You are on page 1of 6

ELEKTRONIK

Nama, Simbol, dan Fungsi Komponen Elektronik

Litar Bersepadu (Integrated Circuit - IC)


Liitar bersepadu dikenali juga sebagai litar terkamil. Biasanya digunakan pada peralatan
elektronik seperti mesin kira, televisyen, dan komputer. Bentuk IC bergantung kepada fungsi dan
jumlah pin rang ada pada komponen berkenaan.
IC Soket Simbol

Jenis IC terbahagi kepada jenis berkuasa rendah, berkuasa sederhana dan berkuasa tinggi.

Binaan dalaman
Binaan
• IC mempunyai gabungan komponen elektronik seperti transistor, perintang, diod, dan pemuat
yang diperbuat daripada bahan separa pengalir.
• Gabungan ini dapat menghasilkan satu set yang sangat kecil.
• Pakej ini dinamakan serpihan yang mempunyai litar yang lengkap atau separa lengkap.
• Wayar emas biasanya digunakan untuk menyambung serpihan pada pin-pin IC.
• Serpihan ditutup dengan perumah plastik atau logam bagi melindunginya daripada rosak.

Fungsi Pin IC 555

• Setiap IC mempunyai fungsi yang tertentu.


• Fungsi IC adalah untuk menjadikan suatu litar
yang kompleks itu kecil saiznya dan
menjimatkan ruang.
• Untuk memudahkan kerja penyambungan,
terdapat satu tanda pada bahagian atau
permukaan IC bagi membantu mengenal pasti
nombor-nombor pin IC.

IC Muzik
• IC muzik merupakan komponen elektronik yang mempunyai tiga kaki.
• IC muzik berbeza daripada transistor biasa kerana pada badan IC muzik
terdapat nombor yang bercetak bagi membezakan setiap IC muzik.
• IC muzik yang biasa digunakan adalah BT 66T -19L atau FT 66T - 68L.
• Setiap irama yang akan dihasilkan oleh IC muzik akan berbeza
bergantung kepada nombor atau jenis IC yang digunakan.

Keselamatan Penggunaan IC dan Cara Penyimpanan


• Elakkan IC daripada terdedah kepada haba yang terlalu panas ke tika kerj a pematerian.
• Soket IC hendaklah digunakan semasa pematerian di mana pematerian dilakukan pada pin soket
IC dan bukannya pin IC.
• Pastikan sambungan IC dilakukan dengan betul dan teliti bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.
• Pastikan juga punca positif dan punca negatif pada kaki IC dibuat dengan betul.
• Pastikan nilai voltan dan arus yang digunakan sesuai dengan IC dengan merujuk kepada lembaran
data yang dibekalkan.
• Simpan IC dalam bekas antistatik atau pin IC hendaklah dibenamkan ke dalam polisterina atau
span supaya ia tidak bengkok.

Suis Mikro

• Suis mikro adalah kecil. Biasanya dilengkapkan dengan satu lengan kecil sebagai pelengkap
litar setelah suis ditekan.
• la sangat berguna dan banyak terdapat di dalam mesin sebagai suis keselamatan.

Binaan

Keadaan sebelum suis ditekan Keadaan selepas suis ditekan


Apabila pematerian dilakukan pada kaki COM Apabila pematerian dilakukan pada kaki COM
dan NC, suis akan bertindak sebagai suis tekan dan NO, suis akan bertindak sebagai suis tekan
buka. tutup.
Oleh itu, suis akan berada dalam keadaan hidup Oleh itu, suis akan berada dalam keadaanhidup
jika tuil penolak tidak ditekan. jika tuil penolak ditekan.

Arus akan mengalir di dalam litar jika penolak Arus akan mengalir di dalam litar jika penolak
dilepaskan. ditekan.

Fungsi
• Suis mikro merupakan suis yang mempunyai dua fungsi dalam satu suis.
• Suis ini mempunyai tiga kaki atau tamatan iaitu kaki COM, kaki NO (Normally Open), dan kaki NC
(Normally Close).
• Kaki-kaki ini akan menentukan sama ada suis berfungsi sebagai suis tekan buka atau suis tekan
tutup.

Mikrofon

Mikrofon berfungsi mengesan gelombang


bunyi dan menukarkannya kepada gelombang
elektrik. Gelombang elektrik ditinggikan dengan
penguat (amplifier) dan kemudian dikeluarkan melalui
pembesar suara. Pembesar suara akan menukarkan
gelombang elektrik kepada gelombang bunyi.
Mikrofon digunakan dalam studio rakaman, studio
penyiaran, dan sebagainya.
Fungsi Bahagian-bahagian Utama Mikrofon
Transduser berfungsi untuk mengesan gelombang bunyi.
Litar elektronik berfungsi mengalirkan arus elektrik dan terdapatnya
gelombang bunyi. Penghadang angin membenarkan angin
memasuki ke bahagian transduser untuk ditukar kepada gelombang
bunyi.

Jenis Mikrofon
Jenis mikrofon ditentukan berdasarkan jenis transduser yang digunakan pada mikrofon. Jenis
mikrofon yang biasa digunakan ialah mikrofon gegelung bergerak, mikrofon jenis pemuat, dan
mikrofon jenis karbon.

Binaan Mikrofon jenis gegelong bergerak

Binaan Mikrofon jenis pemuat

Binaan Mikrofon jenis karbon

Langkah-langkah Keselamatan Menggunakan Mikrofon


• Jauhkan daripada punca magnet.
• Untuk mengelakkan transduser daripada rosak, elakkan mengetuk dan meniup mikrofon.
• Keluarkan bateri dari mikrofon jika mikrofon tidak digunakan.
PembesarSuara
Pembesar suara ialah komponen elektronik yang berfungsi untuk menukarkan tenaga elektrik kepada
tenaga bunyi. Pembesar suara digunakan pada alatan yang menghasilkan bunyi seperti radio,
televisyen, telefon, dan sistem siaraya. Biasanya dilabelkan dengan nilai impedens (ohm) dan
kadaran kuasa (watt).

Binaan
• Binaannya terdiri daripada magnet kekal, diafragma, gegelung dawai, kerangka, dan tamatan.
• Gegelung dililit pada kertas keras berbentuk silinder yang dilekatkan di hujung diafragma.
• Gegelung ini ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal.

• Kerangka digunakan untuk memegang diafragma supaya tidak tertanggal.

Fungsi
Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga bunyi.
• Tenaga elektrik yang masuk pada tamatan akan mengalir melalui gegelung.
• Hal ini akan menyebabkan medan magnet dihasilkan pada gegelung.
• Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnet yang dihasilkan oleh magnet
kekal.
• Tindak balas ini akan menyebabkan gegelung menolak diafragma.
• Tolakan ini berlaku berulang kali dan menyebabkan diafragma bergetar. Getaran ini akan
menghasilkan gelombang bunyi.
Langkah-langkah Keselamatan Menggunakan Pembesar Suara
• Elakkan daripada terjatuh kerana diafragma mudah terkoyak dan gegelung wayar mudah
terputus.
• Elakkan diafragma dari terkena air.
3.2.2 Menterjemah Lukisan Skematik atau Lukisan Bergambar untuk "r Membuat Projek
Lukisan skematik atau lukisan bergambar boleh menjadi panduan semasa pemasangan projek
elektronik. Melalui lukisan ini, spesifikasi komponen dapat diketahui dan pemasangan pada bod litar
mudah dilakukan.

Rajah 3.18 Contoh lukisan skematik Rajah 3.19 Contoh lukisan bergambar

Penghasilan projek akan menjadi lebih mudah setelah murid mahir dalam membaca dan
menterjemah lukisan skematik dan lukisan bergambar. Walau bagaimanapun, antara faktor lain yang
perlu diambil perhatian dalam merancang projek adalah:
(a) Komponen yang akan digunakan mestilah telah dipelajari. Walau bagaimanapun, komponen
lain boleh digunakan jika perlu.
(b) Setiap projek mestilah berpandukan tema seperti kombinasi cahaya dan bunyi, kombinasi
cahaya dan pergerakan, kombinasi bunyi dan pergerakan, serta kombinasi bunyi, cahaya, dan
pergerakan.
(c) Kos bagi menghasilkan projek perlu dirancang dengan membuat pengiraan kos untuk
mengelakkan pembaziran dan mengetahui kos pengeluaran.

Tujuan
Menterjemah lukisan skematik untuk membuat projek
Langkah-langkah
1 Murid dibekalkan dengan beberapa lukisan skematik.
1 Berdasarkan lukisan skematik yang diberikan, murid dikehendaki menterjemahkan lukisan
tersebut kepada lukisan bergambar.
2 Senaraikan komponen-komponen yang terlibat.
3 Serahkan kepada guru untuk dinilai.

You might also like