You are on page 1of 2

Soalan 3

(a) Puan Aini memiliki sebuah kedai kek yang diberi nama Kedai Kek Sedap.
Bagaimanakah insurans dapat membantu Puan Aini menjayakan
perniagaannya?

[10 markah]

(b) Jelaskan perbezaan antara risiko yang boleh diinsuranskan dengan risiko
yang tidak boleh diinsuranskan.

[5 markah]

(a) Terangkan maksud


(i) Kepentingan boleh insurans. [5 markah]
(ii) Penuh percaya mutlak [5 markah]

Skema Jawapan

(a) - memberi perlindungan dalam bentuk pampas an/gantirugi [1m]


- kiranya insured mengalami kerugian akibat kemalangan, hilang
upaya dan kebakaran [1m]
- membantu dia merancang masa depan kiranya ia ditimpa
malang seperti tak upaya membayar ansuran kedai akibat
ditimpa kemalangan.
- merupakan cara menyimpan/menabung yang baik
- menanam tabiat berjimat-cermat untuk membayar wang
premium / menabung untuk masa depan.
Dapat menumpukan perhatian untuk memajukan perniagaannya.
- Dana yang dikumpulkan dapat dilaburkan untuk membesarkan perniagaannya.

(b) perbezaan antara risiko boleh insurans dan risiko tidak boleh insurans

Risiko boleh insurans Risiko tidak boleh insurans


1. kekerapan kejadian dapat 1. kekerapan kejadiannya tidak
diramal secara statistic. dapat ditentukan secara
2. terdapat rekod kekerapan perangkaan.
kejadian masa lalu yang 2. tidak mempunyai rekod statistic
lengkap dengan kejadian yang untuk membuat ramalan tentang
sama kemungkinan risiko itu akan
3. Contoh: kebakaran, pecah berlaku.
rumah, kematian dsb 3. Contoh: perubahan citarasa,
keadaan politik dsb
(c) i) kepentingan boleh insurans
-

ii) penuh percaya mutlak


- insured mesti memberikan maklumat yang benar kepada insurer semasa
mengisi borang cadangan.
- Insurer pula wajib menerangkan segala syarat dengan jelas.
- Kegagalan insured memberi maklumat uang benar akan mengakibatkan polisi
insurans dibatalkan dan pampasan tidak dibayar apabila berlakunya risiko
yang diinsuranskan.

You might also like