You are on page 1of 1

Bahagian A (i): Meringkaskan Karangan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan kitar semula. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia dianggarkan menghasilkan sebanyak 15 000 tan sampah dalam sehari. Jumlah ini
dijangka akan meningkat pada kadar dua peratus pada setiap tahun. Oleh itu, kerajaan telah
melancarkan program kitar semula sebagai satu cara mengelakkan pembaziran wang dan tenaga
kerja yang banyak untuk menguruskan sampah yang semakin banyak.

Selaras dengan pelancaran tersebut, pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkah
meletakkan tong-tong kitar semula di tempat-tempat yang sesuai seperti di kompleks beli-belah,
sekolah dan pusat perniagaan. Setiap set tong kitar semula terdiri daripada tiga buah tong iaitu tong
coklat untuk bahan-bahan kaca, tong biru untuk kertas, serta tong jingga untuk plastik dan logam.
Selain dapat mengurangkan jumlah tapak pelupusan sampah, program kitar semula juga
bermatlamat untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada
masyarakat.

Apabila tong-tong kitar semula itu penuh, bahan-bahan yang terkumpul akan dibawa ke pusat
pengumpulan barang terpakai. Barangan kitar semula yang dibawa akan dinilai dan pusat
pengumpulan akan memberikan bayaran kepada syarikat yang membawanya. Pengguna yang
membawa barangan terpakai terus ke pusat pengumpulan akan mendapat bayaran yang berpatutan
juga. Sehubungan itu, kerajaan telah menawarkan beberapa galakan yang lain seperti pengecualian
cukai bagi mesin dan peralatan yang digunakan untuk kitar semula.

Selain pihak kerajaan, pihak swasta digalakkan turut serta dalam rangkaian aktiviti kitar
semula. Misalnya, mereka menggalakkan pekilang-pekilang menggunakan bahan kitar semula
sebagai asas dalam pembuatan produk mereka. Dalam hal ini, negara dapat juga menjimatkan
penggunaan bahan mentah.

Bahagian A(ii): Pemahaman

1) Berikan maksud rangkai kata mengambil langkah dalam petikan. (2 markah)


2) Apakah matlamat-matlamat program kitar semula? (4 markah)
3) Program kitar semula di negara tidak mendapat sambutan daripada seluruh masyarakat. Pada
pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? (4 markah)

You might also like