You are on page 1of 3

Laporan program larian merentaas kampus dan road relay 2019

1.0 Pengenlan

Larian merentas kampus dan road relay pada tahun ini telah dianjurkan oleh kumpulan
PISMP Jun 2017 yang terdiri daripada kumpulan Matematik, Sains dan Pendidikan Tamil. Setiap
kumpulan memainkan peranan sebelum, semasa dan selepas larian kampus dan road relay
berlangsung. Oleh yang demikian untuk memudahkan pengendalian acara ini setiap kumpulan
telah diagihkan tugasan antaranya, AJK peralatan, AJK penamat, dan sebagainya. Saya dan
kumpulan diberi tugas sebagai AJK peralatan bagi kejohanan ini. Kumpulan AJK peralatan terdiri
daripada pelajar Matematik, Sains dan Pendidikan Tamil iaitu Zul Fahmi, Subramaniam, Afiq,
Faizul, Ajmal dan Senti. Senti telah menyuarakan hasrat untuk menjadi ketua dalam kumpulan
ini kerana dia seorang sahaja perempuan dalam kumpulan AJK peralatan. Hal ini kerana, AJK
peralatan adalah salah satu AJK terpenting bagi menjayakan program ini. Kami telah membuat
satu mesyuarat bersama AJK-AJK lain untuk membuat jaringan bagi mengumpul data peralatan-
paralatan yang dikehendaki nanti. Apabila kami selesai mendapatkan semua peralatan tersebut,
kami menyenaraikan di dalam satu helaian sebelum kami memulakan proses tempahan.
Sebelum memulakan proses tempahan, kami telah membahagikan tugas untuk menempah
semua peralatan yang telah disenaraikan. Kami membahagikan tugas kerana tidak semua
peralatan yang kami ingin tempah tersebut bersumberkan kepada sesuatu tempat sahaja. Akan
tetapi, peralatan-peralatan tersebut perlu didapati dari Unit Stor, Unit Aset dan Unit Operasi.

2.0 Sebelum larian merentas kampus/road relay

Sebelum kami melakukan apa-apa perkara berkaitan tugasan AJK peralatan kami
telah mengadakan satu sesi mesyuarat ringkas bagi mengemukan pandangan mereka berkaitan
dengan tugasan AJK peralatan. Setelah kami berbincang bersama gambaran awal telah kami
teliti supaya gerak kerja kami tidak tersasar dengan tujuan asal kewujudan AJK peralan ini. Kami
mengorak langkah pertama iaitu membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada
pensyarah kami iaitu DR Mat Salleh. Kami juga sentiasa berhubung dengan pengarah projek jika
terdapat sebarang keraguan. Setelah itu, Kami juga mengumpul senarai peralatan-peralatan
yang diperlukan untuk Larian Merentas Kampus/road relay di seluruh kawasan IPGKPP. Kami
telah membuat senarai semak untuk peralatan-peralatan yang diperlukan bagi setiap AJK yang
berkenaan. Setelah menerima senarai peralatan, kami telah mengagihkan tugasan untuk
menempah peralatan-peralatan yang diperlukan.Sebelum sehari larian Merentas kampus/road
relay berlangsung, kami telah mengingatkan AJK yang berkenaan tentang pengambilan
peralatan di stor sukan dan juga pentadbiran. Kami turut bersama dengan AJK yang lain ketika
pengambilan peralatan dari stor sukan dan stor dii blok beringin. Ketua kami telah meminta
tandangan kepada AJK berkenaan supaya dapat menjadi bukti pemberiaan peralatan.

3.0 Semasa larian merentas kampus/road relay

Pada pagi acara larian berlangsung, kesemua AJK telah turun awal ke padang
untuk memastikan setiap peralatan telah sedia ada di setiap tempat yang dikehendaki. Kami juga
telah membuat semakan semula bilangan peralatan yang telah dipinjam menggunakan borang
senarai semak. Contohnya, bilangan baton untuk larian road relay, bilangan dulang adalah tiga,
alas dulang adalah tiga, kon besar dua puluh dan sebagainya. Setelah menyemak semula
bilangan peralatan yang kami sediakan, kami juga memastikan alat-alat tersebut berada di tempat
yang ditetapkan. Contohnya, kami memastikan kon leper disusun di tempat garisan penamat.
Setelah acara larian merentas kampus dimulakan kami juga sering kali memastikan sama ada
peralatan yang kami sediakan mencukupi atau boleh digantikan sekiranya keadaannya tidak
selamat.

4.0 Selepas larian merentas kampus/ road relay

Program larian merentas kampus/road relay telah berjaya berlangsung tanpa menghadapi
sebarang masalah teknikal ataupun masalah kecederaan. Oleh itu, satu majlis penutupan telah
dilaksanakan untuk mengakhiri kejohanan ini. Kami juga telah berkejasama dengan semua ahli
kelas PISMP Jun 2017 ntuk bersama-sama mengumpulkan peralatan untuk dipulangkan di stor
sukan. Bagi memudahhkan proses pengiraan semula bilangan peralatan semua peralatan telah
dikumpulkan di astaka dan memastikan kesemua bilangan peralatan yang dipinjam itu lengkap
baru dipulangkan semula di stor sukan IPGKPP. Contoh senarai semak peralatan di rajah 1. Akhir
sekali sebagai AJK peralatan telah memastikan kesemua peralatan yang dipinjam berada dalam
keadaan yang baik sehingga tamatnya Program Larian Merentas Kampus/road relay. Peralatan-
peralatan tersebut juga berjaya dipulangkan mengikut kuantiti yang telah dipinjam.
BIL. PERALATAN KUANTITI NAMA PENERIMA NAMA PEMULANG KEADAAN
PERALATAN
1. DULANG 3

2. ALAS DULANG 3

3. ALAS MEJA 1

4. BUNGA 1

5. GELAS VIP 6

6. KON BESAR 20

7. KON KECIL 30

8 KON LEPER 40

9. TALI RAFIA 4 GULUNG

10. KAYU PANJANG 20

11. BATON 11

RAJAH 1 : Senarai semak yang digunakan untuk menyemak kelengkapan dan


keadaan peralatan

You might also like