You are on page 1of 31

BAB 4

LITAR AKHIR

4.1. Pengenalan

Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi


mengangkut arus elektrik ke beban (litar akhir). Di Malaysia, sistem pendawaian
elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya
Tenaga Malaysia sebagaimana ternaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.
Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hamper sama dengan
piawaan pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom.

4.2. Litar Kawalan Akhir

Mengikut Peraturan IEE setiap pemasangan pengguna mestilah mempunyai alat


kawalan yang mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan pengasingan, perlindungan
lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke bumi.

4.2.1. Cara Pengasingan

Pengasingan ialah sebarang alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan


kepada pengguna dengan membukakan salah satu bekalan itu tidak berbumi.
Tujuan mengadakan pengasingan ialah untuk melindungi pengguna daripada
mendapat renjatan elektrik yang berterusan.

Pengasingan boleh dilakukan dengan 3 kaedah iaitu seperti berikut:

(i) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya dibumikan, suis kutub
tunggal digunakan

1
(ii) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya tidak dibumikan, suis kutub
berhubung digunakan
(iii) Bagi litar tiga fasa empat dawai, suis empat kutub berhubung atau suis tiga
kutub berhubung digunakan.

4.2.2. Cara Perlindungan Lebihan Arus

Arus lebih boleh diertikan dalam dua makna, iaitu arus beban lebih dan arus litar
pintas.Tujuan perlindungan arus lebih ini ialah untuk melindungi pertambahan suhu
dikabel yang boleh mengakibatkan kerosakkan pada penebat kabel. Arus beban
lebih bermaksud pertambahan arus litar yang disebabkan oleh pertambahan beban
sama ada beban mekanik kepada motor atau beban elektrik dimana semua
pertambahan beban ini memerlukan arus lebih untuk membolehkan ia bekerja.
Pertambahan arus ini menyebabkan alatan mesin atau perkakasan itu rosak kerana
menerima arus lebih dari hadnya selain mengakibatkan kebakaran.

Tiga kaedah perlindungan arus adalah seperti berikut:

(i) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya dibumikan, fius kutub
tunggal atau pemutus litar digunakan
(ii) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana kedua-duanya kutub tidak dibumikan,
fius dua kutub atau pemutus digunakan
(iii) Bagi litar tiga fasa empat dawai, fius tiga kutub atau pemutus litar digunakan.

4.2.3. Cara Perlindungan Arus Bocor ke Bumi

Arus dalam litar biasanya mengalir dalam kabel fasa neutral dan bahagian peralatan
yang ditugaskan membawa arus.Apabila arus mengalir ke bahagian logam terdedah
peralatan elektrik yang tidak ditugaskan membawa arus, arus itu dikatakan telah
bocor daripada aliran biasanya.Oleh itu, alat-alat elektrik dan pemasangannya
mestilah dilindungi daripada bahaya ini dengan menyambungkan bahagian logam
itu ke bumi bagi mengelakkan bahaya arus yang bocor itu. Arus ini akan dialirkan
dengan selamat ke bumi tanpa melalui orang yang menyentuhnya kerana bumi
dianggapkan berkeupayaan sifar berbanding dengan badan manusia atau haiwan
yang mempunyai rintangan. Cara pembumian terus ini kadangkala tidak berkesan

2
kerana rintangan bumi yang rendah tidak mudah diperolehi terutamanya kawasan
tinggi. Arus bocor tidak mengalir sepenuhnya ke bumi.

Dua kaedah perlindungan kebocoran ke bumi adalah seperti berikut:

(i) Bagi melindungi dari berlaku arus bocor ke bumi, pemutus litar bocor bumi
digunakan
(ii) Dua jenis kendalian pemutus litar yang biasa digunakan ialah kendalian arus
dan kendalian voltan.

4.2.4. Turutan Kawalan

Turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar pengguna, ini
termasuk pengasingan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke
bumi.Mengikut peraturan IEE susunan alat-alat kawalan dan perlindungan mengikut
turutan adalah seperti jadual 4.1.

Rajah 4.1 Turutan Litar Kawalan

4.3. Litar Kecil Akhir

Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga
elektrik terus kepada peralatan elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar
akhir ialah untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, memastikan
bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi
tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar
lain serta untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu
merebak ke litar yang lain.

3
4.3.1. Peraturan IEE (Keperluan Umum)

Peraturan IEE untuk keperluan umum adalah seperti berikut:

(i) Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih dari satu litar kecil akhir,
setiap litar kecil akhir mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar
yang berasingan dalam peti fius agihan.

(ii) Pendawaian bagi setiap litar kecil mestilah diasingkan (secara elektrik) dari
litar kecil akhir yang lain, Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir
neutral hendaklah disambung di dalam peti fius agihan sama seperti pengalir
hidup.

4.4. Litar Pencahayaan

Pendawaian litar pencahayaan biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu


filamen atau lampu discas. Beban lain juga disambungkan dari litar lampu seperti
kipas siling dengan syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan.
Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan dari papan fius agihan akan berakhir
di terminal siling ros atau pemegang lampu. Pendawaian litar pengcahayaan
menggunakan MCB (Miniature Circuit Breaker) 6 ampere.Bagi penggunaan 1 unit
MCB 6 ampere jumlah unit peralatan elektrik ialah sepuluh unit.

Peraturan IEE bagi litar pencahayaan

Peraturan IEE bagi litar pencahayaan adlah seperti berikut:

(i) Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah permintaan arus mestilah sesuai
dengan alat perlindungan litar.

(ii) Setiap litar akhir lampu mestilah dilindungi dengan alat perlindungan yang
arus nominalnya 5A dan bilangan maksimum beban yang boleh disambung
ialah 10unit.

(iii) Setiap unit yang disambung permintaan arusnya dinilaikan 100W per
pemegang lampu.

4
(iv) Bagi menentukan litar akhir lampu dicas jumlah permintaan arus mestilah
didarabkan dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar.

(v) Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran
alat perlindungan

(vi) Pengiraan berapa unit lampu yang boleh dipasang bagi setiap 1 unit
Miniature Circuit Breaker (MCB) 6ampere

Secara amnya setiap satu beban lampu memerlukan 100watt, maka arus bagi
sebuah lampu ialah

I=P/V, 100W/240V=0.4A

Maka setiap lampu hanya memerlukan arus 0.4A sahaja, Miniature Circuit Breaker
yang dihadkan bagi litar pencahayaan adalah 6A maka jumlah unit lampu yang
boleh dipasang bagi MCB 6A adalah

Jumlah lampu = Nilai MCB/ Nilai arus digunakan sebuah lampu.


6A/0.4A=15 buah lampu.

Namun peraturan IEE hanya membenarkan 10 buah lampu sahaja kerana bagi
mengelak sebarang masalah seperti lebihan beban dan sebagainya.

Pendawaian litar pencahayaan

Terdapat pelbagai kaedah dalam melakukan kerja pendawai litar pencahayaan


diantaranya adalah seperti berikut:

4.4.1. Sistem ‘Looping In’.

Sistem ini adalah panggilan yang digunakan dalam melakukan kerja pendawaian.
‘Looping in’ boleh dimaksudkan dengan sumber yang sama digunakan semula
kepada poin yang lain. Sistem “looping in” adalah seperti Rajah 4.2.

5
Rajah 4.2 Sistem 'Looping In'

Kabel life pada Lampu 2 yang ditunjukkan melalui anak panah di ‘looping in’ ke
Lampu 1 (sumber yang sama digunakan semula kepada poin yang lain).

4.4.2. Pensuisan 1 Hala

Litar ini biasa digunakan untuk mengawal lampu di bilik kecil yang hanya memadai
dengan sebuah lampu untuk menerangi bilik seperti bilik mandi, bilik tidur dan
sebagainya. Pensuisan 1 hala adalah seperti Rajah 4.3.

Rajah 4.3 Pensuisan 1 Hala

6
Kendalian

Suis 1 Mengawal lampu 1 serta merta. Apabila suis dihidupkan iaitu terminal 1W
menyentuh terminal C maka lampu satu akan menyala.

4.4.3. Pensuisan 2 Hala

Litar ini biasanya digunakan untuk mengawal beberapa buah lampu secara serentak
iaitu di bilik-bilik yang besar seperti dewan, ruang tamu, bilik darjah dan sebagainya.
Satu suis lampu sudah memadai untuk mengawal beberapa buah lampu.
Pensuisan 2 hala boleh dilihat pada Rajah 4.4.

Rajah 4.4 Pensuisan 2 Hala

Kendalian

Suis 1 dan suis 2 ialah suis dua kutub untuk mengawal Lampu 1 dan Lampu 2
secara serentak. Kendalian suis 2 hala adalah seperti jadual 4.1.

7
Jadual 4.1 : Kendalian Suis 2 Hala

Kendalian Kedudukan Suis Hasil

Suis 1 Suis 2 Lampu 1 dan

Lampu 2

1 1W 1W Menyala

2 2W 2W Menyala

3 1W 2W Tidak Menyala

4 2W 1W Tidak Menyala

4.4.4. Suis Perantaraan

Litar ini biasanya digunakan untuk mengawal lampu dari dua tempat yang
berasingan seperti di kaki lima bangunan, di tangga dan sebagainya. Suis
perantaraan adalah seperti Rajah 4.5.

Rajah 4.5 Suis Perantaraan

Kendalian
Suis 1 dan suis 3 adala suis dua hala manakala suis 2 adalah suis perantaraan.
Ketiga-tiga suis ini boleh mengawal Lampu 1, Lampu 2 dan Lampu 3 secara
serentak sama ada menghidupkan atau mematikan lampu. Kendalian suis
perantaraan adalah seperti jadual 4.2.

8
Jadual 4.2 : Kendalian Suis Perantaraan

Kendalian Kedudukan Suis Hasil Lampu 1,2


dan 3
Suis 1 Suis 2 Suis 3

1 1W 1W-4W 1W Menyala

3W-2W

2 2W 1W-4W 1W Tidak Menyala

3W-2W

3 2W 1W-2W 1W Tidak Menyala

3W-4W

4 2W 1W-2W 2W Menyala

3W-4W

5 1W 1W-2W 2W Tidak Menyala

3W-4W

6 1W 1W-4W 2W Menyala

3W-2W

7 2W 1W-4W 2W Menyala

3W-2W

8 2W 1W-2W 2W Tidak Menyala

3W-4W

9 2W 1W-2W 1W Menyala

3W-4W
10 2W 1W-2W 2W Tidak Menyala

3W-4W

4.4.5. Pemalap Lampu

Litar ini sama dengan litar pendawaian suis mengawal satu hala, namun terdapat
pelaras iaitu pemalap lampu yang bertujuan lampu boleh dilaras kecerahannya.
Pendawaian pemalap lampu adalah seperti Rajah 4.6.

9
Rajah 4.6: Pendawaian Pemalap Lampu

4.4.6. Kipas Siling

Perhatikan kabel hidup yang masuk dimana ia perlu melalui suis terlebih dahulu
sebelum memasuki pelaras laju. Kabel hidup tersebut akan melalui pula suis
pelaras yang akan menghubungkan kepada kelajuan. Kemudian barulah litar keluar
ke kipas. Kabel bumi jangan sesekali tidak dipasang pada kipas kerana kipas
gelungan yang tebal ini mungkin akan melebihi tahap kepanasan sekirannya
capasitor lemah. Sekiranya berlaku kebakaran gegelung, maka wayar bumi inilah
yang bertindak memutuskan bekalan. Pendawaian kipas siling adalah seperti Rajah
4.7

Rajah 4.7: Pendawaian Kipas Siling

10
4.5. Litar Akhir Kuasa

Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga
elektrik terus kepada Soket Alur Keluar. Terdapat pelbagai kaedah dalam
melakukan kerja pendawai litar pencahayaan diantaranya adalah seperti berikut:

4.5.1. Litar Jejari

Litar jejari adalah litar kuasa yang keluar melalui satu atau lebih soket alur keluar 13
A.Kabel hidup, neutral dan bumi yang keluar dari kotak agihan akan memalui soket
alur keluar dan tamat pada soket alur keluar yang akhir. Peraturan IEE ke 16
menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung kepada keluasan lantai bilik saiz
pengalir dan kadaran perlindungan. Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan
sama ada fius atau MCB. Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut
PVC dan saiz kabel mestilah tidak kurang daripada 2.5 mm. Sistem litar jejari dan
system litar gelang adalah seperti Rajah 4.8.

Rajah 4.8: Sistem litar jejari dan litar gelang

11
Rajah 4.9: Pendawaian Litar Jejari

Kadaran arus kabel ditentukan oleh


kadaran arus perlindungan (iaitu 30
A atau 32 A – Fius atau MCB ) .
Kabel jenis tembaga tidak kurang
daari 4 mm boleh digunakan dan
luas maksimum lantai untuk
pemasangan jenis ini ialah 50 meter
persegi.

Rajah 4.10: Litar Jejari A2

Kadaran arus kabel ditentukan oleh


kadaran arus perlindungan iaitu 20
A atau 32 A. Kabel jenis tembaga
tidak kurang daripada 2.5 mm
boleh digunakan dan luas
maksimum lantai untuk
pemasangan jenis ini ialah 20
meter persegi.

Rajah 4.11: Litar Jejari A3

12
4.5.2. Litar Gelang

Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung
pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan
bersaiz 100m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini,
tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug
adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m². Biasanya litar gelang
digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang
berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC
dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.

Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang pada
kawasan yang tidak melebihi 100 meter persegi. Jumlah bilangan soket yang
boleh di pasang pada satu Litar Gelang tidak terhad. Walau bagaimanapun jumlah
arus yang digunakan mestilah tidak melebihi kadaran arus
fius yang mengawal litar berkenaan. Jumlah taji atau sulur bagi satu Litar Gelang
tidak melebihi bilangan soket. Kadaran alat perlindungan arus lebih
ialah 30 Amp. / 32 Amp. Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada
2.5mm. Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari
punca bekalan ( litar akhir ) ke beberapa poin soket alir keluar dan balik semula ke
punca bekalan.

Rajah 4.12: Soket Alur Keluar - Disambung secara litar


gelang

13
Peraturan IEE Bagi Litar Jejari Dan Litar Gelang

Antara peraturan IEE bagi litar jejari dan litar gelang adalah seperti berikut:

(i) Bagi menentukan jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir
kabel yang digunakan ia hendaklah mematuhi Jadual 4.3 atau jadual 4.4
(ii) Bilangan soket alur keluar yang hendak disambung adalah tidak terhad
tetapi dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus lebihan
dan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.
(iii) Kelonggaran kepelbagaian tidak boleh digunakan bagi menentukan litar
akhir soket alur keluar BS 3036.
(iv) Bagi sistem punca bekalan kuasa jenis TT (Punca bumi yang tidak
disediakan oleh pihak pembekal), kesemua soket alur mestilah dilindungi
oleh alat arus residual dengan arus kendaliannya tidak melebihi 30 mA.

Jadual 4.3: Permintaan Arus Mengikut Kelengkapan Titik Pengguna

BIL KELENGKAPAN TITIK PERMINTAAN ARUS


PENGGUNA
1. Litar akhir soket alur keluar selain Mengikut kadar arusnya
soket alur keluar 2A
2. Litar akhir soket alur keluar 2A (BS Sekurang-kurangnya 0.5 A
546)
3. Litar akhir lampu Sama dengan arus beban dengan kadar
minimum 100 W bagi setiap pemegang
lampu
4. Litar akhir jam, pencukur, soket Diabaikan (dianggap tiada kerana terlalu
alur keluar, pengubah loceng dan rendah)
kelengkapan yang menggunakan
kuasa tidak melebihi daripada 5W
5. Perkakas memasak elektrik di 10 A pertama + 30 % baki arus + 5 A jika
rumah terdapat soket alur keluar di unit
kawalannya.
6. Kelengkapan pengguna yang lain Arus biasa atau kadaran arus mengikut
piawaian British.

14
Jadual 4.4: Saiz Minimum Pengalir

JENIS PELINDUNG SAIZ MINIMUM PENGALIR


LITAR ARUS LEBIH Kabel Kabel Kabel Luas
pengalir pengalir pengalir maksimu
kuprum aluminium kuprum m lantai
bertebat berlapis bertebat yang
PVK kuprum bahan boleh
atau bertebat galian dibekalkan
getah PVK (mm2) (mm2) (mm2)
(mm2)
Kadaran dan
A1 jenis (A) 2.5 4 1.5 100
Gelang 30 / Sebarang
32 jenis
30 / Fius katrij
A2 32 atau 4 6 2.5 50
Jejari pemutus
litar
20
A3 Sebarang 2.5 4 1.5 20
Jejari jenis

4.5.3. Taji / Sulur

Lampu akhir sulur merupakan soket alur keluar yang dipasang keluar dari litar
gelang atau jejari untuk sambungan tambahan ke soket alur keluar atau peralatan
tetap. Taji ini boeh disambung dari litar gelang atau jejari pada tiga tempat iaitu
pada papan agihan, soket alur keluar dan pada kotak sambungan. Taji merupakan
pendawaian tetap yang terakhir bagi litar gelang atau jejari . terdapat dua jenis taji
iaitu taji tidak berfius dan taji berfius

15
Taji Tidak Berfius
Bilangan taji tidak berfius yang boleh disambung ke dalam sesuatu litar gelang atau
jejari mestilah tidak melebihi bilangan soket alur keluar 13 A atau kelengkapan tetap
yang dipasangkan pada litar gelang atau jejari itu. Setiap taji itu boleh disambung
sama ada dengan satu soket alur keluar atau satu soket alur keluar kembar atau
satu peralatan tetap (kekal) sahaja. Saiz kabel bagi menyuap taji tidak berfius ini
mestilah sama dengan saiz kabel litar akhir itu. Rajah 4.13 adalah contoh taji tidak
berfius.

(i) Sulur tidak berfius mestilah disambung pada:


(a) Punca soket alur keluar
(b) Peti sambungan
(c) Papan agihan

(ii) Kapasiti membawa arus kabel sulur mestilah lebih atau sama dengan
pengalir litar gelang.

(iii) Bilangan yang boleh disambung adalah seperti berikut:


(a) 1 soket alur keluar
(b) 1 soket alur keluar kembar
(c) 1 alat pegun

Rajah 4.13: Taji tidak berfius

16
Taji Berfius

Taji ini disambung ke litar gelang melalui kotak atau unit sambungan fius. Kadaran
fius taji ini mestilah tiak melebihi 13 A. Bilangan taji yang boleh disambung tidak
dihadkan, tetapi pada praktiknya tidak melebihi bilangan soket alur keluar atau
peralatan kekal yang disambungkan dalam litar akhir gelang, ketetapan ini sama
seperti taji tak berfius. Saiz kabel PVK ialah 1.5 mm dengan pengalir kuprum, atau
1.0 mm jika menggunakan kabel berpenebat bahan galian dengan pengalir kuprum.
Rajah 4.14 adalah contoh bagi taji berfius.

Antara ciri-ciri taji berfius adalah seperti berikut:

(i) Jumlah bilangan sulur berfius tidak terhad


(ii) Suhu berfius mestilah disambung pada peti berfius
(iii) Kadar arus nominal fius tidak boleh melebihi kapasiti membawa arus kabel
sulur dan jika ada persamaan ia mestilah tidak melebihi 13A
(iv) Saiz minimum bagi pengalir kabel sulur berfius adalah seperti berikut:
(a) 1.5mm² - Kabel penebat PVK pengalir kuprum
(b) 2.5mm² - Kabel penebat PVK pelapik kuprum pengalir aluminium
(c) 1.0mm² - Kabel penebat mineral pengalir kuprum

Rajah 4.14: Taji berfius

17
4.5.4. Litar Akhir Kuasa Peralatan

Litar yang mengambil bekalan terus dari sumber bekalan. Menggunakan peralatan
kawalan tertentu bagi mengawal bekalan seperti pemula, unit kawalan pemasak dan
suis dwi kutub. Menggunakan saiz kabel tidak kurang dari 4mm. Litar yang
disambungkan pada peralatan elektrik tertentu seperti pemanas air, pemasak dan
unit penyaman udara dipanggil litar akhir kuasa peralatan. Alat kawalan tertentu
digunakan untuk mengawal bekalan kuasa elektrik pada litar ini. Contohnya, pemula
digunakan untuk unit pendingin udara, suis pemanas air untuk alat
pemanas air dan unit pemasak untuk pemasak elektrik. Nilai kadaran arusnya ialah
20 A ke atas. Jenis litar akhir yang disambung terus daripada kotak agihan adalah
seperti Rajah 4.15.

Rajah 4.15: Litar akhir yang disambung terus daripada


Kotak Agihan

4.5.5. Pemasak dan Pemanas Air

Dalam peraturan IEE Edisi ke -15 pada peraturan 540-20 hingga 554-30 dinyatakan
dengan jelas cara litar akhir dipasang. Secara amnya litar akhir masih diikuti,
sebagai contoh dalam peraturan ada menyatakan bahawa pemanas peredaman
melebihi 15 liter atau peralatan pemanas yang besar. Pemanas ini hendaklah
mempunyai litar akhir sendiri (tidak berkongsi dengan litar lain).

18
Bagi litar akhir pemasak dan pemanas air perlu mematuhi peraturan-peraturan
berikut:

(i) C.39 – Pemutus litar yang dikawal dari jauh iaitu dari pemanas/dandang
hendaklah mempunyai lampu penunjuk yg dipasang berdekatan pemanas.
(ii) C.40 – Pembumian pemanas/dandang hendaklah mengikut peraturan IEE
rangka pemanas diikat ke penyalut kabel.
(iii) C.41 – Pemasangan perlu mempunyai pelindung arus bocor ke bumi yang
beroperasi 10% daripada arus pemanas.
(iv) C.44 – setiap pemanas air 1 fasa perlu mempunyai elemen pemanas tidak
bertebat diantara elemen dan air dan hendaklah mematuhi peraturan
C.45,C.50.
(v) C.50 – Alat pemanas dipasang tetap ke bekalan melalui suis dua kutub
berangkai yang terpisah dengan alat pemanas.

Rajah 4.16: Pemanas Air 1 - Fasa Atau Dandang 1 Fasa

19
Rajah 4.17: Alat Pemanas 3-Fasa atau dandang 3-fasa

4.6. Litar Akhir Khas

Litar yang dipasang secara berasingan dari litar akhir lampu dan kuasa disebabkan
oleh penggunaan arus yang rendah dan tidak termasuk dalam jadual peraturan
faktor kepelbagaian. Jenis-jenis litar yang memerlukan pengasingan adalah seperti
berikut :

4.6.1. Loceng dan Penggera

Litar loceng dan penggera biasanya menggunakan nilai voltan lampau rendah.
Pengubah langkah turun digunakan untuk menurunkan voltan bekalan 240 V ke
voltan sekunder 12 V.

20
Rajah 4.18: Litar Loceng dan penggera elektrik

4.6.2. Pencukur

Satu litar yang dipasang di dalam bilik air. Litar akhir kuasa bagi pencukur mesti
menggunakan unit dwi voltan. Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan kadaran
alat perlindungannya ialah 6 A.

4.6.3. Lampu Kecemasan

Menurut Peraturan IEE 537-12. Sambungan suis kecemasan mestilah berupaya


memutuskan arus beban penuh pada keseluruhan peasangan. Lampu kecemasan
diperlukan apabila berlaku kegagalan pada bekalan utama. Jenis litar akhir khas ini
selalu dipasang di tempat yang dapat memberikan kecerahan cahaya yang
menyeluruh untuk satu jangka masa yang terhad. Litar lampu kecemasan biasanya
tidak mempunyai suis kawalan. Bekalan biasa digunakan untok mengecas bateri
lampu secara automatik apabiladalam keadaan normal. Saiz kabel yang digunakan
ialah 1.5 mm dan dilindungi oleh pemutus litar 6 Amp. Biasanya di kategorikan
kepada jenis Senggara dan Tak senggara. Dalam sistem senggara lampu

21
kecemasan akan sentiasa dihidupkan melalui pengubah langkah turun dan jika
berlaku kegagalan bekalan ianya akan terus menyala melalui bekalan bateri. Dalam
sistem tak senggara pula lampu kecemasan akan hanya menyala apabila berlaku
kegagalan bekalan utama.

4.6.4. Kipas Ekzos

Litar kipas ekzos termasuk dalam litar lampu. Biasanya litar kipas ini dipasang di
dalam bilik air, dapur dan bilik yang tidak mempunyai peredaran udara yang baik.

4.7. Faktor Kepelbagaian

Faktor kepelbagaian ialah satu pengiraan anggaran pengurangan kadaran arus bagi
kabel dan alat-alat dari kadaran arus yang sebenar, pengurangan ini disebabkan
anggapan bahawa tidak semua beban digunakan serentak. Oleh sebab itu kadaran
arus alat-alat atau kabel tidak semestinya mengikut kadaran arus keseluruhan
beban disesuatu pemasangan itu.

Penggunaannya

Walaupun kadaran arus bagi kabel dan alat-alat boleh dikurangkan daripada
kadaran yang sepatutnya, tetapi kadaran arus ini tidaklah menyeluruh pada semua
alat dan tempat. Faktor kepelbagaian tidak boleh digunakan untuk mengira saiz
pengalir litar akhir dan suis peralatannya, kecuali untuk litar akhir alat pemasak.
Faktor kepelbagaian boleh juga digunakan untuk mengira saiz pengalir dan suiz
peralatan litar kecuali untuk litar akhir.

Mengira Faktor Kepelbagaian

Bagi memudahkan pengiraan, formula amnya dapat dinyatakan seperti berikut :

Faktor Kepelbagaian = Jumlah Beban yang digunakan serentak / jumlah beban


yang digunakan.

22
Faktor ini boleh juga ditentukan oleh perancang elektrik dan pihak tertentu yang
berkelayakan. Pihak IEEE telah mengadakan satu contoh jadual khas tentang
anggaran kepelbagaian bagi setiap jenis beban dan tempat pemasangan, iaitu
seperti dirumah kediaman biasa, rumah pangsa dan sebagainya (Rujuk Jadual 4.5).
Di Negara ini faktor kepelbagaian dikira mengikut keadaan, tempat dan beban
disamping kehendak pembekal tenaga elektrik.

Mengira Faktor Kepelbagaian Berdasarkan Peraturan IEE

Pihak IEE telah menyediakan satu jadual panduan untuk mengira keperluan
(permintaan ) arus di pemasangan yang kecil. Jadual ini dikenali sebagai jadual
Faktor Kepelbagaian. Ada dua cara untuk mengira faktor kepelbagaian iaitu :

Cara I
Menghitung permintaan arus setiap beban dan menggunakan faktor
kepelbagaiannya berdasarkan Jadual 4.5. Jumlah kesemua permintaan arus bagi
setiap beban yang telah dikira kepelbagaiannya, dijadikan dasar permintaan arus di
pemasangan itu, dan seterusnya digunakan sebagai panduan untuk menetapkan
kadaran arus kabel dan alat-alat kawalan. Di sini, pengetahuan dan pengalaman
perancang memainkan peranan penting untuk menentukan litar yang mana yang
tidak digunakan serentak.

Cara II
Cara kedua lebih rumit, kerana kita memerlukan pengalaman dan pengetahuan
yang mendalam tentang pemasangan yang hendak dikira itu. Secara kasar cara ini
masih mengambil kira keperluan arus setiap litar dan mengurangkannya dengan
menggunakan Jadual Faktor Kepelbagaian serta tambahan faktor kepelbagaian
pada litar-litar yang difikirkan tidak digunakan secara serentak. Oleh sebab itu
perancang mestilah betul-betul memahami penggunaan litar yang dihitung agar
tidak tersalah anggap dan boleh membawa kemudaratan pada pemasangan dan
pengguna. Bagi perancang yang kurang pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
tentang sesebuah litar lebih baiklah tidak menggunakan cara ini.

23
Jadual 4.5: Faktor kepelbagaian bagi beberapa jenis pemasangan

Penggunaan JENIS PEMILIK BANGUNAN


kepelbagaian bagi litar Pemasangan rumah Kedai kecil, stor, Hotel kecil, pertemuan,
akhir yang disuapkan persendirian termasuk pejabat dan bangunan rumah tamu dan
dari pengalir atau blok penginapan perniagaan sebagainya.
peralatan suis persendirian. persendirian.
1. Lampu 66% daripada jumlah 90% daripada jumlah 75% daripada jumlah
permintaan arus permintaan arus permintaan arus
2. Bekalan kuasa dan 100% daripada jumlah 100% beban penuh 100% beban penuh
pemanas permintaan arus yang perkakas yang terbesar perkakas yang terbesar
melebihi 10 Amp. tambah 75% beban tambah tambah 80%
Tambah 50% daripada penuh perkakas baki. beban penuh perkakas
permintaan arus yang yang kedua terbesar
melebihi 100 Amp. tambah 60% beban
penuh perkakas baki.
3. perkakas memasak 10 Amp yang pertama 100% beban penuh perkakas yang terbesar
tambah 30 % beban tambah 20% beban penuh perkakas yang kedua
penuh perkakas terbesar tambah 60% beban penuh perkakas
memasak yang baki.
melebihi 10 Amp jika
unit itu menyediakan
soket alur keluar.
4. Motor (selain 100% beban penuh 100% beban penuh
daripada motor motor yang terbesar motor yang terbesar
pengangkut yang tambah 80% beban tambah 50% beban
memerlukan penuh motor kedua penuh motor baki.
pemerhatian khusus) terbesar tambah 60%
beban penuh motor
baki.
5. pemanas air (jenis 100% beban penuh 100% beban penuh 100% beban penuh
ketika) perkakas yang terbesar perkakas yang terbesar perkakas yang terbesar
tambah 100% beban tambah 100% beban tambah 100% beban
penuh perkakas penuh perkakas kedua penuh perkakas kedua
tambah 25% beban terbesar tambah 25% terbesar tambah 25%
penuh baki. beban penuh baki. beban penuh baki.

24
4.8. Susut Voltan

Kejatuhan voltan menerangkan bagaimana tenaga yang dibekalkan daripada


sumber voltan dikurangkan sebagai langkah arus elektrik melalui unsur-unsur pasif
(unsur-unsur yang tidak membekalkan voltan) sesuatu litar elektrik. Susut Voltan di
seluruh punca rintangan, seluruh konduktor, seluruh penyentuh, dan di seluruh
penyambung adalah yang tidak diingini, tenaga dibekalkan hilang (hilang). Susut
voltan merentasi beban dan lain-lain di seluruh unsur litar aktif yang dikehendaki;
tenaga yang dibekalkan melakukan kerja yang berguna. Ingat bahawa voltan
mewakili tenaga setiap pertuduhan unit. Sebagai contoh, pemanas ruang elektrik
mungkin mempunyai rintangan sepuluh ohm, dan wayar yang membekalkan ia
mungkin mempunyai rintangan 0.2 ohm , kira-kira 2% daripada rintangan litar
keseluruhan. Ini bermakna bahawa kira-kira 2% daripada voltan yang dibekalkan
hilang dalam wayar itu sendiri. Kejatuhan voltan berlebihan boleh menyebabkan
operasi yang tidak memuaskan, dan kerosakan kepada peralatan elektrik dan
elektronik.

Kod elektrik nasional dan tempatan boleh menetapkan garis panduan bagi
kejatuhan voltan maksimum yang dibenarkan dalam pendawaian elektrik, untuk
memastikan kecekapan pengedaran dan operasi yang betul peralatan elektrik.
Kejatuhan voltan maksimum yang dibenarkan berbeza dari satu negara ke negara
lain. Dalam reka bentuk elektronik dan penghantaran kuasa, pelbagai teknik yang
digunakan untuk mengimbangi kesan kejatuhan voltan pada litar panjang atau di
mana tahap voltan mesti dikekalkan dengan tepat. Cara yang paling mudah untuk
mengurangkan kejatuhan voltan adalah untuk meningkatkan diameter pengalir
antara sumber dan beban, yang mengurangkan rintangan keseluruhan. Seterusnya
kita akan melhat jadual bagaiman untuk menetukan susutan voltan dalam kabel-
kabel tertentu. Dalam jadual 4.6 dan jadual 4.7 kita boleh lihat penilaian semasa dan
susut voltan bersarung teras tunggal kabel PVC terlindung dan susut voltan
berbilang kabel PVC terlindung.

25
Jadual 4.6: Penilaian Semasa Dan Susut Voltan Bersarung Teras Tunggal Kabel PVC Terlindung

Dalam saluran Dalam saluran


Luas keratan Dalam konduit Dalam konduit klip secara klip secara
dalam penebat dalam penebat Susut voltan Susut voltan
rentas di dinding di dinding langsung langsung
haba haba

(mm²) (A) (A) (A) (A) (A) (A) (mV/A/m) (mV/A/m)

3 or 4 3 or 4 3 or 4 3 or 4
- 2 cables 2 cables 2 cables 2 cables
cables cables cables cables

1.0 11.0 10.5 13.5 12.0 15.5 14.0 44.0 38.0

1.5 14.5 13.5 17.5 15.5 20.0 18.0 29.0 25.0

2.5 19.5 18.0 24.0 21.0 27.0 25.0 18..0 15.0

4.0 26.0 24.0 32.0 28.0 37.0 33.0 11.0 9.5

6.0 34.0 31.0 41.0 36.0 47.0 43.0 7.3 6.4

10.0 46.0 42.0 57.0 50.0 65.0 59.0 4.4 3.8

16.0 61.0 56.0 76.0 68.0 87.0 79.0 2.8 2.4

26
Jadual 4.7: Penilaian Semasa Dan Susut Voltan Bersarung Berbilang Teras Kabel PVC Terlindung

Dalam saluran Dalam saluran


Luas keratan Dalam konduit Dalam konduit klip secara klip secara
dalam dalam Susut voltan Susut voltan
rentas di dinding di dinding langsung langsung
penebat haba penebat haba

(mm²) (A) (A) (A) (A) (A) (A) (mV/A/m) (mV/A/m)

- 2 core 3 or 4 core 2 core 3 or 4 core 2 core 3 or 4 core 2 core 3 or 4 core

1.0 11.0 10.0 13.0 11.5 15.0 13.5 44.0 38.0

1.5 14.0 13.0 16.5 15.0 19.5 17.5 29.0 25.0

2.5 18.5 17.5 23.0 20.0 27.0 24.0 18.0 15.0

4.0 25.0 23.0 30.0 27.0 36.0 32.0 11.0 9.5

6.0 32.0 29.0 38.0 34.0 46.0 41.0 7.3 6.4

10.0 43.0 39.0 52.0 46.0 63.0 57.0 4.4 3.8

16.0 57.0 52.0 69.0 62.0 85.0 76.0 2.8 2.4

27
Contoh untuk mencari susut voltan

Hitung susut voltan bagi suatu pemasangan yang dibekalkan dengan 240 V dan saiz
kabel yang digunakan adalah 16 mm2 jenis teras tunggal bersalut pvc satu teras digunakan
dalam koduit yang panjangnya adalah 23 m dan arus yang melalui pada beban adalah 33 A.

Penyelesaian:

Cari nilai susut voltan dengan menggunakan saiz kabel dari Jadual 4.6
Saiz kabel = 16 mm2
Daripada Jadual 4.6

∴ Susut voltan = 2.8 mV/A/m

Vd = Mv x Ib x L
1000
Vd = 2.8 x 33 x 23
1000
= 2.125 volt

Susut voltan pada kabel ini adalah 2.125 Volt apabila menggunakan kabel 16 mm2 .Oleh itu,
susut voltan ini tidak melebihi 9.6 Volt seperti yang ditetapkan. Maka saiz yang paling
sesuai ialah 16 mm2.
.

4.9. Pengalir Pelindung

Pengalir perlindungan yang dulunya dikenali sebagai pengalir keterusan bumi. Ia adalah
suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir (logam) dalam pemasangan
ke terminal utama pembumian. Ini termasuklah pengalir pembumian dan pengalir ikatan.
Terdapat dua cara untuk menentukan saiz luas keratan rentas pengalir perlindungan litar
dalam sesuatu pemasangan pengguna.

28
Cara I
Dengan menggunakan Jadual 4.8 di bawah ini.

Jadual 4.8: Menentukan Saiz Luas Keratan Rentas Pengalir Perlindungan

Cara II
Dengan membuat perkiraan bagi menentukan luas keratan rentas pengalir perlindungan
litar.
Formula:
Luas keratan rentas, mm2 =
*j2 ditukarkan kepada (garis pusat/ 2)2 kerana garis pusat adalah separuh
daripada jejari.

Luas keratin rentas (area) =

Contoh

Sekiranya saiz kabel diberi 7/ 1.04mm dan tukarkan saiz tersebut dalam bentuk luas
keratan rentas.

Luas keratan rentas (area) =

= 3.142 x (1.04/2 )2 x 7
= 3.142 x (1.08/4 ) x 7
= 5.94 mm2 @ 6mm2

29
Bahan-bahan logam yang digunakan sebagai sistem pendawaian seperti paip, kotak sesalur
atau salur, boleh dijadikan sebagai pengalir perlindungan tetapi mestilah mematuhi
peraturan IEE yang berikut:

(i) Sekiranya luas keratan rentas pengalir kurang daripada 6 mm2, ia mestilah bertebat
serta kuat dan kukuh.
(ii) Bagi pengalir perlindungan yang tidak bertebat, ia mestilah dilindungi daripada tindak
balas kimia.
(iii) Setiap sambungan pengalir perlindungan mestilah dibuat supaya mematuhi
kekuatan mekanikal dan elektrikal.

Konduit logam boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir perlindungan. Pengalir
perlindungan berasingan perlu diadakan. Rintangan pengalir perlindungan adalah seperti
berikut:

(i) Bagi pengalir jenis kumprum dan aluminium, mestilah tidak melebihi 1 ohm.
(ii) Bagi pengalir jenis seperti paip kondit, kotak sesalur atau sulur mestilah tidak
melebihi 0.5 ohm.

Perkara-perkara yang menyebabkan rintangan tinggi

Perkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir perlindungan menjadi tinggi adalah


seperti berikut:

(i) Punca “earth lug” karat


(ii) Sambungan dawai longgar.
(iii) Lapisan cat pada alat-alat elektrik.
(iv) Sambungan kabel bumi pada palam dan soket keluaran longgar.
(v) Sambungan di antara konduit dan kotak terminal longgar.

30
4.10. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dalam topik ini kita dapat mengetahui bahawa litar akhir ialah litar
yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan
elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah untuk mengelakkan bahaya
apabila berlaku kerosakan, memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan
boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki
tanpa mengganggu litar lain serta untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada
sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain. Didalam peraturan IEE setiap litar kecil akhir
mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar yang berasingan dalam peti fius agihan
dan setiap litar kecil mestilah diasingkan (secara elektrik) dari litar kecil akhir yang lain, Bagi
memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutral hendaklah disambung di dalam peti fius
agihan sama seperti pengalir hidup (life).

Didalam tugasan ini dilampirkan persembahan elektronik (Power Point) untuk


kegunaan bersama supaya dapat melihat dengan lebih jelas lagi tentang isi kandungan
yang terdapat dalam laporan ini. Persembahan Elektronik tersebut boleh dirujuk pada
LAMPIRAN B1 hingga LAMPIRAN B9.

31

You might also like