You are on page 1of 4

PENINGKATAN KADAR PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

Hampir setiap hari di dada-dada akhbar terdapat berita yang melaporkan tentang kes
pembuangan bayi. Gejala ini semakin berleluasa di Malaysia sehinggakan kerajaan terpaksa meminda
beberapa akta termasuk Kanun Keseksaan bagi menjatuhi hukuman mati mandotori terhadap
pesalah yang menyebabkan kematian bayi yang dibuang. Gejala ini merupakan kesan daripada
perhubungan seks bebas yang semakin bermaharajalela terutamanya dikalangan remaja.Definisi
pembuangan bayi mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan ‘buang’ membawa
maksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan. Manakala, perkataan
‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Justeru, maksud ‘pembuangan bayi’ pula
adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata
tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.

Menurut statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006 mengikut laporan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoritinya 92% iaitu 532 kes
adalah bayi yang baru lahir sementara 8% iaitu sebanyak 48 kes adalah janin. Menurut laporan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula terdapat peningkatan yang ketara dalam
kes pembuangan bayi yang dilaporkan seperti yang ditunjukkan oleh jadual di bawah :

Manakala bagi statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2005 sehingga 2009,
jumlah kes pembuangan bayi mengikut negeri adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor
mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah
dengan 65 kes. Selain itu, Sarawak 34 kes, Pulau Pinang 22 kes, Perak 19 kes, Pahang dan Kedah 17
kes, Kelantan 10 kes, Terengganu 5 kes, Melaka 3 kes, Kuala Lumpur 2 kes dan Perlis 1 kes. Manakala
Negeri Sembilan tidak mempunyai catatan. Tetapi pada tahun 2010 untuk kes pembuangan bayi iaitu
dari bulan Januari dan Februari mencatat sebanyak 12 kes.

Kekurangan didikan agama merupakan antara punca utama kes pembuangan berlaku.
Kekurangan didikan agama menyebabkan para remaja tiada haluan hidup lalu terlibat dalam gejala
negatif antaranya ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga menyebabkan remaja
perempuan mengandung sebelum berkahwin. Remaja tersebut akan menjadi tidak
berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-tempat seperti tandas
awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja
membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil
hubungan sulit mereka. Hal ini kerana meraka takut sekiranya perbuatan mereka diketahui umum.
Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa serta keruntuhan institusi
kekeluargaan turut menyumbang kepada masalah pembuangan bayi ini. Hal ini kerana ibu bapa yang
sibuk dengan pekerjaan sering mengabaikan anak-anak dirumah. Kurangnya pemantaun ibu bapa
menyebabkan anak-anak bergaul bebas dengan sesiapa sahaja yang mereka kehendaki. Kegagalan
ibu bapa memberi pendidikan agama yang sempurna dan gagal menjadi contoh yang baik kepada
anak-anak turut menyumbang kepada gejala ini.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu punca utama berlakunya kes
pembuangan bayi. Hal ini kerana remaja amat mudah terpengaruh dengan kata-kata dan perbuatan
rakan sebaya mereka. Apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral
serta hanya mementingkan keseronokkan dunia, mereka lebih cenderung untuk melakukan perkara-
perkara yang dilarang dan diluar batas agama misalnya pergi ke disko, meminum arak, mengambil
dadah dan akhirnya melakukan seks rambang. Apabila mendapati bahawa dirinya mengandung,
barulah rasa menyesal timbul,namun mereka tidak menemui jalan penyelesaian. Kerana tidak
mengetahui wujudnya pusat-pusat kaunseling dan jagaan sehingga melahirkan anak tersebut, tanpa
berfikir panjang mereka mengambil jalan mudah dengan membuang bayi mereka.

Punca yang seterusnya adalah sikap remaja yang ingin tahu atau ingin mencuba sesuatu
yang baru. Sifat ingin tahu sememangnya ada dalam diri seseorang remaja itu. Mereka gemar
mencuba sesuatu yang baru dan menarik. Bagi mereka, apabila mereka melakukan sesuatu yang
jarang dilakukan oleh orang lain, mereka akan menjadi matang dan lebih dewasa. Mereka juga hanya
berfikir untuk berseronok dan begembira sahaja kerena berasa itulah yang paling penting ketika usia
remaja ini.

Tambahan pula, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum remaja yang
tersilap langkah ini menyebabkan masalah sosial ini berlaku. Hal ini kerana apabila seseorang itu
melahirkan anak luar nikah, masyarakat setempat menghina dan memandang serong kepada
mereka. Mereka juga dianggap bagai telah menconteng arang di muka ibu bapa mereka dan telah
menjatuhkan maruah keluarga. Demi menjaga maruah keluarga, remaja tersebut akan mengambil
jalan mudah dengan membuang bayi yang tidak berdosa itu di tempat-tempat tertentu. Kadang kala
terdapat ibu bapa yang tidak boleh menerima keterlanjuran anak mereka dan bertindak menghalau
anak mereka itu keluar dari rumah hanya kerana pentingkan maruah keluarga.

Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui
peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan masyarakat serta
remaja itu sendiri. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh
merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan-adegan lucah dan
rancangan-rancangan realiti yang memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang
boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar
pembuangan bayi.

Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan


undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti
mengenakan hukuman sebat dan menjatuhkan hukuman gantung kepada mereka yang didapati
bersalah kerena membuang bayi dan menyebabkan kematian bayi tersebut. Hukuman yang setimpal
harus dilaksanakan supaya menjadi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan remaja-remaja yang
lain. Pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan
kesedaran para remaja dan masyarakat. Kempen – kempen ini juga dapat menyedarkan masyarakat
bahawa mereka tidak seharusnya terus menghukum seseorang yang hamil anak luar nikah,sebaliknya
berusaha untuk membantu mereka dengan memberi tempat perlindungan dan agar mereka
menyesali perbuatan mereka. Peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi
menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Ibu bapa merupakan dua individu yang paling penting dalam mencorak dan mendidik anak-
anak mereka. Setiap perlakuan mereka diperhati dan diikuti anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa
mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu
mereka ke arah kebaikan. Selain itu, Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-
anak mereka. Hal ini demikian untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas
yang seterusnya boleh membawa kepada penzinaan. Ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai
yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-
sama. Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka
dihargai dan disayangai. Hal ini secara tidak langsung akan mengelakkan anak-anak dari mencari
perhatian dan kasih sayang dari orang lain.

Badan-badan NGO pula boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak
luar nikah disamping untuk mendapat bimbingan dan perlindungan, contohnya seperti Asrama Puteri
KEWAJA. Hal ini kerana mereka masih perlu dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk
meneruskan kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat
jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah, contohnya seperti Pusat Perlindungan
PERNIM. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan
bertanggungjawab ke atas mereka. Terdapat juga Penubuhan Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini atau
Baby Hatch bagi memastikan bayi-bayi yang tidak diingini tidak dibuang ditempat yang tidak
sepatutnya.

Akhir sekali adalah remaja itu sendiri,mereka mestilah pandai menjaga diri masing-masing
dengan memilih rakan-rakan yang baik sebagai kawan sepergaulan mereka.Mereka juga seharusnya
berfikiran rasional dan bijak dalam menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu sebelum
melakukannya supaya tidak menyesal dikemudian hari. Mereka juga perlu ada motivasi dalam hidup
untuk mencapai kejayaan dan bukan hanya berseronok sahaja.

Kesimpulannya, bagi mengatasi gejala pembungan bayi ini semua pihak haruslah
bekerjasama. Hal ini kerana sekiranya hanya sesetengah pihak sahaja yang berusaha menangani
masalah ini,ianya tidak akan membuahkan hasil. . Mereka yang terlibat tidak sepatutnya dicemuh
dan dijijik sebaliknya diberi bantuan dan sokongan moral daripada perbagai pihak tertentu. Sekiranya
gejala ini tidak dibendung dari sekarang makin banyak nyawa yang tidak berdosa dibuang dan
dibunuh di masa hadapan. Ini mencerminkan bahawa masyarakat di negara ini tidak prihatin dan
menunjukkan kegagalan modal insan kerana hilangnya sikap berperikemanusiaan.

You might also like