You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN

JALAN BANDAR SUNGAI LONG, 43000 KAJANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

BILANGAN 1 TAHUN 2019

Tarikh : 8 Januari 2019

Masa : 12.30 tengah hari

Tempat : Bilik Dialog Prestasi SKTR

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. Romna binti Rosli Guru Besar (Pengerusi)


2. Muhammed Edzhar bin Mustapha Guru Penolong Kanan HEM
3. Muhammad Zakwan bin Abdul Rahim Ketua Unit Disiplin dan Pengawas
4. Noor Fadzlee bin Dasmim AJK
5. Mohd Helmi bin Pangat AJK
6. Ahmad Safwan bin Muhamad Yusof AJK
7. Mulkit Kaur AJK
8. Rabiatul Adawiyah binti Ahmad Johari AJK
9. Mohamad Fazly bin Omar AJK
10. Abdul Rahim bin Abdullah Guru Kaunseling
11. Azmir bin Ali AJK
12. Gunavathi a/p Andi Guru Kaunseling
13. Zureni binti Ismail AJK
14. Nur Reena binti Abdullah AJK
15. Syed Amarudin Syah bin Syed Baharudin Setiausaha

Tidak Hadir (Bersebab)

1. Thamilcelvi a/p Rathinasamy (Cuti sakit)

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Puan Romna binti Rosli selaku pengerusi mengucapkan selamat datang dan
terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat kali ini.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Cadangan : En. Fazly bin Omar
Sokongan : En. Azmir bin Ali
Makluman
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Buku Salah Laku Murid
En. Edzhar memberitahu bahawa buku telah disediakan. Satu taklimat bersama
guru kelas akan diadakan untuk menerangkan cara penggunaan buku salah laku
murid. Buku tersebut akan dikutip oleh unit disiplin untuk direkodkan pada Sistem
Salah Laku Disiplin Murid (SSDM).

Makluman
3.2 Buku Catatan Murid Datang Lewat ke Sekolah
Pengawas akan merekod murid yang hadir lewat.En. Edzhar mencadangkan
murid lewat diasingkan tempat. Catatan akan dibuat mengikut senarai nama kelas.
Dengan ini dapat memudahkan guru memantau kekerapan murid yang lewat.
Hukuman akan dijalankan bagi murid yang hadir lewat.

Tindakan: Semua guru disiplin dan pengawas

3.3 SSDM
En. Edzhar meminta supaya menguar-uarkan kepada guru kelas untuk mencatat
sahsiah baik murid pada SSDM. Guru Besar mengingatkan rekod kesalahan
SSDM mestilah diisi oleh guru disiplin. SSDM diisi untuk tindakan serta memberi
makluman kepada ibu bapa melalui surat.
Tindakan: En. Muhammad Zakwan

3.4 Bendera
Pn. Reena mencadangkan bendera Malaysia, bendera Negeri Selangor dan
bendera sekolah perlu ditukar kerana bendera sudah lusuh.
Tindakan: Pn. Reena

3.5 Uniform Murid Sekolah


Ibu bapa boleh memilih warna kasut sama ada hitam atau putih. Guru Besar
mengingatkan bahawa stokin mestilah sama dengan warna kasut. Ianya
berdasarkan arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). En.
Zakwan akan memberi peringatan mengenai pemakaian kasut kepada murid.
Tindakan: En. Muhammad Zakwan

3.6 Perlucutan Jawatan Pengawas


Guru Besar memberi peringatan kepada pengawas supaya menjaga
tingkah laku. Semua ahli jawatankuasa perlu memantau tingkah laku atau adab
pengawas.
Tindakan: Semua guru disiplin
3.7 Borang Pemantauan Pengawas
Pn. Reena menyatakan pemantauan mestilah melalui semua guru ahli
jawatankuasa disiplin. Akademik pengawas juga antara kriteria yang
dititikberatkan dalam pemantauan. Setelah pemantauan dijalankan, perbincangan
antara ibu bapa perlu dilaksanakan. Pihak pentadbir yang berhak membuat
perlucutan pengawas.
Tindakan: Semua guru disiplin dan pengawas

3.8 Murid Ponteng dan Cicir


Murid ponteng hadir tanpa sebab perlu ditanda (O).En. Edzhar meminta satu
salinan surat amaran diberikan keapada unit Bimbingan dan Kaunseling. Unit
disiplin akan mengeluarlan surat bagi murid yang tidak hadir t 3 hari berturut-turut
dan 10 hari tidak berturut.
Tindakan: Pn. Rabiatul
4. PERKARA-PERKARA BARU/ ISU/LAPORAN
4.1 AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA
Membuat penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk
setiausaha panitia, penyelaras mata pelajaran setiap tahun dan aktiviti koakademik.

4.2 AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA


Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu
membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama. Disamping
itu, pemakluman kepada ahli panitia tentang tempat penyimpanan peralatan dan buku
yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli
panitia.

4.3 PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/


Analisis peperiksaan akhir tahun perlu dibuat supaya dapat dibincangkan dalam
mesyuarat pertama untuk makluman dan tindakan semua ahli.

4.4 PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA


Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan
ETR yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat.
Setiap program perlu ada objektif yang hendak dicapai dan perancangan untuk
dilaksanakan, termasuk guru yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop
latihan/program.

4.5 PENGGUBALAN RPT


Penggubalan RPT perlu mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum.
Tarikh akhir sukatan pelajaran perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim
persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah. Tarikh semakan dan tarikh
penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.

4.6 BUKU REKOD MENGAJAR


Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu
dibincangkan dalam Panitia.

4.7 PENULISAN RPH


Guru-guru perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah
diputuskan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN

Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi
tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN

Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan
jumlah latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid
perlu mempunyai 12 latihan penulisan.

10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN

- Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan
latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat
pertama dan kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.

- Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat
jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.
11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN

Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan
dan skop soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah
diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama.

12. PENCERAPAN

Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua
ahli panitia.

13. ULBS/PBS

Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua
ahli. Borang yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.

14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA

Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap


ahli panitia.

HAL- HAL LAIN


5.1 Tanda Nama Murid
Ketetapan untuk tanda nama murid bagi tahun 2019. Warna yang ditetapkan
ialah warna biru gelap.
Makluman
5.2 Jadual Mengajar Guru Disiplin
En. Abd. Rahim mencadangkan agar waktu mengajar guru disiplin dikurangkan
untuk memastikan kelancaran kawalan disiplin murid.
Makluman

6. PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Urus Setia

Syed Amarudin Syah bin Syed Baharudin.

Setiausaha Unit Disiplin dan Pengawas

SK Taman Rakan

Tarikh : 15 Januari 2019

You might also like