You are on page 1of 16

TINGKATAN 5 EKONOMI

BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL


2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
1. Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli barang dan perkhidmatan antara
satu negara dengan negara yang lain.
2. Berlaku dalam tiga bentuk iaitu:
Import Eksport Entrepot
- membeli barang dan - Menjual barang dan - membeli barang dari luar
perkhidmatan tersebut dari perkhidmatan kepada negara dan menjual
negara lain negara lain. semula kepada negara
- berlaku apabila sesuatu - berlaku apabila lain.
barang dan perkhidmatan pengeluaran barang dan - Berlaku apabila
tidak dikeluarkan atau tidak perkhidmatan oleh sesebuah negara
mencukupi untuk sesebuah negara adalah memproses barang
menampung keperluan melebihi penggunaan atau import dan
rakyat dalam sesebuah keperluan rakyat tempatan mengeksportkannya
negara. sesebuah negara semula ke negara lain.
- Contohnya, Amerika - Contohnya, Amerika - Contohnya, negara India
Syarikat mengimport Syarikat mengeksport mengimport getah asli
minyak kelapa sawit dari kapal terbang ke dari Thailand dan
Indonesia Singapura. mengeksportnya ke
Jepun.

Sebab-sebab wujud perdagangan seperti durian dan pisang dan iklim


antarabangsa Mediterranean di Chile menanam buah-
Perdagangan antarabangsa wujud akibat buahan sitrus seperti epal, anggur dan
daripada pelbagai perbezaan yang wujud antara strawberi.
satu negara dengan negara yang lain seperti 3. Contohnya, tanih laterit di Malaysia yang
yang berikut: sesuai ditanam dengan getah dan kelapa
sawit akan mengeksportnya ke negara lain di
(A) Sumber Semula Jadi Eropah.
1. Sumber-sumber semula jadi yang
dianugerahi oleh Tuhan kepada setiap (C) Tingkat Kecekapan Pengeluaran
negara adalah berlainan dengan negara lain. 1. Pengkhususan dan proses pengeluaran yang
2. Negara yang kaya dengan sesuatu sumber lebih cekap membolehkan sesebuah negara
semula jadi akan mengeksport lebihan mengeluarkan sesuatu barangan dengan kos
sumber tersebut ke negara lain. pengeluaran yang lebih rendah berbanding
3. Contohnya, Malaysia dianugerahi dengan dengan negara lain.
bijih timah, Brunei kaya dengan simpanan 2. Kecekapan pengeluaran hasil daripada kos
petroleum dan Afrika Selatan kaya dengan faktor pengeluaran yang murah telah
simpanan emas dan berlian. mendorong pengeluaran secara besar-
besaran dan seterusnya mengeksportkannya
(B) Iklim dan Jenis Tanih ke negara lain.
1. Keluaran hasil pertanian dan perhutanan 3. Faedah berbanding ialah faedah yang
sesebuah negara adalah berbeza antara dinikmati oleh sesebuah negara yang
negara akibat daripada perbezaan iklim dan sanggup mengeluarkan sesuatu barang
jenis tanah-tanih. dengan kos lepas yang lebih rendah
2. Contohnya, iklim khatulistiwa di Malaysia berbanding dengan negara lain berdasarkan
yang sesuai untuk menanam buah-buahan
SPMsureSkor.com 1
sejumlah faktor pengeluaran dan pada masyarakat Cina dan juga ratusan jenis
tingkat teknologi yang sama, rempah dari India untuk memenuhi
4. Contohnya, Amerika Syarikat dan Jepun kehendak kaum India.
yang cekap dan mengkhusus dalam
pengeluaran kapal terbang dan telefon bimbit 2.2.2 Kepentingan Perdagangan
telah mengeksport kedua-dua jenis barang ini Antarabangsa
ke negara-negara lain. 1. Memperoleh barang yang tidak
dikeluarkan di dalam negara
(D) Budaya masyarakat - barang yang tidak dikeluarkan dalam
1. Budaya masyarakat yang berbeza akan negara dapat diperoleh dari negara lain
mempengaruhi kecenderungan masyarakat dengan mengimportkannya.
dalam pengeluaran sesuatu barangan. - Contohnya, rakyat Malaysia dapat
2. Perbezaan budaya masyarakat biasanya menikmati buah-buahan sitrus yang tidak
melibatkan kemahiran dan minat pekerja ditanam di Malaysia melalui aktiviti
dalam mengeluarkan sesuatu barang dan perdagangan antarabangsa dengan
perkhidmatan. Amerika Syarikat. Pengimport di Amerika
3. Contohnya, Perancis dan Jepun yang Syarikat pula akan mengimport minyak
terkenal dengan pengeluaran minyak wangi kelapa sawit dari negara kita.
dan kereta akan mengeksport keluaran 2. Meluaskan pasaran
mereka ke negara lain. - penawaran sesuatu barang dan
perkhidmatan yang berlebihan dapat
(E) Harga faktor dieksport ke luar negara yang mempunyai
1. Harga faktor pengeluaran seperti upah buruh, pasaran yang jauh lebih luas.
sewa tanah, dan faedah modal akan - Kejayaan menguasai bahagian pasaran
mempengaruhi pemilihan teknik pengeluaran yang lebih luas akan meningkatkan
bagi sesuatu barang dan perkhidmatan. keuntungan syarikat tempatan.
2. Contohnya, bilangan buruh yang banyak dan 3. Menambah pendapatan negara
kadar upah yang lebih murah di India dan - Kerajaan akan memperoleh hasil
China membolehkan pengkhususan dalam daripada kutipan duti import dan duti
pengeluaran tekstil dan pakaian serta barang eksport dalam urusan perdagangan
elektronik yang berintensifkan buruh. antarabangsa.
3. Sebaliknya, Amerika Syarikat dan Jepun - Pendapatan negara juga akan meningkat
yang secara relatifnya mempunyai barang hasil daripada pertambahan kutipan cukai
modal yang lebih murah dan cekap akan keuntungan syarikat yang terlibat dalam
mengkhusus dalam pengeluaran barang aktiviti perdagangan antarabangsa.
seperti kapal terbang, kereta, dan jentera 4. Menggalakkan pemindahan dan
yang berintensifkan modal. penggunaan teknologi
- pengeluar tempatan akan mengimport
(F) Cita rasa pengguna mesin, jentera, dan peralatan moden yang
1. Cita rasa masyarakat terutamanya lebih canggih untuk meningkatkan daya
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai pengeluaran dan memajukan industri
jenis kaum adalah berbeza dan sukar tempatan.
dipenuhi dengan pengeluaran barang dan - Perdagangan antarabangsa juga akan
perkhidmatan dalam negeri sahaja. membawa kepada kemasukan kemahiran,
2. Untuk memenuhi pelbagai jenis cita rasa pengalaman, pengetahuan teknologi yang
pengguna yang berbeza-beza, para peniaga terbaharu dari luar negara.
dan kerajaan harus mengimport pelbagai 5. Menikmati barang dengan harga yang
jenis barang dari luar negara. lebih murah
3. Contohnya, pengimport tempatan akan - Pengkhususan yang berlaku dalam
mengimport ubat-ubatan atau herba tradisi perdagangan antarabangsa akan
dari China untuk memenuhi permintaan membawa kepada peningkatan dalam
SPMsureSkor.com 2
daya pengeluaran dan kemahiran sumber telah mendorong pengeluar tempatan dan
manusia. pelabur asing membesarkan skala
- Pengkhususan telah membolehkan pengeluarannya untuk memaksimumkan
pengeluaran barang dilakukan secara keuntungan.
besar-besaran pada harga yang lebih - Pengembangan perniagaan telah berjaya
murah dan kualitinya lebih baik. mewujudkan lebih banyak peluang
- Contohnya, Amerika Syarikat yang berjaya pekerjaan dan mengurangkan masalah
mengeluarkan kapal terbang pada harga pengangguran.
yang lebih rendah dan Malaysia yang 9. Menggalakkan mobiliti tenaga buruh
dapat mengeluarkan minyak kelapa sawit - Ramai tenaga buruh dapat bergerak dari
pada harga yang lebib murah akan satu negara ke negara lain melalui
melakukan aktiviti eksport dan import perdagangan antarabangsa.
untuk memperoleh manfaat masing- - Contohnya, ramai pekerja dari Indonesia
masing. dan Bangladesh telah berhijrah ke
6. Meningkatkan kecekapan pengeluaran Malaysia untuk mencebur diri dalam
- Aktiviti perdagangan antarabangsa akan sektor perkilangan, pembinaan, dan
mewujudkan persaingan antara pengeluar sebagainya.
dan barang yang dihasilkan oleh - Malaysia yang kekurangan tenaga buruh
sesebuah negara. mahir seperti doktor, pensyarah, dan
- Persaingan yang timbul akan mendorong sebagainya juga mengimport tenaga
pihak pengeluar untuk mengeluarkan buruh dari negara-negara asing yang
barang yang lebih bermutu dengan maju.
kaedah pengeluaran yang paling cekap 10. Menggalakkan pelaburan
serta menghalang firma monopoli - Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan
daripada mengenakan harga yang sangat oleh sesebuah negara dalam
tinggi. perdagangan antarabangsa telah
- Persaingan dalam pasaran dunia juga menggalakkan kemasukan pelaburan
akan menggalakkan usaha penyelidikan langsung asing (FDI) dan perkongsian
dan pembangunan (R&D) dan pintar yang diadakan dengan pelabur
mempercepat penggunaan teknologi yang asing telah membantu mempercepat
terkini. pertumbuhan ekonomi.
7. Menawarkan pilihan pengguna yang - Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan
pelbagai Malaysia kepada pelabur asing untuk
- Pelbagai jenis barangan telah berjaya berkongsi bcrsama pegangan ekuiti dalam
diimport dari luar negara melalui sektor penerbangan, perhubungan, dan
perdagangan antarabangsa untuk kewangan juga menggalakkan kemasukan
memenuhi keperluan dan kehendak pelabur asing.
pengguna yang pelbagai. 11. Mewujudkan hubungan baik dengan
- Masyarakat akan mempunyai pilihan yang rakan dagang
pelbagai mengikut cita rasa dan - Perdagangan antarabangsa berjaya
kemampuannya. mewujudkan kerjasama dan
- Contohnya, Malaysia mengimport pelbagai persefahaman antara negara rakan
jenis model kereta yang sesuai untuk dagang dari segi politik, ekonomi, sosial,
pelbagai lapisan masyarakat. Pilihan dan budaya.
yang luas akan meningkatkan taraf hidup - Hubungan yang baik dan kerjasama yang
pengguna. diadakan akan mewujudkan semangat
saling membantu antara satu negara
8. Menambah peluang pekerjaan dengan negara yang lain untuk mencapai
- Permintaan yang semakin meningkat taraf hidup yang lebih baik.
terhadap barang eksport sesebuah negara

SPMsureSkor.com 3
2.2.3 Sekatan Perdagangan
1. Sekatan perdagangan antarabangsa ialah dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah negara
untuk mengawal eksport dan import negara.

Bentuk sekatan perdagangan antarabangsa


(A) Tarif / Duti import
1. Tarif merupakan cukai yang dikenakan terhadap barang yang diimport.
2. Pengenaan tarif akan menyebabkan harga barang import meningkat dan secara relatif menjadi
lebih mahal berbanding dengan barang keluaran tempatan sesebuah negara.
3. Tarif terbahagi kepada
Tarif spesifik Tarif ad valorem
a. cukai tetap yang dikenakan terhadap setiap a. cukai yang dikenakan mengikut nilai barang
unit barang yang diimport yang diimport.
b. Malaysia mengenakan tarif spesifik b. Malaysia mengenakan tarif ad valorem
sebanyak RM150 atas setiap unit mesin sebanyak 15% atas basikal yang diimport.
pemasangan basikal yang diimport. Oleh itu, Oleh itu, pengimportan basikal yang bernilai
Syarikat Leon Berhad yang mengimport RM300 seunit akan dikenakan tarif ad
sebanyak 30 unit mesin pemasangan basikal valorem sebanyak RM45 seunit (15% ×
haruslah membayar tarif spesifik sebanyak RM300).
RM4 500 (RM150 × 30 unit).

(B) Subsidi
1. Subsidi merujuk bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan
untuk melindunginya daripada persaingan dengan pengeluar negara asing.
2. Pemberian subsidi akan mengurangkan kos pengeluaran dan menjadikan harga barang keluaran
tempatan lebih murah. Justeru, permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat.
3. Subsidi juga boleh diberikan kepada barang eksport negara agar harga barang eksport negara
akan menjadi lebih murah dan berdaya saing di pasaran antarabangsa.

(C) Kuota
1. Kuota merupakan sekatan perdagangan terhadap jumlah barang yang boleh diimport dalam
suatu jangka masa tertentu.
2. Kuota merupakan had maksimum bagi sesuatu barang yang boleh diimport, contohnya bilangan
unit kereta yang boleh diimport dalam tempoh masa setahun.
3. Kuota akan menyebabkan penawaran barang import berkurang dan harganya akan meningkat
berbanding dengan harga barang tempatan.
4. Kuota bertujuan untuk melindungi industri muda tempatan agar berkembang dengan kukuh dan
mampu bersaing dengan barang import pada masa depan.

(D) Kawalan pertukaran asing


1. Kawalan ke atas pertukaran asing merujuk cara kerajaan mengehadkan pembelian pertukaran
asing oleh pengimport melalui bank pusat agar kemasukan barang import dari negara tertentu
dapat dikawal.
2. Dengan jumlah pertukaran asing yang terhad, hasrat pengimport untuk mengimport lebih banyak
barang import akan terhalang.
3. Contohnya, hasrat kerajaan untuk mengurangkan import dari Amerika Syarikat dapat dicapai
dengan tindakan mengawal jumlah kuantiti Dolar Amerika yang boleh dibeli oleh para pengimport
dalam suatu jangka masa tertentu.

SPMsureSkor.com 4
(E) Embargo
1. Embargo merujuk dasar pemulauan terhadap barangan dari negara tertentu.
2. Dasar embargo jarang dilakukan kecuali atas alasan keselamatan atau kepentingan negara.
3. Hal ini adalah disebabkan tindakan memulau barang dari negara tertentu akan menjejaskan
hubungan antara sesebuah negara dengan negara lain.
4. Contohnya, kerajaan Malaysia tidak membenarkan barang dan perkhidmatan dari Negara Israel
diimport atas dasar strategik negara untuk menentang tindakan Israel menindas rakyat Palestin.

(F) Sekatan bukan ekonomi


1. Sukatan bukan ekonomi merujuk sekatan dalam bentuk undang-undang, peraturan, atau syarat-
syarat tertentu terhadap sesebuah negara.
2. Sekatan bukan ekonomi bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat negara.
3. Barang import seperti daging, susu tepung, dan minuman berkhasiat akan diperiksa dan dikenal
pasti ciri keselamatan serta kesihatannya
4. Antara contoh sekatan bukan ekonomi terhadap produk:
a. Produk yang memudaratkan pengguna
Sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang diimport harus bebas daripada
sebarang penyakit dan bahan kimia yang membahayakan kesihatan dan keselamatan nyawa
rakyat
b. Produk yang tidak menepati piawaian dan mutu
Barang elektrik dan elektronik yang diimport harus menepati piawaian dan mutu yang telah
ditetapkan oleh SIRIM supaya selamat digunakan
c. Produk yang tidakmematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan
Ubat-ubatan dan barang kesihatan lain yang diimport haruslah mematuhi peraturan dan
undang-undang kesihatan yang telah digariskan oleh kerajaan

Tujuan sekatan perdagangan antarabangsa


(A) Melindungi industri muda tempatan
1. Industri muda tempatan dapat berkembang maju, menjadi lebih kukuh, dan lebih berdaya saing
apabila kerajaan memberikan perlindungan dalam bentuk sekatan perdagangan antarabangsa
seperti kuota, tarif, dan kawalan pertukaran asing,
2. Dengan perlindungan kerajaan, industri muda tempatan dapat berkembang dengan kukuh dan
menjalankan pengeluaran secara besar-besaran untuk menikmati kos pengeluaran seunit yang
lebih rendah.

(B) Menghadapi persaingan


1. Industri muda dan industri tempatan berpeluang meningkatkan usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D) untuk mengeluarkan barang yang lebih berkualiti.
2. Perkembangan industri tempatan yang pesat dan mantap akan mengurangkan pergantungan
negara terhadap pengimportan barang perkilangan dan barang penggunaan dari luar negara.
3. Malah, peningkatan daya saing dan keupayaan industri tempatan akan menggalakkan eksport
barang keluaran tempatan ke luar negara.

(C) Sebagai sumber hasil kerajaan


1. Kerajaan memperoleh hasil secara langsung melalui tarif atau duti import yang dikenakan
terhadap barang import supaya membolehkan kerajaan membiayai perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan.

(D) Mewujudkan peluang pekerjaan

SPMsureSkor.com 5
1. Industri tempatan berpeluang untuk berkembang dengan lebih kukuh hasil daripada sekatan
seperti tarif, kuota, dan pemberian subsidi akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan
untuk rakyat tempatan.
2. Kadar pengangguran negara akan menurun dan pendapatan negara dapat ditingkatkan.

(E) Memperbaiki imbangan pembayaran


1. Pengenaan sekatan tarif dan kuota akan mengurangkan jumlah permintaan terhadap barang dan
perkhidmatan yang diimport dari luar negara.
2. Jumlah nilai import negara dan pembayaran wang ke luar negara akan berkurang.
3. Hal ini akan membantu memperbaiki kedudukan imbangan dagangan dan imbangan pembayaran
negara.

(F) Keselamatan
1. Sekatan perdagangan antarabangsa diperkenalkan untuk melindungi industri yang penting dan
strategik seperti industri beras dan makanan supaya tidak terlalu bergantung kepada bekalan
import dari luar negara.
2. Ini juga bertujuan menghalang kemasukan barang-barang yang haram seperti dadah atau barang
makanan yang dicemari oleh penyakit atau bahan kimia yang berbahaya.
3. Contohnya, daging lembu dan bahan tenusu import yang dikenal pasti dicemari oleh bahan kimia
yang berbahaya akan terus disekat daripada digunakan oleh rakyat tempatan atas sebab
kesihatan dan keselamatan negara.

(G) Mengatasi masalah lambakan


1. Lambakan ialah aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga yang lebih rendah
daripada kos pengeluaran atau harga keluaran di pasaran dalam negara tersebut.
2. Tindakan lambakan yang dijalankan oleh negara pengeksport bertujuan untuk menghabiskan
lebihan penawaran dalam negara atau mengusir pesaing dan mewujudkan kuasa monopoli di
pasaran dunia.
3. Tindakan lambakan akan menjejaskan industri muda tempatan kerana tidak dapat bersaing
dengan pengeluar asing.
4. Antilambakan merujuk tindakan menyekat import untuk menghalang penjualan lebihan barang di
pasaran tempatan dan mengelakkan kesan yang buruk terhadap ekonomi dalam negara.

2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi, dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa


Kesan pelaksanaan tarif

SPMsureSkor.com 6
(a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan
kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
(b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1, dan jumlah kuantiti
permintaan adalah 0Q4.
(c) Pada tingkat harga P1, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan jumlah
kuantiti diimport adalah sebanyak Q1Q4.
(d) Apabila tarif sebanyak P1P2 dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan
D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3
(e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan jumlah
kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q3.
(f) Jumlah hasil cukai import yang diperoleh oleh kerajaan adalah sebanyak AE2GH.

Kesan positif tarif Kesan negatif tarif


1. Harga barang diimport akan meningkat 1. Pelaksanaan tarif akan menyebabkan
kerana pengimport memindahkan beban berlakunya herotan (distortion) dalam
tarif kepada pengguna dengan menaikkan peruntukan sumber apabila sumber yang
harga jualan. mungkin boleh digunakan dengan lebih cekap
2. Permintaan barang diimport akan menurun dalam industri lain dialihkan ke industri
manakala permintaan terhadap barang penggantian import.
keluaran tempatan akan meningkat 2. Pengguna terpaksa menanggung
disebabkan harga yang secara relatifnya perbelanjaan yang lebih besar kerana tarif
lebih rendah. menaikkan harga barang import. Dengan ini,
3. Penawaran barang oleh pengeluar kos sara hidup akan meningkat dan taraf
tempatan akan meningkat kerana kehidupan akan menurun.
permintaan terhadap barang keluaran 3. Pengguna terpaksa menggunakan barangan
tempatan telah meningkat. berkualiti rendah seandainya perlindungan
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. industri tempatan tidak disertai dengan
Oleh itu, perbelanjaan negara atas barang peningkatan kualiti barangan keluaran
import juga menurun. tempatan.
5. Hasil kerajaan akan bertambah iaitu hasil 4. Kekurangan persaingan dari luar negara
daripada kutipan tarif. mungkin mengurangkan daya saing industri
6. Guna tenaga dalam negara meningkat penggantian import untuk meningkatkan
kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang kecekapan pengeluaran. Oleh itu, tidak akan
meningkat memerlukan lebih banyak berlaku perkembangan dalam teknologi.
tenaga buruh. 5. Negara mungkin akan menghadapi tindak
7. Oleh itu, kadar pengangguran dalam balas yang sama daripada negara yang
negara dapat diturunkan. dikenakan tarif. Keadaan ini akan
menjejaskan perkembangan industri eksport
negara.

Kesan Pelaksanaan Subsidi

SPMsureSkor.com 7
(a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan
kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
(b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti
permintaan adalah 0Q3.
(c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan
jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q3
(d) Selepas kerajaan memberikan subsidi, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan
D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q4
(e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 + Q0O4 dan
jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q0.
(f) Jumlah kuantiti yang diimport selepas pemberian subsidi Q2Q0 adalah lebih kecil jika dibanding
dengan sebelum pemberian subsidi iaitu sebanyak Q1 Q3.
Kesan pemberian subsidi
1. Harga barang keluaran tempatan akan menurun.
2. Permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harganya secara relatif
lebih rendah daripada barang import.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan terhadap barang
keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Oleh itu, perbelanjaan negara atas barang import akan
menurun.
5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang
meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh.
6. Oleh itu, kadar pengangguran dalam negara dapat diturunkan.

Kesan Pelaksanaan Kuota

SPMsureSkor.com 8
(a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E0
apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan
kuantiti keseimbangan dicapai pada P0 dan Q0.
(b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk
permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1. Tingkat harga dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti
permintaan adalah 0Q4.
(c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q1 dan
jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q4
(d) Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan keluk permintaan D0D0
pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti permintaan adalah 0Q3
(e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah sebanyak 0Q2 dan jumlah
barang diimport adalah sebanyak Q2Q3.

Kesan kuota import


1. Harga barang diimport akan meningkat kerana penawaran barang import dalam pasaran
tempatan telah berkurang.
2. Permintaan barang diimport akan menurun manakala permintaan terhadap barang keluaran
tempatan akan meningkat kerana harga yang secara relatifnya lebih rendah.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana permintaan terhadap barang
keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Perbelanjaan negara atas barang import juga menurun.
5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran tempatan yang
meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh. Kadar pengangguran dalam negara dapat
diturunkan.

2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa dan Liberalisasi


Perdagangan

Kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa


1. Mengurangkan penawaran barang import
- Sekatan perdagangan antarabangsa akan menyebabkan jumlah penawaran barang import
dalarn pasaran tempatan berkurang.
- Harga barang import menjadi lebih mahal berbanding dengan barang keluaran tempatan dan
seterusnya mengurangkan permintaan terhadap barang import.
2. Meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan
SPMsureSkor.com 9
- Pengurangan permintaan rakyat tempatan terhadap barang import yang lebih mahal
harganya akan membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap barangan buatan
tempatan yang lebih murah harganya.
3. Mengurangkan pengangguran
- Sekatan perdagangan antarabangsa akan membawa kepada perkembangan industri
tempatan dan meningkatkan permintaan terhadap keluaran tempatan.
- Pihak pengeluar tempatan meningkatkan pengeluaran barangan untuk memenuhi
permintaan dan seterusnya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.
- Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran negara dan meningkatkan guna tenaga
negara. Pendapatan dan taraf hidup rakyat tempatan akan meningkat.
4. Meningkatkan pendapatan negara
- Sekatan perdagangan antarabangsa dalam bentuk tarif akan menyumbang kepada sumber
hasil cukai kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara.
- Pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan akan menjadikan harga
barang eksport lebih murah di pasaran antarabangsa.
- Permintaan yang semakin bertambah terhadap barang eksport negara akan meningkatkan
jumlah keuntungan pengeluar tempatan.
- Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan hasil kutipan cukai kerajaan dan
pendapatan negara.
5. Memperbaiki imbangan pembayaran
- Sekatan perdagangan dalam bentuk tarif, kuota, dan kawalan pertukaran asing akan
mengurangkan permintaan terhadap barang import, manakala subsidi yang diberikan kepada
pengeksport akan meningkatkan permintaan terhadap eksport negara.
- Pengurangan dalam jumlah nilai import negsra dan peningkatan yang besar dalam jumlah
nilai eksport negara akan menjadikan imbangan pembayaran negara semakin bertambah
baik.
6. Melindungi industri tempatan
- Kerajaan memberi perlindungan kepada industri muda tempatan yang belum kukuh melalui
sekatan perdagangan antarabangsa seperti tarif dan kuota supaya dapat bersaing dengan
firma asing yang lebih besar dan cekap.
- Contohnya, duti import yang dikenakan atas kereta import membolehkan industri kereta
tempatan menguasai pasaran dan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi.
- Malah, industri muda tempatan yang berkembang maju dapat meningkatkan daya saing dan
produktivitinya untuk bersaing di peringkat global.

Keburukan sekatan perdagangan antarabangsa


1. Salah pengagihan sumber
- Dasar perlindungan yang berlebihan menyebabkan banyak sumber ekonomi diagihkan
kepada sektor atau industri yang dilindungi oleh tarif dan bukannya industri lain yang lebih
cekap dan berpotensi.
- Dasar perlindungan ini akan merugikan negara dalam jangka masa panjang kerana agihan
sumber negara tidak lagi berdasarkan kriteria kecekapan pengeluaran.
2. Merugikan pengguna
- Kenaikan harga barang import hasil daripada sekatan tarif menyebabkan pengguna terpaksa
membayar harga yang lebih tinggi untuk menikmati barang import.
- Hal ini akan merugikan para pengguna dan mengurangkan pilihan serta tingkat kepuasan
masyarakat.
3. Pengagihan pendapatan yang tidak adil
SPMsureSkor.com 10
- Tindak balas negara rakan dagang mengurangkan import dari Malaysia akan menjejaskan
pertumbuhan dan tingkat keuntungan industri eksport negara.
- Pengeluar akan mengurangkan pengeluaran dan penggunaan tenaga buruh akibat daripada
penurunan permintaan terhadap barang eksport negara.
- Hal ini akan menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan tenaga buruh yang terlibat
dalam industri yang berorientasikan eksport.
- Jurang pendapatan antara pekerja yang bekerja dalam sektor eksport dengan pekerja dalam
sektor ekonomi yang lain menjadi semakin besar.
4. Mengurangkan eksport
- Rakan dagang Malaysia yang dikenakan sekatan perdagangan antarabangsa dalam bentuk
tarif cenderung untuk mengambil tindak balas dengan mengurangkan import dari Malaysia.
- Tindakan yang sedemikian akan mengurangkan jumlah nilai eksport Malaysia dan
seterusnya menjejaskan imbangan pembayaran negara.
5. Mewujudkan monopoli
- Industri tempatan yang dilindungi melalui sekatan perdagangan akan cenderung untuk
menjadi pengeluar monopoli dalam pasaran tempatan.
- Kewujudan kuasa monopoli dalam pasaran akan mendatangkan kesan yang negatif
terhadap ekonomi seperti kenaikan harga barang dan ketidakcekapan dalam agihan sumber
ekonomi negara.
6. Ketidakcekapan dalam industri tempatan
- Industri tempatan yang dilindungi melalui dasar sekatan perdagangan antarabangsa
cenderung untuk bergantung kepada kerajaan dan kurang berusaha untuk meningkatkan
tahap kecekapan pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa.
- Kebergantungan yang berpanjangan ini akan mewujudkan ketidakcekapan dalam operasi
pengeluaran dan agihan sumber negara.

Liberalisasi perdagangan
1. Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau sekatan dalam hubungan
perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain.
2. Liberalisasi melibatkan kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing, pengurangan tarif dan sekatan
bukan tarif serta kemasukan tenaga buruh dan pelaburan langsung asing (FDI) dari luar ke dalam
sesebuah negara.

Kebaikan liberalisasi perdagangan Keburukan liberalisasi perdagangan


a. Interaksi dan transaksi antara negara-negara a. Ketidakupayaan industri tempatan untuk
yang terlibat akanmenjadi lebih intensif tanpa bersaing dengan pelabur asing yang
dibatasi oleg sebarang peraturan dan undang- memasuki pasaran tempatan tanpa
undang. sekatan.
b. Memudahkan aliran barang, perkhidmatan, b. Sekatan pelaburan yang diwujudkan oleh
dan sumber antara negara. negara maju dalam industri berteknologi
c. Mengurangkan kos pengeluaran, tinggi seperti industri automotif dan
meningkatkan skala pengeluaran, dan daya industri teknologi maklumat dan
saing negara komunikasi (ICT).
d. Membolehkan penempatan sumber negara c. Kewujudan Perjanjian Perdagangan
kepada dalam industri yang berpotensi untuk Bebas (FTA) yang bersifat tidak adil dan
memperoleh keuntungan yang maksimum biasanya merugikan negara sedang
e. Meningkatkan jumlah keuntungan firma dan membangun.
kegiatan penyelidikan dan pembangunan d. Hasrat perkongsian kepakaran dan
(R&D) yang berterusan untuk tenaga kerja pemindahan teknologi yang moden dari
SPMsureSkor.com 11
yang pakar dalam jangka panjang. negara maju tidak berlaku dengan
f. Kemasukan pelaburan asing membantu sepenuhnya.
merancakkan kadar pertumbuhan ekonomi e. Pergantungan ekonomi negara terhadap
negara terutamanya industri yang pelaburan dan industri asing dari luar
berorientasikan eksport negara. negara akan mengetepikan kepentingan
g. Mewujudkan persaingan yang sihat, dan kebajikan rakyat tempatan.
menggalakkan usaha inovasi, dan f. Kemunculan kuasa monopoli akan
pemindahan teknologi untuk meningkatkan menentukan pelbagai syarat dan
kecekapan pengeluaran negara peraturan yang menguntungkan
h. Menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan pemodal asing, tetapi boleh merugikan
meningkatkan pendapatan isi rumah. negara dan rakyat setempat.

6.2.6 Blok ekonomi dan Perjanjian Perdagangan


Blok ekonomi
1. Blok ekonomi merujuk satu kumpulan negara yang terdiri daripada beberapa negara yang berada
dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama-sama.
2. Blok ekonomi yeng terbesar di dunia merupakan Kesatuan Eropah (EU)

Kesatuan Eropah (European Union, EU)


1. Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan
negara di Eropah.
2. Bertujuan mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh
mana-mana negara pada masa itu.
3. Objektif penubuhan Kesatuan Eropah ialah:
a. Menghapuskan duti kastam dalam kalangan negara anggota
b. Menggalakkan urusan perdagangan dijalankan secara bebas
c. Mewujudkan kebebasan aliran modal dalam kalangan negara anggota
d. Menyelaraskan dasar kewangan dan fiskal dalam kalangan negara anggota
e. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota

Perjanjian perdagangan
1. Perjanjian perdagangan merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau lebih
negara atas persetujuan bagi syarat sekatan perdagangan antarabangsa semasa
menjalankan urus niaga antara negara.
2. Antara perjanjian perdagangan yang disertai oleh Malaysia
a. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA)
- Perjanjian yang dibuat untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.
- Pada tahun 2017, AFTA terdiri daripada sepuluh buah negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia,
Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
- Objektif utama perjanjian AFTA ialah:
i. Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran
antarabangsa melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam kalangan
ASEAN
ii. Menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan teknologi baharu ke dalam
ASEAN
iii. Mengembangkan jumlah perdagangan intra-ASEAN dan meluaskan pasaran ke luar
negara.

SPMsureSkor.com 12
iv. Persaingan menguasai pasaran yang terbuka dalam kalangan negara ASEAN akan
meningkatkan mutu keluaran dan kecekapan pengeluaran
v. Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran
dan meningkatkan kecekapan pengeluaran.
- Mekanisme utama untuk mencapai matlamat AFTA adalah melalui CEPT yang menetapkan
jadual berfasa pada tahun 1992 untuk meningkatkan daya saing rantau ASEAN supaya
menjadi pangkalan pengeluar dunia.

b. Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan


(General Agreement on Tariffs dan Trade, GATT)
- Malaysia adalah antara ahli WTO yang terawal kerana telah menjadi ahli dalam GATT sejak
tahun 1957.
- Tujuan pembentukan GATT adalah untuk mencipta suatu suasana perdagangan
antarabangsa yang harmoni dan sihat serta mempunyai liberalisasi perdagangan yang
berlanjutan.
- Objektif utama GATT ialah mengurangkan halangan dalam hubungan perdagangan bebas
dan menghapuskan diskriminasi dalam perdagangan antarabangsa.
- Hal ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup umat manusia, peluang pekerjaan, dan
pemanfaatan bersama kekayaan alam dunia.
- GATT telah diwujudkan dengan penyertaan 23 buah negara pada tahun 1947 dan berpusat
di Geneva.
- Pengurangan halangan perdagangan dalam pasaran eksport dan peningkatan peluang
pasaran telah meningkatkan eksport negara.
- Salah satu daripada faedah utama yang dinikmati oleh Malaysia adalah layanan sama rata
atas barangan di dalam pasaran negara ahli-ahli WTO yang lain.

2.2.7 Kesan Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan

Kesan positif blok ekonomi dan perjanjian perdagangan


(A) Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran
1. Menerusi perjanjian perdagangan, teknologi moden dan kepakaran dari negara maju dapat
disalurkan untuk pembangunan ekonomi dan tingkat teknologi di negara sedang membangun.
2. Penduduk tempatan dapat mempelajari dan menguasai kaedah pengendalian teknologi yang
baharu melalui latihan kemahiran dan pelbagai kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

(B) Peluasan pasaran


1. Penghapusan Dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta
provokasi pasaran akan memberikan peluang kepada keluaran dari negara sedang membangun
untuk menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata.
2. Ini memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pasaran dalam urus niaga barang dan perkhidmatan.
3. Contohnya, pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) membolehkan barang
dan perkhidmalan dari kalangan negara anggota ASEAN memasuki pasaran negara anggota
yang lain dengan lebih mudah dan menikmati faedah pasaran secara bersama.

(C) Mobiliti modal dan tenaga kerja


1. Kerjasama blok ekonomi dan persefahaman perjanjian perdagangan telah menggalakkan
pengaliran modal dan tenaga buruh mahir dan separa mahir secara bebas.
2. Pertambahan sumber modal dan tenaga buruh yang mahir akan meningkatkan daya saing dan
daya pengeluaran yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.
3. Contohnya, syarikat multinasional Malaysia seperti Top Glove, Public Bank Berhad, dan Petronas
Berhad telah berpeluang meningkatkan pelaburan mereka ke pasaran seluruh dunia.
SPMsureSkor.com 13
(D) Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI)
1. Kerjasama dan permuafakatan dengan negara yang maju akan membawa masuk pelaburan
langsung asing dan teknologi baharu kepada negara sedang membangun yang kekurangan
kepakaran dalam industri berteknologi tinggi (HITEC).
2. Penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengendalian kursus kemahiran
yang moden telah membuka lebih banyak peluang kepada tenaga pekerja tempatan untuk
mempelajari dan menguasai teknologi yang terkini dan canggih.
3. Corak perniagaan yang moden seperti persidangan video, e-dagang dan e-perbankan
membolehkan peniaga dan pengguna menjalankan urns niaga lebih cepat lancar..
4. Kadar pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dan mampan akan menyumbang kepada
peningkatan dalam pendapatan negara.

(E) Pertambahan peluang pekerjaan


1. Kemasukan pelabur asing dan pengaliran masuk modal yang banyak telah mernbawa
pembangunan yang pesat kepada industri di negara membangun dan mewujudkan peluang
pekerjaan kepada rakyat tempatan.
2. Kadar pengangguran yang semakin berkurang telah membantu meningkatkan taraf hidup rakyat
dan memutuskan lingkaran kemiskinan yang berlanjutan di negara sedang membangun.
3. Negara sedang membangun di Asia Pasifik seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, dan China yang
banyak menghasilkan keluaran industri telah memperoleh keuntungan melalui pengeluaran
berskala besar, pengukuhan rangkaian pasaran, dan persaingan yang lebih sihat.

(F) Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan


1. Pembukaan pasaran perdagangan antarabangsa yang lebih luas dalam kalangan negara anggota
membolehkan produk industri negara dipasarkan dengan meluas dan menguntungkan.
2. Peningkatan kecekapan pengeluaran akan meminimumkan kos pengeluaran, menawarkan
barang pada harga yang lebih murah, dan pilihan barang yang lebih pelbagai.

(G) Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah


1. Negara yang tidak mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk menggerakkan sektor
perindustrian dalam negara.
2. Negara yang maju dalam sektor perindustrian boleh membeli bahan mentah yang mencukupi dari
negara sedang membangun yang terlibat dengan sektor pertanian dan perladangan.
3. Contohnya, Jepun dan negara di Eropah terpaksa bergantung kepada negara-negara Teluk dan
negara-negara Asia yang lain untuk mendapatkan bekalan petroleum dan bahan mentah untuk
pembangunan sektor perindustrian negara.

(H) Penjagaan alam sekitar


1. Negara-negara anggota blok ekonomi seperti ASEAN, APEC, dan EU telah mencapai
persefahaman dalam urusan penjagaan alam sekitar secara kolektif, khususnya dalam
menangani masalah alam sekitar seperti pencemaran laut dan udara, jerebu, kesan runiah hijau,
dan permasalahan marin.
2. Negara-negara anggota bermuafakat menjalankan usaha sama dalam membuat pengesanan,
rondaan, kawal selia, pengawasan, dan pemuliharaan apabila berlaku masalah pengurusan dan
penjagaan alam sekitar.

Kesan negatif blok ekonomi dan perjanjian perdagangan


(A) Kegawatan ekonomi

SPMsureSkor.com 14
1. Kebebasan aliran masuk keluar modal antarabangsa boleh menggugat kestabilan sistem
kewangan negara anggota tanpa pengawalan yang sistematik.
2. Tindakan menarik keluar modal asing secara mendadak akan menyebabkan ekonomi sesebuah
negara mengalami kegawatan dan operasi pengeluaran industri boleh tergugat.
3. Hal ini akan menyebabkan kadar pengangguran negara meningkat dan fenomena ketidakstabilan
dalam pasaran ekuiti serta pertukaran asing.

(B) Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin


1. Dengan perjanijian perdagangan yang ditandatangani, ini akan membawa kepada penghapusan
hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik.
2. Tindakan ini akan menyebabkan peningkatan dalam harga barangan dan kos sara hidup rakyat
tempatan yang semakin membebankan.
3. Isi rumah terpaksa berhadapan dengan masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah,
kejatuhan dalam kutipan hasil cukai kerajaan dan akhirnya akan menggugat kedudukan
kewangan kerajaan.

(C) Corak penjajahan baharu ekonomi


1. Dasar ekonomi negara yang terbuka mudah membawa kepada kemunculan kuasa monopoli
ekonomi dalam sesebuah negara.
2. Contohnya, kuasa monopoli syarikat gergasi dalam sektor kewangan tempatan dan kawalan
operasi ekonomi oleh pelabur asing yang menjaga kepentingan diri.
3. Sumber kekayaan ekonomi terutamanya di negara sedang membangun akan dikuasai oleh dana
asing yang mengutamakan keuntungan maksimum semata-semata tanpa mengambil kira
kebajikan golongan yang kurang kemampuan.
4. Syarikat multinasional asing cenderung mengeksploitasi tenaga pekerja tempatan dengan kadar
upah yang lebih rendah dengan beban kerja yang banyak.
5. Wujud kuasa monopoli banj perdagangan tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi
oleh pelabur asing bagi menjaga kepentingan masing-masing.

(D) Masalah lambakan barang


1. Lambakan merupakan aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga yang lebih
rendah, bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam negeri atau mengusir pesaing
dan mewujudkan kuasa monopoli di pasaran dunia.
2. Wujudnya lambakan barang import yang dijual dengan harga rendah dan kurang berkualiti.
3. Tindakan lambakan akan menjejaskan industri muda tempatan, peluang pekerjaan penduduk,
pendapatan isi rumah dan juga pendapatan negara.
4. Contohnya, produk keluaran China, Indonesia, dan Thailand yang lebih murah harganya sering
menjadi pilihan penduduk Malaysia berbanding dengan barangan buatan tempatan.

(E) Ancaman kepada industri muda tempatan


1. Penghapusan dasar perlindungan terhadap keluaran tempatan akan menyebabkan pengeluar
tempatan terpaksa bersaing dengan barangan dari luar negara.
2. Tindakan penggabungan dan pengambilalihan oleh syarikat multinasional akan menyebabkan
syarikat atau industri tempatan yang kecil dan sederhana (IKS) menghadapi ancaman kerana
tidak mampu bersaing dengan syarikat besar dari luar negara.
3. Contohnya, dalam industri automotif, teknologi maklumat dan pengeluaran ubat-ubatan yang
dikuasai oleh negara maju melalui tingkat teknologi dan ekonomi bidangan/berskala besar.

(F) Pencemaran terhadap budaya tempatan


1. Budaya luar yang tidak sesuai dengan budaya setempat dapat disebarkan melalui internet dan
televisyen satelit.
SPMsureSkor.com 15
2. Generasi muda senang terikut-ikut sehingga menyebabkan nilai dan budaya tempatan yang
murni terhakis dan seterusnya membawa kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan anak
tempatan.

SPMsureSkor.com 16

You might also like