You are on page 1of 2

MIKROEKONOMI II (EPPE2014)

SEMESTER 2 2022-2023
PILIHAN DALAM KETAKPASTIAN

1. Menggunakan contoh berangka dan rajah yang sesuai, terangkan maksud konsep:
a. Pengguna pengelak risiko (risk-averse)
b. Penggemar risiko (risk-taker)
c. Neutral terhadap risiko (risk-neutral)

2. Fungsi utiliti Kaka, Lala dan Cici masing-masing diberi sebagai


Fungsi utiliti Kamal: 𝑈 𝐾 = 𝑊 0.5
Fungsi utiliti Lila 𝑈𝐿 = 𝑊
Fungsi utiliti Cindy: 𝑈 𝐶 = 𝑊 2
Di mana W adalah jumlah wang dan U adalah utiliti.

Masing-masing sedang mempertimbangkan untuk bekerja di sector kerajaan atau swasta. Jika
bekerja dalam sector kerajaan, gaji bulanan yang diterima secara pasti ialah RM4150. Jika
bekerja dalam sector swasta gaji bulanan ialah RM6250 jika ekonomi baik dan hanya RM1000
jika ekonomi buruk. Kebarangkalian untuk ekonomi baik ialah 0.6 dan kebarangkalian
ekonomi buruk ialah 0.4.
Berdasarkan maklumat di atas

a. Tentukan sikap terhadap risiko untuk ketiga tiga individu diatas. Lukiskan keluk utiliti
mereka.
b. Untuk Kamal:
i. Kirakan utiliti apabila bekerja dalam sector kerajaan
ii. Kirakan utiliti dijangka apabila bekerja dalam sector swasta
iii. Nyatakan pekerjaan yang dipilih.
c. Untuk Lila:
i. Kirakan utiliti apabila bekerja dalam sector kerajaan
ii. Kirakan utiliti dijangka apabila bekerja dalam sector swasta
iii. Nyatakan pekerjaan yang dipilih.
d. Untuk Cindy:
i. Kirakan utiliti apabila bekerja dalam sector kerajaan
ii. Kirakan utiliti dijangka apabila bekerja dalam sector swasta
iii. Nyatakan pekerjaan yang dipilih.
e. Jika mereka ingin bekerja di sector swasta, hitung nilai kepastian setara dan risiko
premium.

3. Hakim mempunyai harta yang bernilai RM40,000. Kebarangkalian harta beliau mengalami
kerosakan adalah sebanyak 0.05. Jika ini berlaku, Hakim kerugian RM10,000.
a. Hitungkan nilai jangkaan kekayaan Hakim.
b. Satu syarikat insurans menawarkan nilai insurans sebanyak RM20.00 bagi pemium RM1.00.
i. Nyatakan nilai premium yang harus dibayar oleh Hakim jika ia membeli insurans.
ii. Adakah insurans yang dibeli oleh Hakim merupakan insurans saksama? Buktikan
jawapan anda.
iii. Hitung nilai jangkaan harta Hakim jika dia membeli insurans.
c. Terangkan bagaimana pembelian insuran di atas dapat mengurangkan masalah ketakpastian
Hakim.

1
4. Ihsan mempunyai kilang yang bernilai RM500,000. Jika berlaku kebakaran, Ihsan kerugian
RM100,000. Kebarangkalian berlaku kebakaran adalah 0.2.
a. Hitung nilai jangkaan kekayaan Ihsan.
b. Hitung nilai jangkaan kerugian Ihsan.
c. Andaikan fungsi utiliti Ihsan adalah 𝑈 = 𝑊 0.6. Hitung nilai utiliti dijangka Ihsan
d. Hitung nilai kepastian setara Ihsan.
e. Andaikan Ihsan bercadang mengatasi masalah ketidakpastian nilai kilangnya dengan
membeli insurans.
i. Hitung premium yang perlu dibayar oleh Ihsan jika beliau ingin membeli insurans sepenuhnya.
ii. Hitung premium yang perlu dibayar oleh Ihsan jika beliau ingin membeli insurans saksama.
iii. Dengan menggunakan fungsi utiliti, buktikan insurans saksama memberikan tingkat kepuasan
yang lebih tinggi berbanding insurans tidak saksama.
iv. Gambarkan jawapan (a) hingga (f) menggunakan rajah yang sesuai.

You might also like