You are on page 1of 1

MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT MURID TAHUN 4

MENGENAI TOPIK BAHAN KONDUKTOR DAN PENEBAT DENGAN


MENGGUNAKAN HI 3 GUN
Mohd Hariz Hazwan Bin Wahad
Azman Bin Omar
IPG Kampus Sultan Mizan, 22200 Kota Putera, Besut Terengganu
harizwa@gmail.com
013-9634708

Abstrak
“Hi-3 Gun” ialah satu kaedah pengajaran yang dihasilkan bagi meningkatkan
pemahaman murid-murid tentang perbezaan diantara bahan konduktor dan bahan
penebat elektrik di samping menarik perhatian murid untuk fokus dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. “Hi-3 Gun” ini melibatkan penggunaan tiga
deria manusia iaitu penglihatan,pendengaran dan sentuh serta litar elektrik yang
telah diubahsuai. Dengan menggunakan pendekatan berpusatkan murid, kaedah ini
dapat merangsang minda murid untuk membezakan diantara konduktor dan penebat
elektrik secara holistik. Pada kebiasaanya, murid menghadapi masalah untuk
menentukan bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik ataupun tidak. Bahkan
murid mempunyai miskonsepsi tentang bahan konduktor yang bukan terdiri daripada
bahan logam seperti karbon. Bagi menangani masalah ini, langkah alternatif telah
dicipta dengan menggabungkan unsur alatan permainan yang boleh mengesan
bahan konduktor dan penebat bagi meningkatkan minat murid dalam pembelajaran
dan pengajaran sains. Kreativiti dan inovasi yang terdapat pada alatan yang dicipta
ini akan menyebabkan murid lebih jelas mengetahui contoh-contoh bahan
disekeliling mereka dengan betul. Disamping itu, alatan ini dikatakan mesra
pengguna apabila ia boleh diaplikasikan kepada semua lapisan murid samada murid
berkeperluan khas dan murid yang normal tatkala melihat kepada penggunaan 3
deria dalam alatan permainan ini. Penggunaan “Hi-3 Gun” diyakini mampu
meningkatkan minat murid serta prestasi secara optimum khususnya dalam
menguasai kandungan pengajaran dan pembelajaran

Kata Kunci : Hi 3 Gun, Miskonsepsi, Konduktor, Penebat, Bahan mengalirkan arus


elektrik, Deria, Penglihatan, Pendengaran, Sentuh, Berpusatkan Murid.

You might also like