You are on page 1of 11

2018

WhatsApp Business

ABDUL SHOKOR ABD TALIB


eUsahawanILPKL
9/23/2018
WhatsApp Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

BAB 1 WHATSAPP BUSINESS 2


PENGENALAN 2
KEGUNAAN WHATSAPP UNTUK PERNIAGAAN 3
PERBEZAAN ANTARA WHATSAPP BUSINESS
DAN WAHTSAPP BIASA 5
AUTO GENERATED MESSAGE 6

BAB 2 BAGAIMANA UNTUK MENUKAR AKUAN


KE WHATSAPP BUSINESS 8
CARA MENUKAR AKAUN DARI WHATSAPP BIASA
KE WHATSAPP BUSINESS 8

1
WhatsApp Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

BAB 1

WHATSAPP BUSINESS

PENGENALAN
WhatsApp ialah aplikasi penghantaran mesej segera yang boleh digunakan
untuk bertukar - tukar mesej antara pengguna. Aplikasi WhatsApp beroperasi dengan
cara yang sama seperti program penghantaran mesej dengan menggunakan komputer
(chat) yang telah lama wujud di Internet, yang berbeza hanyalah WhatsApp boleh
beroperasi dengan menggunakan komputer dan telefon pintar.

Perkhidmatan WhatsApp adalah sama dengan SMS, apa yang berbeza ialah
WhatsApp membenarkan pengguna menghantar dan menerima mesej berbentuk teks,
imej dan video dengan tanpa had dan percuma. Manakala setiap SMS yang dihantar
oleh pengguna akan dikenakan bayaran oleh penyedia perkhidmatan talian telefon
berkenaan. Untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan pengguna WhatsApp
perlu mempunyai akses Internet.

2
WhatsApp Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

KEGUNAAN WHATSAPP UNTUK PERNIAGAAN


Berikut adalah cara bagaimana WhatsApp boleh digunakan sebagai alat
pemasaran digital:
 Menghantar dan menerima mesej
WhatsApp boleh dianggap sebagai alat pemasaran digital yang paling berkesan
dan cepat untuk menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran.
WhatsApp boleh digunakan oleh pemasar untuk menjalankan promosi melalui
kaedah visual, nota suara dan video. Kandungan mesej di dalam WhatsApp
juga boleh diubahsuai mengikut kumpulan sasaran untuk menimbulkan
sentuhan individu.
 Gambar profil
Logo syarikat atau produk boleh dijadikan sebagai gambar profil untuk
mempromosikan jenama atau produk. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik
gambar profil yang dipilih mestilah mampu menarik minat audiens untuk
berinteraksi dengan jenama anda.
 Status profil
Status profil yang ditandakan sebagai about hendaklah digunakan secara
kreatif; tulis mesej ringkas untuk menarik perhatian dan meningkatkan
perasaan ingin tahu di kalangan audiens anda.

3
WhatsApp Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

 Sasaran berkumpulan
Gerup WhatsApp adalah merupakan cara terbaik untuk membentuk segmentasi
dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Gerup WhatsApp boleh digunakan
untuk mengumpulkan orang yang mempunyai minat yang sama dan
memulakan perbincangan. Melalui kaedah ini perniagaan boleh mengumpul
maklumat untuk mengenali keperluan dan kehendak segmen yang telah dikenal
pasti. Kaedah ini juga mudah untuk memviralkan sesuatu mesej kerana ahli
kumpulan akan cenderung untuk berkongsi maklumat yang mereka gemari
dengan rakan–rakan mereka yang lain.
 Kempen pemasaran
Galakkan pembeli untuk menghantar gambar mereka bersama produk anda
atau bergambar di hadapan papan iklan perniagaan dan sebagainya, sebagai
balasan mereka akan menerima kupon diskaun. Kedah ini berkesan untuk
menambah dan meningkatkan pelanggan.
 Komunikasi dalaman
Pada hari ini hampir semua orang mempunyai telefon pintar. Email, Facebook,
WhatsApp, Instagram adalah antara alat perhubungan yang sering digunakan.
Menurut Statista pada bulan Disember 2017 seramai 1.6 bilion penduduk dunia
menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi. WhatsApp telah mengubah
cara manusia berkomunikasi, dengan adanya WhatsApp maklumat kini boleh
tersebar dengan cepat dan pantas.
 Promosi acara
Selain dari berhubung WhatsApp juga boleh digunakan untuk mempromosikan
sesuatu acara. WhatsApp boleh digunakan untuk berkongsi butiran acara,
gambar dan video.
 Membuat perhubungan dengan pelanggan
Majoriti pelanggan pada hari ini lebih selesa untuk berhubung dengan peniaga
atau penjual dengan menggunakan teks berbanding bercakap di telefon.
Dengan menggunakan WhatsApp penjual dapat membina perhubungan yang
lebih baik dengan pembeli atau pelanggan.

4
WhatsApp Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

 Bantuan pelanggan
WhatsApp juga boleh digunakan sebagai talian bantuan pelanggan dengan
menggunakan WhatsApp pelanggan boleh menghantar mesej dan tidak rasa
terganggu akibat terpaksa menunggu dengan lama di talian sebelum dapat
bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Walau bagaimanapun kaedah
hanya sesuai untuk jumlah pelanggan yang kecil sahaja.
 Khidmat penghantaran
WhatsApp juga boleh digunakan sebagai platform untuk pengguna membuat
tempahan barangan atau perkhidmatan secara atas talian.
 Laporan berita
Beberapa akhbar di Brazil telah menjadikan WhatsApp sebagai saluran untuk
menyampaikan berita kepada pembaca. Mereka berkongsi imej, audio dan
video seperti mana yang diterbitkan di akhbar, TV dan Internet.

PERBEZAAN ANTARA WHATSAPP BUSINESS DAN WAHTSAPP BIASA


WhatsApp Business ialah aplikasi WhatsApp yang memberi fokus kepada
keperluan perniagaan kecil dan sederhana (PKS). WhatsApp Business dilengkapi
dengan profil tambahan yang tidak terdapat pada aplikasi WhatsApp konvensional.
Maklumat yang boleh diisi di dalam profil ini ialah alamat kedai fizikal yang boleh di
akses dengan menggunakan Google Map atau Waze, maklumat waktu operasi
perniagaan serta alamat email dan dua pautan laman web.

5
WhatsApp Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

Semua maklumat ini akan dapat dilihat oleh pelanggan apabila mereka melihat
profil perniagaan anda melalui akaun mereka. WhatsApp Business turut membenarkan
pengguna menghantar Greeting Message iaitu fungsi sama yang ditawarkan oleh
Facebook Fanpage.

AUTO GENERATED MESSAGE


Terdapat tiga jenis auto generated message yang boleh dihantar menggunakan
WhatsApp Business iaitu greeting message, away message dan quick reply.

Greeting message akan dihantar kepada orang yang menghantar mesej kepada
anda buat pertama kali atau selepas mereka tidak aktif selama 14 hari. Selain dari
Greeting message, anda juga merakam away message menggunakan WhatsApp
Business. Mesej ini akan dihantar kepada pelanggan apabila anda berada di luar
kawasan.

Away message boleh dijadualkan dengan tiga cara iaitu mengikut jadual yang
anda tetapkan sendiri (custom Schedule),selepas waktu perniagaan atau always send.
Tetapan custom schedule atau after business hour akan dilaksanakan apabila salah satu
keadaan di atas berlaku. Mesej yang dihantar dengan menggunakan tetapan always
send akan dihantar kepada semua pelanggan apabila tetapan ini aktif.
6
WhatsApp Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

Quick reply membolehkan pengguna menghantar mesej yang sama dengan


cepat dan mudah. Untuk mengakses fungsi Quick Reply, masukkan simbol “/” semasa
menaip mesej, semua mesej Quick Reply yang telah anda cipta akan terpapar. Anda
tidak perlu menyalin dan menampal mesej yang sama secara berulang. WhatsApp
Business turut dilengkapi dengan statistik yang memaparkan bilangan mesej yang
dihantar dan diterima.

Semua mesej yang dihantar dengan menggunakan WhatsApp Business akan


disertakan dengan business account label. Pelanggan boleh melihat sama ada dia
sedang berbicara dengan individu atau perniagaan dengan melihat profil WhatsApp.

Rajah 1.1: Label WhatsApp Business

7
WhatsApp Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

BAB 2

BAGAIMANA UNTUK MENUKAR AKUAN KE WHATSAPP BUSINESS

CARA MENUKAR AKAUN DARI WHATSAPP BIASA KE WHATSAPP


BUSINESS
1. Jika anda telah mempunyai nombor perniagaan yang digunakan untuk
WhatsApp, anda perlu membuat sandaran data perbualan anda (chat) ke storan
cloud (cloud storage).
2. Pergi ke Chats>Chat Backup> dan tekan butang “Back up”. Pastikan semua
data berjaya dimuat naik.

8
WhatsApp Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

3. Muat turun perisian WhatsApp Business dari Google Play Store dan buka
perisian tersebut.
4. Masukkan no telefon yang akan digunakan sebagai no telefon WhatsApp
business dan sahkan no tersebut.
5. Setelah nombor telefon anda berjaya disahkan anda boleh memuat turun
semula data perbualan yang anda simpan di Cloud.
6. Masukkan butiran perniagaan anda. Setting>Business setting>Profile.

7. Set auto generated message mengikut kesesuaian anda.

9
WhatsApp Business
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

10

You might also like