You are on page 1of 5

MODUL: Fotosintesis dan Respirasi

Lembaran Kerja 1.2: Penjelasan tentang fotosintesis dan respirasi

Fotosintesis ialah proses apabila tumbuhan hijau menggunakan tenaga daripada matahari
untuk menukarkan karbon dioksida dan air kepada gula ringkas, glukosa (C6H12O6), and oksigen
(O2).
Proses fotosintesis mula berlaku di dalam daun, apabila tenaga cahaya diserap oleh pigmen
hijau klorofil. Klorofil ditemui di dalam sel tumbuhan, di dalam struktur halus yang dinamakan
kloroplas.
Daun juga menyerap karbon dioksida daripada udara dan mendapat air daripada akar
tumbuhan.
Tenaga cahaya di dalam klorofil menukarkan karbon dioksida dan air kepada glukosa dan
oksigen.
Seterusnya, daun membebaskan kebanyakkan oksigen ke dalam udara. Kebanyakan glukosa
diserap ke dalam tumbuhan, untuk disimpan sebagai kanji atau digunakan bagi tumbesaran,
tetapi sebahagian glukosa masih kekal di dalam daun untuk digunakan dalam proses respirasi.

Latihan 1
Pada gambar rajah daun berikut, tunjukkan proses fotosintesis. Gunakan anak panah
berlainan warna untuk menunjukkan arah pergerakan cahaya matahari, karbon dioksida
dan air (bahan tindak balas) dan sebahagian besar oksigen dan glukosa (hasil tindak
balas).

1
Respirasi sel ialah satu proses apabila sel menguraikan glukosa untuk membebaskan
tenaga yang tersimpan di dalamnya.
Pada peringkat pertama respirasi, sitoplasma di dalam sel memecahkan glukosa kepada
molekul-molekul yang lebih kecil. Proses ini menghasilkan jumlah tenaga yang kecil.
Pada peringkat kedua, terdapat pemecahan selanjutnya yang mengeluarkan jumlah
tenaga yang besar dan oksigen.

Latihan 2
Susun kad untuk membentuk perkataan dan persamaan kimia bagi fotosintesis dan
respirasi.
Kemudian tuliskan persamaannya di sini:

Fotosintesis:

Persamaan perkataan

Persamaan kimia

Respirasi:

Persamaan perkataan

Persamaan kimia

2
Latihan 3
Sekarang perihalkan fotosintesis dalam maksimum 5 ayat, seperti anda sedang bercakap
dengan seseorang yang tidak pernah mendengar tentangnya:

Perihalkan respirasi dalam maksimum 5 ayat, seperti anda sedang bercakap dengan
seseorang yang tidak pernah mendengar tentangnya:

3
Latihan 4

Suatu eksperimen telah dijalankan untuk merekodkan perubahan paras karbon dioksida di
dalam pokok kacang di dalam bekas yang ditutup untuk tempoh masa tertentu.

Satu kuar pencatat data digunakan untuk memantau paras karbon dioksida di dalam bekas,
dan sekeping kertas hitam digunakan untuk menghalang cahaya daripada menyinari tumbuhan
untuk masa yang singkat.

Graf yang berikut menunjukkan dapatan kajian di bawah beberapa keadaan pencahayaan.

Paras CO2

(bpj)

Selang Masa (saat)


Pada graf ini terdapat pelbagai titik/tempat yang ditandakan apabila bacaan diambil. Nyatakan
apa yang anda fikirkan mula berlaku pada setiap titik tersebut: fotosintesis atau respirasi atau
kedua-duanya. (Untuk titik C anda perlu nyatakan apa yang telah berlaku sejurus sebelum
itu.) Fikirkan keadaan yang diperlukan untuk setiap proses tersebut untuk membantu anda
menjelaskan mengapa keadaan itu mula berlaku.

A. Cahaya dinyalakan

B. Kertas hitam ditanggalkan

C. Akhir eksperimen

D. Kacang diletakkan di dalam bekas

E. Cahaya dipadamkan dan kertas hitam ditambahkan

4
Terangkan jawapan anda:

You might also like