You are on page 1of 11

Kaedah Pengajaran Pendidikan Khas

 Kaedah Dan Teknik Mengajar

Pengajaran secara kumpulan


Berasaskan strategi berpusat pada murid
Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing
Jenis kumpulan: a) mengikut kebolehan b) guru rancang P&P
secara berperingkat
Murid dikumpulkan berdasarkan hasil penilaian
Sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira
Ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan lain
mengikut tahap kebolehan
Komposisi ahli tidak sama untuk setiap kumpulan bagi
matapelajaran yang berlainan

 Kumpulan pelbagai kebolehan

Pembentukan kumpulan yang mengandungi murid-nurid yang mempunyai


pelbagai kebolehan dan kecenderungan
Sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti permainan, simulasi,
perbincangan, projek dan ujikaji
Murid-murid yang cerdas dapat membantu murid-murid yang lambat
 Pengajaran secara individu

Kaedah mengajar yang berlaku di antara seorang guru dan seorang murid
sahaja
Murid-murid yang diajar dengan kaedah ini akan dapat mengembangkan
potensi mereka dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial secara
menyeluruh serta seimbang

 Faktor-faktor yang diambil kira dalam pengajaran secara individu

Kebolehan dan pengalaman sedia ada


Punca masalah yang dihadapinya
Strategi dan teknik mengajar
Isi pelajaran dan bahan bantu mengajar
Langkah-langkah pengajaran mengikut urutan
Aktiviti pengukuhan dan penilaian
Aktiviti pembelajaran untuk murid-murid lain
Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi

PENDEKATAN

Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan


berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan
satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang
dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan).

Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan


yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan.

Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran;

 konkrit ke abstrak
 mudah ke kompleks
 keseluruhan ke sebahagian
 umum ke spesisifik (deduktif)

Pendekatan mengajar

Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan


kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian
dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran
dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik
dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan
murid.Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan
seperti penggunaan ICT.
KAEDAH

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran


pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Merupakan satu siri
tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus
dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu
objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. “Merujuk
kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang
tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M.
Anthony 1963).

Jenis kaedah

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam


pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah

1. Kaedah Tradisional

 Tugasan membaca buku teks


 Kuliah
 Mengucap dengan kuat
 Tumpuan kepada perbendaharaan
 Laporan secara lisan oleh murid
 Mengkaji semula(riview)
 Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu :

 P1- Kenal pasti masalah


 P2- Rancang penyelesaian
 P3- Kumpul maklumat
 P4- Buat tafsiran
 P5- Buat kesimpulan
3. Kaedah kumpulan

 perbincangan kumpulan
 kuliah perbincangan
 kerja jawatankuasa
 main peranan
 Sesi Buzz
 Sumbangsaran
 Wawancara
 Konferen

4. Kaedah penyelesaian masalah

 Projek
 Tinjauan
 Penyelidikan atau penjelajahan
 Tunjukcara atau demonstrasi
 Kelab kesihatan
 Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang,


memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas
Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut.

1. Menganalisis dan memahami masalah


2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.
4. Membentuk jawapan yang mungkin.
5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif.
6. Pilih penyelesaian yang sesuai.
7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.
Kelebihan

 Menggalakkan interaksi antara pelajar


 memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi
 menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

Kelemahan

 Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru


 Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan.
Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan
masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

5. Kaedah Kolaboratif

Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta


tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu
yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana
sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti
pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu
matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan
untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran
kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan
mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah
kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

6. Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah

 murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi


diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan
 murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah.
Ahli kumpulan bergantung secara positif.
 murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli
kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.
 murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan
masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk
menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan.
 Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut
giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi
penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.
 Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi
pencapaian matlamat.

TEKNIK

Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah


mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik
bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan,
simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan
pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian
objektif berikut ;

 Umur
 Kebolehan
 Kecerdasan
 Minat

Teknik simulasi

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan


sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang
benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan
terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan
secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya
dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau
rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan
menggunakan komputer.
Teknik main peranan

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan


mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang
dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang
baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh
dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

Teknik latih tubi

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti


secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau
konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan
bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran
pendidikan jasmani yang dipelajari.

Teknik demonstrasi

Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang


menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid
dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan
cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan
murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur,
kemas dan berkesan.

Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta
segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan
menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru
boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di
padang.

Teknik sumbangsaran

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian


masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang
dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu
topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan
dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu

 topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.


 kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan
 pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan
perjalanan aktiviti berjalan lancar
 setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.
 semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.
 cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas

Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran


dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah
betul.Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul.
Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar
bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-
caramemegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola,
hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.

STRATEGI

Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik

untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada


;

 Kebijaksanaan memilih pendekatan


 Kecekapan merancang kaedah dan teknik
 Berdasarkan objektifnya

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu
penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara.
Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak
terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan
sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan.

Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut


perlu di guna pakai sebagai panduan :

 Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif


pengajaranyang berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif
dan domain afektif.
 Domain psikomotor – merujuk kepada perkembangan kemahiran
manipulatif atau motor.
 Domain kognitif – merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam
perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek.
 Domain afektif – merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan
individu
 Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis
dalam bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut;
o Kemahiran yang khusus
o Boleh diukur
o Boleh dicapai
o Munasabah
o Masa mencukupi
 Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran
yang diajar bagi satu sesi pengajaran.
 Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.
 Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan
kelas.
 Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau
mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.
 Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan
bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait.
 Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh
menimbulkan motivasi murid atau perangsang.
 Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ;

P1- Penerangan (semasa, maklum balas)

P2- Praktik (pengelolaan)

P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang)

P4- Permainan atau pertandingan

P5- Penyeliaan atau pembetulan

 Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.


 Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan
agar mudah dilihat oleh murid-murid.
 Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan
atau memberikan perhatian.
 Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan
pengajaran pembelajaran.

You might also like