meningkatkan usaha-usaha pembangunan masyarakat dan industri tenusu tempatan
yang berdasarkan pengeluaran, pemprosesan dan pembekalan susu.

SUSU UHT

• Susu UHT adalah susu yang diproses melalui kaedah UHT (Ultra High Temprerature)
dimana susu dipanaskan pada suhu 135 -140 darjah celcius selama 2-10 saat.
Tujuannya adalah untuk membunuh kuman-kuman yang boleh merosakkan susu
atau menyebabkan sakit perut.
• Susu dibungkus dengan cara pembungkusan aseptic iaitu pembungkusan
menggunakan teknologi tinggi yang keadaan sekelilingnya steril dan bebas dari
kuman.
• Susu UHT boleh disimpan pada suhu bilik.
• Susu UHT mempunyai tempoh hayat sehingga 10 bulan dari tarikh pengeluaran.

BAB 2 KAJIAN TENTANG PS1M

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

8
KAJIAN 1

Kajian keberkesanan program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan oleh


Universiti Putra Malaysia 2013 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M. Dari
kajian ini didapati :

1.1 Persepsi murid, guru dan ibu bapa/penjaga terhadap tiga aspek iaitu
meningkatkan tahap kesihatan, menggalakkan kehadiran murid ke sekolah dan
menunjukkan peningkatan pencapaian akademik.

1.2 Perbezaan persepsi juga ditunjukkan oleh murid dan guru berdasarkan beberapa
faktor seperti jantina, peringkat umur murid, lokasi dan jenis sekolah yang dilawati
oleh penyelidik.

1.3 Program susu merupakan satu program yang biasa di sekolah-sekolah pelbagai
negara termasuk Malaysia serta dengan kepercayaan bahawa program ini akan
diteruskan dalam tempoh jangka panjang.

1.4 Hasil dapatan tersebut menunjukkan murid, guru dan ibu bapa/penjaga
mempunyai persepsi yang positif terhadap PS1M.

Kajian 2

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

9
Kajian keberkesanan program Susu 1Malaysia (PS1M) yang telah dilaksanakan oleh
Universiti Putra Malaysia 2014 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M.
Hasil dapatan daripada kajian ini mengenai pertumbuhan fizikal murid peringkat
sekolah rendah didapati :

• Tinggi : Susu dan kuantiti ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid.
• Berat : Susu memberi kesan terhadap peningkatan berat badan tetapi tidak
dipengaruhi oleh kuantiti susu yang diminum.
• BMI (Body Mass Index) : Susu tidak menunjukkan kesan terhadap peningkatan
atau penurunan peratus BMI.
• Lemak : Susu tidak menunjukkan kesan yang konsisten terhadap peningkatan
atau penurunan kandungan lemak dalam badan murid.
• Kepadatan Tulang : Susu meningkatkan kepadatan tulang murid.
• Index kualiti tulang : Susu dapat meningkatkan index kualiti tulang.
• Kecergasan fizikal : Susu tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam
meningkatkan kecergasan fizikal murid.

Di peringkat sekolah rendah, susu dan kuantiti yang diminum oleh murid yang terlibat dalam
kajian telah didapati ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid, berat badan, BMI
dan peratus lemak dalam badan murid.

Hasil daripada kajian ini, pihak pengkaji dari UPM mencadangkan seperti berikut:

• Meneruskan program PS1M


• Memastikan pemberian susu kepada murid adalah tidak terputus dan bermula
pada hari pertama persekolahan dan tamat pada hari terakhir persekolahan.
• Menambah kuantiti susu daripada dua kotak seperti sedia ada.
• Memperluaskan supaya semua murid rendah dapat menikmati susu PS1M.
• Memperluaskan PS1M ke sekolah menengah rendah supaya murid yang
sedang membesar ini dapat menikmati khasiat susu dalam pertumbuhan
mereka.
• Meningkatkan program dan aktiviti menggalakkan minum susu dan makan
makanan berasaskan susu di kalangan murid sekolah dengan kerjasama
pelbagai pihak.

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

10
BAB 3 PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)
DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Peranan dan Tanggungjawab Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan


Malaysia

1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

1.1. Menyelaraskan data penerima PS1M dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
1.2. Memastikan spesifikasi susu dan syarat-syarat keselamatan susu dipatuhi
sebelum diminum.
1.3. Mengeluarkan arahan pemberhentian edaran susu sekiranya berlaku isu
kesihatan murid berdasarkan syor oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).
1.4. Mengeluarkan surat siaran pelaksanaan Program Susu 1Malaysia tahun
semasa.
1.5. Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PS1M.
1.6. Menerima laporan pelaksanaan PS1M dari JPN.

2. Bahagian Kewangan

2.1. Mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Program Susu


1Malaysia (PS1M)
2.2. Memaklumkan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan
kepada Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) untuk penyediaan
dokumen kontrak dan BPSH untuk perancangan pelaksanaan
2.3. Memastikan peruntukan kewangan PS1M bagi tahun semasa mencukupi.
2.4. Menyalurkan dan memastikan peruntukan PS1M yang mencukupi ke JPN.
2.5. Memantau prestasi perbelanjaan PS1M di peringkat JPN.
2.6. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan PS1M.
2.7. Memastikan pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan pesanan tempatan
(Local Oder) yang dikeluarkan dan pengesahan penerimaan bekalan oleh pihak
sekolah.
2.8. Mengeluarkan arahan pemberhentian pesanan susu kepada JPN sekiranya
peruntukan yang mencukupi tidak dapat disediakan

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

11
3. Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA)

3.1 Mengurus perolehan PS1M

3.2 Menyediakan dokumen kontrak pembekalan PS1M berdasarkan kelulusan


daripada Kementerian Kewangan antara syarikat pembekal dengan kerajaan

3.3 Mengedarkan dokumen kontrak perjanjian pembekalan kepada syarikat


pembekal, Bahagian Kewangan, BPSH dan JPN.

3.4 Menyediakan dan mengedarkan softcopy dokumen kontrak yang lengkap dan
cabutan dokumen kontrak kepada JPN untuk diedarkan ke PPD dan sekolah.

3.5 Meneliti dan menguruskan penamatan kontrak selepas merujuk kepada


Penasihat Undang-Undang (PUU).

3.6 Menjadi urus setia Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian sekiranya berlaku


pertikaian atau tuntutan oleh pihak yang terlibat dengan perjanjian ini.

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

12
BAB 4 PENGURUSAN PS1M JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
(JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)

1. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

1.1 Unit Hal Ehwal Murid (Sub Unit Kesihatan)

1.1.1 Menyediakan data penerima PS1M.


1.1.2 Mengedarkan surat siaran pelaksanaan PS1M kepada PPD dan
sekolah.
1.1.3 Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PS1M.
1.1.4 Menyediakan nota minta untuk pesanan PS1M pada atau sebelum
tujuh (7) hari bulan setiap bulan.
1.1.5 Memastikan susu yang diedarkan ke sekolah dalam keadaan yang baik
dan selamat diminum.
1.1.6 Memantau pelaksanaan PS1M di sekolah.
1.1.7 Menerima dan mengumpul laporan bulanan Pegawai Perhubungan
Program Susu 1Malaysia (PPPS1M) dari pembekal.

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

13
1.2 Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset

1.2.1 Menyimpan softcopy dan dokumen kontrak yang lengkap serta


mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada BPPA
kepada PPD dan sekolah.

1.2.2 Memastikan syarat-syarat kontrak dipatuhi.

1.2.3 Mengemukakan syor untuk dendaan jika berlaku ketidakpatuhan


syarat kontrak kepada Unit Kewangan JPN.

1.2.4 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPPA KPM


berdasarkan laporan daripada sekolah.

1.3 Unit Kewangan dan Unit Akaun

1.3.1 Menyediakan pesanan tempatan (LO) PS1M berdasarkan nota minta


yang disediakan oleh Sub Unit Kesihatan.

1.3.2 Memastikan LO PS1M disediakan sebelum atau pada 15hb setiap


bulan.

1.3.3 Memastikan syarikat pembekal mengemukakan Sijil Akuan Penerimaan


(SAP) dari pihak sekolah bagi setiap pesanan selepas penghantaran
susu.

1.3.4 Pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan LO yang dikeluarkan dan


pengesahan penerimaan SAP oleh pihak sekolah.

1.3.5 Menyediakan perkiraan dan membuat pemotongan bayaran atau


dendaan berdasarkan perakuan daripada Unit Perolehan dan
Pengurusan Aset.

1.3.6 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPPA, KPM


berdasarkan laporan daripada sekolah.

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

14
PENGURUSAN PESANAN DAN BAYARAN PS1M

MULA

Unit Kesihatan kemukakan ke Unit Kewangan


dokumen berikut :
a. Senarai sekolah
PESANAN

b. Bil. murid
c. Bil kotak susu d. Dokumen sokongan.

Unit Kewangan sediakan Pesanan Tempatan


(LO) e-perolehan

Serahkan (LO) kepada Syarikat


Pembekal Susu

Unit Kesihatan terima daripada Syarikat


Pembekal Susu:
a. LO asal b. Invois c. SAP
d. DO e. Salinan Kontrak/SST

Tidak Unit Kesihatan semak dan


Ya
pastikan maklumat lengkap
BAYARAN

Lengkap
maklumat
Serahkan kepada Unit
Kewangan

Unit Kewangan sediakan Baucer


Bayaran

Bayaran dibuat kepada Syarikat Pembekal


Susu

TAMAT

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

15
2. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

2.1 Mengumpul, menyelaras dan mengesahkan data penerima PS1M


2.1.1 Data sekolah
2.1.2 Data Murid
2.2 Menguruskan taklimat pengurusan PS1M kepada sekolah
2.3 Memantau pelaksanaan PS1M di sekolah
2.4 Membantu sekolah menyediakan laporan jika berlaku kes symptom klinikal
2.5 Menyimpan dan mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima
daripada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset kepada sekolah

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

16
BAB 5 PENGURUSAN PS1M DI SEKOLAH

Sekolah merupakan destinasi terakhir susu bagi Program Susu 1Malaysia (PS1M) dihantar
sebelum diminum oleh murid-murid. Bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan,
semua pihak perlu bertanggungjawab mengawal selia dan mengurus PS1M dengan sebaik
mungkin.

1.1 Penubuhan Jawatankuasa Program Susu 1Malaysia

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Guru Penyelaras PS1M
Ahli Jawatankuasa : 1. Guru Penyelaras Rancangan Makanan Tambahan
(RMT)
2. Guru Penyelaras Kelas
3. Guru Penyelaras Pendidikan Khas
4. Wakil PIBG (bukan guru)
5. Wakil murid

** Bilangan Ahli Jawatankuasa bergantung kepada kesesuaian sekolah masing-


masing

1.2 Peranan Jawatankuasa Program Susu 1Malaysia Di Sekolah

1.2.1 Mesyuarat di peringkat sekolah (sekurang-kurangnya dua kali setahun)


1.2.2 Pemilihan murid layak terima (mengikut tahun semasa) dan mendapat
kebenaran ibu bapa / penjaga
1.2.3 Memastikan tempat penyimpanan selamat dan sesuai
1.2.4 Memastikan pengurusan mengikut garis panduan yang ditetapkan

1.3 Carta Alir Pengurusan Program Susu 1Malaysia Di Sekolah

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA


MULA
17
BERLAKU
SUSU
SIMPTOM
BAIK
KLINIKAL

TINDAKAN TERUS
RUJUKAN (ms 23) MINUM

LENGKAPKAN
BUKU
LAPORAN PS1M

TAMAT

1.3.1 Penerimaan Bekalan

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

18
❖ Waktu Penerimaan : Waktu pejabat dan hari bekerja
❖ Pengesahan Penerimaan :
o Nota Penghantaran (DO) : Pentadbir Sekolah, Staf Sokongan
o Sijil Akuan Penerimaan (SAP) : Guru Besar / Guru Penolong Kanan
Pentadbiran / Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Guru Penolong
Kanan Kokurikulum / Guru Penyelia Petang / Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas
o Pastikan SAP lengkap dengan tandatangan, tarikh dan cap jawatan
penerima semasa hari penerimaan bekalan
o Pastikan jumlah bekalan mengikut jumlah yang tercatat pada SAP
o Pastikan salinan SAP disimpan untuk tujuan rekod

PERINGATAN :

❖ Pastikan catatan penerimaan dilengkapkan dalam Buku Laporan Program


Susu 1Malaysia
❖ Penerima bekalan susu perlu menolak bekalan sekiranya terdapat kotak
susu yang rosak atau tidak mempunyai nombor batch / tarikh luput.
❖ Kotak susu yang mempunyai kerosakan fizikal tidak boleh diterima dan
hendaklah dikembalikan kepada pembekal untuk diganti.
❖ Pastikan pemandu dan pembantu yang menghantar bekalan susu
memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian.
❖ Memastikan langkah-langkah keselamatan diutamakan.

1.3.2 Aktiviti Pendidikan Program Susu 1Malaysia Di Sekolah

❖ Taklimat kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Guru


Penyelaras PS1M oleh pihak pembekal (sekurang-kurangnya sekali
setahun)
❖ Bekerjasama dengan semua pihak dalam melaksanakan program
pendidikan PS1M.
❖ Tayangan video kepada murid yang layak terima
❖ Demonstrasi Lihat, Hidu dan Rasa sebelum sesi minum susu
❖ Poster dan lain-lain bahan pendidikan dipamerkan di lokasi bersesuaian

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

19
Contoh bahan-bahan pendidikan PS1M

1.3.3 Penyimpanan Susu PS1M Di Sekolah

❖ Tempat penyimpanan bekalan susu perlu mempunyai ciri-ciri berikut :

o Dilindungi daripada makhluk perosak, haiwan peliharaan dan risiko


pencemaran

o Pencahayaan semula jadi atau buatan yang sesuai diperlukan

o Pengudaraan yang mencukupi untuk mengelak bahang berlebihan,


kondensasi, kotoran dan wap

o Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 cm dari lantai atau jika


menggunakan pallet hendaklan mempunyai ketinggian sekurang-
kurangnya 15 cm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak
melebihi keluasan pallet

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

20
o Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding

o Susu hendaklah disimpan berdasarkan kepada tarikh luput dan


nombor batch bagi memudahkan amalan FIFO (First In First Out)
dilaksanakan

o Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelak kotak


susu bergoyang dan terjatuh. Contoh : Interlocking Stacking System
(Sistem Perkuncian Barang Tindihan)

o Tidak menyusun kotak melebihi ketinggian dibenarkan (8 hingga 10


karton). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di
lapisan bawah

Ganti gambar
inter loking

o Sistem Perkuncian Barang Tindihan (Interlocking Stacking System)

1.3.4 Pengagihan Susu PS1M Di Sekolah

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

21
❖ Menetapkan hari dan waktu yang sesuai untuk minum susu

❖ Pastikan amalan sistem penggiliran stok FIFO (First In First Out)


dilaksanakan

❖ Sebelum susu diagih kepada murid-murid, pastikan perkara-perkara


berikut dipatuhi :

o Nombor batch dan tarikh luput


o Tarikh dan masa pengagihan dicatat
o Catat jumlah kotak susu yang diagih

❖ Pastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu :

o Tanda kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran

o Bocor atau pecah

o Menggelembung

o Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan


pada kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat

o Tanda atau kesan gigitan makhluk perosak

❖ Pastikan penerangan diberi sebelum murid-murid minum susu :

o Amalan membasuh tangan

o Pastikan kotak tidak kembung, kemek, bocor

o Pastikan tarikh belum luput

o Goncang kotak susu

o Rasa sedikit ; jika susu rasa masam, jangan minum dan laporkan
segera kepada guru

o Jika susu elok, minum hingga habis. Jangan simpan baki susu yang
sudah diminum

o Buang kotak susu ke dalam plastik sampah yang disediakan

1.3.5 Pemantauan PS1M

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

22
❖ Guru Penyelaras PS1M perlu mengemaskini Buku Laporan PS1M
setiap bulan.

❖ Guru Besar / Pentadbir Sekolah perlu membuat pengesahan pada


Buku Laporan PS1M setiap bulan.

❖ Memberi kerjasama kepada pihak JPN, PPD, dan PPPS1M yang hadir
untuk pemantauan.

1.3.6 Isu dan Tindakan Dalam Pelaksanaan PS1M di Sekolah

❖ Fizikal Kotak Susu : Kemek, kembung dan bocor

o Asingkan kotak susu yang rosak

o Laporkan kepada pembekal untuk gantian

❖ Simpton Klinikal : Alahan, sakit perut, muntah, pening, cirit birit

o Berhenti minum susu dan pengedaran kepada murid serta merta

o Asingkan murid yang terlibat

o Hubungi klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan


segera

o Maklum kepada PPD / JPN dan pembekal

o Maklum kepada ibu bapa / penjaga murid terlibat

o Menyediakan laporan mengikut Format 1:3:7 kepada PPD dan


JPN (muka surat 35)

1.3.7 Pelupusan Kotak Susu PS1M

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

23
❖ Pastikan plastik sampah disediakan oleh pembekal mencukupi

❖ Sekolah membuat pelupusan atau kitar semula kotak susu tersebut

1.3.8 Keperluan Dokumentasi

❖ Pastikan Fail Pengurusan PS1M disediakan dan mengandungi :

o Surat Masuk / Keluar

o Minit Mesyuarat

o Borang Kebenaran Ibu bapa / Penjaga

o Senarai Nama Penerima

o Buku Laporan PS1M

o Bahan-bahan Pendidikan PS1M

o Salinan Sijil Akuan Penerimaan

o Laporan Kes Simptom Klinikal ( jika ada )

o Lain-lain bahan berkaitan PS1M ( jika ada

Lampiran 1/PS1M

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

24
1. Nama Sekolah :………………………………………………………………………………….………………
2. Alamat Sekolah : ……………………………………………………………………………………………
3. Lokasi Sekolah : Bandar Luar Bandar
4. No. Telefon :………………………..
5. No. Faks :……………………….
6. Guru Besar : ………………………………………………………………………………..……………..
7. No. Telefon : ………………………..
8. GPK HEM : ………………………………………………………………………………………….…….
9. No. Telefon : ………………………
10. Guru Bertugas : ……………………………………………………………………………..…….……..
11. No. Telefon : ………………………………
12. Enrolmen Murid : …………………………
13. Jumlah Penerima Susu : …………………
14. Tempat Penyimpanan Susu :

➢ Stor PS1M
➢ Bilik GPK HEM
➢ Kabinet Bilik Guru
➢ Bilik Kesihatan
➢ Lain-lain ……………………….

Tandatangan : …………………………………………………………

Nama : .…………………………………………………………

Jawatan : …………………………………………………………

Cap Sekolah :

( Sila tanda √ ) berkenaan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SENARAI SEMAK KENDIRI PENGHANTAR PS1M
ARAHAN :

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

25
DIISI OLEH PENGHANTAR PS1M DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH SETIAP KALI
PENGHANTARAN.
Semak
No. PERKARA Catatan
YA TIDAK
PEMUNGGAHAN DARI LORI UNTUK EDARAN/SIMPANAN
A
SEKOLAH
Maklumat Am pengangkutan
- Nama Agensi :
1.
- No Kenderaan :
- Lori / Kapasiti :
Pemunggahan susu (yang berbungkus) ke dalam kenderaan
hendaklah dijalankan dengan cermat.
2.
- Tidak mencampak
- Tidak menghempas
- Tidak memijak / duduk
Menyediakan perlindungan yang berkesan kepada susu daripada
3.
sinaran matahari dan pencemaran termasuk habuk dan asap
mahu pun makhluk perosak
Kenderaan pengangkutan berkeadaan baik.
4. - peralatan pemunggahan perlu sentiasa bersih
- boleh dibersihkan, dinyahjangkitan
- bebas daripada sebarang kotoran.
Kenderaan pengangkutan mempunyai ruangan yang mencukupi
5. bagi produk dan sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum
mengangkut produk.
Menggunakan kaedah susunan yang sesuai
- susu berbungkus dapat mengelakkan tray bergoyang
- susu tidak terjatuh contohnya interlocking stacking system.
6. - Jangan menyusun kotak melebihi beban, beban yang
melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan
bawah.(contoh: bagi tetrapak per 200ml tidak boleh
melebihi ketinggian yang dibenarkan iaitu 8-10 tray).
Jangan campur adukkan batch yang berlainan. Pengangkutan
7.
dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch.
Susu yang telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera
8.
daripada kenderaan pengangkutan.
Pengilang dan pengedar perlu menyediakan sistem rekod
penghantaran yang mengandungi maklumat-maklumat yang
diperlukan seperti :
- Tarikh dan masa pemunggahan
- No batch / kuantiti
- Tarikh luput bagi setiap batch

No. PERKARA Semak Catatan

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

26
YA TIDA
K
B. KEADAAN PENYIMPANAN
Susu sentiasa dilindungi dari sebarang kerosakan dengan tidak
1. menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 – 10
tray).
Beban yang terlalu berat akan merosakkan kotak susu di lapisan
2.
bawah.
3. Melindungi dari kerosakan oleh makhluk perosak.
4. Tidak mengendalikan susu dengan kasar.
Mengelakkan kerosakan dengan menggunakan kaedah susunan
5. yang sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh
contohnya interlocking stacking system
Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 sm dari lantai atau
6. jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian
sekurang-kurangnya 15 sm dari lantai.
Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 sm jarak
7.
daripada dinding
Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan
8. tray bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking
system
Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan
9. nombor batch bagi memudahkan amalan first in, first out (FIFO)
atau masuk dulu, keluar dulu
Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar
10.
daripada stor penyimpanan.
Penyimpanan susu ke dalam stor hendaklah dijalankan dengan
11. cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas
kotak susu adalah dilarang sama sekali.

Nama Penghantar :
No. HP:
Tarikh / Masa :
Tandatangan :

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

27
Guru Besar
……………………………………………………
……………………………………………………

Tuan,
PERSETUJUAN MENERIMA PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA (PS1M) Tahun ……….…..…..

Merujuk kepada perkara di atas saya ………………….…………………………………….


…..……………………………….,,,, No. Kad Pengenalan : ……………………………….
ibubapa/penjaga kepada ………………………………………………………….…………
Tahun ………………………………

2. Dengan ini saya;

bersetuju membenarkan anak / jagaan saya menerima


Program Susu 1Malaysia

tidak bersetuju anak / jagaan saya menerima Program Susu 1Malaysia


kerana ……………………………………………………………………………
…………………………………………………………….……………………………………….

• Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan

3. Saya akan mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang diberikan oleh pihak
sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………...
( ) Tarikh : …………………..

Catatan :
Borang ini dikumpul dan disimpan di sekolah

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

28
SIJIL AKAUN PENERIMAAN
( Untuk diisi setelah alat-alat/bahan-bahan disemak )

Kod Sekolah : ………………………… Nombor SAP : …………………..……


Sekolah………………………….………….…. Syarikat………………………………………..
………………………………………. ………………………………………………….
Alamat : ……………………………………….. Alamat : ………………………………………..
………………………………………………….. …………………………………………………..
No. Telefon : …………….……………….…... No. Telefon : …………….…………………....
No. Faks : ………………………………… No. Faks : ……………………………….…
Bekalan bulan : ……………………………… No. Pesanan Tempatan ( LO )………………
Tahun : ……………………………………….. Bilangan Murid PS1M : ………………………

Harga
Butiran Kuantiti
Item Seunit Jumlah Ulasan sekolah
(kod item) kotak
( RM) (RM)

Susu dalam
keadaan baik
semasa
penerimaan

Plastik sampah
Susu UHT dibekalkan
Susu Berperisa
Coklat
(200ml) Penghantaran
mengikut jadual.

Lain-lain. Nyatakan

Saya mengaku bahawa susu UHT berperisa coklat di atas telah diterima dan disemak dengan betul.

Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………….. .. …………………………………………..
( Tandatangan ) ( Tandatangan Guru Besar / Penolong Kanan)

Nama:………………………………………………….. ……………………………………………………..
( Nama Guru Besar atau Peolong Kanan )

Tarikh: ………………………… Tarikh: …………………………

Peringatan:
1] Sijil Akaun Penerimaan ( SAP) hendaklah diisi dalam (4) Salinan untuk edaran berikut:
(a) 3 salinan kepada kontraktor termasuk yang asal.ftr
(b) 1 salinan untuk fail sekolah
2) Sila pastikan No. Pesanan Tempatan (LO) yang sah telah diisi sebelum akaun penerimaan dibuat.

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

29
PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bulan :……………………… Nama Guru Penyelaras :………………………….………

Tempat Simpanan :……………………………………… Bil. Murid PS1M : ………………….........

A. PENERIMAAN

TARIKH KUANTITI DITERIMA


TANDA
BIL TERIMA JUMLAH TARIKH NO. SAP NO. LO NAMA PENERIMA BEKALAN
TANGAN
BEKALAN KOTAK LUPUT
1

JUMLAH SEBULAN

ULASAN / CATATAN :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

30
B. AGIHAN

JUMLAH AGIHAN
TARIKH DAN KUANTITI AGIHAN SEBULAN
BIL MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5 ( KOTAK )
Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti
1
2
3
4
5
JUMLAH

ULASAN :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

C. LAPORAN SUSU ROSAK

Tarikh
Tarikh Tarikh Tanda Kuantiti Tarikh Guru Tanda
Bil Kuantiti Guru Pelapor Terima
kes luput tangan gantian Luput Penerima tangan
Gantian

ULASAN :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

31
PANDUAN MENGISI BUKU LAPORAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA ( PS1M )

A. PENERIMAAN:

1. Bilangan : Kekerapan penghantaran PS1M ke sekolah.


2. Tarikh terima bekalan : Tarikh di mana pihak sekolah terima bekalan daripada pembekal.
3. Jumlah kotak : Sama seperti jumlah paket yang tertulis di dalam SAP.
4. Kuantiti diterima : Jumlah susu yang diterima mengikut Sijil Akuan penerimaan ( SAP)
5. Tarikh luput : Tarikh luput yang tercatat di atas kotak susu.
6. No SAP/LO : Nombor sebagaimana yang tercatat dalam SAP penghantaran tersebut.
7. Nama guru yang
menerima bekalan : Guru yang menerima bekalan semasa penghantaran ke sekolah.
8. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang menerima bekalan tersebut.

B. AGIHAN:

1. Bilangan : Kekerapan PS 1M diagihkan kepada murid.


2. Tarikh : Tarikh PS 1M diagihkan kepada murid.
3. Kuantiti : Jumlah penerima PS 1M di sekolah.
4. Jumlah agihan sebulan : Jumlah keseluruhan (dalam kotak) yang diagihkan kepada murid dalam tempoh sebulan.

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

32
C. LAPORAN SUSU ROSAK / SIMPTOM KLINIKAL ( JIKA ADA KES )

1. Bilangan ; Bilangan kekerapan kes.


2. Tarikh : Tarikh kejadian berlaku.
3. Tarikh luput : Tarikh luput susu.
4. Kuantiti : Bilangan kotak terlibat.
5. Guru pelapor : Nama guru yang melaporkan kes kejadian.
6. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang melaporkan kejadian.
7. Kuantiti gantian : Bilangan kotak yang diganti oleh pembekal.
8. Tarikh terima gentian : Tarikh di mana susu gantian di terima.
9. Tarikh luput : Tarikh luput pada kotak susu gantian.
10. Guru penerima : Guru yang menerima susu gantian.
11. Tanda tangan : Tanda tangan penerima susu gantian.

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

33
CATATAN BERKALA PEMANTAUAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (KPM/JPN/PPD)
SEKOLAH
TARIKH
JENIS BILIK

BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN


1 BILIK PENYIMPANAN SUSU
1.1. Mempunyai keluasan yang sesuai
1.2. Pengudaraan dan pencahayaan yang baik
1.3. Mempunyai tingkap, kipas/penghawa dingin dan lampu
1.4. Hanya menyimpan susu sahaja
1.5. Tiada kesan mahluk perosak
1.6. Ruang lantai yang bersih
1.7. Siling tiada sawang
1.8. Bilik selamat dan berkunci
2 KAEDAH PENYIMPANAN SUSU
2.1. Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya 15 sm jarak
daripada dinding.
2.2. Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya pada
ketinggian 20 sm. daripada lantai.
2.3. Susu disusun di dalam rak bertutup/terbuka meja atau pallet.
2.4. Kuantiti susu di sekolah hanya untuk agihan satu bulan sahaja
2.5. Tidak menyimpan susu dengan tarikh luput yang lama di
sekolah.
3 DOKUMENTASI DAN REKOD
3.1. Mengisi Buku Pelaporan PS1M
3.2. Buku Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu terdapat di
bilik penyimpanan susu.
3.3. Sijil Akuan Penerima (SAP) disusun ikut bulan dan difaikan.
3.4. CD Panduan Meminum Susu digunakan dan disimpan dibilik
PS1M.
3.5. Poster PS1M di tmpal dan dipamerkan.
3.6. Jawatankuasa PS1M Sekolah dipamirkan.
3.7. Borang Persetujuan Penerimaan PS1M difailkan.
3.8. Senarai Penerima PS1M difailkan
3.9. Jumlah penerima PS1M bersama dengan bekalan diterima
sekolah.
4 LAIN-LAIN
4.1. Plastik sampah disediakan
4.2. Pelupusan kotak susu dibuat secara bersistematik.
4.3. Ada kemudahan chiller/peti sejuk ( Jika ada )
4.4. Bilik dihias menarik.

Dipantau oleh :
Tanda Tangan : Jawatan / Cap :

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

34
PK 04-3 SULIT

SEKOLAH ……………………………………………………………………..

LAPORAN PENYIASATAN ADUAN PELANGGAN

1. Tajuk Berita/Jenis Aduan (Bertulis/Lisan) :


2. No. Aduan :
3. Kategori Aduan :
4. Akhbar/Nama & Alamat Pengadu :
5. Tarikh Terbitan/Siaran/Aduan :
6. Lampiran (Petikan Akhbar/Salinan Aduan) :
7. Laporan Siasatan :
7.1 Perkara/Isu yang berlaku
7.2 Pihak yang terlibat (Murid/Guru/Kakitangan/Lain-lain)
7.3 Tarikh/Masa/Tempat
7.4 Latar belakang dan Punca Kejadian
7.5 Dapatan Siasatan :
7.6 Tindakan yang telah dan akan dijalankan/dilaksanakan
(Bahagian/Jabatan/PPD/Sekolah)
7.7 Nama Pegawai Penyiasat
7.8 Tarikh Siasatan
8. Status Kes :
9. Syor/Cadangan :
10. Lampiran (Jika ada):

Disediakan : Disahkan :
.............................................. ……………………………......................................

Pegawai Penyiasat Aduan (Pengarah/ Tim. Pengarah/ KS/KPP/ PPD)


Tarikh Penyediaan Laporan :

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


1 Februari 2015- Keluaran 04| Pindaan 00

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

35
P PENGERUSI
ABDULLAH BIN MAD YUNUS

A Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

S
NAIB PENGERUSI

Timbalan Pengarah (Murid)


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

U SETIAUSAHA
CYRIL CHRISTOPHER SINGHAM
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

K PENOLONG SETIAUSAHA
HJ. ZAFRULLAH BIN SHAMSUDIN

A Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

AHLI JAWATANKUASA

N JAHLEHA BT YUSOF
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
MOHD.ARIFFIN BIN ABDULLAH
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
HJ YHAYA BIN HUSSIN HJ ISHAK BIN ISMAIL
JPN Pulau Pinang JPN Kelantan

AHMAD SABRI BIN HJ AHMAD HASNAH BT KADIR


JPN Kedah JPN Sabah

P RAZALI BIN YUNUS


JPN Negeri Sembilan
HJ JAMIL BIN DAYAN
JPN Perak

E
HJ ISMAIL BIN EMBONG AZLINNA BINTI ABDUL AZIZ
JPN Terengganu JPWP Kuala Lumpur
ASNAH BT HJ SELAMAT SUPARNEH BT HJ WIRO
JPN Melaka JPN Perlis

N A.RAHMAN BIN T. AHMAD


JPN Johor
HJ MOHD. IMRI BIN SUPARDAN
JPN Selangor

G UMI KALSHOM BT ABD.GHAFAR


JPWP Putrajaya
ZAILAN KAMARUDIN BIN OTHMAN
HJ ABDUL JAHAR BIN MULOK
JPWP Labuan
ANA BINTI KELUNDEK
JPN Pahang JPN Sarawak

G . AMAT SAZALI BIN ABU HASSAN


JPN PULAU PINANG
RUZANITA BT MOHD YUSOFF
KONSUMA SDN BHD

U HJ JAP BIN OMAR


SABAH INTERNATIONAL DAIRIES SDN. BHD
MOHD. HAFIZAN BIN ABD. HAMID
NORY HEIZEL BT MOHD FAKHARUDDIN
DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD
MOHD. HAZREN B AHMAD DZYAUDDIN

B HYBRID ALLIED SDN BHD DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD


MOHD HAIRIL ANUAR B ABD RAZAK HJ ABDUL JALIL BIN GHANI
DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD AMIR ENTERPRISE

A MOHAMAD B MAT AJID


RM JAYA TRADING

L PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

36
Penghargaan

Kementerian Pendidikan Malaysia


dengan sukacitanya
merakamkan
setinggi penghargaan
dan
ucapan terima kasih
kepada semua pihak
yang telah memberi sumbangan
dalam penyediaan buku ini.

PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

37

You might also like