You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan
Keluli adalah aloi besi dan karbon, dan unsur lain. Hal ini kerana kekuatan tegangan yang
tinggi dan kos rendah, ia adalah komponen utama yang digunakan dalam bangunan. Keluli
juga merupakan salah satu bahan binaan yang sangat luas digunakan dalam industri pembinaan.
Ia juga adalah bahan utama struktur dan digunakan sebagai pengikat dan penggalas. Hal ini
kerana keluli mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi dan digunakan untuk konkrit
bertetulang dan konkrit prategasan. Keluli boleh didapatkan dalam pelbagai bentuk, contohnya
dalam bentuk padu, plat dan berongga.

Bentuk keluli

Rasuk keluli

1
2.0 Keluli tegangan tinggi
Keluli tegangan tinggi mempunyai kekuatan tegangan alah yang tinggi. Penambahan karbon
sebanyak 0.6% hingga 0.9% dan mangan sebanyak 0.5% hingga 0.9% akan menghasilkan
keluli tegangan yang lebih tinggi daripada keluli lembut. Keluli tegangan tinggi biasanya
digunakan dalam kerja konkrit bertetulang, konkrit prategasan, kabel jambatan gantung dan
bolt tegangan tinggi. Keluli tegangan tinggi ini merupakan tetulang untuk kegunaan kerja-
kerja bermutu tinggi dan memerlukan daya tahan yang amat kuat untuk menyokong nilai beban
yang besar. Biasanya keluli ini diguna untuk konkrit tegas dahulu dalam pembinaan rasuk
jambatan, persimpangan bertingkat atau jejantas. Keluli ini dapat diperolehi dalam pelbagai
bentuk yang bersesuaian dengan kegunaannya berdasarkan bahagian yang dibina.
Contoh bentuk tetulang yang boleh didapati dipasaran :
a) Tetulang anyaman
b) Tetulang dalam kerja konkrit prategasan
c) Tetulang berpintal

Tetulang anyaman

Tetulang konkrit prategasan Tetulang berpintal

2
3.0 Keluli lembut

Keluli lembut merupakan bahan yang biasa digunakan untuk binaan kerja keluli. Gred
kekuatan yang biasa digunakan ialah gred 43, gred 50 dan gred 55 yang masing-masing
mempunyai kekuatan tegangan muktamad yang minimum, iaitu 430 N/mm², 500 N/mm².
Keluli bulat diperbuat daripada keluli lembut yang mempunyai kekuatan tegasan 432 hingga
510 N/mm² memenuhi standard BS 4449. Keluli lembut biasanya boleh didapati dalam saiz 4
mm, 6 mm dan 8 mm diameter dan biasanya digunakan sebagai perangkai/pencekak dalam
kerja tetulang untuk rasuk atau tiang. Keluli lembut juga adalah sejenis bahan logam ferus yang
dibuat daripada campuran besi dan karbon. Ianya mudah dibentuk dan dipotong. Keluli lembut
ada terdapat dalam pelbagai bentuk serta ketebalan seperti bentuk kepingan, dan dawai.
Kegunaan keluli lembut adalah untuk membuat skru, paku, jeriji pintu, dan pelbagai binaan
lain. Keluli lembut mempunyai kekuatan dan kelemahan, contoh kekuatan keluli lembut ialah
dapat dipateri dengan menggunakan pemateri logam manakala kelemahan keluli lembut pula
ialah mudah berkarat jika tidak disapu dengan cat dan sebagainya.

Skru

Keluli lembut Tetulang pengikat

3
4.0 Kekuatan keluli

Keluli boleh menahan tegangan dan mampatan. Tetapi keluli juga akan bengkok apabila
dikenakan mampatan. Seterusnya, keluli yang dikenakan dengan daya tegangan akan
mengalami tegasan dan terikan. Bagi menentukan kekuatan keluli, ujian tegasan tegangan di
mana keluli akan dikenakan beban terikan sehingga berlaku pemanjangan dan apabila
berlaku tegasan alah, sifat keluli akan mula bertukar dari sifat elastik kepada sifat plastik.

5.0 Karat dan hakisan


Air dan oksigen yang ada pada keluli akan menghasilkan ferus oksida terhidrat atau lebih
dikenali sebagai karat. Sulfur dioksida yang keluar daripada asap perindustrian dan garam
daripada laut akan mempercepatkan proses karat. Proses kakisan yang berterusan ini akan
mengurangkan kekuatan keluli. Keluli yang terdedah kepada atmosfera boleh menyebabkan
kakisan. Untuk mengelakkan kakisan terhadap keluli yang terdedah kepada atmosfera perlu
disapu dengan cat, krom, minyak dan lain-lain. Keluli yang digunakan dalam kerja konkrit
bertetulang perlu dibersihkan dari sebarang bendasing untuk memastikan lekatan yang kuat
antara tetulang dan konkrit.

4
6.0 Ujian kekuatan tegangan keluli
1. Sampel keluli yang telah diambil di tapak bina akan dihantar ke makmal ujian bahan.
2. Ujian kekuatan keluli ini dilakukan untuk memastikan setiap bahan keluli yang
digunakan dalam pembinaan struktur bagi memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan
dalam reka bentuk.
3. Hal ini adalah untuk memastikan setiap struktur yang dibina adalah kukuh dan selamat.
4. Sampel sepanjang 1 m dari setiap gred tetulang diambil di tapak bina.
5. Sampel yang telah diambil ini perlu dihantar ke makmal ujian bahan bagi menentukan
keterikan, modulus keanjalan dan yang seterusnya untuk menentukan kekuatan tegasan
keluli tersebut.

7.0 Prosedur ujian

1) Sediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan ujian kekuatan
tegangan keluli terdahulu.

2) Dapatkan diameter dan panjang tolok bagi bahan kerja yang disediakan.

5
3) Seterusnya, pasangkan bahan kerja tersebut pada mesin ‘Universal Testing
Machine’ dan beban ditambahkan sedikit demi sedikit.

4) Catatkan nilai beban maksimum dan beban patah beserta dengan pemanjangan yang
dikenakan.
5) Diameter dan panjang tolok pada kepatahan bahan juga perlu dicatatkan.
6) Setiap cara kepatahan bagi bahan kerja perlu diperhatikan.

8.0 Rumusan

6
Keluli adalah bahan yang penting untuk pembinaan sesebuah struktur bangunan. Contohnya,
keluli bertetulang digunakan untuk membuat asas, tiang dan sebagainya. Keluli boleh didapati
dalam pelbagai gred dan jenis. Untuk mendapatkan keluli yang berkualiti dan tahan untuk
jangka masa yang amat panjang, ujian kekuatan tegasan untuk keluli dapat dijalankan untuk
mengetahui kekuatan keluli tersebut. Seterusnya, kita dapat mengenalpasti keluli lembut dan
keluli tegangan tinggi, dengan mengetahui perbezaan diantara kedua-dua keluli tersebut.

9.0 Rujukan
1. https://www.scribd.com/doc/20415481/Pengenalan-Keluli
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Keluli
3. http://my.chinajinrui.net/info/steel-types-21261636.html

You might also like