You are on page 1of 4

SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN VIDEO KEPENGGUNAAN


SEMPENA SAMBUTAN HARI HAK-HAK PENGGUNA SEDUNIA 2019

1) PENYERTAAN

(a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur
18 tahun dan ke atas.

2) FORMAT PERTANDINGAN

(a) Setiap penyertaan mestilah menepati tema Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2019
iaitu ‘Trusted Smart Products’.
(b) Penyertaan dibenarkan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dengan
menyediakan sari kata yang bersesuaian.

3) SYARAT PERTANDINGAN

(a) Penyertaan boleh dikemukakan secara individu/kumpulan.


(b) Video yang dihasilkan tidak melebihi satu (5) minit termasuk kredit.
(c) Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi setiap
peserta hanya layak menangi satu hadiah sahaja.
(d) Setiap video pendek adalah merupakan hasil karya sendiri.
(e) Karya yang mempunyai unsur plagiat adalah tidak dibenarkan. Sekiranya video
penyertaan merupakan bukan karya asli, maka penyertaan tersebut terbatal
dengan serta-merta.
(f) Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana
pertandingan filem/video.
(g) Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama ada
menggunakan telefon pintar/perakam video untuk menghasilkan video. Elemen
lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing adalah
dibenarkan.
(h) Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
(i) Format video yang ditetapkan adalah .mov, .avid atau .mp4 sahaja.
(j) Salinan video hendaklah dikemukakan dalam bentuk cakera padat DVD berserta
Borang Penyertaan (Lampiran A) kepada urus setia di alamat berikut:

Bahagian Gerakan Kepenggunaan


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna
Aras 4 (Podium 2), No.13
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 PUTRAJAYA, MALAYSIA

4) KRITERIA PENGHAKIMAN

(a) Setiap video penyertaan akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema
pemarkahan seperti berikut:

(i) Idea = 40 markah


(ii) Kreativiti = 40 markah
(iii) Kesesuaian dengan tema = 20 markah
100 markah

(b) Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-
menyurat tidak akan dilayan.
(c) Setiap video penyertaan yang diterima oleh pihak Urus setia akan menjadi hak
milik Kementerian dan pihak Kementerian boleh menggunakan video-video
penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan.

5) SENARAI HADIAH PEMENANG

(a) Pemenang akan menerima pengiktirafan seperti berikut:

Hadiah Tempat Pertama = Wang Tunai RM 3,000.00 dan Sijil Penghargaan


Hadiah Tempat Kedua = Wang Tunai RM 2,000.00 dan Sijil Penghargaan
Hadiah Tempat Ketiga = Wang Tunai RM 1,000.00 dan Sijil Penghargaan
Sagu hati = Wang Tunai RM 200.00 dan Sijil Penghargaan
6) PENOLAKAN PENYERTAAN

(a) Urus setia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan
mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari masa ke semasa.

7) TARIKH TUTUP PENYERTAAN


(a) Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Urusetia selewat-
lewatnya pada 31 MAC 2019 sebelum jam 4.30 petang.
(b) Penyertaan yang diterima selepas tarikh penutupan akan ditolak.

8) PERTANYAAN
(a) Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn.Belinda Liew di talian 03-8882 6181 atau
En Mohd Jibril Ramlee 03-8882 5859.
LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN VIDEO KEPENGGUNAAN
SEMPENA SAMBUTAN HARI HAK-HAK PENGGUNA SEDUNIA 2019

NAMA KETUA
1 :
KUMPULAN

2 NAMA AHLI :

3 TAJUK VIDEO :

4 ALAMAT :

NO. TELEFON
5 :
BIMBIT

SINOPSIS :

TANDATANGAN / NAMA: TARIKH:

You might also like