You are on page 1of 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEC4103

KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEMAKANAN DALAM PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK

NAMA : YONG SZE SZE

NOMBOR MATRIK : 861117496148002

NO KAD PENGENALAN : 861117-49-6148

NOMBOR TELEFON : 016 – 810 5876

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU

MEI 2019
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


BAHAGIAN 1

1.0 Pengenalan 2
2.0 Satu senarai prosedur tindak balas kecemasan dan kepentingannya; 4
3.0 Senarai semak untuk keselamatan pusat 5
4.0 Pelan susun atur tapak bahagian dalam dan luar pusat 11
5.0 Garis panduan pelepasan kanak-kanak. 12
6.0 Kesimpulan dan justifikasi 13
BAHAGIAN 2

1.0 Pelan lantai laluan kecemasan Taska Sin Hwa 16

Rujukan 16

1
BAHAGIAN 1

1.0 Pengenalan
Pengasuh ibarat ibu kedua bagi kanak-kanak asuhan dan didikannya memberi kesan yang besar
kepada perkembangan awal kanak-kanak. Ibubapa memerlukan perkhidmatan pengasuh bagi
membantu mereka cekap mengimbangi antara kerjaya dan rumahtangganya (Feierabend &
Staffelbach, 2016). Persekitaran tempat penjagaan memainkan peranan yang besar dalam
kesihatan dan keselamatan kanak-kanak (Federal Interagency Forum on Child and Family
Statistics, 2013). Oleh itu, pemilihan pusat penjagaan adalah penting bagi menentukan kanakkanak
berada dalam persekitaran yang sesuai. Pemilihan pusat jagaan juga adalah penting bagi
perkembangan kognitif, sosial dan psikologikal yang optimum (Santrock, 2009). Kajian
Rusmailani (2014) menunjukkan pentingnya untuk melihat siapa pengasuh kepada anak-anak
terutama semasa meninggalkan mereka di pusat jagaan sama ada pengasuh terlatih dan mempunyai
kelayakan sebagai pengasuh kanak-kanak ataupun tidak.
Terdapat ibu bapa yang sangat menitikberatkan kualiti pengasuh dengan hanya menghantar anak
kepada pusat jagaan atau pengasuh berdaftar. Sebaliknya, terdapat juga ibu bapa yang tidak
memilih untuk menghantar anak mereka kepada pengasuh sama ada berdaftar dengan pihak
berkuasa mahupun tidak, asalkan mereka boleh keluar bekerja dan anak mereka dijaga dengan
baik. Kajian oleh Noble (2007) mendapati terlalu sedikit ibu bapa yang mempunyai pemahaman
terhadap penjagaan yang berkualiti dan bagaimana untuk memilih sesebuah perkhidmatan
penjagaan. Walaupun pelbagai usaha yang telah dilakukan iaitu dengan menyediakan prosedur
penubuhan TASKA tetapi bilangan TASKA yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat ini masih sedikit (Kamaruddin et al., 2003). Pada hari ini, kebanyakan ibu bapa
menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh dengan mengambil kriteria boleh berunding
sekiranya memerlukan perkhidmatan pada waktu cuti, mahukan anak mereka diberi tumpuan,
keselesaan, dan sudah lama mengenali pengasuh (Hanim Hashim, 2013). Kajian Davis and
Connelly (2005) menunjukkan bahawa ketersediaan adanya perkhidmatan, kemudahan akses dan
pengurusan kanak-kanak merupakan kriteria pemilihan kebanyakan ibubapa. Berbanding bagi
ibubapa yang berpendapatan rendah, mereka lebih memilih perkhidmatan yang menawarkan kos
yang lebih murah (Leslie et al., 2000; Peyton et al., 2001).

2
Bagi pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar, pegawai pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) akan sentiasa memantau dan memeriksa pusat jagaan tersebut secara berkala
sepertimana yang termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (1984).
Pengasuh yang menjaga kanak-kanak disyaratkan untuk mempunyai kemahiran dalam
menguruskan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kajian oleh Tallman (2000) mendapati
sekurang-kurangnya 2/3 daripada 220 pusat jagaan kanak-kanak berlesen mengabaikan aspek
keselamatan. Antara perkara yang telah diabaikan termasuklah tempat tidur kanak-kanak, skrin
tingkap, permukaan taman permainan (playground) serta barang-barang lain yang dimiliki oleh
pusat penjagaan tersebut tidak selamat untuk digunakan. Manakala Angela, Jeon, dan Marjorie
(2013) mendapati daripada 13 aspek peraturan, tujuh kategori tidak dipatuhi oleh pusat jagaan
berdaftar yang melibatkan isu keselamatan kanak-kanak asuhan. Apabila kualiti adalah kurang
daripada standard yang ditetapkan, maka kanak-kanak berisiko untuk mendapat jangkitan
penyakit, kecederaan dan penjagaan yang tidak sepatutnya (Bradley & Vandell, 2007; Lee &
Greig, 2012).
Menurut Rozmi (2002), pusat jagaan yang tidak berdaftar berisiko tinggi kerana kemudahan tidak
disediakan dengan sepatutnya dan sekiranya berlaku kemalangan terhadap bayi, kesilapan turut
diletakkan kepada ibu bapa kerana telah memilih untuk meletakkan anak mereka di situ. Pengasuh
tidak berdaftar ini juga berkemungkinan mengambil mudah akan keperluan kanak-kanak yang
dijaganya. Hal ini seterusnya akan menyebabkan berlakunya kecuaian pengasuh sehingga mampu
menyebabkan kemalangan dan kematian kepada kanak-kanak.
Faktor kualiti merupakan perkara asas yang penting bagi pusat penjagaan kanak-kanak kerana ia
menyediakan satu tempat yang asas bagi menggalakkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang
optimum (Santrock, 2009). Pusat penjagaan yang berkualiti ini turut memberi kesan terhadap
aspek-aspek perkembangan bukan sahaja di peringkat kanak-kanak, tetapi peringkat lain dalam
jangkamasa panjang terutama dalam meningkatkan keupayaan kognitif dan tingkah laku (Vandell
et al., 2010). Banyak kajian yang telah dijalankan di negara-negara maju berhubung dengan
bentuk, jenis dan akibat pengabaian pengasuh dan kepentingan persekitaran selamat kepada kanak-
kanak. Namun begitu di Malaysia,masih kurang kajian yang meneroka secara mendalam tentang
tahap keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkan kepada pengasuh khusus kepada yang tidak
berdaftar.

3
Oleh yang demikian, di dalam tugasan ini saya akan menghuraikan cara-cara mewujudkan
persekitaran yang selamat dalam pendidikan awal kanak-kanak.

2.0 Satu senarai prosedur tindak balas kecemasan dan kepentingannya;


Di bawah menunjukkan satu senarai prosedur tindak balas kecemasa jika terjadinya kebakaran.
TANDA KECEMASAN
Loceng kecemasan dibunyikan berpanjangan (berterusan) selama beberapa minit
LANGKAH KESELAMATAN
1. Mendengar arahan guru yang berada di dalam kelas.

2. Jangan cemas. Hentikan semua aktiviti.

3. Semua suis elektrik hendaklah di tutup begitu juga tingkap dan pintu

4. Semua beg dan barang-barang lain hendaklah ditinggalkan di bilik darjah kecuali dompet duit
dan kad pengenalan di bawa bersama ke tempat berkumpul.

5. Berbaris segera di luar bilik darjah dan guru mengiringi murid ke tempat berkumpul.

6. Guru kelas akan membawa buku rekod kedatangan kelas kecuali buku rekod itu ada di
pejabat. Buku rekod yang berada di pejabat akan dibawa oleh kerani

7. Guru akan memberi arahan supaya berjalan dengan pantas dengan mengikut laluan kecemasan
ke tempat berkumpul yang telah di tetapkan.

8. Murid-murid hendaklah mengikut laluan yang paling dekat dengan mereka untuk pergi
ketempat berkumpul.

9. Jika laluan yang paling dekat di dapati tidak selamat, murid-murid bolehlah menggunakan
laluan pilihan kedua yang paling hampir dengan mereka.

4
10. Jangan berlari-lari, menjerit-jerit, membuat bising, cemas dan kelam kabut.

11. Jangan masuk semula ke kelas untuk mengambil barang yang tertinggal.

12. Murid yang berada di luar kelas, hendaklah terus ke tempat berkumpul.

3.0 Senarai semak untuk keselamatan pusat

BIL ASPEK ITEM CATATAN

1.1. Jawatankuasa

1.2. Perancangan Tahunan

1.3. Sistem Fail

1.3.1. Panggilan Mesyuarat

Pengurusan 1.3.2. Minit Mesyuarat


1. Organisasi 1.3.3. Pelantikan Jawatankuasa

1.3.4. Maklumat Jawatankuasa

1.4. Sistem Pemantauan

1.4.1. Fizikal Sekolah

1.4.2. Kawalan Keselamatan

2.1. Bangunan

2.1.1. Pendawaian/Lampu/Kipas
2. Fizikal Sekolah
2.1.2. Tangga

2.1.3. Tembok/Koridor

5
BIL ASPEK ITEM CATATAN

2.1.4. Tingkap/Pintu

2.1.5. Perabot/Kelas

2.2. Bilik-bilik Khas

2.2.1. Pendidikan Khas

2.2.2. Pemulihan

2.2.3. Makmal Sains

2.2.4. Bilik PPSMI

2.2.5. Bilik Bimbingan Kaunseling

2.2.6. Dapur Pra Sekolah

2.2.7. Bilik BOSS

2.2.8. Stor Sukan

2.2.9. Dewan

2.2.10. Bilik J-Qaf

2.2.11. Pusat Sumber/Perpustakaan

2.2.12. Pejabat

2.2.13. Bilik Cetak

2.2.14. Bilik Guru/Rehat

2.2.15. Klinik Pergigian

2.2.16. Stor Pejabat

6
BIL ASPEK ITEM CATATAN

2.2.17. Kantin Sekolah

2.2.18. Stor Pekerja

2.2.19. Bilik Komputer

2.2.20. Pondok jaga

2.2.21. Tandas

2.3. Padang dan Gelanggang Permainan

2.3.1. Permukaan Padang

2.3.2. Peralatan Padang

2.4. Sistem Perparitan /Kumbahan

2.4.1. Longkang

2.4.2. Tangki Septik

2.5. Pagar dan Pintu Pagar

2.5.1. Pagar Sekeliling Sekolah

2.5.2. Pintu Pagar Utama/Ke-2/Ke-3/Ke-


4/Ke-5
2.6. Papan Tanda Keselamatan

2.6.1. Bilik Kelas

2.6.2. Bilik Khas

2.6.3. Padang dan Gelanggang Permainan

2.6.4. Kawasan Larangan

7
BIL ASPEK ITEM CATATAN

3.1. Pengajaran dan Pembelajaran

3.1.1. Tatacara Bilik Kelas

3.1.2. Tatacara Bilik Khas

3.1.3. Tatacara PJK

3.1.4. Tatacara Kokurikulum

3.2. Pergi dan Balik Sekolah

3.2.1. Tatacara Menaiki Kenderaan

3. Aktiviti Murid 3.2.2. Tatacara Pejalan Kaki

3.2.3. Sistem Lalu Lintas di Dalam Sekolah

3.2.4. Sistem Lalu Lintas di Luar Sekolah

3.3. Kelab Pencegahan Jenayah

3.3.1. Organisasi

3.3.2. Aktiviti

3.3.3. Data Keahlian

3.3.4. Laman Web

4.1. Kawad Kebakaran

Penggunaan 4.1.1. Pelan Mengosongkan Bangunan


4. Krisis 4.1.2. Tatacara Pergerakan

4.2. Bencana Alam

8
BIL ASPEK ITEM CATATAN

4.2.1. Tatacara Menghadapi Banjir

4.2.2. Tatacara Menghadapi Ribut

4.2.3. Tatacara Menghadapi Tanah Runtuh

4.2.4. Tatacara Menghadapi Gempa Bumi

4.3. Nombor Telefon Penting Pihak Terlibat

4.3.1. Pentadbir dan Kakitangan Sekolah

4.3.2. Polis, Bomba, Hospital, JPA3

4.3.3. Majlis Tempatan, JKR, Elektrik dan


Air

4.4. Tatacara Ketika Kemalangan

4.4.1. Dalam Sekolah

4.4.2. Luar Sekolah

4.4.3. Rekod

4.5. Alat Bantuan Kecemasan

4.5.1. Alat Pemadam Api

4.5.2. Pili Bomba

4.5.3. Kotak Ubat

4.5.4. Gegelung Air

4.5.5. Pengusung

4.5.6. Selimut Kebakaran

9
BIL ASPEK ITEM CATATAN

4.5.7. ‘Eye Wash’/Pencuci Muka

5.1. Buku Peraturan Sekolah

5.2. Pekeliling/Surat Siaran Disiplin

5.3. Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM)

5.4. Buku Rekod Disiplin

5.5. Program & Aktiviti Berasaskan Sekolah

5.5.1. Anti Buli

5.5.2. Ponteng Sekolah

5.5.3. Pergaduhan

Pengurusan 5.5.4. Vandalisme


5. Disiplin 5.5.5. Merokok dan Anti Dadah

5.6. Buku-buku Panduan

5.7. Pemantauan Disiplin

5.8. Hukuman/Denda

5.9. Adu Disiplin

5.9.1. Peti Aduan

5.9.2. Jawatankuasa Aduan Disiplin

5.10. Kerjasama Badan Luar

5.10.1. Pegawai Perhubungan Sekolah

10
BIL ASPEK ITEM CATATAN

5.10.2. Yayasan Pencegahan Jenayah

5.10.3. Majlis Keselamatan Jalan Raya

5.10.4. Jabatan Kebajikan Masyarakat

5.10.5. PEMADAM

5.10.6. PIBG

5.10.7. Jabatan Agama Islam

5.10.8. NGO Berkaitan

5.11. Penurunan Kuasa Merotan

5.11.1. Pelantikan

5.11.2. Rekod

4.0 Pelan susun atur tapak bahagian dalam dan luar pusat
Mempunyai pelan kecemasan yang baik dan efisien bererti sekiranya berlaku hal-hal kecemasan,
pihak tadika/taska bersedia dan terlatih untuk mengendalikannya dengan baik. Dan ini
termasuklah:-
• Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
• mempunyai alat pemadam api yang dalam keadaan baik.
• Pelan kebakaran yang teliti dan guru-guru peka dengan pelan tersebut.
Bagi sekolah yang belum mempunyai kelas prasekolah, guru yang bertanggungjawab perlu
membuat beberapa persediaan sebelum menubuhkan sesebuah kelas prasekolah. perkara pertama
yang perlu diambil perhatian ialah menyediakan pelan lantai yang bersesuaian. Pelan lantai
merupakan asas dalam menubuhkan kelas prasekolah dan ianya amat penting bagi memudahkan
proses selanjutnya. Dalam penyediaan pelan lantai ini, guru prasekolah perlu mengambil kira
beberapa faktor seperti keluasan kelas, peralatan yang akan diletakkan didalam kelas, kesesuaian
11
peralatan , jumlah dan saiz perabot dan jumlah murid. Semua aspek-aspek ini perlu dititikberatkan
bagi menjamin keselesaan murid prasekolah dan juga memudahkan tugas guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan pelan lantai prasekolah yang baik harus mempunyai
beberapa bahagian penting yang terasing iaitu bahagian dalam kelas yang merangkumi ruang
pembelajaran, ruang dapur, ruang makan, bilik air, ruang rehat bagi kes kecemasan dan stor. Pelan
lantai luar kelas prasekolah juga perlu di sediakan bagi reka letak alatan permainan untuk taman
permainan kanak-kanak. Masalah utama dalam penyediaan pelan lantai ini ialah saiz kelas
prasekolah yang selalunya tidak begitu luas dan menyukarkan guru untuk merancang susun atur
peralatan dan perabut. Namun begitu guru harus menggunakan kreativiti tersendiri dalam
menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk keselesaan murid dan menepati
kehendak komponen-komponen pembelajaran.
5.0 Garis panduan pelepasan kanak-kanak.
Guru perlu memastikan keselamatan kanak – kanak di sekolah sebagai satu keutamaan. Jika
terjadinya kecemasan seperti kebakaran, guru perlu memastikan semua kanak – kanak keluar dari
kelas. Jangan biarkan kanak – kanak terumbang ambing. Guru juga perlu menyediakan tempat
berkumpul yang selamat. Sebelum kanak – kanak diserahkan kepada ibu bapa mereka.
Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagi sebelum
permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang
selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah perlu membersihkan
semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih
terbuka dan selamat.Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah menumpukan kepada kawalan
dalaman dan luaran sekolah. Kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal
pergerakan pelajar di antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem
kawalan terhadap khabar angin dalam kawasan sekolah (Howard, 1981). Kawalan luaran sekolah
pula melibatkan penyediaan pagar di sekeliling sekolah, mengawal laluan keluar masuk sekolah
dan memastikan risiko berlakunya kemalangan akibat unsur-unsur landskap seperti pokok
tumbang atau pondok bacaan runtuh dan sebagainya.
Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran, peraturan,
latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh dijalankan seperti
ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan peraturan
mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai

12
keselamatan sekolah. Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan
mingguan, pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas
dan seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya
menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.

6.0 Kesimpulan dan justifikasi


Keselamatan merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi
pelindungan kepadanya agar hidup sejahtera, dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya
yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan adalah khusus dirujuk kepada kanak-kanak
agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat.
Keselamatan juga merujuk kepada khususnya adalah untuk menghindarkan keadaan yang
membawa kemalangan. Justeru prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan oleh guru semasa
kanak-kanak berasa di sekolah. Boleh dikatakan bahawa kemalangan berlaku di mana-mana
sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh menganggap kanak-kanak mengetahui tentang
bahaya dan risko yang ada.

Guru perlulah mengenal pasti beberapa bahaya yang akan menimpa diri kanak-kanak di sekolah
mahupun di luar kawasan sekolah. Hasil dari penerangan konsep perkembangan fizikal, kesihatan
dan keselamatan dapat dirumus bahawa ketiga perkembangan ini penting dalam mewujudkan
modal insan yang terbaik.

Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada


Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru,
pekerja-pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu
dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan
dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin
murid, lawatan dan aktivitiaktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu
mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan
memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula
dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar.
Peraturan sedia ada yang tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah dan
bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh pengetua.

13
Bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang menghubungkan
sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan penyelamat dan hospital
berhampiran perlu diwujudkan sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan. Usaha
pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan. Surat Pekeliling Ikhtisas mengenainya perlu
dipatuhi. Antaranya sekolah mesti mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan
kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Stephen (1996) mencadangkan supaya
pengurusan sekolah menjalankan program latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan komuniti (Necholson,1985). Oleh itu, sekolah
perlu menubuh dan menafaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah,
Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau PIBG dalam merancangn langkah-langkah keselamatan
pelajar. Contohnya, Briged Komuniti yang telah ditubuhkan di sekolah-sekolah di Johor sejak
tahun 1991 yang dianggotai oleh wakil-wakil komuniti seperti PIBG, RELA, Polis, Pejabat
Kesihatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampuang (JKKK), Pemadam, pertubuhan
belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi antaranya untuk membantu pihak
sekolah menangani masalah disiplin dan mempertingkatkan aspek keselamatan sekolah wajar
diteruskan dan diperluaskan peranannya. Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula,
hubungan kerjasama antara sekolah dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan
jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.7/1999).

Selain itu, pihak kerajaan juga sangat mengambil berat terhadap persekitaran fizikal di sekolah.
Hal ini boleh dilihat melalui Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 di mana kemudahan
infrastruktur merupakan satu elemen penting yang diberikan perhatian dalam perancangan
pendidikan demi memastikan pembangunan pendidikan yang seimbang dan meningkatkan ekuiti
dalam pendidikan. Kemudahan infrastruktur yang penting di sesebuah sekolah ialah bilik darjah
kerana bilik darjah merupakan tempat yang sinonim dengan proses pengajaran dan pemudahcaraan
murid. Maka ia harus dijaga agar mampu memberikan impak yang positif kepada murid seperti
melancarkan proses pembelajaran dan proses pengajaran (Nurul Jannah 2015). Selain itu, Zedan
(2010) menyatakan bahawa bilik darjah yang berkualiti dan selesa adalah penting dalam
membentuk emosi dan sikap murid terhadap rakan kelas, subjek yang dipelajari dan sistem
pendidikan secara keseluruhannya. Justeru, sangat penting untuk mengetahui keadaan persekitaran

14
fizikal sesebuah tadika kerana ia memberi kesan kepada banyak faktor terutamanya terhadap
proses pembelajaran murid.

Persekitaran fizikal bilik darjah merupakan elemen penting dalam membentuk pembelajaran yang
kondusif dan memberangsangkan. Persekitaran yang kondusif dapat membantu mewujudkan
keselesaan sesi pengajaran dan pemudahcaraan di samping dapat mempengaruhi tumpuan dan
minat belajar murid dalam bilik darjah. Persekitaran fizikal tadika termasuk ruang dalaman, ruang
luaran, sudut pembelajaran, peralatan, perbahanan, hiasan dan dekorasi ruang dan keselamatan
(Kostelnik et al. 2011). Semua ciri ini antara aspek yang perlu dititikberatkan di sesebuah tadika
kerana setiap ciri dapat mempengaruhi pembelajaran murid sama ada berjaya atau sebaliknya.
Berdasarkan kajian Che Nidzam et al. (2016) berkaitan pengaruh persekitaran fizikal bilik darjah
terhadap sesi PdPc, menunjukkan bahawa ruang pembelajaran, perabot, pengaliran udara dan
pencahayaan dalam bilik darjah mempengaruhi suasana pembelajaran, penjanaan idea, nilai, sikap
dan tingkah laku murid. Kajian ini dilaksanakan terhadap 916 orang murid sekolah di negeri
Melaka. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa persekitaran fizikal bilik darjah sangat
mempengaruhi proses pembelajaran murid.

15
BAHAGIAN 2

Pelan lantai laluan kecemasan Taska Sin Hwa

Pelan lantai di atas menunjukkan pelan laluan jika terdapat kecemasan sepert kebakaran. Kita
dapat lihat di dalam gambar tersebut terdapat 3 buah pintu disediakan yang mana memudahkan
kanak – kanak untuk keluar jika terjadi kecemasan.

(2584 patah perkataan)

Rujukan

Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajr Abd. Aziz (2004), Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:
Karyazano Enterprise.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

16
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2008) Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan Pembelajaran Yang Menyeronokkan Dan Bermakna Jilid 1. Putrajaya: Kem.
Pelajaran Malaysia

Rohaty Mohd Majzub (2003).Pendidikan Prasekolah: Cabaran Kualiti. Bangi:Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia

Zainun Ishak (2006) Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak. Kuala


Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn Bhd

17

You might also like