You are on page 1of 17

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/286162044

STRES DI TEMPAT KERJA: BAGAIMANA FAKTOR ERGONOMIK BOLEH


MEMINIMUMKANNYA?

Conference Paper · January 2010

CITATIONS READS

0 5,862

2 authors, including:

Zafir Mohd Makhbul


Universiti Kebangsaan Malaysia
110 PUBLICATIONS   252 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Stress among Administrators View project

Ergonomic and Stress Among Manufacturing Operators View project

All content following this page was uploaded by Zafir Mohd Makhbul on 08 December 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


th
5 National Human Resource Management Conference 2010

STRES DI TEMPAT KERJA: BAGAIMANA FAKTOR ERGONOMIK


BOLEH MEMINIMUMKANNYA?

Zafir Mohd Makhbul

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia


E-mail: zafir@ukm.my

Fazilah Mohamad Hasun

Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor


E-mail: fazilahmh@kuis.edu.my

ABSTRAK

Para sarjana yang mengkaji stres di tempat kerja bersetuju bahawa stres di tempat kerja
merupakan masalah yang serius bagi kebanyakan organisasi. Organisasi kini terdorong untuk
mengenalpasti dan membangunkan strategi mengurus dan meminimumkan kesan stres di
tempat kerja selari dengan hasil penyelidikan yang banyak mengaitkan antara stres di tempat
kerja dengan impak negatif terhadap individu dan organisasi. Penyelidik stres bersetuju bahawa
stres yang berterusan dan berlebihan pada masa kini boleh memberi impak yang negatif
terhadap kesihatan mental dan fizikal individu. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa
persekitaran stesenkerja yang tidak ergonomik merupakan antara penyebab utama kepada
masalah stres di tempat kerja. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan mengkaji perhubungan di
antara faktor stesenkerja ergonomik dan kesan stres. Sampel seramai 1668 kakitangan sokongan
telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah soal selidik telah
digunakan dalam proses pengumpulan data kajian ini. Analisis regresi berbilang menunjukkan
59.7 peratus perubahan kesan stres di tempat kerja disebabkan oleh hubungannya dengan faktor
kesihatan, peralatan, kerusi, rekabentuk ruang kerja, pengudaraan, pencahayaan dan tempoh
masa bekerja.

ABSTRACT

Work stress scholars appear to agree that stress at the workplace is a serious problem in many
organizations globally. Apprehension over the research evidence relating work stress to negative
individual and organizational outcomes has impelled in identifying and developing strategies to
manage stress and its consequences. It is now generally accepted that prolonged or intense
stress can have a negative impact on an individual’s mental and physical health. Previous

642
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

literature(s) revealed that poor ergonomics workstation environment is among the major
contributor to the work stress. Thus, this study aims to examine the relationship between
ergonomics workstation factors and the work stress outcomes. One thousand six hundred sixty
eight (1668) samples of support staff by using simple random sampling were selected.
Questionnaires were used for the data collections process. The multiple regression analysis
shows that 59.7 percent of the changes in stress at the workplace is due to its relationship with
health level, tools, chair, work area design, humidity, lighting and working hour.

Keywords: Work Stress, ergonomics, workstation design, work environment

PENDAHULUAN
Stres di tempat kerja merupakan satu isu yang sinonim dengan perubahan yang berlaku
dalam dunia pekerjaan. Perubahan teknologi, persaingan, sosial, ekonomi dan seumpamanya
menambahkan relevannya isu stres diperbincangkan masa kini. Stres terjadi apabila keperluan
kerja tidak sepadan dengan kebolehan, sumber, dan kehendak pekerja. Situasi inilah yang
menyebabkan berlakunya stres yang membawa kepada ketegangan (strain). Apabila individu
mengalami stres di tempat kerja, ia boleh menyebabkan simptom yang boleh menjejaskan
fisiologi, psikologi dan gelagat (Korolija dan Lunberg, 2010; Coluci, Alexandre dan Rosecrance,
2009; Lazuras, Rodafinos, Matsiggos dan Stamatoulakis, 2009; Myoung-Hee, Chang-yup, Jin-
Kyung dan Kawachi, 2008; Zafir, 2007).
Hakikatnya, stres di tempat kerja bukanlah satu fenomena baru dalam dunia pekerjaan
(Karolija dan Lunberg, 2010). Ia wujud dalam setiap organisasi dan tiada siapa boleh mengelak
daripada stres. Stres di tempat kerja boleh berlaku tanpa mengambilkira jenis pekerjaan dan
organisasi. Persoalannya, adakah stres diperlukan dalam organisasi? Terdapat segelintir individu
menunjukkan prestasi yang baik jika wujud stres. Walaupun kebanyakan penjelasan literatur
menunjukkan stres di tempat kerja memberikan kesan negatif, tetapi tidak dinafikan ia boleh
memberikan impak positif (eustress) kepada pekerjaan (Layer, Karwowski dan Furr, 2009;
Peterson dan Wilson, 2004; Rollinson, 2005). Terdapat sesetengah individu yang berkembang
maju apabila wujudnya stres. Tahap minimum dalam stres di tempat kerja menyebabkan
seseorang individu meningkatkan prestasi kerja, merangsang kreativiti dan menggalakkan
ketekunan (Schermerhorn et al., 2005).
Stres di tempat kerja yang tidak terkawal dan berlebihan meninggalkan impak negatif
kepada pekerja, keluarga dan organisasi keseluruhannya (Briner dan Reynolds, 1999). Paling
dibimbangi, peringkat kehabisan tenaga (burnout) boleh terjadi jika stres berlaku secara
berterusan dan individu tidak mempunyai daya pertahanan badan yang kuat (Schermerhorn et
al., 2005). Kehabisan tenaga adalah kesan jangka panjang daripada stres yang kronik dan ia amat
signifikan dengan kesihatan (Piko, 2006).
Atas dasar inilah stres di tempat kerja perlu ada dan diminimumkan dalam sesebuah
organisasi. Kenyataan ini disokong oleh Cunningham et al. (2004) yang menyatakan stres di
tempat kerja yang boleh meningkatkan kebolehan seseorang individu adalah apabila stres
diminimumkan dalam persekitaran kerja. Tambahan pula, stres di tempat kerja yang berlebihan
dan tidak terkawal boleh melumpuhkan keseluruhan operasi organisasi melalui peningkatan kos
dan aduan pampasan pekerja, tragedi kemalangan di tempat kerja, masalah kualiti produk dan
pengurangan kepada jumlah pengeluaran (Sackey dan Sanda, 2009). Berdasarkan penjelasan
643
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

secara teoretikal dan empirikal berkaitan dengan stres di tempat kerja menunjukkan ia bukanlah
masalah kesihatan yang boleh diabaikan. Keadaan persekitaran fizikal kerja yang tidak ergonomik
dan beban kerja yang konsisten boleh menjadikan masalah stres di tempat kerja bertambah
kronik. Antara cara penyelesaian kepada masalah kesihatan tersebut adalah melalui peningkatan
persekitaran stesenkerja yang ergonomik dan meminimumkan masalah stres di tempat kerja.
Kebanyakan penyelidik terdahulu melihat persekitaran stesenkerja yang ergonomik sebagai salah
satu strategi untuk meminimumkan masalah stres di tempat kerja (Murphy, 2002; Dempsey et
al., 2004; Thornton et al., 2004; Jamieson dan Graves, 1998). Stres adalah maklumbalas
seseorang individu terhadap ciri-ciri persekitarannya (Zafir, 2007; Piko, 2006). Jika individu
berpersepsi negatif terhadap persekitaran kerjanya, maka sudah tentu individu akan menghadapi
stres. Persekitaran fizikal stesenkerja ini meliputi pelbagai aspek seperti sistem pengudaraan,
pencahayaan, rekabentuk ruang kerja, sistem bunyi dan sebagainya. Kajian juga menunjukkan
persekitaran stesenkerja seperti suhu organisasi yang melampau, cahaya yang kurang terang,
dan ruang kerja yang sesak boleh menjadi ukuran kepada stres di tempat kerja (Sutton dan
Rafaeli, 1987). Oleh itu, dalam proses merekabentuk sesebuah stesenkerja, beberapa faktor
ergonomik perlu diberi perhatian (Bao, Spielholz, Howard & Silverstein, 2009).
Ergonomik sebenarnya bukan tertumpu kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan
sahaja. Menurut Dul dan Newmann (2009), ergonomik boleh menyokong strategi perniagaan
bagi mempertahankan kelebihan daya saing. Definisi ergonomik mempunyai dua pendekatan
iaitu matlamat sosial (kesejahteraan manusia) dan matlamat ergonomik (prestasi perniagaan).
Tambahan pula kajian yang dijalankan oleh Yeow dan Nath Sen (2003) menunjukkan stesenkerja
ergonomik adalah penyelesaian kepada masalah produktiviti yang lemah, kualiti produk yang
rendah, keadaan kerja yang buruk dan ketidakupayaan bersaing dalam pasaran dunia. Apabila
pekerja mendapat kecederaan kesan daripada persekitaran yang tidak ergonomik, ia boleh
menjejaskan prestasi kerja dan memberi impak terhadap produktiviti organisasi dan negara.
Persekitaran stesenkerja yang ergonomik sebenarnya memberi kesan ke atas sumber manusia
sama ada secara psikologi ataupun fisiologi (Holcroft dan Punnetts, 2009; Piko, 2006; Hagg,
2003). Masalah psikologi dan fisiologi ini akan meningkatkan tahap stres dan seterusnya
menjejaskan produktiviti organisasi. Apabila pekerja berasa stres dan keadaan ini terus berulang
semasa mereka melakukan tugas, maka kecenderungan mereka mendapat kecederaan atau
kemalangan adalah tinggi.
Masalah kesihatan yang utama seperti gangguan trauma kumulatif (cumulative trauma
disorders – CTD) amat berkait dengan masalah stres di tempat kerja (Benton, 1998). CTD berlaku
disebabkan oleh stres yang berpunca daripada persekitaran stesenkerja yang tidak ergonomik
iaitu kedudukan tubuh badan yang teruk (poor posture), ketinggian kerusi yang tidak tepat,
peralatan komputer (tetikus, papan kekunci dan monitor) yang tidak ergonomik dan masa rehat
yang tidak mencukupi (Dall dan Kerr, 2010; Harrington dan Walker, 2004). Pendapat mereka
konsisten dengan apa yang diutarakan oleh Boon-long (2001) dan Martin et al. (2003). Mereka
menegaskan bahawa masalah CTD disebabkan oleh pergerakan dengan cara yang tidak betul,
statik, tekanan berlebihan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja, pergerakan yang berulang
pada frekuensi tinggi, masa rehat yang tidak mencukupi, kesan getaran (vibration) dan suhu
organisasi yang melampau. Sehubungan itu, faktor persekitaran kerja seperti bunyi bising, suhu
organisasi yang melampau, masa bekerja yang panjang, kerja yang berulang dan berbahaya
merupakan penyumbang kepada masalah stres di tempat kerja masa kini (Ket de Vries, 1979).

644
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

Melihat kepada faktor-faktor persekitaran stesenkerja ergonomik dan impaknya terhadap


fisiologi, psikologi dan gelagat, didapati kajian persekitaran stesenkerja ergonomik dan stres di
tempat kerja amat penting untuk dijayakan. Kenyataan ini diperkukuhkan melalui tinjauan
literatur yang menunjukkan kurangnya penyelidikan terhadap isu persekitaran stesenkerja
ergonomik dan stres di tempat kerja khususnya di Malaysia. Manshor (2000) berpendapat
bahawa kajian melibatkan stres di tempat kerja di Malaysia adalah amat terhad. Menurut
Manshor lagi, kajian di Malaysia menunjukkan banyak faktor yang tidak dikaitkan dengan stres di
tempat kerja. Oleh yang demikian, kajian stesenkerja ergonomik perlu dijalankan untuk
meningkatkan program pengurusan stres yang lebih baik dalam organisasi di Malaysia (Manshor,
2000). Pendapat Manshor ini seiring dengan penyelidikan Shahnavaz (1996), yang mendapati
bahawa ergonomik merupakan disiplin yang amat menarik terutamanya di negara-negara yang
sedang membangun, di mana tahap pengetahuan dan isu ergonomik masih terhad. Kekurangan
penyelidikan terhadap isu ini menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan maklumat dan
aplikasi ergonomik di negara-negara yang sedang membangun (Shahnavaz, 1996). Sejajar dengan
itu, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara faktor stesenkerja
ergonomik dengan stres di tempat kerja. Di samping itu penyelidikan ini turut mengkaji faktor
pembolehubah stesenkerja ergonomik yang paling kuat mempengaruhi stres di kalangan
kakitangan sokongan.
Pemilihan kakitangan sokongan sebagai sampel kajian diperkukuhkan dengan fakta kajian
yang telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana. Menurut Liang dan Xiang (2004), 25 tahun
yang lalu negara China berusaha menambahbaik kualiti kehidupan kerja. Mereka menyatakan
dengan jumlah populasi 1.25 bilion, dianggarkan 700 juta terdiri daripada pekerja kolar biru.
Sebahagian besar daripada jumlah ini berpotensi terdedah kepada risiko/bahaya pekerjaan.
Antara isu utama yang melibatkan pekerja kolar biru adalah pendedahan kepada bahan kimia,
habuk, tekanan psikologi di tempat kerja dan juga masalah ergonomik. Pendapat ini selari
dengan apa yang diperkatakan oleh Cooper dan Williams (1991), bahawa pekerja kolar biru lebih
terdedah kepada risiko kesihatan berkait dengan kerja berbanding dengan pekerja kolar putih
atau kumpulan profesional. Oleh yang demikian mereka merasakan bahawa penilaian tahap
stres di kalangan kumpulan pekerjaan ini adalah sangat penting dan bermakna. Kenyataan ini
konsisten dengan pendapat Theorell (2004), iaitu pembangunan masalah kesihatan adalah
berkait dengan pelbagai aspek stres di tempat kerja dan masalah ini paling ketara dihadapi oleh
pekerja kolar biru berbanding kolar putih. Menurut Ivancevich dan Matteson (1996), penyebab
stres yang berpunca daripada persekitaran fizikal lebih cenderung dialami oleh pekerja kolar biru
berbanding dengan lain-lain jenis pekerjaan. Fakta Ini menunjukkan bahawa sampel kajian iaitu
pekerja pengkeranian atau kakitangan sokongan adalah bersesuaian untuk mencapai matlamat
penyelidikan ini.

MODEL PENYELIDIKAN
Model kajian yang ditunjukkan pada Carta 1. Ia mengandungi pembolehubah tidak
bersandar iaitu faktor stesenkerja ergonomik yang terdiri daripada faktor manusia (kedudukan
tubuh badan dan kesihatan), mesin (kesesuaian peralatan dan penyelenggaraan), ruang
(kerusi/tempat duduk sewaktu bekerja dan rekabentuk ruang kerja) dan persekitaran
(pengudaraan, sistem bunyi, pencahayaan dan tempoh masa bekerja). Berdasarkan model
tersebut, kesemua pembolehubah stesenkerja ergonomik ini boleh menyebabkan stres yang

645
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

terdiri daripada pembolehubah bersandar iaitu faktor kesan stres yang terdiri daripada fisiologi
(aduan berkenaan tubuh badan), psikologi (kelesuan/keletihan dan ketidakpuasan kerja) dan
gelagat (niat untuk berhenti).
Model utama yang digunakan sebagai asas kepada pembentukan model stesenkerja
ergonomik ini adalah model stres di tempat kerja yang dikemukakan oleh Beehr dan Newman
(1978). Hubungan yang dicadangkan melalui model Beehr dan Newman (1978) adalah
menggunakan aspek peribadi sebagai penyederhana antara aspek persekitaran dengan aspek
kesan ke atas kemanusiaan. Jurang perbezaan di antara model yang dikemukakan oleh Beehr dan
Newman dengan model kajian ini ialah penambahan pelbagai elemen sebagai persekitaran
stesenkerja. Persekitaran stesenkerja yang dikaji oleh penyelidik meliputi stesenkerja ergonomik
yang terdiri daripada faktor manusia (kedudukan tubuh badan dan kesihatan), faktor mesin
(kesesuaian peralatan dan penyelenggaraan), faktor ruang (kerusi dan rekabentuk ruang kerja)
dan faktor persekitaran (pengudaraan, sistem bunyi, pencahayaan dan tempoh masa bekerja).

FAKTOR STESENKERJA
ERGONOMIK

Manusia
 Kedudukan tubuh badan
 Kesihatan
KESAN STRES
Mesin
 Fisiologi
 Kesesuaian Peralatan
 Penyelenggaraan  Psikologi

Ruang  Gelagat
 Kerusi/tempat duduk
sewaktu bekerja
 Rekabentuk ruang kerja

Persekitaran
 Pengudaraan
 Sistem bunyi
 Pencahayaan
 Tempoh masa bekerja

Rajah 1. Model stesenkerja ergonomik

646
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

METODOLOGI PENYELIDIKAN
Populasi kajian ini terdiri daripada pekerja pengkeranian di sektor swasta dan kerajaan di
Malaysia. Jumlah populasi pekerja pengkeranian dan kakitangan sokongan sehingga tahun 2008
ialah 1,056,411 (Kementerian Sumber Manusia, 2006). Penentuan saiz sampel bagi kajian ini
berdasarkan kepada jadual yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Berdasarkan
jadual tersebut, apabila saiz populasi mencapai 1,000,000, maka dicadangkan agar jumlah
minimum saiz sampel ialah 384. Memandangkan jumlah populasi yang besar dan penyelidik
mempunyai matlamat untuk meminimumkan ralat persampelan, sampel kajian telah ditetapkan
sebanyak 1,668 responden. Pemilihan sampel kajian dilakukan secara rawak mudah.
Proses pengumpulan data kajian menggunakan borang soal selidik yang diubahsuai
daripada beberapa soal selidik yang telah digunakan dalam penyelidikan stesenkerja ergonomik
dan stres di tempat kerja. Terdapat juga item-item dalam soal selidik dibentuk sendiri oleh
penyelidik khusus untuk menjayakan matlamat penyelidikan ini. Setiap item menggunakan 7-
mata skala Likert iaitu (1) sangat tidak bersetuju dan (7) sangat bersetuju. Penyusunan setiap
item dalam bahagian ini menggunakan kombinasi item negatif dan positif. Walau bagaimanapun,
semasa pengkodan dilakukan, setiap item negatif dikod semula secara terbalik (reverse coded)
kepada positif.
Bahagian 1 dalam soal selidik ini mengandungi 47 soalan yang berkaitan dengan faktor
stesenkerja ergonomik dalam sesebuah organisasi. Ia terdiri daripada faktor kedudukan tubuh
badan, kerusi/tempat duduk sewaktu bekerja, rekabentuk ruang kerja, sistem pengudaraan,
sistem bunyi, pencahayaan dan tempoh masa bekerja. Pengubahsuaian item adalah berdasarkan
kajian House dan Rizzo (1972), Brief dan Aldag (1976), Lemasters dan Atterbury (1996), Tate et
al. (1997), Hedge dan Erickson (1997), Miles (2000), Hildebrandt et al. (2001), Nag dan Nag
(2004) serta Tarcan et al. (2004).
Bahagian 2 soal selidik ini mengandungi 57 soalan. Ia terdiri daripada komponen fisiologi
(aduan berkenaan tubuh badan), psikologi (kelesuan/keletihan dan ketidakpuasan kerja) dan
gelagat (niat untuk berhenti). Pengubahsuaian item adalah berdasarkan kajian yang dijalankan
oleh Karasek (1979), Ekman dan Ehrenberg (2002) dan Mearns et al. (2003).
Kajian rintis telah dijalankan ke atas 40 orang kakitangan sokongan bagi menguji
instrumen penyelidikan ini. Pengubahsuaian dan pengguguran item dilakukan terhadap item-
item dalam soal selidik selepas kajian rintis dijalankan. Ini untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen tercapai bagi memenuhi matlamat kajian. Tambahan pula
penyelidik telah melihat sendiri maklumbalas responden semasa kajian rintis dijalankan sama
ada item tersebut memenuhi keperluan kerja mereka atau sebaliknya. Kesemua ini dijadikan asas
untuk memastikan instrumen kajian ini mempunyai kesahan kandungan yang amat baik. Kesahan
konstruk dapat dinilai melalui analisis multivariate iaitu analisis faktor (factor analysis). Jadual 1
menunjukkan bahawa setiap konstruk mempunyai nilai loading melebihi 0.30 dengan nilai
Cronbach α bagi pemboleh ubah tidak bersandar yang baik sebagai instrumen kajian ini. Sesuatu
pembolehubah itu boleh menyumbang secara bermakna terhadap faktor hanya jika nilai loading
mencapai sekurang-kurangnya 0.3 (Field, 2003; Aron et al., 2005). Menurut Field (2003),
keberkesanan loading bagi sesuatu faktor bergantung kepada saiz sampel. Stevens (1992) pula
telah menetapkan nilai loading yang diterimapakai bagi sampel melebihi 300 ialah 0.298. Fakta
ini diperkukuhkan lagi oleh Guadagnoli dan Velicer (1988) yang menegaskan bahawa jika sesuatu

647
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

faktor mempunyai nilai loading yang amat rendah, ia tidak boleh diaplikasikan melainkan jumlah
sampel melebihi 300.

Jadual 1: Ringkasan loading setiap konstruk (kesahan konstruk)


Konstruk Loading α
Kedudukan tubuh badan .38 – .65 .79
Kesihatan .42 – .68 .78
Peralatan .41 – .67 .81
Kerusi/tempat duduk .70 – .81 .84
Rekabentuk ruang kerja .48 – .57 .66
Sistem pengudaraan .31 – .67 .68
Sistem bunyi .48 – .57 .71
Sistem pencahayaan .48 – .74 .75
Tempoh masa bekerja .56 – .71 .70
Aduan berkenaan tubuh badan .43 – .68 .79
Ketidakpuasan kerja .50 – .83 .80
Niat untuk berhenti .50 – .78 .78
Loading mengikut putaran varimax

Sebelum data sebenar dianalisis, penyelidik telah melakukan analisis data penerokaan
(Exploratory Data Analysis – EDA). Melalui EDA, pengesahan bahawa andaian-andaian seperti
“linearity, homocedasticity, heterocedasticity” dan “multicollinearity” telah dipenuhi. Rajah 2
menunjukkan plot bahawa andaian “linearity” dan “homoscedasticity” telah dipenuhi bagi
pembolehubah tidak bersandar kajian ini. Serakan data pada graf tersebut bertaburan secara
rawak dan tersebar. Plot serakan juga tidak menunjukkan sebarang corak ketara dan setiap plot
bebas bertaburan di sepanjang graf. Ini juga menggambarkan bahawa masalah
“heterocedasticity” tidak berlaku di antara pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini.

Pembolehubah Bersandar: AkibatStres

4
Regression Standardized

2
Residual

-2

-4

-4 -2 0 2 4
Regression Standardized Predicted Value

Rajah 2. Plot serakan bagi “standardized residuals” berbanding


“standardized predicted scores”

648
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

Masalah “multicollinearity” bagi pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar dalam


kajian ini juga dapat diminimumkan. Andaian ini dibuktikan melalui nilai “tolerance” dan variance
inflation factor (VIF). Nilai “tolerance” menunjukkan kesemua pembolehubah tidak bersandar
mempunyai nilai melebihi 0.61 dan VIF mempunyai nilai menghampiri 1 (Jadual 2). Kenyataan ini
diperkukuhkan melalui nilai “eigenvalue” dan “condition index”. Tiada pembolehubah
mempunyai nilai “eigenvalue” menghampiri 0 dan nilai “condition index” melebihi 30. Kesemua
kaedah statistik ini cukup untuk membuktikan bahawa tiada masalah “multicollinearity” yang
serius berlaku terhadap pembolehubah tersebut.

JADUAL 2. Statistik collinearity


Statistik collinearity
Tolerance VIF
Tubuh badan .830 1.205
Kesihatan .690 1.450
Kesesuaian peralatan
.613 1.631
Penyelenggaraan
Kerusi .697 1.435
Ruang kerja .575 1.738
Pengudaraan .713 1.403
Sistem bunyi .910 1.099
Pencahayaan .732 1.366
Tempoh bekerja .700 1.429

Jadual 1 dan 2 juga menunjukkan bahawa faktor peralatan yang pada peringkat awal
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesesuaian peralatan dan penyelenggaraan (Friesen et
al., 2006). Setelah analisis faktor dilakukan, kedua-dua faktor ini digabungkan menjadi satu faktor
iaitu faktor peralatan. Faktor tersebut menghasilkan nilai loading dan kebolehpercayaan yang
lebih baik. Analisis collinearity juga menunjukkan penggabungan kedua-dua faktor kepada satu
faktor iaitu faktor peralatan, menghasilkan nilai tolerance dan VIF yang lebih baik iaitu masing-
masing 0.613 dan 1.631.

PENEMUAN KAJIAN
Analisis Latarbelakang Responden
Jadual 3 menunjukkan dengan terperinci analisis latarbelakang responden kajian. Majoriti
responden kajian terdiri daripada kaum wanita iaitu 1037 responden (62.2%). Selebihnya, iaitu
631 orang responden (37.8%) adalah lelaki. Komposisi jantina ini adalah biasa bagi jawatan
pengkeranian atau kakitangan sokongan di mana majoriti pekerjanya adalah wanita. Jika dilihat
pada tahap pendidikan pula, majoriti responden iaitu 45.8% berkelulusan STPM dan selebihnya
berkelulusan SPM (17.9%) dan Diploma (31.5%). Selari dengan kelulusan akademik yang
diperolehi, majoriti responden (61.6%) responden berpendapatan di antara RM1000 hingga
RM2000. Jadual 3 juga menunjukkan hampir kesemua responden (94.1%) tidak bekerja syif dan
majoriti (84.4%) bekerja antara 40 jam hingga 60 jam seminggu.

649
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

Jadual 3. Maklumat demografi responden


Kekerapan %
Jantina
Lelaki 631 37.8
Perempuan 1037 62.2
Tahap pendidikan
LCE/SRP/PMR 36 2.2
MCE/SPM 298 17.9
HSC/STPM 764 45.8
Diploma 526 31.5
Ijazah Sarjanamuda 44 2.6
Gaji kasar bulanan
< RM1000 115 6.9
RM1000 – RM1500 627 37.6
RM1501 – RM2000 399 24.0
RM2001 – RM2500 347 20.8
RM2501 – RM3000 140 8.4
> RM3000 40 2.3
Kerja syif
Ya 98 5.9
Tidak 1570 94.1
Jumlah jam bekerja seminggu
40 jam – 50 jam 928 55.6
50 jam – 60 jam 480 28.8
60 jam – 70 jam 250 15.0
70 jam – 80 jam 8 0.48
80 jam – 90 jam 2 0.12

Analisis Korelasi Faktor Ergonomik Dan Kesan Stres


Jadual 4 menunjukkan korelasi antara pembolehubah tidak bersandar dengan
pembolehubah bersandar. Jadual tersebut menunjukkan bahawa setiap faktor stesenkerja
ergonomik mempunyai kekuatan hubungan yang signifikan dengan akibat stres di tempat kerja
(p<0.01). Di antara kesemua faktor tersebut, faktor kesihatan (0.590) mempunyai hubungan
paling kuat dengan kesan stres di tempat kerja. Ini diikuti oleh faktor tempoh masa bekerja
(0.524), sistem pengudaraan (0.496), kesesuaian peralatan (0.480), rekabentuk ruang kerja
(0.443), kerusi (0.439), pencahayaan (0.428), kedudukan tubuh badan (0.225) dan sistem bunyi
(0.156).
Jadual 4 juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara
pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar. Walaupun terdapat hubungan yang signifikan di
antara pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar, namun ujian statistik “collinearity” dalam
bahagian metodologi membuktikan bahawa tidak berlaku masalah “multicollinearity” yang
ketara bagi setiap pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini. Ini disebabkan oleh nilai
korelasi yang tidak kuat antara pembolehubah tidak bersandar iaitu di antara 0.086 - 0.471.

650
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

Jadual 4. Korelasi antara pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1. Stres 1
2. Kedudukan Badan .225** 1
3. Kesihatan .590** .308** 1
4. Peralatan .480** .086** .297** 1
5. Kerusi .439** .127** .291** .471** 1
6. Ruangkerja .443** .260* .368* .411** .347** 1
7. Pengudaraan .496** .216** .381** .319** .351** .392** 1
8. Sistem bunyi .156** .019 .092** .171** .088** .140** .076** 1
9. Pencahayaan .428** .061* .236** .386** .313** .227** .308** .214** 1
10.Jam bekerja .524** .147** .351** .394** .292** .311** .263** .171** .402** 1
n = 1668
* p < 0.05 (2-tailed)
** p < 0.01 (2-tailed)

Analisis Regresi Berbilang


Jadual 5 menunjukkan 59.7 peratus perubahan kesan stres di tempat kerja disebabkan
oleh hubungannya dengan faktor kedudukan tubuh badan, kesihatan, peralatan, kerusi,
rekabentuk ruang kerja, pengudaraan, sistem bunyi, pencahayaan dan tempoh masa bekerja.
Jadual ini juga menunjukkan “adjusted R Square (R2)” memberi nilai 0.595. Adjusted R2
memberikan kita idea tentang sejauhmana model yang dibentuk dapat digeneralisasikan
terhadap populasi dan secara idealnya kita mengharapkan nilainya sama atau hampir dengan R2.

Jadual 5. Nilai pekali korelasi berbilang R dan lain-lain statistik


Ringkasan model (b)
Adjusted R Std. Error of
Model R R Square Durbin-Watson
Square the Estimate
1 .773(a) .597 .595 .48444 1.773
a Pembolehubah Tidak Bersandar: (Tetap), Tempoh bekerja, Tubuh badan,
Pencahayaan,Akustik, Pengudaraan, Kerusi, Peralatan, Ruang kerja, Kesihatan
b Pembolehubah Bersandar: Stres

Berpandukan model akhir untuk kajian ini, perbezaan antara R2 dengan adjusted R2
amatlah kecil iaitu 0.597 – 0.595 = 0.002 (lebih kurang 0.2%). Penyusutan (shrinkage) nilai
adjusted R2 ini memberi maksud bahawa jika model diperolehi daripada populasi mahupun
sampel, ia hanya memberi kesan pengurangan perbezaan anggaran 0.2 peratus terhadap hasil
yang diperolehi. Untuk mengesahkan fakta ini, penyelidik telah mengaplikasikan formula Stein
seperti di bawah (Field, 2003). Formula Stein ini menghasilkan nilai menghampiri nilai R2 (0.597).
Ini mengesahkan bahawa kesahan silang (cross-validity) model kajian ini amat baik (Field, 2003).

651
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

adjusted R2 = 1 – n–1 n–2 n+1 1 – R2


n–k–1 n–k–2 n

di mana,
n = saiz sampel
k = bilangan pembolehubah tidak bersandar
Penyelesaiannya;

adjusted R2 = 1 – 1668 – 1 1668 – 2 1668 + 1 1 – 0.597


1668 – 9 – 1 1668 – 9 – 2 1668

=1– 1.005 1.005 1.000 0.403

= 1 – 0.4076

= 0.5924

Jadual 6 mengesahkan bahawa hubungan antara kesemua faktor stesenkerja ergonomik


dengan stres adalah signifikan pada tahap 0.01 (p<0.01). Jadual 7 pula menunjukkan dengan
terperinci faktor stesenkerja ergonomik yang signifikan dengan stres di tempat kerja. Melalui
jadual ini, faktor kesihatan, peralatan, kerusi, reka bentuk ruang kerja, pengudaraan,
pencahayaan dan tempoh masa bekerja signifikan dengan stres di tempat kerja (p<0.01). Jadual 7
juga menunjukkan dua faktor stesen kerja ergonomik yang tidak signifikan (p<0.01 @ p<0.05)
dengan stres di tempat kerja iaitu kedudukan tubuh badan dan sistem bunyi. Berdasarkan nilai
Beta dalam Jadual 7, penyelidik membandingkan kepentingan relatif bagi setiap pembolehubah
tidak bersandar. Berdasarkan nilai Beta tersebut, faktor kesihatan (beta = 0.311) memberi kesan
lebih ketara berbanding faktor-faktor yang lain. Ini diikuti dengan faktor tempoh masa bekerja,
pengudaraan, pencahayaan, peralatan, reka bentuk ruang kerja dan kerusi. Kesemua faktor
tersebut adalah faktor yang signifikan dengan stres di tempat kerja.

Jadual 6. ANOVA untuk regresi

Model Sum of Squares Df Mean Square F Sig.


1 Regression 577.035 9 64.115 273.202 .000(a)**
Residual 389.099 1658 .235
Total 966.134 1667
**p<0.01

652
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

Jadual 7. Persamaan regresi dan statistik yang berkaitan


Unstandardized Standardized
Model Coefficients Coefficients t Sig.
B Std. Error Beta
1 (Constant) .838 .097 8.679 .000
Tubuh badan -.014 .016 -.016 -.909 .363
Kesihatan .209 .013 .311 16.596 .000**
Peralatan .093 .016 .118 5.933 .000**
Kerusi .054 .013 .076 4.095 .000**
Ruang kerja .075 .015 .104 5.084 .000**
Pengudaraan .149 .015 .186 10.064 .000**
Sistem bunyi .011 .014 .013 .782 .435
Pencahayaan .088 .013 .122 6.682 .000**
Tempoh bekerja .159 .013 .221 11.858 .000**
**p<0.01

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa kesan stres di tempat kerja boleh
diminimumkan melalui penyediaan stesenkerja yang ergonomik. Penemuan kajian menunjukkan
apabila stesenkerja ditanggap memberi stres, ia akan memberi kesan ke atas aduan berkenaan
tubuh badan, ketidakpuasan kerja dan niat untuk berhenti. Penemuan ini selari dengan pendapat
penyelidik terdahulu yang menegaskan bahawa stesen kerja ergonomik sebagai salah satu
strategi untuk meminimumkan stres di tempat kerja (Dempsey et al., 2004; Thornton et al., 2004;
Murphy, 2002; Jamieson dan Graves, 1998). Model penyelidikan ini telah mengaplikasikan
cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh model rujukan utama yang diutarakan oleh Beehr
dan Newman (1978). Kajian mereka mencadangkan agar penyelidik mempelbagaikan skop
pembolehubah persekitaran kerja dalam memperihalkan hubungan dengan stres di tempat kerja.
Model kajian ini telah menggunakan skop persekitaran stesenkerja ergonomik yang merangkumi
empat faktor yang telah dibincangkan dan hubungannya dengan akibat stres terhadap aspek
kemanusiaan (fisiologi, psikologi dan gelagat).
Antara penemuan dalam kajian ini menunjukkan faktor kesihatan, peralatan, kerusi, reka
bentuk ruang kerja, pengudaraan, pencahayaan dan tempoh masa bekerja mempunyai
hubungan dengan stres di tempat kerja. Penemuan ini turut menyokong kenyataan yang telah
diberikan oleh Sutton dan Rafaeli (1987) dan Bao et, al. (2009). Penemuan kajian ini juga
menunjukkan bagaimana penyelidik menggunakan metodologi yang berkesan dalam melakukan
penilaian stesenkerja yang ergonomik dalam kajian pengurusan. Kajian rintis yang dilakukan
terhadap operator pengeluaran dalam kajian ini, benar-benar berguna dalam menghasilkan
instrumen penyelidikan yang lebih berkesan. Analisis kebolehpercayaan, kesahan, normality,
linearity, homoscedasticity dan collinearity yang dilakukan oleh penyelidik merupakan antara
analisis bermakna dalam menentukan data yang diperolehi mampu menghasilkan penemuan
yang lebih berkualiti. Ini ditambah pula dengan analisis faktor yang dapat menentukan instrumen
kajian yang benar-benar berkesan dalam menghuraikan persoalan kajian.
Antara penemuan penyelidikan ini yang memberi implikasi terhadap metodologi adalah
pada peringkat awal, faktor peralatan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesesuaian

653
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

peralatan dan penyelenggaraan (East dan Sood, 2005; Friesen et al., 2006). Setelah analisis faktor
dilakukan, kedua-dua faktor ini digabungkan menjadi satu faktor iaitu faktor peralatan. Implikasi
metodologi yang lain pula menunjukkan bahawa pembolehubah akibat stres pada peringkat awal
terdiri daripada aduan berkenaan tubuh badan, kelesuan/keletihan, ketidakpuasan kerja dan
niat untuk berhenti. Selepas analisis faktor dilakukan, faktor kelesuan/keletihan digabungkan
menjadi satu faktor dengan aduan berkenaan tubuh badan. Implikasi metodologi ini ada
kebenarannya di mana menurut Ream dan Richardson (1996), masalah kelesuan/keletihan ini
sukar ditentukan secara objektif. Ini ditambah pula dengan tiada ujian yang universal untuk
mengukur kelesuan. Mereka menegaskan bahawa kelesuan tidak boleh didiagnos secara objektif
apatah lagi secara ujian makmal.
Formula Stein yang digunakan untuk menguji model stesenkerja ergonomik (Carta 1) juga
menunjukkan implikasi metodologi dan penemuan kajian boleh diadaptasikan dalam lain-lain
penyelidikan berkaitan dengan stesenkerja ergonomik dan stres di tempat kerja. Formula ini
menunjukkan bahawa kesahan silang (cross validity) untuk model kajian ini amat baik dan ia akan
memberikan hasil yang konsisten jika metodologi yang sama digunakan dalam menilai
perhubungan stesenkerja ergonomik dan stres di tempat kerja yang melibatkan industri yang
berbeza.
Penemuan kajian ini turut memberi implikasi kepada pihak pengurusan organisasi.
Antaranya, pihak pengurusan perlu menilai setiap faktor dalam stesenkerja yang dicadangkan
dalam penyelidikan ini kerana ia boleh meminimumkan akibat negatif stres di tempat kerja.
Kajian dan penilaian terperinci perlu dilakukan terutamanya terhadap faktor kesihatan, tempoh
masa bekerja, pengudaraan, pencahayaan, peralatan, reka bentuk ruang kerja dan kerusi.
Kesemua faktor tersebut adalah faktor yang signifikan dengan stres di tempat kerja. Ini
diperkukuhkan lagi melalui analisis regresi linear berbilang yang menunjukkan kesemua faktor
tersebut memberi kesan 59.7 peratus perubahan dalam akibat stres di tempat kerja. Masalah-
masalah yang berkaitan dengan sumber manusia seperti aduan berkenaan tubuh badan,
kelesuan, ketidakpuasan kerja dan niat untuk berhenti akan dapat diminimumkan apabila
organisasi berusaha menambahbaik faktor stesenkerja ergonomik.

SENARAI RUJUKAN

Aron, A., Aron, E. N. & Coups, E. J. (2005). Statistical for the behavioral and social sciences (3rd ed.). New
Jersey: Pearson Education, Inc.
Beehr, T. A. & Newman, J. E. 1978. Job stress, employee health and organizational effectiveness: A facet
analysis, model and literature review. Personnel Psychology 31: 665-699.
Benton, M. L. 1998. An analysis of the effect of computer work station associated pain on work
performance. Ph.D. Diss., The University of Tennessee, Knoxville.
Boon-long, N. 2001. A conceptual framework of cost/benefit justification for ergonomic projects to reduce
musculoskeletal disorders in the workplace. Ph.D. Diss., New Jersey Institute of Technology.
Brief, A. P. & Aldag, R. J. 1976. Correlates of role indices. Journal of Applied Psychology 61(4): 468-472.
Briner, R. B. & Reynolds, S. 1999. The cost, benefits, and limitations of organizational level stress
interventions. Journal of Organizational Behavior. 20: 647-664.
Coluci, M.Z.O., Alexandre, N.M.C. & Rosecrance, J. 2009. Reliability and validity of an ergonomics-related
Job Factors Questionnaire. Industrial Journal of Industrial Ergonomics 39: 995-1001

654
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

Cooper, C. L. dan Williams, J. 1991. A validation study of the OSI on a blue-collar sample. Stress Medicine
7: 109-112.
Cunningham, J. B., Lischeron, J., Koh, H. C. & Farrier, M. 2004. A cybernetic framework linking personality
and other variables in understanding general health. Personnel Review 33(1): 55-80.
Dall, P.M. & Kerr, A. 2010. Frequency of the sit to stand task: An observational study of free-living adults.
Applied Ergonomics 41: 58-61
Dempsey, P. G., McGorry, R. W. & O’Brien, N. V. 2004. The effects of work height, workpiece orientation,
gender, and screwdriver type on productivity and wrist deviation. International Journal of Industrial
Ergonomics 33: 339-346.
Dul, J. & Neumann, W.P. 2009. Ergonomics contributions to company strategies. Applied Ergonomics,
40(4): 745-752.
Ekman, I. & Ehrenberg, A. 2002. Fatigue in chronic heart failure – Does gender make a difference ?
European Journal of Cardiovascular Nursing 1: 77-82.
Field, A. 2003. Discovering statistics using SPSS for windows: Advanced techniques for the beginner. Great
Britain: Sage Publications Inc.
Friesen, M. N., Friesen, R., Quanbury, A., dan Arpin, S. (2006). Musculoskeletal Injuries Among Ultrasound
Sonographers in Rural Manitoba: A Study of Workplace Ergonomics. American Association of
Occupational Health Nurses. 54(1): 32-37.
Guadagnoli, E. & Velicer, W. 1988. Relation of sample size to the stability of component patterns.
Psychological Bulletin. 103: 265-275.
Hagg, G. M. 2003. Corporate initiatives in ergonomics – An introduction. Applied Ergonomics 34: 3-15.
Harrington, S. S. & Walker, B. L. 2004. The effects of ergonomics training on the knowledge, attitudes, and
practices of teleworkers. Journal of Safety Research 35: 13-22.
Hedge, A. & Erickson, W. A. 1997. A study of indoor environment and sick building syndrome complaints
in air conditioned offices: benchmarks for facility performance. International Journal of Facilities
Management 1(4): 185-192.
Hildebrandt, V. H., Bongers, P. M., & van Dijk, F. J. 2001. Dutch musculoskeletal questionnaire: Description
and basic qualities. Ergonomics 44: 1038-1055.
Holcroft, C.A. & Punnett, L. 2009. Work environment risk factors for injuries in wood processing. Journal
of Safety Research 40(4): 247-255.
House, R. J., & Rizzo. 1972. Role conflict and ambiguity as critical variables in a model of organizational
behavior. Organizational Behavior and Human Performance 7: 467-505.
Ivancevich, J. M., Matteson, M. T. & Preston, C. 1982. Occupational stress, type A behavior, and physical
well-being. Academy of Management Journal 25(2): 373-391.
Jamieson, D.W. & Graves, R. J. 1998. Determining ergonomic factors in stress from work demands of
nurses. In Hanson, M. A. (ed.), Contemporary Ergonomics. (pp. 162-166). London: Taylor & Francis.
Karasek, R. 1979. Job demands, job decision latitude and mental strain: Implications for job redesign.
Administrative Science Quarterly 24: 285-308.
Korolija, N. & Lundberg, J. 2010. Speaking of human factors: Emergent meanings in interviews with
professional accident investigators. Safety Science 48: 157-165.
Kets de Vries, M. F. R. 1979. Organizational stress: A call for management action. Sloan Management
Review 21(1): 3-14.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and
Psychological Measurement 30: 607-610.
Layer, J.K., Karwowski, W. & Furr, A. 2009. The effect of cognitive demands and perceived quality of work
life on human performance in manufacturing environments. International Journal of Industrial
Ergonomics 39(2): 413-421.

655
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

Lazuras, L., Rodafinos, A., Matsiggos, G. & Stamatoulakis, A. 2009. Perceived occupational stress,
affective, and physical well-being among telecommunication employees in Greece. Social Science &
Medicine 68(6): 1075-1081.
Lemasters, G. K. & Atterbury, M. R. 1996. The design and evaluation of a musculoskeletal and work history
questionnaire. In Amit Bhattacharya and James D. McGlothlin (Eds.), Occupational Ergonomics:
Theory and Applications. (pp. 431-461). New York: Marcel Dekker, Inc.,.
Liang, Y. dan Xiang, Q. 2004. Occupational health services in PR China. Toxicology. 198: 45-54.
Manshor, A. T. 2000. Sources of stress at the work place. Proceedings of the Academy of Strategic &
Organizational Leadership 5(2): 26-28.
Manshor, A. T. Fontaine, R. & Choy, C. S. 2003. Occupational stress among managers: A Malaysian survey.
Journal of Managerial Psychology 18(6): 622-628.
Martin, S. A., Irvine, J. L., Fluharty, K. & Gatty, C. M. 2003. A comprehensive work injury prevention
program with clerical and office workers: Phase 1: Work 21: 185-196.
Mearns, K., Whitaker, S. M. & Flin, R. 2003. Safety climate, safety management practice and safety
performance in offshore environments. Safety Science 41: 641-680.
Miles, A. K. 2000. The ergonomics and organizational stress relationship. Ph.D. Diss., The Florida State
University, USA.
Mohamad Khan Jamal Khan. 2001. Perubahan dan pembaharuan dalam pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan: Ke arah mana? Jelapang 2(2): 127-133.
Murphy, L. R. 2002. Job Stress research at NIOSH: 1972-2002. Historical and Current Perspectives on Stress
and Health 2: 1-55.
Myoung-Hee, K., Chang-yup, K., Jin-Kyung, P. & Kawachi, I. 2008. Is precarious employment damaging to
self-rated health? Results of propensity score matching methods, using longitudinal data in South
Korea. Social Science and Medicine 67: 1982-1994.
Nag, A. & Nag, P. K. 2004. Do the work stress factors of women telephone operators change with the shift
schedules? International Journal of Industrial Ergonomics 33: 449-461.
Peterson, M. dan Wilson, J. F. 2004. Work Stress in America. International Journal of Stress Management.
11(2): 91-113.
Piko, B. F. 2006. Burnout, role conflict, job satisfaction and psychosocial health among hungarian health
care staff: A questionnaire survey. International Journal of Nursing Studies 43: 311-318.
Ream, E. & Richardson, A. 1996. A fatigue: A concept analysis. International Journal of Nursing Studies
33(5): 519-529.
Rollinson, D. (2005). Organisational Behaviour and Analysis: An Integrated Approach. 3rd ed. England:
Pearson Education Ltd.
Sackey, J. & Sanda, M. 2009. Influence of occupational stress on the mental health of Ghanaian
professional women. International Journal of Industrial Ergonomics 39(5): 876-887.
Schermerhorn, J. R., Hunt, J. G. & Osborn, R. N. 2005. Organizational Behavior. 9th ed. United States of
America: John Wiley & Sons, Inc.
Shahnavaz, H. 1996. Making ergonomics a world-wide concept. Ergonomics 39(12): 1391-1402.
Stevens, J. P. 1992. Applied multivariate statistics for the social sciences. (2nd ed.). Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Sutton, R. I. & Rafaeli, A. 1987. Characteristics of work stations as potential occupational stressors.
Academy of Management Journal 30(2): 260-276.
Tarcan, E., Varol, E. S. & Ates, M. 2004. A qualitative study of facilities and their environmental
performance. Management of Environmental Quality: An International Journal 15(2): 154-173.
Tate, U., Whatley, A. & Clugston, M. 1997. Sources and outcomes of job tension: A three-nation study.
International Journal of Management 3: 350-358.
Theorell, T. 2004. Work stress: The making of a modern Epidemic. European Journal of Public Health.
14(2): 218-219.

656
th
5 National Human Resource Management Conference 2010

Thornton, L. J., Stuart-Buttle, C., Wyszynski, T. C. & Wilson, E. R. 2004. Physical and psychological stress
exposures in us dental schools: The need for expanded ergonomics training. Applied Ergonomics 35:
153-157.
Yeow, P. H. P. & Nath Sen, R. 2003. Quality, productivity, occupational health and safety and cost
effectiveness of ergonomic improvements in the test workstations of an electronic factory.
International Journal of Industrial Ergonomics 32(3): 147-163.
Zafir, M. M. 2007. Perhubungan antara stesenkerja ergonomik dan stres di kalangan operator
pengeluaran dalam organisasi multinasional di Malaysia. Ph.D. Thesis., Universiti Teknologi Malaysia.

657

View publication stats

You might also like