You are on page 1of 11

ISSN: 1985-5826 AJTLHE, Vol 1 No.

2 29-38

KEUNGGULAN KAEDAH ELEKTIK SISTEMATIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA ARAB KEPADA PELAJAR MELAYU

Hj Maimun Aqsha Lubis

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk membandingkan keberkesanan tiga kaedah pengajaran bahasa Arab iaitu di
antara kaedah Taqlidiyah, kaedah al-Syam’iyat al-Shafawiyah dan kaedah eklektik sistematik. Tujuan
utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti kaedah pengajaran bahasa Arab yag paling berkesan untuk
mencapai penguasaan dalam empat kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menu-
lis). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk eksperimen quasi. Enam kumpulan pelajar
yang masing-masing terdiri daripada 50 orang pelajar di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabang-
sa merupakan subjek kajian ini. Kaedah Taqlidiyah digunakan oleh golongan pensyarah yang mem-
punyai latar belakang pendidikan TAFL (Teaching Arabic As First Language), kaedah al-Sam’iyat al-
Shafawiyah digunakan oleh golongan pensyarah yang mempunyai latar belakang pendidikan TASL
(Teaching Arabic As A Second Language). Manakala kaedah Eklektik Sistematik merupakan gabun-
gan kedua-dua kaedah Taqlidiyah, kaedah al-Syam’iyat al-Shafawiyah. Kurikulum yang digunapa-
kai bagi keenam-enam kumpulan pelajar dalam kajian ini adalah dikawal dari segi jantina, bangsa,
pengetahuan asas bahasa Arab dan latihan bahasa Arab di luar kelas. Kajian ini telah mengenal pasti
ciri-ciri dan langkah-langkah kaedah Eklektik Sistematik, yang dianggap sesuai untuk pengajaran ba-
hasa Arab kepada pelajar Melayu di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarbangsa Malaysia. Hasil
kajian menunjukkan bahawa kaedah Taqlidiyah berkesan bagi kemahiran kefahaman bacaan dan ke-
mahiran menulis di peringkat permulaan dan peringkat pertengahan. Kaedah al-Sam’iyat al-Syafawi-
yah didapati berkesan bagi kemahiran kefahaman mendengar dan kemahiran bertutur pada kedua-dua
peringkat; permulaan dan pertengahan. Kaedah Eklektik Sistematik didapati berkesan bagi keempat-
empat kemahiran pada kedua-dua tahap atau peringkat iaitu peringkat permulaan dan pertengahan.

Kata kunci: Pengajaran bahasa Arab, eksperimen quasi, Eklektik Sistematik, kemahiran bahasa,
peringkat permulaan dan pertengahan, pelajar Melayu

Abstract
This study was conducted to compare the effectiveness of three methods of teaching the Arabic lan-
guage namely the Taqlidiyah, the al-Sam’iyat al-Safawi’yah and the Eclectic Systematic. The purpose
of this study was to determine which of the three methods was more effective in achieving proÞciency
in the four language skill (listening, speaking, reading, and writing). The study was carried out using
a quasi experimental design. Six groups of 50 students each from the matriculation centre of the In-
ternational Islamic University were used as sample for this study. The Taqlidiyah method used some
techniques of TAFL (Teaching Arabic As First Language), the al-Sam’iyat al-Shafawiyah method used
some of the techniques of TASL (Teaching Arabic As A second Language). While the Eclectic Sys-
tematic method used the combination techniques of Taqlidiyah and al-Sam’iyat al-Safawi’yah meth-
od. The curriculum for six groups of students used in this study were controlled in terms of gender,
nationality, basic Arabic language skills and Arabic language training outside classrooms. This study
has identiÞed the characteristics and the procedures of the Eclectic Systematic teaching method,
which was found suitable for the teaching of Arabic language for Malay student at the matriculation
of the International Islamic University. Results of the study showed that the Taqlidiyah method was ef-
fective in teaching reading comprehension and writing skill for both the elementary and intermediate
levels. The al-Sam’iyat al-Shafawiyah method was effective in teaching listening comprehension and
speaking skill for both the elementary and intermediate levels. The Eclectic Systematic method
was effective in teaching all four language skills for both the elementary and intermediate levels.

Keyword: Methods of teaching Arabic language, a quasi experimental design, Eclectic Systematic,
language skill, elementary and intermediate levels, Malay students.

Pendahuluan

Seiring dengan perkembangan bahasa-baha- proses mental yang dapat mengeluarkan bahasa
sa lain, bahasa Arab juga mengalami perkem- tanpa perangsangan dari luar dan bahasa sebe-
bangan yang pesat. Kaedah-kaedah penga- narnya adalah hasil daripada pemikiran. Itulah
jaran bahasa mula dikaji dan diuji oleh para sebabnya dalam pendekatan ini, analisis dilaku-
sarjana bahasa. Kaedah-kaedah pengajaran ini kan dan bukannya analogi. Dengan analisis
yang didasari oleh teori-teori pemerolehan dan para pelajar menggunakan fikiran mereka untuk
pembelajaran bahasa telah dipraktikkan dan memahami satu-satu hukum tatabahasa Penga-
diselidiki keberkesanannya terhadap pelajar- jaran dibuat secara deduktif, iaitu guru mengajar
pelajar bahasa terutamanya berkaitan penga- secara formal tentang satu-satu hukum tataba-
jaran bahasa kedua dan bahasa asing kepada hasa (Kamarudin, 1988) dan (Hamizul, 2008)
bukan penutur jati. Kewujudan teori-teori pem-
belajaran seperti behaviorisme, kognitif dan in- Beberapa ciri pendekatan Kod Kognitif, menurut
teraksionalis mempengaruhi kaedah-kaedah Chastain dan Woerdehoff (1968), adalah:
pengajaran bahasa. Setiap pendokong teori-
teori ini mempunyai pendapat masing-masing a) Menggunakan latihan-latihan yang
yang kadangkalanya berbeza antara satu sama disusun khas untuk mengajar
lain. Rentetan daripada perbezaan-perbezaan “kefahaman”
ini, tercetusnya pertembungan dan perteling- tatabahasa berkaitan dengan konsep-
kahan mengenai kaedah pengajaran bahasa. konsep yang diperkenalkan.
b) Penerangan semua bahasa secara
Jika kita perhatikan, pertelingkahan besar ten- deduktif sebelum dijalankan latihan-
tang kaedah pengajaran bahasa timbul daripada latihan struktur tersebut.
dua pendapat yang berbeza, iaitu antara ahli-ahli c) Latihan semua kemahiran bahasa sejak
‘empiris’ dengan ahli-ahli ‘rasional’. Kedua-dua dari permulaan kursus.
golongan ini berbeza dalam dua perkara asas,
iaitu tentang takrif bahasa dan bagaimana ba- Dilihat daripada ciri-ciri tersebut, kaedah Kod Kog-
hasa dikuasai. Kedua-dua kumpulan ini mem- nitif ini mempunyai hubungkait dengan Kaedah
bincangkan teori-teori yang berlainan, iaitu ‘Teori Taqlidiyah atau kaedah Nahu Terjemahan. Kae-
Pembelajaran Kod Kognitif’ dan ‘Teori Behav- dah Taqlidiyah ini digunakan dalam pengajaran
iorisme Dengar-Tutur’. Teori pembelajaran Kod bahasa Arab bertujuan untuk memahami kitab
Kognitif dipelopori oleh Chomsky. Beliau telah al-Quran kitab Hadis dan kitab-kitab ilmu agama
memperkenalkan teori Nahu Terjemahan (Tans- yang asas seperti Tauhid, Fiqh, Tafsir, dan lain-lain.
formational Grammar(TG)). Menurut teori TG,
setiap yang dilafazkan menurut rumus-rumus Kaedah ini pernah diterapkan di sekolah-sekolah
sesuatu bahasa, mempunyai dua struktur, iaitu agama peringkat rendah dan juga di pering-
struktur permukaan dan struktur dalaman. Struk- kat menengah di Malaysia hingga sekarang.
tur permukaan ialah struktur ayat-ayat yang kita Kaedah ini juga telah dilaksanakan di pering-
gemar dengar dan lihat. Manakala struktur dala- kat universiti. Mohd Ali (1988) menjelaskan:
man ialah struktur ayat pada peringkat yang ab-
strak di dalam pemikiran penutur sebelum ayat Walaupun murid-murid telah sampai ke pering-
itu dilahirkan. Bahagian dalaman bahasa berupa kat sekolah menengah, namun kaedah penga-

29
jaran dan pembelajaran (bahasa Arab) mereka a) Pembelajaran bahasa pada asasnya
belum berubah, mereka masih berpegang ke- adalah satu proses yang mekanikal
pada ‘kaedah lama’ (kaedah Taqlidiyah) seperti membentuk tabiat.
yang diterapkan di peringkat sekolah rendah.
Para guru belum mencuba untuk mengajar mu- b) Analogi memberi asas yang lebih kukuh
rid-murid dengan kaedah langsung yang tidak terhadap pembelajaran bahasa
menggunakan penterjemahan kepada bahasa berbanding dengan analisis.
ibunda. Hal yang demikian mengakibatkan
murid-murid yang telah menamatkan pengajian Teori yang dianjurkan oleh Skinner ini
mereka di peringkat ini masih belum mampu menekankan peri mustahaknya stimulus dan
bercakap dengan baik dalam bahasa Arab. Leb- respons dalam pengajaran dan pembelajaran.
ih-lebih lagi tujuan utama mereka mempelajari Peranan dan fungsi otak tidak dapat diambil
bahasa Arab adalah untuk memahami al-Quran kira kerana hubungan-hubungan mental tidak
dan al-Sunah serta ilmu-ilmu agama yang asas dapat diamati. Aliran ini menganggap pembe-
seperti Tauhid, Fiqh, Tafsir dan lain-lain, dengan lajaran bahasa merupakan penguasaan satu
menterjemahkannya ke dalam bahasa ibunda. kebiasaan yang diperolehi dengan mengu-
Hal ini berlaku sampai ke peringkat universiti. lang perlakuan aktiviti yang hendak dikuasai.

Pendekatan Dengar-Tutur ini mempengaruhi pula


Mengikut Maimun Aqsha (1991), kelemahan pendekatan pengajaran bahasa Arab pada tahun
penguasaan kefahaman bacaan dalam ba- 50-an yang mana kaedah syarahan yang sedia
hasa Arab di Pusat Matrikulasi Universiti Islam ada pada masa itu mendapat saingan daripada
Antarabangsa diakibatkan kaedah pengajaran pendekatan Dengar-Tutur. Sebagaimana yang
al-Samciyat al-Shafawiyah yang tidak menga- dijelaskan oleh Mahmud Ismail Sini,et.al. (1979):
jarkan qawaid bahasa Arab secara teori nahu,
sementara kelemahan penguasaan kemahiran “Pada akhir-akhir tahun lima pulu-
bertutur berpunca daripada kaedah penga- han, telah muncul kaedah pen-
jaran Taqlidiyah yang kurang memahirkan ak- gajaran al-Samciyat al-Shafawiyah
tiviti bertutur dalam pengajaran bahasa Arab. (pendekatan Dengar-Tutur), yang men-
yaingi dan menentang kaedah “syara-
Di samping teori pembelajaran Kod Kognitif, terda- han”. Kaedah tersebut mengutamakan
pat pula teori pembelajaran “Teori Behaviorisme latihan-latihan secara berterusan ter-
Dengar Tutur” (bermula sejak 1957). Ahli bahasa hadap susunan-susunan bahasa Arab
yang mempeloporkan teori ini ialah Bloomfield yang lazim (khususnya latihan lisan).”
dan ahli psikologi yang mendasari teori aliran ini
ialah Skinner. Menurut teori ini bahasa itu diang- Menurut Mustafa al-Ghalayin (1973), bahasa
gap suatu aktiviti yang diperolehi melalui latihan Arab ialah perkataan-perkataan yang ditutur
dan pengulangan hingga menjadi satu tabiat, dan dan dituliskan oleh orang Arab untuk menyam-
bahasa itu adalah sesuatu yang hidup dan den- paikan maksud-maksud mereka. Bahasa itu
gan itu mestilah dipelajari dalam suasana sem- sampai kepada kita melalui proses pengajaran
ula jadinya iaitu bahasa lisan (Kamarudin 1988). dan pembelajaran. Al-Qur'an dan al-hadith
pula memelihara keutuhan bahasa tersebut.
Rivers (1980) telah membincangkan bebera-
pa tanggapan, yang antara lain terdapat dua Bahasa Arab yang diperbincangkan dalam tu-
perkara yang menjadi inti bagi teori Dengar- lisan ini adalah bahasa Arab fushah atau disebut
Tutur dalam pembelajaran bahasa asing atau juga dengan bahasa Arab standard (Standard
pengajaran bahasa sebagai bahasa kedua: Arabic). Bahasa Arab fushah adalah bahasa
Arab yang terdapat dalam kitab al-Quran, kitab
hadith dan kitab-kitab agama yang terkenal Fiqh,

30
Tafsir, Tauhid dan lain-lain. Di samping bahasa
Arab fushah, terdapat pula bahasa Arab cAmmi- 3. Kaedah Eklektik Sistematik
yah, iaitu bahasa Arab pasar atau Lughah al-Suq.
Lughah al-Suq ini tidak termasuk dalam tulisan ini. Kaedah ini ialah gabungan di antara kebaikan
kaedah Taqlidiyah dan kebaikan kaedah Al-Sam-
ciyat al-Shafawiyah. Ia dibuat berdasarkan hasil
Tiga Kaedah keputusan kajian peringkat sarjana pendidikan
UKM (Maimun Aqsha 1991). Melalui kaedah ini
1. Kaedah Taqlidiyah (Tradisional Nahu- pengajaran dimulakan dengan gabungan antara
Terjemahan) kemahiran mendengar dengan kemahiran mem-
baca, ia juga melibatkan semua kemahiran yang
Pengajaran dalam kaedah ini dimulakan dengan lain seperti kemahiran bertutur, kemahiran mem-
latihan kemahiran membaca, kemudian melibatkan baca dan kemahiran menulis. Pengajaran nahw
semua kemahiran yang lain seperti kemahiran ber- (tatabahasa) menerusi kaedah ini disampaikan se-
tutur, membaca, dan menulis. Pengajaran nahw cara induktif, iaitu dengan menampilkan ayat-ayat
(tatabahasa) pula disampaikan secara deduktif, (jumlah) dalam bahasa Arab kepada pelajar serta
iaitu dengan menerangkan definisi (takrif) satu-satu melatihkan ayat-ayat tersebut dalam kemahiran
qawaid dengan terperinci terlebih dahulu kemudian bahasa seperti kemahiran mendengar, kemahiran
diteruskan dengan menerangkan contoh-contoh bertutur, kemahiran membaca dan memahami,
yang berkenaan dengannya. Takrif kaedah ini akan sementara ayat-ayat ini adalah merupakan con-
disuruh hafazkan oleh guru. Ketika mengajarkan toh-contoh dalam satu-satu perkaedahan bahasa
teks bacaan sama ada bentuk perbualan ataupun Arab, sehingga sampai kepada definisi takrif kae-
rancangan, diadakan terjemahan ke dalam baha- dah tersebut. Cara induktif ini berlawanan dengan
sa ibunda (bahasa Melayu), dan pengajaran mela- cara deduktif pada kaedah Taqlidiyah / Tradisional.
lui kaedah ini tidak menggunakan alat pandang Takrif kaedah ini tidak sampai disuruh hafazkan
dengar (audio visual). Kaedah ini mementingkan oleh guru, namun disuruh fahamkan dengan baik
kepada tatabahasa dalam mengajar teks bacaan. dengan cara mengulang keterangannya beberapa
kali sambil mengaitkannya semua dengan contoh-
contoh yang telah diberikan. Dalam mengajarkan
2. Kaedah Al-Samciyat al-Shafawiyah teks bacaan sama ada bentuk perbualan ataupun
(Dengar-Tutur) petikan karangan, terjemahan ke dalam bahasa
ibunda (bahasa Melayu) dibuat jika amat diperlu-
Pengajaran dimulakan dengan latihan kefaha- kan, dan dalam setiap pengajaran menerusi kaedah
man mendengar, kemudian melibatkan semua ini digunakan alat pandang dengar (audio visual).
kemahiran yang lain seperti kemahiran bertutur,
kemahiran bacaan, dan kemahiran menulis. Pen- Secara umum, kaedah ini sama seperti “kaedah
gajaran nahw (tatabahasa) disampaikan secara terus” (mubasharah), iaitu membolehkan murid-
nahw praktik iaitu mengajarkan nahu secara tidak murid menguasai keempat-empat kemahiran ba-
langsung atau memahirkan kemahiran-kemahiran hasa dan boleh menggunakan bahasa itu dengan
bahasa dengan tidak mengupas takrif (definisi) baik. Melalui kaedah ini, guru mampu menge-
tatabahasanya satu persatu, walau bagaimana- lakkan pengajaran kurang tepat dan tidak jelas
pun setiap pengajaran bahasa dalam keempat- dengan memberikan penjelasan dalam bahasa
empat kemahiran diajarkan dengan praktikal ibunda murid-murid jika dirasakan sangat perlu.
tatabahasa yang betul. Dalam mengajarkan teks Perkataan yang susah difahami, diterjemahkan
bacaan pula sama ada bentuk perbualan ataupun ke dalam bahasa ibunda apabila dirasakan amat
rancangan tidak diadakan terjemahan ke dalam perlu dengan mengambil kira kepada tajuk dan
bahasa ibunda (bahasa Melayu), dan kaedah ini situasi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru
menggunakan alat pandang dengar ( audio visual). menggunakan pola-pola struktur untuk melatih tubi
struktur ayat murid dan melancarkan kemahiran
bertutur mereka (Abdul Aziz Talib 1989, Mahmud
Ismail Sini,et.al 1983 & Maimun Aqsha 1991).

31
Pernyataan Masalah mendengar, (b) kemahiran bertutur, (c) kefaha-
man bacaan dan (d) kemahiran menulis. Di samp-
Dalam kursus-kursus dan seminar-seminar yang ing itu juga kajian ini bertujuan untuk mengenal-
dianjurkan oleh pihak Universiti Islam Antarabang- pasti pencapaian ketiga-tiga kaedah mengikut
sa Malaysia (UIAM) tentang kaedah pengajaran ba- kedua peringkat (permulaan dan pertengahan).
hasa Arab, kedua-dua kaedah iaitu kaedah al-Sam
ciyat al-Shafawiyah (Dengar-Tutur) dan kaedah Sampel Kajian
Taqlidiyah (kaedah Tradisional Nahu-Terjemahan)
selalu dibangkitkan, sehingga terjadi perdebatan Sampel kajian ini terdiri daripada 300 orang pela-
di antara dua pihak yang menerapkan kaedah- jar Pusat Matrikulasi, UIAM yang mempunyai asas
kaedah tersebut dalam pengajaran bahasa Arab. dan yang tidak mempunyai asas bahasa Arab.
Pelajar-pelajar yang tidak mempunyai asas baha-
Pihak pertama yang tidak mempunyai latar be- sa Arab dimestikan menghabiskan dua peringkat
lakang pendidikan Pengajaran Bahasa Arab se- bahasa tersebut sebelum memasuki program Sar-
bagai Bahasa Kedua (PEBAK) mendakwa bahawa jana Muda, iaitu peringkat permulaan dan pering-
kaedah Taqlidiyah adalah yang paling sesuai untuk kat pertengahan. Pelajar-pelajar yang mempunyai
mencapai matlamat utama daripada pengajaran asas bahasa Arab pula biasanya terus memasuki
bahasa Arab di UIAM, iaitu kefahaman bacaan peringkat pertengahan. Kajian ini melibatkan dua
dan juga untuk mencapai matlamat kemahiran peringkat kebolehan pelajar, iaitu peringkat per-
bahasa yang lain, seperti kefahaman menden- mulaan dan peringkat pertengahan (Jadual 1.1).
gar, kemahiran bertutur, dan kemahiran menulis.
Kaedah Permulaan Pert
Pihak kedua yang pernah menerima pendidikan A 50 pelajar (2 50 pelajar (2
kaedah pengajaran bahasa Arab sebagai Bahasa kelas) kelas)
Kedua (PEBAK) menyatakan bahawa kaedah al-
B 50 pelajar (2 50 pelajar (2
Samciyat al-Shafawiyah merupakan kaedah yang kelas) kelas)
paling sesuai untuk diterapkan kepada para pela-
C 50 pelajar (2 50 pelajar (2
jar yang bahasa Arab bukan bahasa ibunda bagi kelas) kelas)
mereka. Untuk itu satu penggabungjalinan antara
kedua-dua kaedah di atas perlu dibangunkan
Metadologi Kajian
dan kaedah ketiga ini perlu diuji bersama-sama
dengan dua kaedah yang sedia ada bagi men-
Reka bentuk kajian
cari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi.
Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen
Persoalan Kajian
kuasi (ujikaji yang terkawal) dengan penganali-
sisan varians (ANOVA) dan ujian Tukey. Sampel
1) Bagaimanakah pencapaian pelajar dalam
kajian dibahagikan kepada enam kumpulan pela-
empat kemahiran bahasa mengikut tiga
jar, iaitu tiga kumpulan pelajar yang tidak mem-
kaedah pengajaran yang berbeza?
punyai asas bahasa Arab (Peringkat Permulaan)
2) Sejauhmanakah perbezaan pencapaian
dan tiga kumpulan pelajar yang mempunyai asas
pelajar antara ketiga-tiga kaedah
bahasa Arab (Peringkat Pertengahan). Sera-
pengajaran?
mai 150 orang pelajar yang dikenal pasti tidak
3) Bagaimana pencapaian kaedah mengikut
mempunyai asas bahasa Arab dibahagikan ke-
peringkat kebolehan pelajar?
pada tiga kumpulan yang setiap kumpulan terdiri
daripada 50 orang pelajar. Dalam pengajaran di
Tujuan Kajian
bilik kelas setiap kumpulan (50 pelajar) ini diba-
hagikan kepada dua kelas yang masing-masing
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan
terdiri daripada 25 orang pelajar. Kedua-dua kelas
tiga kaedah pengajaran bahasa Arab, iaitu (i) kae-
diajar dengan kaedah pengajaran dan guru yang
dah Taqlidiyah (ii) kaedah al-Sam ciyat al-Shafaw-
sama iaitu kaedah Taqlidiyah serta segala aspek
iyah dan (iii) kaedah Eklektik Sistematik ke atas
pengajaran dan pembelajarannya seperti suka-
empat kemahiran bahasa, iaitu (a) kefahaman
32
tan pelajaran dan kekerapan belajar yang sama. hanya melibatkan pelajar perempuan sahaja.
Begitu juga dilakukan terhadap kumpulan pelajar
yang kedua (50 orang pelajar) juga dibahagikan Kesemua (enam) kumpulan subjek kajian ter-
kepada dua kelas dan juga diajar dengan seorang diri daripada pelajar-pelajar bangsa Melayu. Pi-
guru sahaja menggunakan kaedah al-Samciyat al- lihan ini dibuat memandangkan bahawa di Pu-
Shafawiyah. Seterusnya cara yang sama dilaku- sat Matrikulasi UIAM terdapat pelbagai bangsa
kan kepada kumpulan ketiga (50 orang pelajar) yang mempunyai kemampuan bahasa Arab
dengan penerapan kaedah Eklektik Sistematik. yang berbeza, seperti antara bangsa Melayu
dengan bangsa Cina Taipeh, bangsa Thailand
Bagi kumpulan pelajar peringkat permulaan, sub- dengan bangsa Afghanistan dan lain-lain (Qism
jek kajian terhad kepada pelajar-pelajar perem- al-Lughat al-cArbiyah). Dengan kawalan yang
puan keturunan Melayu, yang tidak pernah mem- lebih ketat terhadap faktor-faktor yang telah dis-
pelajari bahasa Arab sebelum memasuki Pusat ebutkan, keputusan kajian daripada eksperimen
Matrikulasi UIAM, belum pernah mengikuti kelas ini dapat menampilkan kesan kaedah pengajaran
formal bahasa Arab sama ada di sekolah rendah sahaja. Selain itu jumlah jam belajar untuk tiap-
ataupun di sekolah menengah dan belum per- tiap kumpulan adalah sama (iaitu 10 jam dalam
nah mengikuti pembelajaran bahasa Arab mela- satu minggu) dijalankan selama dua semester.
lui kursus-kursus lain. Semuanya pelajar terse-
but berasal dari sekolah menengah kebangsaan/ Jadual 1.2 : Faktor-faktor Subjek Kajian yang
biasa (bukan agama) dan mempunyai Pangkat dikawal
Satu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malay-
sia (SPM). Pelajar-pelajar ini juga belum pernah
mempelajari bahasa Arab, sama ada melalui ibu Faktor Kekerapan Peratus
bapa atau kawan-kawan, sebelum memasuki
Jantina 300 100
Pusat Matrikulasi UIAM. Walau bagaimanapun
Perempuan
mereka pernah mengikuti pelajaran membaca
al-Qur’an antara satu hingga lima tahun sebelum
memasuki Pusat Matrikulasi UIAM dan mempun- Etnik 300 100
yai kebolehan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an. Melayu

Bagi kumpulan pelajar peringkat pertengahan pula, Asas Kebole- 150 50


subjek kajian terhad kepada pelajar-pelajar per- han B. Arab 150 50
empuan keturunan Melayu yang mengikuti kursus Permulaan
bahasa Arab selama dua semester dan telah lulus Pertengahan
peperiksaan akhir mata pelajaran Bahasa Arab Keputusan 300 100
Peringkat Permulaan dengan markah B dan tidak SPM
mengikuti kursus bahasa Arab di luar bilik darjah, Gred 1
seperti kursus antara semester atau kursus bahasa
Arab yang lain semasa cuti semester semasa be-
lajar di pusat ini. Selain itu, mereka juga mengikuti Pada akhir penerapan kaedah pengajaran, soal se-
pelajaran membaca al-Qur’an yang merupakan lidik kawalan dilakukan sakali lagi untuk memastikan
pelajaran kokurikulum tilawah al-Qur’an di Pusat subjek kajian tidak mengikuti kursus bahasa Arab
Matrikulasi UIAM selama dua jam setiap minggu. di luar kelas formal, mempelajari daripada ibu bapa
atau melalui kawan-kawan semasa cuti semester.
Pelajar lelaki tidak diambil dalam kajian ini, ker-
ana mengikut hasil keputusan ujian semester Keputusan ujian bertulis (placement test) untuk me-
satu dan semester dua, terdapat perbezaan nentukan aras kebolehan bahasa Arab, dan kepu-
pencapaian bahasa Arab antara pelajar lelaki tusan akhir semester bagi subjek bahasa Arab telah
dan pelajar perempuan di pusat ini (Qism al- digunakan untuk menentukan tahap subjek kajian.
Lughat al-cArabiyah). Bagi mengelakkan perbe-
zaan pencapaian bahasa Arab yang disebab-
kan oleh perbezaan jantina, maka kajian ini
33
Dapatan Kajian tik juga berbeza, iaitu pencapaian pelajar kaedah
al-Samciyat al-Shafawiyah lebih rendah daripada
Berikut ini diperturunkan hasil analisis data berkaitan pencapaian kaedah Eklektik Sistematik. Keputusan
dengan pencapaian markah kemahiran bahasaArab ini menunjukkan pencapaian pelajar kaedah Eklek-
untuk melihat perbandingan kesan mengikut kae- tik Sistematik lebih baik daripada pencapaian pela-
dah pengajaran dan peringkat kursus (Jadual 1.3): jar kaedah al-Samciyat al-Shafawiyah dan kaedah
Taqlidiyah bagi keseluruhan kemahiran bahasa.
Kesan Kaedah n Min S.P Nilai F Keb.
A
Analisis varians bagi jumlah markah ujian men-
Kaedah Kaedah A 100 57.0 6.2 35.809 0.000*
Kaedah B 100 59.2 5.3 unjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara
Kaedah C 100 63.7 5.7
pencapaian pelajar peringkat permulaan dengan
Peringkat Permu- 150 59.6 6.6 1.450 0.229
laan 150 60.4 6.1 pencapaian pelajar peringkat pertengahan. Jad-
Pertenga-
han
ual 1.3 menunjukkan markah purata bagi pelajar
Interaksi Permu- 50 56.4 7.0 4.337 0.014* peringkat permulaan ialah 59.6 dan bagi pelajar
Kaedah-
Peringkat
laan
Kaedah A
50
50
60.1
62.2
5.9
5.7
Peringkat Pertengahan ialah 60.4. Keputusan ini
Kaedah B
Kaedah
menunjukkan tiada perbezaan pencapaian antara
C kedua-dua aras peringkat kebolehan pelajar.

Interaksi Pertenga- 50 57.6 5.3 Analisis varians bagi jumlah markah ujian ini juga
Kaedah- han 50 58.3 4.5
Peringkat Kaedah A 50 65.1 5.7 menunjukkan terdapat perbezaan kesan interak-
Kaedah B
Kaedah si antara pencapaian pelajar kaedah Taqlidiyah,
C
kaedah al-Samciyat al-Shafawiyah dan kaedah
Eklektik Sistematik dengan peringkat kebolehan
pelajar. Jadual 1.3 menunjukkkan markah purata
* p < 0.05 : Siqnifikan pada aras 0.05 bagi pelajar kaedah Taqlidiyah di peringkat per-
Kaedah A: Taqlidiyah
Kaedah B : al-Sam ciyat al-Shafawiyah mulaan ialah 56.4 dan di peringkat pertengahan
Kaedah C : Eklektik Sistematik ialah 57.6. Bagi pelajar kaedah al-Sam ciyat al-
S.P : Sisihan Piawai
Keb. : Kebarangkalian Shafawiyah markah purata di peringkat permu-
laan ialah 60.1 dan di peringkat pertengahan ialah
58.3. Seterusnya bagi pelajar kaedah Eklektik
Analisis varians bagi jumlah markah ujian menun- Sistematik markah purata di peringkat permulaan
jukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ialah 62.2 dan di peringkat pertengahan ialah 65.1.
pencapaian pelajar kaedah Taqlidiyah, kaedah al- Keputusan ini menunjukkan pencapaian pelajar di
Samciyat al-Shafawiyah dan kaedah Eklektik Sis- peringkat permulaan dan peringkat pertengahan
tematik. Jadual 1.3 menunjukkan markah purata bagi hampir sama bagi kaedah Taqlidiyah dan kae-
pelajar kaedah Taqlidiyah ialah 57.0, bagi pelajar dah al-Samciyat al-Shafawiyah. Bagi kaedah Ek-
kaedah al-Samciyat al-Shafawiyah ialah 59.2 dan lektik Sistematik pencapaian pelajar di peringkat
bagi pelajar kaedah Eklektik Sistematik ialah 63.7. pertengahan adalah lebih baik daripada peringkat
permulaan bagi keseluruhan kemahiran bahasa.
Ujian Tukey dalam kesan kaedah pengajaran
terhadap keseluruhan markah kemahiran ba- Perbincangan
hasa bagi kedua-dua peringkat menunjukkan:
Rumusan
1) Pencapaian kaedah Taqlidiyah berbeza
daripada pencapaian kaedah al-Samciyat al-Sha- Hasil penganalisisan data tentang pencapaian
fawiyah dan kaedah Eklektik Sistematik, iaitu pen- kemahiran bahasa dan perbezaan pencapa-
capaian pelajar kaedah Taqlidiyah lebih rendah ian mengikut kaedah pengajaran dan peringkat
daripada pencapaian pelajar kaedah al-Samciyat kebolehan pelajar disimpulkan seperti berikut:
al-Shafawiyah dan kaedah Eklektik Sistematik.
i) Kaedah Taqlidiyah didapati berkesan, iaitu
2) Pencapaian kaedah al-Samciyat al-Sha- dapat mencapai matlamat UIAM bagi kemahiran
fawiyah dan pencapaian kaedah Eklektik Sistema- kefahaman bacaan dan kemahiran menulis di
34
peringkat permulaan dan di peringkat pertenga- dapat menyeimbangkan penekanan pengajaran
han. Kaedah ini didapati kurang berkesan bagi di antara kemahiran bahasa dengan kaedah
kemahiran kefahaman mendengar dan kemahiran tata bahasa. Dalam mengajar tata bahasa, pen-
bertutur di peringkat permulaan dan juga peringkat gajaran disertai juga dengan kemahiran berba-
pertengahan. Keberkesanan kaedah ini bagi ke- hasa. Keempat-empat kemahiran bahasa dilatih
mahiran kefahaman bacaan dan kemahiran men- oleh guru kepada pelajar-pelajar sebelum sam-
ulis adalah disebabkan kefahaman yang baik oleh pai kepada satu-satu kesimpulan tata bahasa.
pelajar-pelajar kaedah ini terhadap tata bahasa Penggunaan tata bahasa yang betul secara lisan
Bahasa Arab. Jawapan-jawapan mereka dalam dan tulisan juga ditekankan melalui kaedah ini.
ujian kefahaman bacaan lebih tepat daripada segi
tatabahasa berbanding dengan kaedah al-Sam ci- iv) Analisis varians bagi markah keseluruhan
yat al-Shafawiyah. Begitu juga dalam kemahiran menunjukkan bahawa kaedah Eklektik Sistematik
menulis. Walaupun karangan para pelajar kaedah lebih berkesan daripada kaedah Taqlidiyah dan
ini hanya pada kadar memadai sahaja, tetapi tepat kaedah al-Samciyat al-Shafawiyah. Di antara ciri
dan benar daripada segi susunan tata bahasanya. utama daripada kaedah Eklektik Sistematik ini ialah
Walaubagaimanapun, pencapaian dalam dua ke- merangsang para pelajar untuk mempertingkatkan
mahiran yang lain, iaitu kefahaman mendengar kemahiran bahasa. Penggunaan bahan bantu
dan kemahiran bertutur tidak mencapai matlamat mengajar (BBM) dan pengajaran secara langsung
UIAM. Ini disebabkan penggunaan bahasa Arab telah dapat meningkatkan kemahiran mendengar
bagi kumpulan ini agak berkurangan kerana adanya dan bertutur. manakala pengajaran tata bahasa
terjemahan-terjemahan ke dalam bahasa Melayu. secara pendekatan induktif (istiqraiyah) pula da-
pat meningkatkan kemahiran kefahaman bacaan
ii) Kaedah al-Samciyat al-Shafawiyah berke- dan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar.
san bagi kefahaman mendengar dan kemahiran
bertutur pada peringkat permulaan dan pertenga- v) Analisis varians bagi markah keseluru-
han dan tidak berkesan bagi kemahiran membaca han menunjukkan kaedah Eklektik Sistematik
dan menulis pada peringkat permulaan dan perten- menghasilkan perbezaan yang ketara antara
gahan. Keberkesanan kaedah ini bagi kefaha- peringkat pertengahan dengan peringkat permu-
man mendengar dan bertutur pada peringkat per- laan. Perbezaan ini adalah kecil bagi kaedah
mulaan dan pertengahan disebabkan penerapan Taqlidiyah dan kaedah al-Samciyat al-Shafawi-
pengajaran bahasa Arab tanpa menterjemahkan yah. Ini menunjukkan bahawa kaedah Eklektik
bahasa tersebut kepada bahasa Melayu. Ini me- Sistematik lebih sesuai dan berkesan jika diajar-
maksa pelajar-pelajar kaedah ini berusaha untuk kan terhadap pelajar peringkat pertengahan ber-
memahami perkataan-perkataan dan arahan- banding dengan pelajar peringkat permulaan
arahan pensyarah untuk dapat mengikuti penga- kerana kaedah ini merangsang aktiviti kema-
jaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cara ini hiran bahasa dan penganalisaan tata bahasa.
juga dapat meningkatkan kefahaman mendengar
dan kemahiran bertutur mereka. Walau bagaim- vi) Analisis varians dan ujian Tukey bagi ke-
anapun, tumpuan penyampaian yang menggu- mahiran kefahaman mendengar menunjukkan
nakan bahasa Arab seratus peratus dan kurang kaedah al-Samciyat al-Shafawiyah dan kaedah Ek-
penekanan terhadap aspek tata bahasa (Nahw) lektik Sistematik lebih berkesan daripada kaedah
ternyata kurang membawa kesan yang dihara- Taqlidiyah. Perbezaan kesan tersebut disebabkan
pkan dalam kemahiran kefahaman bacaan dan pelajar-pelajar selalu diperdengarkan dengan per-
menulis untuk peringkat permulaan dan perten- tuturan-pertuturan bahasa Arab dalam kaedah al-
gahan. Ini disebabkan sebahagian pelajar kurang Samciyat al-Shafawiyah dan kaedah Eklektik Sis-
memahami kaedah susunan perkataan dan ayat- tematik. Ini dapat melazimkan mereka mendengar
ayat bertulis bahasa Arab atau Nahu dengan baik. ayat-ayat dalam bahasa Arab bagi meningkatkan
iii) Kaedah Eklektik Sistematik berkesan bagi kefahaman mendengar yang lebih baik berband-
semua kemahiran, iaitu kemahiran mendengar, ing dengan penggunaan kaedah Taqlidiyah.
kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan ke-
mahiran menulis pada peringkat permulaan dan vii) Analisis varians dan ujian Tukey bagi ke-
juga peringkat pertengahan kerana kaedah ini mahiran bertutur menunjukkan kaedah Eklektik
35
Sistematik dan kaedah al-Samciyat al-Safawiyah man bacaan menunjukkan kaedah Eklektik Sis-
lebih berkesan daripada kaedah Taqlidiyah. Ini tematik mewujudkan perbezaan yang ketara
disebabkan kaedah Eklektik Sistematik dan al- antara peringkat permulaan dengan peringkat
Samciyat al-Shafawiyah lebih menggalakkan pela- pertengahan, sementara perbezaan kedua-dua
jar-pelajar untuk bertutur tanpa terlalu dipengaruhi peringkat ini adalah kecil bagi kaedah Taqlidiyah
peraturan tatabahasa di peringkat awal yang boleh dan kaedah al-Samciyat al-Shafawiyah. Kesimpu-
menjadikan pelajar merasa kurang berani untuk lannya kaedah Eklektik Sistematik lebih berkesan
bertutur. Dapatan ini menyokong dapatan kajian untuk peringkat pertengahan daripada peringkat
yang dibuat oleh Chastain dan Woerdehoff (1968) permulaan dalam kemahiran kefahaman bacaan.
yang membandingkan dua pendekatan mengajar
bahasa Inggeris, iaitu pendekatan “Teori pem- xi) Analisis varians menunjukkan tiada perbe-
binaan tabiat dengar-tutur” (Induktif), dan “Teori zaan pencapaian di antara dua peringkat kebole-
pembelajaran kod-kognitif” (Deduktif).Hasil kajian han pelajar dalam kemahiran kefahaman menden-
mereka ialah kumpulan “Dengar-tutur” mengatasi gar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis.
kumpulan “Kod-Kognitif’ dalam kemahiran bertutur. Kesimpulannya, perbezaan kesan bagi ketiga-
tiga kaedah pengajaran (al-Samciyat al-Shafaw-
viii) Analisis varians dan ujian Turkey bagi ke- iyah, Taqlidiyah dan kaedah Eklektik Sistematik)
mahiran kefahaman bacaan menunjukkan kaedah dalam tiga kemahiran bahasa Arab (mendengar,
Eklektik Sistematik dan kaedah Taqlidiyah adalah bertutur dan menulis) adalah amat kecil di antara
lebih berkesan daripada kaedah al-Samciyat peringkat permulaan dan peringkat pertengahan.
al-Shafawiyah. Ini disebabkan kaedah Eklektik
Sistematik dan kaedah Taqlidiyah ini lebih men- Kaedah Eklektif Sistematik
ingkatkan pemahaman pelajar tentang peraturan
tatabahasa yang boleh menolong mereka mema- Langkah-langkah kaedah Eklektik Sistematik
hami ayat-ayat bacaan. Dapatan ini menyokong dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah
kajian yang dibuat oleh Chastain dan Woerde- seperti berikut:
hoff (1968). Hasil kajian mereka menunjukkan
kumpulan “Kod-Kognitif’ mengatasi kumpulan i) Pengajaran dimulakan dengan pensyarah
“Dengar-Tutur” dalam kemahiran kefahaman membacakan petikan karangan ataupun pe-
bacaan. Dapatan ini juga sesuai dengan dapa- tikan berbentuk perbualan untuk kali pertama
tan kajian Hamizul (2008) iaitu kaedah Nahw Ter- dan para pelajar menyemak bacaan itu daripa-
jemahan mengatasi kaedah al-Samciyat al-Sha- da kitab masing-masing. Seterusnya pensyarah
fawiyah bagi keempat-empat kemahiran bahasa. membacakan semula (untuk kali kedua) bahan
pengajaran daripada petikan karangan dan se-
ix) Analisis varians dan ujian Turkey bagi ke- mua pelajar menutup kitab (buku teks) masing-
mahiran menulis menunjukkan kaedah Eklektik masing serta mereka dikehendaki menden-
Sistematik dan kaedah Taqlidiyah lebih berke- gar dengan teliti. Aktiviti ini dilakukan untuk
san daripada kaedah al-Samciyat al-Shafawi- melatih kefahaman mendengar dan melatih ke-
yah. Ini disebabkan kaedah Eklektik Sistematik mahiran bacaan pelajar untuk peringkat awal.
dan kaedah Taqlidiyah ini lebih meningkatkan
pemahaman pelajar-pelajar berhubung peratu- ii) Aktiviti pembelajaran diteruskan dengan soa-
ran tatabahasa yang boleh menolong mereka lan-soalan latihan dalam bentuk kemahiran kefaha-
untuk menyusun karangan yang baik. Dapatan man mendengar, bertutur, dan kefahaman bacaan
ini juga menyokong dapatan kajian yang dibuat seperti menjawab pertanyaan-pertanyaan dengan
oleh Chastain dan Woerdehoff (1968). Hasil ka- ringkas secara lisan berpandukan kepada isi petikan.
jian mereka menunjukkan kumpulan “Kod-Kog-
nitif” mengatasi kumpulan “Dengar-Tutur” dalam iii) Beberapa orang pelajar diminta membaca
kemahiran menulis. Begitu juga dengan ka- seorang demi seorang sambil membuat pembet-
jian Hamizul (2008) mendapati bahawa kaedah ulan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.
Nahw Terjemahan mengatasi kaedah Qadimah.
iv) Pensyarah menerangkan isi petikan atau isi
x) Analisis varians bagi kemahiran kefaha- perbualan dengan tidak menterjemahkan perkataan

36
yang susah ke dalam bahasa ibunda (Melayu), peringkat permulaan, misalnya, dijalankan dahu-
kecuali jika sangat diperlukan iaitu pelajar tidak da- lu latihan mendengar dan membaca dan kemu-
pat memahaminya walaupun telah dibantu dengan dian diikuti pula dengan bertutur dan seterusnya
alat-alat sumber pengajaran dan pembelajaran. Di menulis. Pengajaran tatabahasa diajar secara
sini juga disertakan pengajaran Nahw Wazifi iaitu istiqraiyah (induktif) untuk lebih menggalakkan
tatabahasa yang asas diterangkan secara prak- kemahiran-kemahiran bahasa (mendengar, bertu-
tikal dengan mengemukakan ayat-ayat yang betul tur, membaca dan menulis) sebelum sampai ke-
susunannya dan berkaitan dengan tatabahasa pada satu kesimpulan bersama antara guru dan
yang sedang dipelajari. Pensyarah kemudian- murid. Kaedah ini banyak menggunakan latihan
nya memberikan kefahaman tentang makna ayat kemahiran bahasa dalam pengajarannya serta
berkenaan tanpa menterjemahkannya dan selan- merangsang daya kreativiti murid-murid di dalam
jutnya menerangkan definisi tatabahasa tersebut. pengajaran dan pembelajarannyadapat berfikir
dalam pengajaran cara ini dan dapat menggu-
v) Latihan-latihan yang telah tersusun seperti nakan bahasa itu secara aktif (Abdul Aziz 1989).
menyelesaikan soalan-soalan (tadribat) dalam
buku teks wajib para pelajar dan beberapa orang Kesimpulan
pelajar disuruh kembali membaca petikan secara
nyaring untuk menilai kemahiran bacaan mereka. Kesimpulan berikut disenaraikan daripada segi
keberkesanan kaedah-kaedah pengajaran yang
vi) Sesi soal jawab untuk memastikan dan meni- digunakan pengajaran bahasa Arab kepada pe-
lai kefahaman bacaan mereka. nutur Melayu. Kaedah Taqlidiyah berkesan bagi
kemahiran kefahaman bacaan dan kemahiran
vii) Pelajar disuruh berbincang secara ringkas menulis tetapi tidak berkesan bagi kemahiran ke-
dalam bahasa Arab sesama rakan yang duduk fahaman mendengar dan kemahiran bertutur di
di sebelahnya dan membincangkan isi daripada peringkat permulaan dan pertengahan. Kaedah
perkara-perkara penting yang terdapat dalam al-Samciyat al-Shafawiyah pula berkesan bagi
tajuk hari itu. Di samping itu, beberapa orang kefahaman mendengar dan kemahiran bertutur
pelajar disuruh mengemukakan hasil perbin- tetapi tidak berkesan bagi kemahiran membaca
cangan mereka dan ditambah dengan kesimpu- dan kemahiran menulis pada peringkat permulaan
lan oleh pensyarah berkenaan isi tajuk tersebut. dan pertengahan. Kaedah Eklektik Sistematik
berkesan bagi kemahiran mendengar, kemahiran
viii) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
disudahi dengan kemahiran menulis atau menulis di peringkat permulaan dan pertengahan.
membuat karangan ringkas berkaitan den-
gan isi tajuk yang dipelajari, (setiap akhir Merujuk kepada perbandingan keberkesanan
pembelajaran, pensyarah memberikan tu- pengunaan kaedah bagi empat kemahiran bahasa
gasan-tugasan di rumah (di asrama) dan kemudi- adalah didapati bahawa bagi kemahiran kefahaman
annya tugasan tersebut diperiksa oleh pensyarah). mendengar dan bertutur, menunjukkan kaedah Ek-
lektik Sistematik dan kaedah al-Samciyat al-Sha-
Ringkasnya, kaedah Eklektik Sistematik adalah fawiyah lebih berkesan daripada kaedah Taqlidi-
kaedah yang menggabungkan segala ciri yang yah. Begitu juga bagi kemahiran bertutur, kaedah
baik dalam pengajaran bahasa yang terdapat Bersepadu dan kaedah al-Samciyat al-Shafawiyah
dalam kaedah-kaedah lain. Dengan perkataan lebih berkesan daripada kaedah Taqlidiyah. Seter-
lain, ia merupakan satu cara mengajar bahasa usnya bagi kemahiran kefahaman bacaan, kaedah
yang menggunakan dua atau pelbagai kaedah Eklektik Sistematik dan kaedah Taqlidiyah didapati
dan tidak terikat kepada satu-satu kaedah tert- lebih berkesan daripada kaedah al-Samciyat al-
entu. Guru boleh menggunakan usaha dan daya Shafawiyah. Akhir sekali bagi kemahiran menulis,
kreatif mereka sendiri. Mereka bebas menga- kaedah Eklektik Sistematik dan kaedah Taqlidiyah
jar mengikut kebolehan dan tahap kemampuan lebih berkesan daripada kaedah al-Samciyat al-
murid-murid. Dalam langkah-langkah pengajaran Shafawiyah. Untuk itu didapati bahawa kaedah
bahasa Arab (selama 40 minit), seperti yang Eklektik Sistematik adalah lebih berkesan untuk
disarankan oleh Maimun Aqsha (1991) untuk diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Arab ke-
37
pada penutur Melayu bagi mencapai keempat-em-
pat kemahiran bahasa Arab dan juga bagi kedua-
dua tahap kebolehan pelajar iaitu tahap permulaan
dan pertengahan di Pusat Matrikulasi UIAM.

Rujukan

Abdul Aziz Talib. Pengajaran dan Pengujian Bahasa.


(pnyt.). 1989. Kuala Lumpur: Nurin Enterpirse.

Chastain, D.K. & Woerdehoff J.F. 1968. A methodo-


logical study comparing the audio lingual habit
theory and the cognitif code-learning theory. Mod-
ern Language Journal: 52(11): 268-279.

Hamizul Mahmud. 2008. Satu perbandingan kesan


dua kaedah pengajaran bahasa Arab antara kae-
dah Nahu terjemahan dengan kaedah al-Sam’iyat
al-Shafawiyah di kalangan pelajar SMKA Maahad
Hamidiah Kajang Selangor. Kertas Projek Sarjana
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarudin Haji Husin. 1988. Pedagogi Bahasa. Pe-


taling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Maimun Aqsha Lubis. 1991. Satu perbandingan kesan


dua kaedah pengajaran bahasa Arab terhadap
pencapaian kemahiran bahasa di Pusat Matriku-
lasi Universiti Islam Antarabangsa. Tesis Sarjana
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Ali Tuah. 1988. “Tadrisu al-Qiraat fi Jamiat al-


Islamiyaat al- Alamiyyah”. Disertasi Sarjana, St.
Andrew University Scotland.

Mustafa al-Ghalayin. 1973. Jami ut al-durus al-cArabi-


yah. Juzu’ satu. Libya: t.pt.

Mahmud Ismail Sini, Nasif Mustafa & Mukhtar al-Tahir.


1983. Al-Arabiyyat li al-Nashi’in: Kitab al-Mu alim.
Riyadh: Jami at al-Malik Sa ud.

Rivers, W.M. 1980. Mengajar Bahasa Suatu Pen-


dekatan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Correspondence Author : Hj Maimun Aqsha


Lubis
mal@ukm.my

38

You might also like