Professional Documents
Culture Documents
Jawapan Kertas 3 Bab 3 Tingkatan 5
Jawapan Kertas 3 Bab 3 Tingkatan 5
Konsep bangsa
…Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam ikatan ketatanegaraan atau dengan
kata lain warganegara sesebuah negara.
…Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.
…Konsep bangsa Malaysia dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Majlis
Perniagaan Malaysia pada 28 Februari 1991.
…Negara dan bangsa Malaysia terbentuk apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka
pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
…Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang mempunyai
bahasa,budaya,kepercayaan,dan pendapat terhadap keduniaan yang berbeza.
…bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan.
…Pengamalan kebudayaan kebangsaan.
…Pengamalan rukun negara dalam setiap aspek kehidupan.
…Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan,pengisian
kemerdekaan,dan pengekalan kemerdekaan.
[27x1m] [Maksimum:5 markah]
3. Ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
…Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa
negara kita.
…Peradaban dan peraturan kenegaraan kerajaan Melaka tercatat dalam buku Sejarah Melayu atau
Sulalatus Salatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang.
…Sejarah Melayu merupakan dokumen historiografi Melayu yang terpenting.
…Kesultanan Melayu Melaka mempunyai masyarakat yang tersusun,berperaturan dan mempunyai
sistem pentadbiran dan politik yang tersendiri.
…Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan pelabgai kesan dan warisan sosial politik dalam
sistem pemerintahan negara kita.
…Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan cirri-ciri negara bangsa
moden pada hari ini.
…Ciri-ciri negara dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah wilayah pengaruh.
…Setiap negara mempunyai wilayah,iaitu tempat tinggal rakyat dan sempadannya sendiri yang
diterima umum.
…Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan mengakui
pemerintahan seorang raja.
…Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruhnya yang luas walaupun
sempadannya tidak ditetapkan.
…Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan tanah Melayu dan seluruh bahagian
Timur Sumatera.
Kedaulatan
...Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi sesebuah wilayah ke atas rakyatnya.
…Kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.
…Kedaulatan juga dirujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah negara atau pemerintah.
…Negara atau pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang dimilikinya untuk menggubal dan
menguatkuasakan undang-undang.
…Ini bermakna negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.
…Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan,paksaan,taklukan,atau
penjajahan kuasa asing.
…Pengertian tentang kedaulatan dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka adalah berbeza dengan
negara moden kerana kedaulatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dirujuk terus kepada raja
yang memerintah..
…Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.
Lambang-lambang
…Lambang negara merupakan symbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara.
…Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambing penaytuan bangsa dan negara.
…Sistem pemerintahan beraja,adat istiadat Melayu,bahasa Melayud an agama Islam merupakan
warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
…Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka dilambangkan dengan alat
regalia,nobat,warna,bahasa,undang-undang,protocol,dan adat istiadat istana.
…Antara alat kebesaran diraja yang menjadi symbol kedaulatan raja dan kerajaan yang memerintah
ialah tengkolok diraja,cogan agama,gendik diraja,kalung diraja,dan pending diraja.
Keunggulan Undang-undang
…Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat melalui
peraturan yang telah diwartakan.
…Undang-undang dicipta untuk memeliharakeamanan dan melindungi rakyat.
…Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan,kehakiman,bahasa,agama,dan
kerakyatan yang diterima oleh masyarkat.
…Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang
dipengaruhi oleh hokum adat tempatan dan agama Islam,iaitu hokum kanun Melaka dan Undang-
undang Laut Melaka.
…Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal.
…yang menyentuh tentang bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dalam kalangan
anggota masyarakat.
…turut menyatakan kesalahan terhadap kesalahan jenayah awam,undang-undang keluarga dan
sebagainya.
…Undang-undang laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran
di laut.
…Seperti tanggungjawab pegawai kapal.
…aturcara pelayaran.
…cara perniagaan.
…bidang kuasa nahkhoda kapal.
…hukuman bagi kesalahan jenayah.
Rakyat
…Rakyat islah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah.
…Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
…Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah.
…Sebagai tanda ketaatan,rakyat bersedia untuk mempertahankan negara,menghadiri adat istiadat
kerajaan,mengadakan gotong royong,kerahan tenaga.
Kerajaan
…Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran.
…menjaga keamanan.
…mempertahankan kedaulatan negara.
…menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
…Pada masa dahulu,kerajaan hanya wujud apabila adanya raja.
…Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi yang
dibantu oleh Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan Laksamana.
…Pembesar berempat ini menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio
mengikut bidang tugas masing-masing iaitu di darat,di laut,di sekitar Melaka,dan di jajahan takluk
Melaka.
…Sistem Pembesar 4 lipatan ini menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan di
Melaka.
[49x1m][Maksimum :15 markah]
8. Rumusan
…Pengetahuan yang diperoleh
…Iktibar kepada diri,bangsa dan negara.
…Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.