You are on page 1of 20

Pengenalan

Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan dan dilaksanakan bebepada tahun

yang lalu. Pelaksanaan program ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan

masyarakat. Kerajaan telah berusaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa program ini

mempunyai banyak kebaikan, khususnya kepada golongan remaja dan umumnya kepada

negara. Namun begitu, sehingga kini banyak pihak belum mendapat penjelasan yang

sebenar akan kebaikan-kebaikan yang terhasil daripada pelaksanaan program tersebut.

Sesungguh, jika dihalusi secara mendalam Program Latihan Khidmat Negara

menjanjikan pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia. Malaysia sudah mencapai

kemerdekaan selama 58 tahun setelah negara kita bebas daripada penjajahan kuasa Barat.

Hasil usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan selama ini haruslah kita sentiasa

kenang dan hargai sehingga kini, khususnya Generasi Y (Gen-Y) yang kian mendapat

perhatian daripada pelbagai pihak.

Patriotisme ialah boleh kita tafsirkan sebagai sikap, semangat dan tindak-tanduk

yang menjurus kepada gagasan dan usaha mengawal kepentingan, maruah dan kedaulatan

bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan ekonomi, politik, sosial, hubungan

antara bangsa, kedaulatan, kebudayaan, agama, keselamatan, undang-undang, dan

sebagainya. Seseorang yang patriotik sangat prihatin terhadap untung nasib negaranya.

Dia akan mudah tercuit dengan sebarang bentuk ancaman atau tindakan yang seakan

memperlekehkan negaranya dan mudah terpanggil untuk bertindak balas atau melakukan

sesuatu.

1
Patriotisme atau sifat patriotik juga harus merangkumi usaha-usaha yang dapat

meningkatkan martabat bangsa dan negara serta menyumbang kepada ketamadunan

manusia seperti penerokaan dan perkembangan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi,

model dan kaedah-kaedah pembangunan, kerukunan hidup (seperti perhubungan etnik

dan ras), keadilan sosial, keamanan dan kesejahteraan sejagat. Patriotisme digalakkan

kerana ia menjamin ketahanan nasional. Ia juga dilihat sebagai satu-satunya tenaga yang

mampu mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman (dari dalam dan luar

negera) dan dengan itu memastikan kestabilan dan kelangsungan sesebuah negara-bangsa.

Gen-Y ialah kelompok yang dilahirkan antara tahun 1980 hingga 2000. Selain itu,

generasi remaja masa kini yang lahir ketika dunia kaya dengan ledakan maklumat,

komputer malahan informasi serba canggih dan serba cepat dan sentiasa menjadikan

gajet-gajet iaitu komputer dan telefon pintar sebagai suatu keperluan dan amat penting.

Kehidupan yang serba senang dan mudah dalam kalangan generasi muda masa kini

adalah satu faktor yang dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme mereka. Pelbagai

kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan

perkhidmatan di pasaran dan aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melekakan generasi

muda daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan bangsanya

atau peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara. Mereka mungkin

asyik atau mudah dibuai oleh segala kesenangan dan kemewahan hidup demikian

sehingga tidak terpanggil untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan

bangsanya atau beranggapan bahawa soal pembangunan, kemajuan dan masa depan

bangsa dan negaranya bukan bidang yang menuntut perhatian mereka.

2
Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004.

Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai

patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada

kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini

menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial,

budaya dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkan

kebaikan walaupun terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya.

Di dalam mesyuarat pertama pada 12 November 2002, Jawatankuasa Kabinet

Mengenai Kerahan Tenaga telah menerima pengunaan istilah Khidmat Negara bagi

menggantikan istilah Kerahan Tenaga. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara

(JKMKN) telah menubuhkan empat buah Jawatankuasa Kecil iaitu Jawatankuasa Kecil

Kewangan, Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Undang-Undang dan Jawatankuasa

Logistik bagi membantu jawatankuasa ini menyediakan perancangan dan menyelaraskan

keperluan pelaksanaan Program Khidmat Negara (PKN). Kabinet pada 28 Mei 2003 telah

meluluskan cadangan pelaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat

Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-UndangAkta Latihan Khidmat

Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini

pada 7 Julai 2003.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu program pembinaan

sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di

3
kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan

membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat

kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan ala

Malaysia berteraskan tiga modul utama. PLKN unik kerana dilaksanakan secara ala

Malaysia bagi mencapai keperluan Negara. lanya berbeza dengan pelaksanaan khidmat

Negara di beberapa Negara lain yang bertujuan ketenteraan. Keunikan adalah

berdasarkan faktor-faktor berikut:

- Melibatkan semua kaum sama ada lelaki atau perempuan .

- Berteraskan rukun negara

- Mempunyai kokurikulum multi-discipline

- Bukan bentuk kerahan tenaga atau military conscripte

Sejumlah 85,000 remaja yang dilahirkan pada 1986 dipilih secara rawak menjalani

PLKN yang dibahagikan kepada tiga siri mulai 16 Februari yang lalu. Latihan tersebut

yang diadakan untuk tempoh tiga bulan berakhir 10 Jun 2004. lni membuktikan bahawa

kerajaan begitu komited untuk membentuk generasi muda yang prihatin dan mempunyai

jati diri yang tinggi. Perancangan program yang menarik serta memenuhi objektif yang

digariskan perlu diberi pujian. PLKN menyediakan latihan fizikal ala tentera, modul

kenegaraan, modul pembinaan karektor serta khidmat komuniti, dengan harapan PLKN

berjaya melahirkan rakyat Malaysia yang mampu berkhidmat dan berbakti kepada

Negara. Selari dengan objektif asal perancangan program ini yang dapat dirujuk

berdasarkan bukti fakta dan juga kenyataan-kenyataan pemimpin negara, tercetusnya

PLKN secara amnya adalah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai peribadi

4
tinggi serta berkemampuan untuk menyumbang ke arah kegemilangan pembangunan

negara.

PLKN dan Generasi Y

Generasi Y dikenali sebagai tenacious go-getters dengan semangat I can do anything dan

sangat sukakan persekitaran yang mencabar. Golongan ini, sangat sukakan pencapaian

tinggi, mahir dalam penggunaan teknologi, berorientasikan pasukan dan sukakan suasana

yang seronok dalam bekerja serta tidak mementingkan imbuhan semata-mata. Namun

begitu, golongan ini sangat tidak responsif dengan taktik motivasi do-this-or-else dan

adakalanya dilihat bersikap biadap terhadap ketua apabila tidak setuju dalam sesuatu

perkara. Golongan ini juga kurang memberi respon kepada arahan berbentuk tradisional

atau berbentuk wujudnya kawalan keterlaluan dari pengurusan. Mereka dilahirkan dalam

persekitaran yang banyak mempersoalkan kenapa itu dan ini berlaku.

Pengurusan Generasi Y memerlukan penjelasan yang terperinci mengenai sesuatu

yang mereka patut lakukan, mengiktiraf setiap tugas yang dilakukan, puji secara terbuka

dan jadikan mereka seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum balas dan

jadikan tempat kerja suatu tempat yang menyeronokkan.

Tujuan utama PLKN ialah untuk memupuk semangat patriotisme dan semangat

cintakan negara di kalangan generasi muda. Semangat patriotisme dapat diterapkan

melalui modul kenegaraan yang dilaksanakan secara kuliah atau ceramah. Tajuk yang

dibincangkaD dalam modul kenegaraan ialah sejarah tanah air. Walaupun sejarah sudah

5
dipelajari semasa di sekolah, pelajar mungkin mempelajarinya untuk tujuan peperiksaan

saja. Dalam kem PLKN, pelatih dibawa menghayati sejarah tersebut. Mereka pelajari

bagaimana pejuang -pejuang seperti Abdul Rahman Limbong, Doi Saidi Dato' Maharaja

Lela, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah, Mat Salleh, Tok Janggut dan Rentap

mempertahankan tanah air. Selain itu mereka pelajari bagaimana sebuah negara yang

berlaku perpecahan di kalangan pemimpin dan penduduk juga campur tangan pihak luar

mudah dijajah oleh negara lain. Selain itu pelatih juga diajar bagaimana tokoh - tokoh

seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Thivi Singam

berusaha ke arah kemerdekaan. Seterusnya mereka juga pelajari tentang perkara yang

dapat memelihara kedaulatan dan maruah Negara. Wira dan wirawati PLKN juga

didedahkan tentang isu-isu Malaysia dan antarabangsa. Berikutan dengan isu semasa

terkini iaitu tsunami, ada pelatih PLKN yang dihantar ke Acheh untuk membantu mangsa

di sana. Pelatih-pelatih juga didedahkan tentang pertahanan dan keselamatan negara.

Mereka diberi kesedaran tentang pengorbanan dan tugas tentera dalam mempertahankan

negara. Selain itu mereka disuruh menyanyi lagu Negaraku dan diajar menyanyi lagu

patrioik lain. Pelatih juga menyanyi lagu Khidmat Negara yang dapat menaikkan

semangat cintakan negara.

PLKN diwujudkan oleh Kerajaan dengan harapan remaja kita tampil gagah,

bersemangat dan berwawasan. Gejala samseng sudah tentu dapat dibendung dan dikawal.

Atau mengapa tidak kita mencontohi Thailand yang mana kerajaan negara itu mengambil

tindakan menghantar 60,000 pelajar menjalani latihan ketenteraan di kem tentera

berikutan masalah disiplin yang serius. Mungkin ada yang berpendapat keputusan ini

6
seolaholah sebagai satu hukuman dan membebankan pelajar. Tetapi, jika ia demi

kebaikan pelajar, tidak salah rasanya jika generasi muda ini diberi pendedahan sebegini.

Sekurang-kurangnya mereka tahu betapa peritnya perajurit kita dahulu berjuang

mempertahankan negara tercinta. Walaupun negara kini tidak lagi berhadapan dengan

situasi peperangan seperti mana dahulu, tetapi semangat sayangkan negara inilah yang

ingin disematkan ke dalam diri para remaja kita.

Peranan Program PLKN

Terdapat empat modul PLKN iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan

Karaktor dan Modul Khidmat Komuniti.

a)Modul fizikal

Modul fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan

ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta PLKN sebagai

warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat

mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi

tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran

bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan

secara individu dan dalam kumpulan.

Di samping itu, peserta akan dilatih oleh jurulatih untuk mempelajari melalui

pengalaman dalam aktiviti-aktiviti seperti berkawad, kraf hutan, pertolongan cemas,

membaca peta, kompas, latihan pandu arah, menyeberangi sungai, merempuh halangan,

aktiviti menggunakan tali (litar tali tinggi dan rendah), merentas desa, seni

7
mempertahankan diri, aktiviti air, kembara hutan dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan

selama empat minggu di dalam dan di persekitaran tapak perkhemahan.

b) Modul Kenegaraan

Modul kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan

pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta

pengorbanan peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih

memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air,

rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Melalui elemen

Tanah Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air

dan sanggup mempertahankannya. Peserta membincangkan mengenai negara dari segi

aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain. Peserta dapat

mengetahui asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara

etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti menganalisis fakta

tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan sebagainya

melalui elemen Rakyat. Elemen Kerajaan pula membantu peserta memahami bagaimana

negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbirdan diurus, melalui sistem pentadbiran,

undang-undang, perlembagaan dan lain-lain. Peserta memahami kepentingan dan cara

untuk mempertahankan kebebasan negara melalui elemen Kedaulatan. Cabaran dari

dalam dan luar negara juga diperbincangkan supaya peserta menyedari peluang dan

ancaman yang datang secara berterusan. Modul ini dilaksanakan selama tiga minggu dan

pelbagai kaedah digunakan seperti lawatan, simulasi, lakonan, dinamik kumpulan,

menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain-lain.

8
c) Modul Pembinaan Karektor

Modul pembinaan karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina

karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan

negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui--peserta, pertama yang berfokus

kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Dalam

komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan

mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan dan

memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam

kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara

bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah di dalam

kumpulan semasa melalui komponen kedua modul ini. Melalui aktiviti-aktiviti ceramah,

permainan, latihan dan lain-lain, peserta belajartentang kejujuran, membuat pilihan,

bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan

diri. Modul ini dilaksanakan selama dua minggu dan peserta dipimpin oleh jurulatih.

d) Modul Khidmat Komuniti

Modul Khidmat Komuniti adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk

mempertingkatkan semangat kesukarelaan di kalangan peserta. Peserta mempelajari

melalui pengalaman di kawasan kejiranan, dalam kerja perkhidmatan sosial, alam sekitar

dan kemudahan awam. Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji

keadaan di lokasi tema-tema tersebut, mengenal pasti masalah yang ada,memberi

cadangan, membuat kerja pembaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lainlain.

Bagi tema kejiranan, perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga atau penduduk

9
di kawasan perumahan, kampung, kampung baru, ladang, rumah panjang, rumah pangsa,

kampung orang asli, FELDA dan lain-lain. Sumbangan kerja sukarela dalam

perkhidmatan sosial meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan

sebagainya dalam organisasi, institusi, pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan

kerajaan. Bagi alam sekitar pula, peserta membantu memelihara alam sekitar termasuklah

hutan, sungai, kawasan pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya.

Kerja sukarela juga dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti taman

rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lit, taman permainan, tandas awam,

pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan selama tiga

minggu, dan setiap kumpulan peserta dipimpin oleh seorang jurulatih.

Kepentingan program PLKN dalam aspek melahirkan generasi Y yang lebih

sayang dan cintakan negara.

Melalui PLKN generasi Y dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur

dalam kalangan remaja pada hari ini. Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara

hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan

penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung

tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan. Jadi, PLKN dilancarkan untuk

memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang

didedahkan. Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus

remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN.

Hal ini membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memiliki semangat

10
patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan

yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran dari dalam dan dari luar

negara.

PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri

generasi Y. Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan ini

namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percaya

bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak

mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamat

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat

mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat

mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental

dan fizikal. Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina

seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai hala

tuju yang jelas. Oleh itu, penekanan aspek disiplin dalam PLKN telah menyebabkan rata-

rata peserta melalui suatu peralihan yang besar dalam hidup mereka.

Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan pelbagai kaum

juga dapat memperkukuh integrasi nasional. Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai

pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei perlu

dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan PLKN

sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil antara kaum. Melalui

program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan

11
dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa

menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga

membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan

kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem pentadbiran.

Kepentingan program gotong-royong adalah untuk memupuk semangat kerja

secara berkumpulan di kalangan peserta kursus, memberi khidmat masyarakat kepada

penduduk setempat dan membantu pihak kerajaan mengindahkan pusat peranginan di

beberapa buah negeri ke arah menjadikannya sebagai tempat perkelahan terbaik untuk

seisi keluarga dan para pelancong luar. Oleh itu ternyata PLKN dapat menimbulkan

keprihatinan dan kesukarelaan untuk berjasa kepada masyarakat. Menerusi program

komuniti masyarakat pelatih berpeluang melihat bagaimana susahnya hidup di kawasan

setinggan dengan melawat ke kawasan tersebut. Selain itu mereka juga dapat melihat

keadaan orang tua yang terbiar atau tidak mempunyai anak. Pelatih juga membaik pulih

kemudahan awam di kawasan yang memerlukannya. Salah satu aktiviti yang dijalankan

oleh wira dan wirawati PLKN ialah lawatan ke FELDA. Mereka dapat mendedahkan diri

kepada kehidupan masyarakat luar yang sebelum ini dilihat secara kasar melalui media

masa. Peserta bergotong royong membersihkan masjid, balai raya, tabika, taman

permainan dan bangunan sekolah.Aktiviti ini mengeratkan hubungan antara penduduk

melalui acara sukan yang diadakan dengan golongan belia. Bagi genarasi kedua pula

acara bola sepak, bola jaring, dan sukaneka diadakan. Peserta juga dibawa melawat

sekitar kawasan ladang kelapa sawit untuk melihat dengan lebih. dekat proses memetik

buah, jenis buah dan kaedah pelihara kualiti. Peserta mendapat peluang melihat sendiri

12
bagaimana kelapa sawit diproses. Aktiviti perladangan merupakan sumber pendapatan

utama peneroka Felda. Aktiviti sampingan iaitu industri kecil yang mengusahakan

industri seperti kraf tangan rotan dan penternakan kambing adalah sumber pendapatan

tambahan. Aktiviti-aktiviti seperti kraf tangan dicuba oleh peserta PLKN. Oleh itu,

ternyata melalui PLKN mereka bukan saja berpeluang berkhidmat kepada masyarakat

melalui modul komuniti tetapi juga menimba pelbagai pengalaman.

Selain itu Program Latihan Khidmat Negara juga akan menerapkan semangat

kepimpinan dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Semangat kepimpinan sangat

penting kerana pemimpin yang baik bakal mempengaruhi kestabilan sesebuah negara.

Kepemimpinan yang baik juga dapat menjamin hasrat negara untuk menjadi sebuah

negara yang maju, di samping mengekalkan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat

pelbagai kaum di negara ini. Golongan muda perlu didedahkan dengan konsep

kepimpinan yang dapat menjamin kelangsungan kemerdekaan sesebuah negara.

Golongan muda ialah generasi yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu hari nanti.

Justeru, mereka perlu memiliki semangat kepimpinan bagi memenuhi keperluan

kepimpinan negara pada masa hadapan.

Satu lagi kepentingan program ini ialah pemupukan semangat perpaduan dalam

kalangan remaja pelbagai kaum. Seperti yang diketahui umum, perpaduan merupakan

satu aset penting ke arah kemajuan negara. Perpaduan bakal menentukan iklim politik,

ekonomi, sosial, dan sebagainya berada pada tahap yang selesa. Tanpa perpaduan, negara

ini akan kucar-kacir dan bakal mencetuskan kekacauan. Pihak luar sudah pasti

13
mengambil peluang daripada ketidakstabilan negara kerana bersatu kita teguh bercerai

kita roboh. Isu perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai

masyarakat majmuk seperti negara ini. Remaja pelbagai kaum perlu disedarkan peranan

masing-masing dalam memelihara semangat perpaduan agar negara terus aman. Oleh itu,

program yang membolehkan remaja pelbagai kaum bergaul sesama sendiri dilaksanakan

agar semangat perpaduan terus mekar dan menjadi sebahagian daripada amalan hidup

mereka.

Program Latihan Khidmat Negara juga akan mengurangkan gejala sosial dalam

kalangan remaja lepasan sekolah. Gejala sosial berlaku apabila golongan remaja

menghabiskan waktu dengan cara melepak bersama-sama rakan di tempat-tempat awam.

Remaja lepasan sekolah biasanya mempunyai masa terluang yang banyak sementara

menanti peluang melanjutkan pelajaran atau memenuhi pasaran kerja. Oleh yang

demikian, mereka memerlukan aktiviti-aktiviti yang membolehkan masa diisi dengan

berfaedah sebelum mereka terjerumus ke kancah gejala sosial yang lebih parah, atau

sebelum kudis menjadi tokak. Dengan adanya program ini, golongan remaja yang terpilih

akan ditempatkan di kem latihan sepenuh masa selama tiga bulan. Oleh itu pergerakan

mereka akan terhad di sekitar kawasan yang dikhususkan kepada mereka. Mereka tidak

dibenarkan keluar dan menghabiskan masa di luar tanpa tujuan. Hasilnya, gejala sosial

dapat dibendung dengan jayanya jika golongan remaja menyertai program berkenaan.

Tambahan pula program ini mendedahkan golongan remaja kepada kerja-kerja

yang bercorak kebajikan. Golongan remaja masa kini biasanya hidup dalam keadaan

14
mewah dan hanya mementingkan gaya hidup yang bebas. Mereka jarang diajak untuk

menabur bakti dengan melakukan kerja-kerja kebajikan. Dalam program ini model

khidmat masyarakat yang melibatkan kerja-kerja kebajikan diperkenalkan supaya peserta

dalam memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Mereka

dihantar untuk bekerja membersihkan kawasan perumahan, rumah-rumah kebajikan,

rumah anak yatim, dan sebagainya. Dengan cara ini golongan remaja akan menjadikan

kerja-kerja kebajikan sebagai sesuatu yang boleh dilakukan sepanjang masa dan bukan

pada masa-masa tertentu sahaja.

Cabaran program PLKN terhadap Generasi Y

Seperti yang sedia maklum dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) para pelatih

sememangnya datang daripada pelbagai negeri, ini adalah kerana terdirinya kepelbagaian

masyarakatdi Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik, budaya, agama dan bahasa yang

berbeza dan unik. Cabaran pertama ialah kerana masyarakat kini masih mengalami

cabaran dalam memahami budaya setiap kaum yang ada. Selain itu, masyarakat kini juga

telah luntur dengan sikap dan amalan nilai - nilai murni dalam jiwa dan diri mereka

sehinggalah telah menimbulkan banyak perkara negatif yang boleh merosakkan sesebuah

bangsa dalam sesebuah negara.

Cabaran dalam memupuk kesepaduan kaum disebabkan sikap materialistik yang

mementingkan diri sendiri untuk mencapai kemajuan semata – mata juga merupakan

permasalahan. Seterusnya, masyarakat kini juga turut mengalami cabaran dalam

berkomunikasi antara setiap budaya yang berlainan. Di samping, terdapatnya pelbagai

15
punca kepada permasalah yang wujud antara kaum sehinggakan boleh menimbulkan

sesuatu persengketaan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah membuka satu era baru pelajar

bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menimba pengalaman dan ilmu

pengetahuan sebelum mereka menerjunkan diri ke dalam realiti kehidupan yang sebenar.

Selain itu, melalui program ini, mereka mendapat kenalan baru, para peserta program

juga dapat belajar secara tidak langsung tentang berkomunikasi dan berinteraksi dengan

pelbagai lapisan masyarakat apabila mereka melakukan aktiviti serta memberikan

perkhidmatan sosial kelak. Sepanjang menjalani latihan selama dua belas minggu atau

tiga bulan diharapkan akan dapat melahirkan generasi remaja yang dapat hidup berdikari

dan membantu orang lain apabila khidmat mereka diperlukan oleh orang sekeliling.

Dengan erti kata lain, program ini diadakan adalah bertujuan untuk membentuk jati diri

yang positif dalam diri golongan remaja dan memberikan mereka keyakinan untuk

memikul tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang di sanjung tinggi atas sifat nilai –

nilai murni dalam diri mereka.

Semangat patriotisme dan cintakan negara bukanlah perkara yang mampu timbul

sendiri dalam diri setiap individu. Ia perlu dipupuk dan disemat ke dalam diri seseorang

sejak kecil lagi agar jiwa mereka sebati dengan perasaan itu. Nilai patriotisme yang

menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik

mungkin, ia akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah

tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya

16
menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa

segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era

pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.

Gen-Y perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Contohnya

remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara bagi lepasan sekolah

menengah, dalam universiti pula dengan menyertai Pasukan Sukarelawan Siswa/Siswi

Polis (SUKSIS) dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). Program ini

dipenuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan

latihan berkumpulan. Program ini juga merupakan gabungan latihan ketenteraan dan

memupuk semangat patriotik kepada mereka ke arah cinta akan negara. Pelatih-pelatih

akan dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-

menghormati. Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum,

budaya dan agama yang berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang

merupakan elemen yang penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita

teguh, bercerai kita roboh. Di samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi

yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara.

Di samping itu, semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan

daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa,

agama dan fahaman politik. Hal ini demikian, remaja bersifat suka meniru dan terikut-

ikut dengan sesuatu tindakan atau perilaku, dengan ini pemimpin-pemimpin sama ada di

peringkat negara mahu pun di peringkat masyarakat perlu menunjuk teladan yang baik.

17
Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai

kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang

kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Sekiranya perkara

ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar

untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan

datang.

Kehidupan yang serba senang dan mudah dalam kalangan generasi muda masa

kini adalah satu faktor yang dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme mereka.

Pelbagai kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan

perkhidmatan di pasaran dan aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melekakan generasi

muda daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan bangsanya

atau peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara. Mereka mungkin

asyik atau mudah dibuai oleh segala kesenangan dan kemewahan hidup demikian

sehingga tidak terpanggil untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan

bangsanya atau beranggapan bahawa soal pembangunan, kemajuan dan masa depan

bangsa dan negaranya bukan bidang yang menuntut perhatian mereka.

18
Kesimpulan

Kesedaran patriotisme sangatlah penting pada masa kini terutamanya generasi muda

sekarang. Semangat patriotisme sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta

akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan

negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotisme yang tinggi juga akan

sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan

pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru,

semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar

semangat patriotisme dapat dipupuk dan memberi kesedaran dalam kalangan Gen-Y pada

masa kini.

Program Latihan Khidmat negara mendatangkan pelbagai manfaat kepada

golongan remaja. Oleh itu semua pihak tidak perlu mempertikaikan kewajaran

pelaksanaan program berkenaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak mahu golongan

remaja masa kini terus terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat. Remaja hari ialah

pemimpin pada masa akan datang. Dengan pelaksanaan program ini, kita berharap

golongan remaja hari ini akan menjadi tonggak penting dalam memenuhi keperluan

modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

19
Rujukan

Lee Lam Thye. (2015). Membangun masa depan melalui sejarah lampau. Utusan
Malaysia.
Diakses di http://www.utusan.com.my/rencana/membangun-masa-depan-melalui-sejarah-
lampau.

Azizan Bahari. (2009). Generasi muda dan patriotisme. Diakses di


http://www.sukarelawanmalaysia.com/v1/artikel-teks-pembentangan/33-generasi-muda-
dan-patriotisme.html.

Cikgu Anelyza SPM. (2009). Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik


dalam kalangan masyarakat di negara kita. Diakses di
http://anelyza.blogspot.my/2009/09/usaha-usaha-untuk-meningkatkan-semangat.html.

https://www.scribd.com/doc/307640558/contoh-karangan

www.khidmatnegara.gov.my

www.bernama.com/bernama/v3/bm/news

Arahan Dan Peraturan Tetap Untuk Peserta Program Khidmat Negara.

Katalog Maklumat Ringkas Program Khidmat Negara.

Manual Pelatih, Modul Fizikal Latihan Khidmat Negara. Jabatan Khidmat Negara. 2004.

M. Fakhrulrazi Ibrahim .1998. Patriotisme Di kalangan Belia. Buletin Biro


Tatanegara.Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur.

Nazarudin Mohd Jali et.al. 1996. Kenegaraan Malaysia: Sejarah Awai Kemerdekaan dan
Pembentukan Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

20

You might also like