You are on page 1of 2

KATA GANDA

1. Kata ganda terbentuk melalui proses mengulang kata dasar, sama ada seluruhnya atau
bahagian-bahagian tertentu.
2. Kata ganda terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan.
3. Kata ganda :
Kata Ganda Penuh
Kata Ganda Separa
Kata Ganda Berentak
Kata Ganda Berimbuhan

Kata Ganda Penuh

1. Kata ganda penuh bermaksud seluruh kata dasar diulang atau digandakan.
2. Kata ganda penuh mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda penuh membawa beberapa maksud, iaitu :
(a) tunggal
(b) jamak (banyak)
(c) banyak (bersifat)
(d) untuk menguatkan keterangan

Kata Ganda Separa

1. Kata ganda separa ialah pengulangan sebahagian kata dasar sahaja.


2. Kata ganda separa tidak diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda separa membawa beberapa maksud, iaitu :
(a) tunggal
(b) jamak (banyak)
(c) menyerupai sesuatu
(d) untuk menguatkan keterangan

Kata Ganda Berentak

1. Kata ganda berentak ialah kata dasar yang mengalami perubahan bunyi apabila
digandakan.
2. Kata ganda berentak mesti disertai tanda sempang (-).
3. Kata ganda berentak membawa beberapa maksud, iaitu :
(a) paling atau sangat
(b) berkali-kali
(c) bermacam-macam

Kata Ganda Berimbuhan


1. Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang diberikan imbuhan.
2. Kata ganda berentak mesti disertai tanda sempang (-).
3. Imbuhan pada kata ganda terbahagi kepada empat jenis, iaitu :
(a) paling atau sangat
(b) akhiran
(c) apitan
(d) sisipan
4. Kata ganda berimbuhan mempunyai
beberapa maksud, iaitu :
(a) banyak atau jamak
(b) perbuatan menyaling
(c) bermacam-macam
(d) menyerupai sesuatu
(e) perbuatan berulang-ulang

You might also like