You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Perjanjian sewa beli merupakan satu perjanjian di mana pemilik bersetuju untuk menyewakan
barang miliknya kepada penyewa untuk satu tempoh yang tertentu dan penyewa diberi pilihan
untuk memiliki barang yang tersebut di akhir perjanjian (Alizah, 2018). Perjanjian untuk
membeli barang secara ansuran juga boleh dimaksudkan sebagai sewa beli. Tidak semua barang
boleh disewa mengikut perjanjian sewa beli. Mengikut Jadual Pertama Akta Sewa Beli 1967,
barang yang boleh disewa belikan ialah motosikal, kereta (termasuk teksi dan kereta sewa),
kenderaan ringan dibawah 2540 kilogram dan bas. Sewa beli adalah salah satu kaedah yang
paling kerap diamalkan oleh orang ramai untuk memiliki kereta. Sebelum memasuki sesuatu
perjanjian sewa beli bagi kereta persendirian, ada baiknya anda menatap halaman ini untuk lebih
mendalami hal-hal yang berkaitan dengannya. Memahami langkah-langkah yang terlibat di
dalam pembiayaan sewa beli boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelakkan
keraguan dan keresahan. Undang-undang yang berhubung dengan sewabeli dalam negara ini
dikuasai oleh Akta Sewabeli 1967 dan Akta Sewabeli 1976 (pindaan). Sewabeli telah
didefinisikan dalam Seksyen 2(1) seperti berikut :

“Perjanjian sewabeli” termasuk penyewaan barang-barang dengan suatu opsyen untuk membeli
dan suatu perjanjian bagi pembelian barang-barang menerusi ansuran (samada perjanjian itu
menghuraikan ansurannya sebagai sewaan atau sewa atau sebaliknya).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan


menguatkuasa Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) mulai Jun 2011 . Menurut Deivigarani
Krishna, 2011 antara perkara yang terkandung di dalam pindaan akta tersebut ialah:

Peranan Penyewa (Pengguna)

 Membayar ansuran seperti tercatat di dalam perjanjian


 Tidak mengalihkan atau menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya
 Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli
 Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat di dalam Jadual Kedua
Bahagian 1
 Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong
 Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu kepada
pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau diambil
 Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan
sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.

Hak Penyewa (Pengguna)

 Terima notis (Jadual Kedua) sebelum tandatangan perjanjian


 Memastikan borang atau dokumen lengkap dengan maklumat sebelum borang
ditandatangani
 Boleh menamatkan perjanjian dengan memulangkan barang dan bayar ganti rugi kepada
pemunya (jika ada)
 Berhak mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar barang terpakai. Di bawah Sek.
4G perlu laporan PUSPAKOM dan perakuan secara bertulis daripada pihak penjual
 Terima salinan perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menandatangani perjanjian
 Terima notis Jadual Keempat dan Notis dibawah Perenggan 3 bagi pengambilan semula
milikan
 Terima notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas barang tersebut diambil
milikan oleh pemunya
 Berhak membuat penyelesaian awal ke atas perjanjian tersebut dan mendapat rebat
sepatutnya. Terima notis pemberitahuan tarikh lelongan awam sekurang-kuranganya 14
hari dari tarikh tersebut.
 Berhak untuk menjelaskan semua bayaran yang dikenakan oleh pemunya
 Berhak untuk membuat penamatan dalam masa 21 hari Notis Jadual 5 dikeluarkan oleh
pemunya
 Berhak untuk memperkenalkan pembeli baru kepada pemunya.
 Berhak mengarahkan pemunya memulangkan barang setelah menjelaskan semua bayaran
yang sepatutnya
 Berhak mendapat baki wang hasil daripada jualan lelong barang (jika ada)

Peranan Pemunya (Bank)


 Membekalkan dokumen perjanjian dan dokumen berkaitan yang dilengkapkan dengan
butiran maklumat
 Menyerahkan Kad Pendaftaran Kenderaan kepada penyewa apabila dimohon secara
bertulis
 Menyampaikan salinan memorandum atau nota perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas
menerima permohonan bertulis daripada penyewa sebelum pembayaran akhir
 Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera
 Menyerahkan satu salinan polisi kepada penyewa dalam masa 7 hari
 Tidak boleh mengutip fi tempahan melebihi 1% daripada harga tunai barang
 Memulangkan 90% daripada bayaran fi tempahan jika terdapat pembatalan tempahan
 Tidak boleh mengutip deposit kurang 10% daripada harga tunai termasuk fi tempahan
 Melantik pemegang Permit Agen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh Pengawal
untuk aktiviti pengambilan semula milikan
 Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barang
 Memberi opsyen kepada penyewa sama ada memilih kadar tetap atau kadar berubah-ubah
bagi caj-caj terma
 Telah member Notis Jadual Keempat, Notis Peringatan dan Notis Jadual Kelima di
bawah Peraturan
 Mengeluarkan Notis Lelong 14 hari kepada penyewa sebelum lelongan dijalankan
 Jika jumlah ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut maka
pengambilan semula milikan boleh dibuat setelah mendapat Perintah Mahkamah

Hak Pemunya (Bank)

 Pemunya boleh mengambil semula milikan barang jika penyewa gagal menjelaskan
bayaran ansuran sebanyak dua kali berturut-turut atau ansuran terakhir. Jika penyewa
telah meninggal dunia atau berlaku 4 kali engkar berterusan
 Perlu membuat pengesahan terhadap pengambilan barangan itu dengan memberikan
kepada penyewa dokumen pengambilan semula barangan dan tarikh, masa serta alamat
tempat barang diambil
 Berhak melupuskan barang yang diambil semula selepas tamat tempoh 21 hari Jadual
Kelima diberikan kepada penyewa
 Pemunya boleh mengambil semula barang melalui Perintah Mahkamah jika penyewa
telah gagal membayar ansuran bulanan tetapi ansuran bulanan yang terbayar melebihi
daripada harga tunai barang tersebut
 Pemunya menyediakan insuran tahunan pertama untuk pinjaman kenderaan dan bagi
barangan bukan kenderaan selama tempoh pinjaman
 Boleh mengambil semula milikan barang tanpa kehadiran penyewa jika penyewa:
- Melakukan pelupusan secara fraud
- Memindahkan barang ke alamat baru tanpa memaklumkan kepada pemunya
- Menggunakan barang bagi tujuan melanggar undang-undang.
 Berhak mengutip deposit minimum:
- 10% secara tunai termasuk fi tempahan
- Dalam bentuk barang-barang ada nilai dagang

Peranan Penjamin

 Menjadi penjamin kepada penyewa


 Memastikan penyewa mematuhi Perjanjian Sewa Beli
 Membantu pemunya mengesan untuk mendapatkan semula barangan

Hak Penjamin

 Pihak penjamin berhak mendapatkan perintah mahkamah terhadap penyewa


 Berhak untuk ditanggung rugi oleh penyewa terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat oleh
pemunya atas jaminan
 Berhak untuk menyuruh penyewa membayar ansuran berhubung dengan Perjanjian Sewa
Beli

Hak Penjual

 Jika tempahan dibatalkan, penjual berhak mengenakan ganti rugi sebanyak 10% daripada
tempahan.
Bibliografi

Alizah Ali
https://terengganu.uitm.edu.my/v3/images/download/eBuletin/InfoUsahawan/Info_Usahawan_ed
isi_11.pdf

Deivigarani Krishna , 2011 http://www.konsumerkini.net.my/v2/index.php/berita-terkini/pendidikan/701-


memahami-pindaan-dalam-akta-sewa-beli-1967-pindaan-2010

You might also like