You are on page 1of 1

PERATURAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

1. Bilik Pendidikan Seni Visual ialah kawasan larangan. Tidak sesiapa dibenarkan masuk tanpa
kebenaran guru.

2. Peralatan dan bahan yang terdapat dalam Bilik Pendidikan Seni Visual tidak boleh dibawa
keluar tanpa kebenaran guru.

3. Peralatan dan bahan hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru.

4. Semua peralatan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat
asalnya.

5. Semua alatan hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

6. Setiap penggunaan Bilik Pendidikan Seni Visual hendakalah dicatatkan dalam buku
penggunaan.

7. Setiap pinjaman alatan keluar dari Bilik Pendidikan Seni Visual hendaklah dicatatkan dalam
Buku Rekod Pinjaman Alatan.

8. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada
guru atau pun kakitangan Bilik Pendidikan Seni Visual.

8. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam Bilik Pendidikan
Seni Visual.

9. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa
kebenaran guru.

10. Kerusi Bilik Pendidikan Seni Visual hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam Bilik
Pendidikan Seni Visual hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu ia digunapakai.

11. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik Bilik Pendidikan Seni
Visual.

12. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik Bilik Pendidikan Seni Visual.

13. Tidak dibenarkan memakai kasut dalam Bilik Pendidikan Seni Visual.

14. Air pili di dalam Bilik Pendidikan Seni Visual tidak boleh diminum.

15. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.

16. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

You might also like