Professional Documents
Culture Documents
Bab 4 Litarakhir
LITAR AKHIR
4.1. Pengenalan
(i) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya dibumikan, suis kutub
tunggal digunakan
1
(ii) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya tidak dibumikan, suis kutub
berhubung digunakan
(iii) Bagi litar tiga fasa empat dawai, suis empat kutub berhubung atau suis tiga
kutub berhubung digunakan.
Arus lebih boleh diertikan dalam dua makna, iaitu arus beban lebih dan arus litar
pintas.Tujuan perlindungan arus lebih ini ialah untuk melindungi pertambahan suhu
dikabel yang boleh mengakibatkan kerosakkan pada penebat kabel. Arus beban
lebih bermaksud pertambahan arus litar yang disebabkan oleh pertambahan beban
sama ada beban mekanik kepada motor atau beban elektrik dimana semua
pertambahan beban ini memerlukan arus lebih untuk membolehkan ia bekerja.
Pertambahan arus ini menyebabkan alatan mesin atau perkakasan itu rosak kerana
menerima arus lebih dari hadnya selain mengakibatkan kebakaran.
(i) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana neutralnya dibumikan, fius kutub
tunggal atau pemutus litar digunakan
(ii) Bagi litar satu fasa dua dawai dimana kedua-duanya kutub tidak dibumikan,
fius dua kutub atau pemutus digunakan
(iii) Bagi litar tiga fasa empat dawai, fius tiga kutub atau pemutus litar digunakan.
Arus dalam litar biasanya mengalir dalam kabel fasa neutral dan bahagian peralatan
yang ditugaskan membawa arus.Apabila arus mengalir ke bahagian logam terdedah
peralatan elektrik yang tidak ditugaskan membawa arus, arus itu dikatakan telah
bocor daripada aliran biasanya.Oleh itu, alat-alat elektrik dan pemasangannya
mestilah dilindungi daripada bahaya ini dengan menyambungkan bahagian logam
itu ke bumi bagi mengelakkan bahaya arus yang bocor itu. Arus ini akan dialirkan
dengan selamat ke bumi tanpa melalui orang yang menyentuhnya kerana bumi
dianggapkan berkeupayaan sifar berbanding dengan badan manusia atau haiwan
yang mempunyai rintangan. Cara pembumian terus ini kadangkala tidak berkesan
2
kerana rintangan bumi yang rendah tidak mudah diperolehi terutamanya kawasan
tinggi. Arus bocor tidak mengalir sepenuhnya ke bumi.
(i) Bagi melindungi dari berlaku arus bocor ke bumi, pemutus litar bocor bumi
digunakan
(ii) Dua jenis kendalian pemutus litar yang biasa digunakan ialah kendalian arus
dan kendalian voltan.
Turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar pengguna, ini
termasuk pengasingan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke
bumi.Mengikut peraturan IEE susunan alat-alat kawalan dan perlindungan mengikut
turutan adalah seperti jadual 4.1.
Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga
elektrik terus kepada peralatan elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar
akhir ialah untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, memastikan
bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi
tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar
lain serta untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu
merebak ke litar yang lain.
3
4.3.1. Peraturan IEE (Keperluan Umum)
(i) Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih dari satu litar kecil akhir,
setiap litar kecil akhir mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar
yang berasingan dalam peti fius agihan.
(ii) Pendawaian bagi setiap litar kecil mestilah diasingkan (secara elektrik) dari
litar kecil akhir yang lain, Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir
neutral hendaklah disambung di dalam peti fius agihan sama seperti pengalir
hidup.
(i) Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah permintaan arus mestilah sesuai
dengan alat perlindungan litar.
(ii) Setiap litar akhir lampu mestilah dilindungi dengan alat perlindungan yang
arus nominalnya 5A dan bilangan maksimum beban yang boleh disambung
ialah 10unit.
(iii) Setiap unit yang disambung permintaan arusnya dinilaikan 100W per
pemegang lampu.
4
(iv) Bagi menentukan litar akhir lampu dicas jumlah permintaan arus mestilah
didarabkan dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar.
(v) Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran
alat perlindungan
(vi) Pengiraan berapa unit lampu yang boleh dipasang bagi setiap 1 unit
Miniature Circuit Breaker (MCB) 6ampere
Secara amnya setiap satu beban lampu memerlukan 100watt, maka arus bagi
sebuah lampu ialah
I=P/V, 100W/240V=0.4A
Maka setiap lampu hanya memerlukan arus 0.4A sahaja, Miniature Circuit Breaker
yang dihadkan bagi litar pencahayaan adalah 6A maka jumlah unit lampu yang
boleh dipasang bagi MCB 6A adalah
Namun peraturan IEE hanya membenarkan 10 buah lampu sahaja kerana bagi
mengelak sebarang masalah seperti lebihan beban dan sebagainya.
Sistem ini adalah panggilan yang digunakan dalam melakukan kerja pendawaian.
‘Looping in’ boleh dimaksudkan dengan sumber yang sama digunakan semula
kepada poin yang lain. Sistem “looping in” adalah seperti Rajah 4.2.
5
Rajah 4.2 Sistem 'Looping In'
Kabel life pada Lampu 2 yang ditunjukkan melalui anak panah di ‘looping in’ ke
Lampu 1 (sumber yang sama digunakan semula kepada poin yang lain).
Litar ini biasa digunakan untuk mengawal lampu di bilik kecil yang hanya memadai
dengan sebuah lampu untuk menerangi bilik seperti bilik mandi, bilik tidur dan
sebagainya. Pensuisan 1 hala adalah seperti Rajah 4.3.
6
Kendalian
Suis 1 Mengawal lampu 1 serta merta. Apabila suis dihidupkan iaitu terminal 1W
menyentuh terminal C maka lampu satu akan menyala.
Litar ini biasanya digunakan untuk mengawal beberapa buah lampu secara serentak
iaitu di bilik-bilik yang besar seperti dewan, ruang tamu, bilik darjah dan sebagainya.
Satu suis lampu sudah memadai untuk mengawal beberapa buah lampu.
Pensuisan 2 hala boleh dilihat pada Rajah 4.4.
Kendalian
Suis 1 dan suis 2 ialah suis dua kutub untuk mengawal Lampu 1 dan Lampu 2
secara serentak. Kendalian suis 2 hala adalah seperti jadual 4.1.
7
Jadual 4.1 : Kendalian Suis 2 Hala
Lampu 2
1 1W 1W Menyala
2 2W 2W Menyala
3 1W 2W Tidak Menyala
4 2W 1W Tidak Menyala
Litar ini biasanya digunakan untuk mengawal lampu dari dua tempat yang
berasingan seperti di kaki lima bangunan, di tangga dan sebagainya. Suis
perantaraan adalah seperti Rajah 4.5.
Kendalian
Suis 1 dan suis 3 adala suis dua hala manakala suis 2 adalah suis perantaraan.
Ketiga-tiga suis ini boleh mengawal Lampu 1, Lampu 2 dan Lampu 3 secara
serentak sama ada menghidupkan atau mematikan lampu. Kendalian suis
perantaraan adalah seperti jadual 4.2.
8
Jadual 4.2 : Kendalian Suis Perantaraan
1 1W 1W-4W 1W Menyala
3W-2W
3W-2W
3W-4W
4 2W 1W-2W 2W Menyala
3W-4W
3W-4W
6 1W 1W-4W 2W Menyala
3W-2W
7 2W 1W-4W 2W Menyala
3W-2W
3W-4W
9 2W 1W-2W 1W Menyala
3W-4W
10 2W 1W-2W 2W Tidak Menyala
3W-4W
Litar ini sama dengan litar pendawaian suis mengawal satu hala, namun terdapat
pelaras iaitu pemalap lampu yang bertujuan lampu boleh dilaras kecerahannya.
Pendawaian pemalap lampu adalah seperti Rajah 4.6.
9
Rajah 4.6: Pendawaian Pemalap Lampu
Perhatikan kabel hidup yang masuk dimana ia perlu melalui suis terlebih dahulu
sebelum memasuki pelaras laju. Kabel hidup tersebut akan melalui pula suis
pelaras yang akan menghubungkan kepada kelajuan. Kemudian barulah litar keluar
ke kipas. Kabel bumi jangan sesekali tidak dipasang pada kipas kerana kipas
gelungan yang tebal ini mungkin akan melebihi tahap kepanasan sekirannya
capasitor lemah. Sekiranya berlaku kebakaran gegelung, maka wayar bumi inilah
yang bertindak memutuskan bekalan. Pendawaian kipas siling adalah seperti Rajah
4.7
10
4.5. Litar Akhir Kuasa
Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga
elektrik terus kepada Soket Alur Keluar. Terdapat pelbagai kaedah dalam
melakukan kerja pendawai litar pencahayaan diantaranya adalah seperti berikut:
Litar jejari adalah litar kuasa yang keluar melalui satu atau lebih soket alur keluar 13
A.Kabel hidup, neutral dan bumi yang keluar dari kotak agihan akan memalui soket
alur keluar dan tamat pada soket alur keluar yang akhir. Peraturan IEE ke 16
menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung kepada keluasan lantai bilik saiz
pengalir dan kadaran perlindungan. Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan
sama ada fius atau MCB. Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut
PVC dan saiz kabel mestilah tidak kurang daripada 2.5 mm. Sistem litar jejari dan
system litar gelang adalah seperti Rajah 4.8.
11
Rajah 4.9: Pendawaian Litar Jejari
12
4.5.2. Litar Gelang
Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung
pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan
bersaiz 100m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini,
tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug
adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m². Biasanya litar gelang
digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang
berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC
dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.
Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang pada
kawasan yang tidak melebihi 100 meter persegi. Jumlah bilangan soket yang
boleh di pasang pada satu Litar Gelang tidak terhad. Walau bagaimanapun jumlah
arus yang digunakan mestilah tidak melebihi kadaran arus
fius yang mengawal litar berkenaan. Jumlah taji atau sulur bagi satu Litar Gelang
tidak melebihi bilangan soket. Kadaran alat perlindungan arus lebih
ialah 30 Amp. / 32 Amp. Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada
2.5mm. Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari
punca bekalan ( litar akhir ) ke beberapa poin soket alir keluar dan balik semula ke
punca bekalan.
13
Peraturan IEE Bagi Litar Jejari Dan Litar Gelang
Antara peraturan IEE bagi litar jejari dan litar gelang adalah seperti berikut:
(i) Bagi menentukan jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir
kabel yang digunakan ia hendaklah mematuhi Jadual 4.3 atau jadual 4.4
(ii) Bilangan soket alur keluar yang hendak disambung adalah tidak terhad
tetapi dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus lebihan
dan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.
(iii) Kelonggaran kepelbagaian tidak boleh digunakan bagi menentukan litar
akhir soket alur keluar BS 3036.
(iv) Bagi sistem punca bekalan kuasa jenis TT (Punca bumi yang tidak
disediakan oleh pihak pembekal), kesemua soket alur mestilah dilindungi
oleh alat arus residual dengan arus kendaliannya tidak melebihi 30 mA.
14
Jadual 4.4: Saiz Minimum Pengalir
Lampu akhir sulur merupakan soket alur keluar yang dipasang keluar dari litar
gelang atau jejari untuk sambungan tambahan ke soket alur keluar atau peralatan
tetap. Taji ini boeh disambung dari litar gelang atau jejari pada tiga tempat iaitu
pada papan agihan, soket alur keluar dan pada kotak sambungan. Taji merupakan
pendawaian tetap yang terakhir bagi litar gelang atau jejari . terdapat dua jenis taji
iaitu taji tidak berfius dan taji berfius
15
Taji Tidak Berfius
Bilangan taji tidak berfius yang boleh disambung ke dalam sesuatu litar gelang atau
jejari mestilah tidak melebihi bilangan soket alur keluar 13 A atau kelengkapan tetap
yang dipasangkan pada litar gelang atau jejari itu. Setiap taji itu boleh disambung
sama ada dengan satu soket alur keluar atau satu soket alur keluar kembar atau
satu peralatan tetap (kekal) sahaja. Saiz kabel bagi menyuap taji tidak berfius ini
mestilah sama dengan saiz kabel litar akhir itu. Rajah 4.13 adalah contoh taji tidak
berfius.
(ii) Kapasiti membawa arus kabel sulur mestilah lebih atau sama dengan
pengalir litar gelang.
16
Taji Berfius
Taji ini disambung ke litar gelang melalui kotak atau unit sambungan fius. Kadaran
fius taji ini mestilah tiak melebihi 13 A. Bilangan taji yang boleh disambung tidak
dihadkan, tetapi pada praktiknya tidak melebihi bilangan soket alur keluar atau
peralatan kekal yang disambungkan dalam litar akhir gelang, ketetapan ini sama
seperti taji tak berfius. Saiz kabel PVK ialah 1.5 mm dengan pengalir kuprum, atau
1.0 mm jika menggunakan kabel berpenebat bahan galian dengan pengalir kuprum.
Rajah 4.14 adalah contoh bagi taji berfius.
17
4.5.4. Litar Akhir Kuasa Peralatan
Litar yang mengambil bekalan terus dari sumber bekalan. Menggunakan peralatan
kawalan tertentu bagi mengawal bekalan seperti pemula, unit kawalan pemasak dan
suis dwi kutub. Menggunakan saiz kabel tidak kurang dari 4mm. Litar yang
disambungkan pada peralatan elektrik tertentu seperti pemanas air, pemasak dan
unit penyaman udara dipanggil litar akhir kuasa peralatan. Alat kawalan tertentu
digunakan untuk mengawal bekalan kuasa elektrik pada litar ini. Contohnya, pemula
digunakan untuk unit pendingin udara, suis pemanas air untuk alat
pemanas air dan unit pemasak untuk pemasak elektrik. Nilai kadaran arusnya ialah
20 A ke atas. Jenis litar akhir yang disambung terus daripada kotak agihan adalah
seperti Rajah 4.15.
Dalam peraturan IEE Edisi ke -15 pada peraturan 540-20 hingga 554-30 dinyatakan
dengan jelas cara litar akhir dipasang. Secara amnya litar akhir masih diikuti,
sebagai contoh dalam peraturan ada menyatakan bahawa pemanas peredaman
melebihi 15 liter atau peralatan pemanas yang besar. Pemanas ini hendaklah
mempunyai litar akhir sendiri (tidak berkongsi dengan litar lain).
18
Bagi litar akhir pemasak dan pemanas air perlu mematuhi peraturan-peraturan
berikut:
(i) C.39 – Pemutus litar yang dikawal dari jauh iaitu dari pemanas/dandang
hendaklah mempunyai lampu penunjuk yg dipasang berdekatan pemanas.
(ii) C.40 – Pembumian pemanas/dandang hendaklah mengikut peraturan IEE
rangka pemanas diikat ke penyalut kabel.
(iii) C.41 – Pemasangan perlu mempunyai pelindung arus bocor ke bumi yang
beroperasi 10% daripada arus pemanas.
(iv) C.44 – setiap pemanas air 1 fasa perlu mempunyai elemen pemanas tidak
bertebat diantara elemen dan air dan hendaklah mematuhi peraturan
C.45,C.50.
(v) C.50 – Alat pemanas dipasang tetap ke bekalan melalui suis dua kutub
berangkai yang terpisah dengan alat pemanas.
19
Rajah 4.17: Alat Pemanas 3-Fasa atau dandang 3-fasa
Litar yang dipasang secara berasingan dari litar akhir lampu dan kuasa disebabkan
oleh penggunaan arus yang rendah dan tidak termasuk dalam jadual peraturan
faktor kepelbagaian. Jenis-jenis litar yang memerlukan pengasingan adalah seperti
berikut :
Litar loceng dan penggera biasanya menggunakan nilai voltan lampau rendah.
Pengubah langkah turun digunakan untuk menurunkan voltan bekalan 240 V ke
voltan sekunder 12 V.
20
Rajah 4.18: Litar Loceng dan penggera elektrik
4.6.2. Pencukur
Satu litar yang dipasang di dalam bilik air. Litar akhir kuasa bagi pencukur mesti
menggunakan unit dwi voltan. Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan kadaran
alat perlindungannya ialah 6 A.
21
kecemasan akan sentiasa dihidupkan melalui pengubah langkah turun dan jika
berlaku kegagalan bekalan ianya akan terus menyala melalui bekalan bateri. Dalam
sistem tak senggara pula lampu kecemasan akan hanya menyala apabila berlaku
kegagalan bekalan utama.
Litar kipas ekzos termasuk dalam litar lampu. Biasanya litar kipas ini dipasang di
dalam bilik air, dapur dan bilik yang tidak mempunyai peredaran udara yang baik.
Faktor kepelbagaian ialah satu pengiraan anggaran pengurangan kadaran arus bagi
kabel dan alat-alat dari kadaran arus yang sebenar, pengurangan ini disebabkan
anggapan bahawa tidak semua beban digunakan serentak. Oleh sebab itu kadaran
arus alat-alat atau kabel tidak semestinya mengikut kadaran arus keseluruhan
beban disesuatu pemasangan itu.
Penggunaannya
Walaupun kadaran arus bagi kabel dan alat-alat boleh dikurangkan daripada
kadaran yang sepatutnya, tetapi kadaran arus ini tidaklah menyeluruh pada semua
alat dan tempat. Faktor kepelbagaian tidak boleh digunakan untuk mengira saiz
pengalir litar akhir dan suis peralatannya, kecuali untuk litar akhir alat pemasak.
Faktor kepelbagaian boleh juga digunakan untuk mengira saiz pengalir dan suiz
peralatan litar kecuali untuk litar akhir.
22
Faktor ini boleh juga ditentukan oleh perancang elektrik dan pihak tertentu yang
berkelayakan. Pihak IEEE telah mengadakan satu contoh jadual khas tentang
anggaran kepelbagaian bagi setiap jenis beban dan tempat pemasangan, iaitu
seperti dirumah kediaman biasa, rumah pangsa dan sebagainya (Rujuk Jadual 4.5).
Di Negara ini faktor kepelbagaian dikira mengikut keadaan, tempat dan beban
disamping kehendak pembekal tenaga elektrik.
Pihak IEE telah menyediakan satu jadual panduan untuk mengira keperluan
(permintaan ) arus di pemasangan yang kecil. Jadual ini dikenali sebagai jadual
Faktor Kepelbagaian. Ada dua cara untuk mengira faktor kepelbagaian iaitu :
Cara I
Menghitung permintaan arus setiap beban dan menggunakan faktor
kepelbagaiannya berdasarkan Jadual 4.5. Jumlah kesemua permintaan arus bagi
setiap beban yang telah dikira kepelbagaiannya, dijadikan dasar permintaan arus di
pemasangan itu, dan seterusnya digunakan sebagai panduan untuk menetapkan
kadaran arus kabel dan alat-alat kawalan. Di sini, pengetahuan dan pengalaman
perancang memainkan peranan penting untuk menentukan litar yang mana yang
tidak digunakan serentak.
Cara II
Cara kedua lebih rumit, kerana kita memerlukan pengalaman dan pengetahuan
yang mendalam tentang pemasangan yang hendak dikira itu. Secara kasar cara ini
masih mengambil kira keperluan arus setiap litar dan mengurangkannya dengan
menggunakan Jadual Faktor Kepelbagaian serta tambahan faktor kepelbagaian
pada litar-litar yang difikirkan tidak digunakan secara serentak. Oleh sebab itu
perancang mestilah betul-betul memahami penggunaan litar yang dihitung agar
tidak tersalah anggap dan boleh membawa kemudaratan pada pemasangan dan
pengguna. Bagi perancang yang kurang pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
tentang sesebuah litar lebih baiklah tidak menggunakan cara ini.
23
Jadual 4.5: Faktor kepelbagaian bagi beberapa jenis pemasangan
24
4.8. Susut Voltan
Kod elektrik nasional dan tempatan boleh menetapkan garis panduan bagi
kejatuhan voltan maksimum yang dibenarkan dalam pendawaian elektrik, untuk
memastikan kecekapan pengedaran dan operasi yang betul peralatan elektrik.
Kejatuhan voltan maksimum yang dibenarkan berbeza dari satu negara ke negara
lain. Dalam reka bentuk elektronik dan penghantaran kuasa, pelbagai teknik yang
digunakan untuk mengimbangi kesan kejatuhan voltan pada litar panjang atau di
mana tahap voltan mesti dikekalkan dengan tepat. Cara yang paling mudah untuk
mengurangkan kejatuhan voltan adalah untuk meningkatkan diameter pengalir
antara sumber dan beban, yang mengurangkan rintangan keseluruhan. Seterusnya
kita akan melhat jadual bagaiman untuk menetukan susutan voltan dalam kabel-
kabel tertentu. Dalam jadual 4.6 dan jadual 4.7 kita boleh lihat penilaian semasa dan
susut voltan bersarung teras tunggal kabel PVC terlindung dan susut voltan
berbilang kabel PVC terlindung.
25
Jadual 4.6: Penilaian Semasa Dan Susut Voltan Bersarung Teras Tunggal Kabel PVC Terlindung
3 or 4 3 or 4 3 or 4 3 or 4
- 2 cables 2 cables 2 cables 2 cables
cables cables cables cables
26
Jadual 4.7: Penilaian Semasa Dan Susut Voltan Bersarung Berbilang Teras Kabel PVC Terlindung
27
Contoh untuk mencari susut voltan
Hitung susut voltan bagi suatu pemasangan yang dibekalkan dengan 240 V dan saiz
kabel yang digunakan adalah 16 mm2 jenis teras tunggal bersalut pvc satu teras digunakan
dalam koduit yang panjangnya adalah 23 m dan arus yang melalui pada beban adalah 33 A.
Penyelesaian:
Cari nilai susut voltan dengan menggunakan saiz kabel dari Jadual 4.6
Saiz kabel = 16 mm2
Daripada Jadual 4.6
Vd = Mv x Ib x L
1000
Vd = 2.8 x 33 x 23
1000
= 2.125 volt
Susut voltan pada kabel ini adalah 2.125 Volt apabila menggunakan kabel 16 mm2 .Oleh itu,
susut voltan ini tidak melebihi 9.6 Volt seperti yang ditetapkan. Maka saiz yang paling
sesuai ialah 16 mm2.
.
Pengalir perlindungan yang dulunya dikenali sebagai pengalir keterusan bumi. Ia adalah
suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir (logam) dalam pemasangan
ke terminal utama pembumian. Ini termasuklah pengalir pembumian dan pengalir ikatan.
Terdapat dua cara untuk menentukan saiz luas keratan rentas pengalir perlindungan litar
dalam sesuatu pemasangan pengguna.
28
Cara I
Dengan menggunakan Jadual 4.8 di bawah ini.
Cara II
Dengan membuat perkiraan bagi menentukan luas keratan rentas pengalir perlindungan
litar.
Formula:
Luas keratan rentas, mm2 =
*j2 ditukarkan kepada (garis pusat/ 2)2 kerana garis pusat adalah separuh
daripada jejari.
Contoh
Sekiranya saiz kabel diberi 7/ 1.04mm dan tukarkan saiz tersebut dalam bentuk luas
keratan rentas.
= 3.142 x (1.04/2 )2 x 7
= 3.142 x (1.08/4 ) x 7
= 5.94 mm2 @ 6mm2
29
Bahan-bahan logam yang digunakan sebagai sistem pendawaian seperti paip, kotak sesalur
atau salur, boleh dijadikan sebagai pengalir perlindungan tetapi mestilah mematuhi
peraturan IEE yang berikut:
(i) Sekiranya luas keratan rentas pengalir kurang daripada 6 mm2, ia mestilah bertebat
serta kuat dan kukuh.
(ii) Bagi pengalir perlindungan yang tidak bertebat, ia mestilah dilindungi daripada tindak
balas kimia.
(iii) Setiap sambungan pengalir perlindungan mestilah dibuat supaya mematuhi
kekuatan mekanikal dan elektrikal.
Konduit logam boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir perlindungan. Pengalir
perlindungan berasingan perlu diadakan. Rintangan pengalir perlindungan adalah seperti
berikut:
(i) Bagi pengalir jenis kumprum dan aluminium, mestilah tidak melebihi 1 ohm.
(ii) Bagi pengalir jenis seperti paip kondit, kotak sesalur atau sulur mestilah tidak
melebihi 0.5 ohm.
30
4.10. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dalam topik ini kita dapat mengetahui bahawa litar akhir ialah litar
yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan
elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah untuk mengelakkan bahaya
apabila berlaku kerosakan, memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan
boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki
tanpa mengganggu litar lain serta untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada
sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain. Didalam peraturan IEE setiap litar kecil akhir
mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar yang berasingan dalam peti fius agihan
dan setiap litar kecil mestilah diasingkan (secara elektrik) dari litar kecil akhir yang lain, Bagi
memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutral hendaklah disambung di dalam peti fius
agihan sama seperti pengalir hidup (life).
31