You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1

S.J.K. ( C ) CHERN HWA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BIL 1/ 2017

Tarikh : 25.05.2017 (Khamis )

Masa : 1.00 p.m. – 4.00 p.m.

Tempat : Smart Class 1

Pengerusi : Cik Yen Lay Hon (Guru Besar)

Kehadiran (Bilangan) : 20 Orang

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Ng Phay Jo


Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Soh Ah Kee

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi

4.1.1 Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas 2017


- Guru besar mencadangkan beberapa bidang tugas yang memerlukan
perlantikan jawatan kuasa untuk pelaksanaan program 2017
- Pn Soh Ah Kee akan membahagikan jwatankuasa kepada guru Pendidikan
Khas selepas kembali daripada Cuti Pertengahan Tahun
- Guru besar meminta semua guru memainkan peranan masing-masing dan
Bertindak mengikut tugas yang diberikan

Makluman dan Tindakan :Guru PPKI dan PPM

4.1.2 Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi


- Segala pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi mestilah merujuk
Panduan Pengoperasian Pendidikan Khas (2015)
mengemukakan maklumat palsu
- Guru besar menasihati semua guru dan PPM agar sentiasa mematuhi dan
merujuk pekeliling, peraturan sedia ada dan arahan dari PPD, JPN dan KPM
dari semasa ke semasa .

Makluman dan Tindakan :Guru PPKI dan PPM

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti , Jabatan Pendidikan Negeri Johor Muka Surat | 1
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2.1.3 Surat Aku janji


- Semua kakitangan awam hendaklah berikrar agar sentiasa taat kepada Yang
di-Pertuan Agong,negara dan kerajaan
- Penjawat Awam juga hendaklah sentiasa melaksanakan tugas dengan
cermat, bersungguh-sungguh , cekap, jujur dan amanah
- Penjawat awam juga dilarang menggunakan kedudukan diri sendiri sebagai
penjawat awam untuk mendapat faedah sendiri
.
Makluman : Semua Guru dan AKP’’

2.1.4 Perintah-Perintah Am Kerajaan


- Semua penjawat awam hendaklah mematuhi syarat yang terkandung dalam
Perintah Am Kerajaan
Bab A : Lantikan dan Kenaikan Pangkat
Bab B : Elaun-Elaun dan Kemudahan Dalam Perkhidmatan
Bab C : Cuti
Bab D : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
Bab E : Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan
Bab F : Perubahan
Bab G : Waktu Bekerja dan Lebih Masa
- Semua kakitanga awam hendaklah prihatin dengan keadaan semasa dan
perubahan dan pindaan dalam pekeliling yang berkaitan dengan Perintah-
Perintah Am Kerajaan

Makluman : Semua Guru dan AKP

2.2 Taklimat Etika Profesion Keguruan

2.2.1 Peraturan dan Akta Berkaitan Tugas Guru


- Semua guru hendaklah mematuhi pekeliling berkaitan tugas dari semasa ke
semasa
- Semua guru hendaklah berpegang teguh terhadap Akta Rahsia Rasmi dan
tidak memberitahu sebarang berita berkaitan jabatan tanpa mendapat
kebenaran rasmi ketua jabatan
- Guru dilarang menggunakan pengaruh politik atau kenamaaan untuk
kepentingan diri
- Pegawai awam tidak boleh mengeluarkan kenyataan awam sehingga
mendapat kebenaran menteri yang berkaitan
- Pegawai Awam dilarang terlibat dengan mana-mana Skim Cepat Kaya
- Pegawai Awam mestilah mematuhi waktu bekerja

Tindakan : Semua Guru

2.2.2 Pelanggaran Peraturan


- Pegawai dikira melanggar peraturan sekiranya hilang selepas mengetik kad
perakam waktu di waktu pagi dan muncul semula di waktu petang bagi
mengetik waktu pulang
- Pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran akan
dikenakan tindakan tatatertib
- Pegawai juga dilarang berkelakuan yang boleh menimbulkan syak yang
Munasabah
- Pegawai juga dilarang menguruskan perniagaan sendiri atau ahli keluarga
pada waktu pejabat atau waktu bertugas rasmi

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti , Jabatan Pendidikan Negeri Johor Muka Surat | 2
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

- Pegawai juga dilarang menyebelahi atau memberi keutamaan kepada kenalan


atau ahli keluarga dalam menimbangkan sesuatu permohonan
- Pegawai awam juga ditegah sama sekali terlibat dengan dadah, gangguan
seksual, rasuah, loteri, meminjam wang daripada sumber yang tidak sah,
menerbit dan menyunting akhbar atau majalah dan melibatkan diri dalam politi

Makluman : Semua Guru dan AKP

3. HAL-HAL LAIN
- Tiada

4. PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi .


b. Mesyuarat ditangguhkan pada 5.00 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh, Disahkan Oleh:

.........................................… ................................. …….......................….


(Nor Fauziyana Bt Mosbiran) ( Teo Siok Kiow ) ( Yen Lay Hon )
Setiausaha GPK 1 Pengerusi
Tarikh : 07.05.2017 Tarikh : 07.05.2017 Tarikh : 07.05.2017

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti , Jabatan Pendidikan Negeri Johor Muka Surat | 3
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like