You are on page 1of 2

PANDUAN RINGKAS MENULIS KERTAS KERJA

01. Tajuk Kertas Kerja

Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat / objektif program.

02. Tujuan

Nyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada;

- Kelulusan / Makluman / Perbincangan / Lain-lain.

- Untuk siapa dikemukakan.

03. Objektif

Nyatakan objektif / matlamat yang ingin dicapai.

- Dinyatakan mengikut keutamaan [maksimum 5].

04. Maklumat Projek

- Tarikh / Hari

- Masa

- Tempat

- Kerjasama / Bantuan mnna-mana pihak

- Tema

05. Penyertaan

Nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini sama ada pelajar pengajian tinggi,
kakitangan, pelajar sekolah, masyarakat umum atau lain-lain.

06. Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur

- Carta Organisasi

- Struktur Organisasi [lengkap dengan nama penuh, No. Pelajar dan Jawatan]

- Peranan dan Tugas Ahli Jawatan Kuasa


07. Aturcara Program

Nyatakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir program termasuk acara Perasmian
dan Penutup dengan memasukkan maklumat terperinci, Perasmi dan Jawatan, Penceramah, Tajuk
Syarahan dan lain-lain.

08. Penceramah

Senaraikan cadangan nama penceramah / pembentang / pengerusi beserta maklumat terperinci seperti
alamat, pekerjaan, alamat majikan dan lain-lain.

09. Sokongan

Perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Dekan / Pengetua / Penasihat / YDP MPP - mana yang
berkenaan bagi tujuan komen / pandangan dan sokongan.

10. Belanjawan

- Anggaran Pendapatan

- Anggaran Perbelanjaan [Nyatakan dengan terperinci]

11. Penutup

Nyatakan harapan dan terima kasih atas pertimbangan untuk diluluskan / seumpamanya. Tulis nama,
jawatan dan tandatangan Pengerusi / Pengarah Program.

Catatan:
Kertas kerja hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Inggeris hanya untuk
program yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris sahaja. Kertas kerja hendaklah dijilid kemas dan
dibuat salinan serta dikemukakan kepada pihak yang berkenaan serta surat iringan [untuk memohon
kelulusan dan sebagainya yang berkenaan].

NOTA:
Semua siri panduan mengenai penganjuran program / aktiviti ini berlatar belakangkan IPTA /
Universiti. Sila ubah suai mana yang perlu mengikut situasi dan keperluan masing-masing. Harap
maklum.

www.samizul.net

You might also like