You are on page 1of 3

STRATEGI PENYELIDIKAN ISLAM

Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan tentang keperihalan keaslian akan
sesuatu ilmu yang mempunyai asas yang kukuh tanpa adanya tokok tambahnya. Ini kerana,
keaslian ini perlulah dijaga daripada pelbagai aspek untuk meneguhkan akan sesuatu ilmu
tersebut bagi mengukuhkuhkan keteguhan pendirian ilmu tanpa hilang keaslian sesuatu ilmu itu.
Menurut Tokoh Islamik yang sangat terkenal akan terperincian ilmu iaitu Dr Yusof Qadrawi
yang telah menyatakan bahawasanya jatuh bangun Tamadun Islam adalah terletak kepada dua
fasa iaitu jihad dan ijtihad. Kedua-dua fasa ini sangat menitikberatkan akan pemeliharaan akan
ilmu islam daripada pelbagai aspek sebagai contoh fasa jihad yang mana fasa ini pemerintah
terdahulu memenangi hati pengikutnya dengan menakluki wilayah-wilayah justeru kebanyakkan
pengikut ini berasal daripada wilayah yang ditakluki tersebut.

Penyelidikan boleh ditakrifkan secara umum sebagai satu cara untuk mencari jawapan
kepada persoalan ianya juga boleh diterangkan melalui satu penyiasatan yang sistematik dalam
sesuatu cabang sains atau ilmu dalam usaha mencari jawapan kepada persoalan dengan
menggunakan kaedah yang sistematik dan yakni lagi boleh dipercayai juga sah berdasarkan
bukti-bukti yang sahih.Oleh itu, ramai ahli ilmuwan islam mengklasifikasikan kaedah-kaedah
penyelidikan islam ini.

KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN ISLAM

i. KAEDAH PENAAKULAN DALAM ILMU MANTIK

Ilmu mantik adalah ilmu yang membicarakan tentang maklumat-maklumat yang berupa
tanggapan dan gambaran serta maklumat-maklumat yang berupa hukum dan penetapan atau
lebih dikenali sebagai membantu seseorang untuk mengambarkan tenatng sesuatu yang tidak
diketahui kepastiannya tentang hakikat sesautu yang belum sahih.

Berdasarkan konsep penyelidikan Islam yang dibincangkan sebelum ini, jelas bahawa
strategi penyelidikan yang ingin dibina adalah berasaskan epistemologi (sumber ilmu) Islam, dan
didasari oleh tradisi penyelidikan Islam. Oleh yang demikian, salah satu ilmu yang menepati ciri
tersebut ialah ilmu mantik. Dalam ilmu mantik, bagi mendapatkan keputusan atau mendatangkan
dalil, sekurang-kurangnya terdapat tiga kaedah penaakulan yang sering kali digunakan untuk
mengenalpasti sesuatu isu yang timbul. Kaesah-kaedahnya adalah Istiqra, Qiyas dan yang
terakhir sekali ialah Tamthil.

a). ISTIQRA

Istiqra menurut ilmu mantik adalah bermaksud induksi. Istiqra ialah kajian yang
dilakukan terhadap perkara-perkara juz’iyyah (khusus) atau sebahagian daripadanya untuk
sampai kepada kesimpulan umum yang menyeluruh (Habannakah, 1993:200). Selain itu, Istiqra
juga terbahagi kepada dua iaitu Istiqra’ tam dan Istiqra’ naqis, yang mana Istiqra tam adalah
kajian yang dilakukan terhadap perkara-perkara juz’iyyah sepenuhnya dan Istiqra naqis pula
adalah kajian yang dilakukan terhadap sebahagian daripada perkara-perkara juz’iyyah. Ini sangat
membantu dalam sistem penyelidikan islam kerana semua ilmu tersebut perlu diselidiki secara
sistem Istiqra ini kerana ianya mengkhususkan sesuatu ilmu itu secara lebih terperinci untuk
pendekatan yang lebih baik dengan lebih jelas.

Istiqra juga terbahagi kepada tiga peringkat yang sangat menitikberatkan ilmu-ilmu yang
perlu dirungkai akan kesahihannya. Peringkat yang pertama adalah peringkat al-tajribah wa al-
mulahazah iaitu bermaksud ujikaji dan pemerhatian. Peringkat kedua pula dikenali sebagai
peringkat al-furudh al-‘ilmiyyah yang mana peringkat ini membuat hipotesis. Perinkat akhir pula
dikenali sebagai tahqiq al-furudh iaitu pembuktian hipotesis dan tidak hairanlah bahawa aktiviti
penyelidikan islam ini sangat menitikberatkan akan keteperincian sesuatu ilmu dengan ini sangat
membuktikan bahawasanya ilmu-ilmu yang disumberkan oleh tokoh-tokoh islam amat
memelihara keaslian ilmu tersebut.

b) QIYAS

Qiyas adalah pengambilan kesimpulan berasaskan dua jenis qadiyah (premis) yang
megandungi unsur bersamaan dan salah satunya harus sejagat.Qiyas juga menrupakan ilmu
perbandingan untuk memperolehi bandingan yang terbaik antara kekeliruan ilmu yang berlaku.
Qadiyah harus mengandungi tiga lafaz iaitu qadiyah pertama menisbahkan salah satu daripada
dua perkara kepada perkara yang ada persamaannya, Qadiyah kedua pula menisbahkan perkara
yang kedua kepada perkara yang ada persamaannya manakala Qadiyah terakhir ialah Qadiyah
ketiga menisbahkan salah satu daripada kedua perkara kepada perkara yang lain. Secara
kesimpulannya, Qiyas menrupakan sesuatu kepada sesuatu yang lain degan perantaraan suatu
yang ketiga unuk menghubungkan antara kedua yang dibandingkan tersebut.

c) TAMTHIL

Bagi membentuk tamthil, terdapat empat rukun yang perlu dipatuhi. Pertama, asal. Kedua
al-furu‘. Ketiga, ‘illah yang mengumpulkan sebab dibuat tamthil sama ada sebab yang zahir atau
hukum yang disandarkan kepada asal. Keempat, sebab zahir atau hukum asal bagi sesuatu
perkara. Jika empat rukun tersebut dapat disempunakan, maka barulah al-furu‘ dapat
menggunakan hukum yang terdapat pada asal. Tamthil juga dikenali sebagai qiyas usuli (al-
Habannakah, 1993). Dinamakan qiyas usuli kerana qiyas dalam ilmu usul fiqh merupakan proses
yang diambil daripada empat rukun tamthil tadi. Walau bagaimanapun, perkara yang
membuatkan qiyas usuli ini lebih kuat ialah hukum asal atau sandaran asal diambil daripada nas,
iaitu al-Qur’an atau Hadith.

KESIMPULAN

Daripada tiga strategi penyelidikan menurut ilmu mantik, dua daripadanya telah
diamalkan dalam penyelidikan lazim yang dikenali sebagai kaedah induktif dan kaedah deduktif.
Secara umumnya, kaedah induktif dan kaedah deduktif adalah hampir sama dengan istiqra’ dan
qiyas, tetapi mempunyai beberapa perbezaan. Secara umumnya, penyelidikan Islam tidak
menolak kaedah induktif dan kaedah deduktif. Namun secara lebih khusus, istiqra’ dan qiyas
lebih sesuai dalam penyelidikan berkaitan Islam dan orang Islam. Walaupun begitu, perkara yang
menjadi ukuran ialah sejauh mana ketiga-tiga strategi tersebut dapat membawa kepada ilmu yang
mencapai tahap yaqin atau sekurang-kurangnya peringkat zann. Pentingnya strategi penyelidikan
yang dapat membawa kepada ilmu yaqin atau zann supaya dapat dimanfaatkan sebagai
pengetahuan kepada Islam dan umat Islam.

You might also like