You are on page 1of 7

GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

1.0 ABSTRAK

Jurnal ini merupakan hasil kajian oleh Jos C. N. Raadschelders dan Kwang-Hoon Lee

terhadap “Trends in the Study of Public Administration: Empirical and Qualitative

Observations from Public Administration Review, 2000 - 2009” (Gaya Pembelajaran

Pentadbiran Awam : Pemerhatian Kualitatif dan Empirikal daripada Ulasan Pentadbiran

Awam tahun 2000 - 2009). Jos C. N. Raadschelders merupakan seorang profesor pentadbiran

awam di Universiti Oklahoma manakala Kwang-Hoon Lee pula merupakan seorang pelajar

kedoktoran juga dari Universiti Oklahama. Perbincangan dalam jurnal ini adalah bertujuan

untuk memahami bahawa model statistikal adalah komponen utama dalam sains rangkaian

yang menunjukkan kesepaduan perkembangan dalam teori, langkah dan aplikasi rangkaian

dalam beberapa disiplin saintifik. Pentadbiran awam adalah sebuah organisasi yang

mengurus manusia dan benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan dan satu `seni

sains pengurusan' sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan hal ehwal sebuah negeri atau

negara. Fungsi pengurusan awam dijalankan dalam dua bentuk iaitu pengurusan sumber

manusia dan pengurusan sumber bukan manusia seperti Pengurusan Kewangan, Pengurusan

Projek dan Pengurusan Aset. Pentadbiran awam bermaksud perkembangan, pelaksanaan dan

kajian tentang cabang polisi kerajaan. Pentadbiran awam dikaitkan dengan tanggungjawab

untuk menentukan polisi dan program kerajaan. Secara khususnya, pentadbiran awam ialah

merancang, menganjur, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal operasi kerajaan.

Pentadbiran awam dijalankan oleh penjawat awam yang bekerja di jabatan awam dan agensi

dan melaksanakan pelbagai jenis tugas.

1 215604
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

2.0 RUMUSAN JURNAL

Jurnal ini secara keseluruhannya cuba memberikan pandangan kepada pembaca

tentang perkembangan dalam pentadbiran awam sejak pertama kali kewujudannya selama 70

tahun. Ulasan ini melibatkan pemerhatian kualitatif dan empirikal dari tahun 2000 hingga

2009 dalam pentadbiran awam. Pemerhatian kuantittatif selama sepuluh tahun bermula dari

tahun 2000 menunjukkan bahawa sebanyak 999 dokumen terdiri dari artikel, ulasan buku

telah diterbitkan dalam Public Administration Review. Daripada 999 dokumen ini, 95 telah

diterbitkan dalam isu khas melibatkan kolaborasi bersama pengurusan awam. Sepanjang

sepuluh tahun ini, antara topik yang diulas dalam Public Administration Review adalah

bidang akademik, sejarah, organisasi, pengurusan, undang-undang, belanjawan dan hal ehwal

kakitangan. Penulis terlibat dalam menghasilkan jurnal. Penulis-penulis dibahagikan kepada

empat kumpulan iaitu; American Academician, Foreign Academician, American

Practitioner dan Foreign Practitioner. Penulis dalam kategori academician adalah daripada

kalangan warga instituti kajian atau sekolah. Manakala pengamal (practitioner) adalah

kakitangan atau pekerja dalam bidang organisasi yang tidak berasas keuntungan. Antara

negara lain yang turut menyumbang dalam ulasan jurnal ini termasuklah United Kingdom,

Kanada, Australia, Netherland, China, Hong Kong dan Korea Selatan. Penulis mendapati

bahawa sumbangan pengamal dalam ulasan semakin menurun berbanding pada sekitar tahun

1970-an. Hal ini dijelaskan oleh beliau dalam jadual 3 yang menunjukkan penurunan yang

signifikan dan pada tahun 2000 hingga 2009 hanya 6.8% sahaja ulasan datang daripada

pengamal dan selebihnya 93.7% daripada academician. Daripada kajian penulis, enam topik

taksonomi yang sering mendapat ulasan dalam pentadbiran awam ialah topik berkenaan

dengan pembangunan pentadbiran, pendidikan, ulasan pentadbiran awam, politik,

kemasyarakatan dan keganasan serta tambahan 15 topik tipologi yang biasa. Dalam jadual 4,

2 215604
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

jelas menunjukkan bahawa topik yang banyak diterbitkan dalam ulasan pentadbiran awam

sepanjang tahun 2000 hingga 2009 ialah topik berkaitan pengurusan. Sebanyak 112 artikel, 30

ulasan buku dan 10 jawapan yang membawa kepada keseluruhan 152 dokumen telah

diterbitkan berkaitan pengurusan. Untuk ulasan artikel, sepuluh topik yang teratas adalah

pengurusan, kakitangan, organisasi, polisi, kajian, birokrasi, belanjawan dan kewangan,

penglibatan warganegara, informasi dan etika. Seterusnya, penulis membincangkan

pemerhatian kualitatif sepanjang sepuluh tahun lalu dan terdapat tiga tema utama dalam

pentadbiran awam iaitu yang pertama adalah “New Public Management”, kedua

“Administrative Responsiveness to Social, Economic and Political Events” dan

“Practitioner-Academician Relationsip”. Tema yang pertama iaitu New Public Management

mengungguli kajian dan praktis dalam pentadbiran awam sejak 30 tahun yang lalu. Melalui

pemerhatian kualitatif ini, penulis mendapati bahawa terdapat pertambahan dalam jumlah

mukasurat yang dihasilkan dalam Public Administration Review dan dengan itu telah

membolehkan menerbitkan lebih banyak artikel. Sehubungan dengan itu, penulis ingin

mencadangkan bahawa lebih banyak perhatian patut diberikan kepada hubungan pentadbiran

politik kerana interaksi antara politik dan pentadbiran berubah secara berterusan seiring

dengan perubahan sekeliling. Masalah dalam pentadbiran harus dinilai dari pelbagai aspek

seperti asas politik khususnya apabila pelbagai isu harus diberi perhatian selain

menyatupadukan masyarakat. Penulis turut menyatakan bahawa lebih banyak kajian

dilakukan berdasarkan pengaruh penjawat awam dalam pembuatan dan penguatkuasaan polisi

awam. Seperti yang telah diulas oleh penulis pada awal jurnalnya, terdapat beberapa topik

yang menjadi tumpuan pengulas Public Administration. Oleh itu, Raadschelders dan Kwang-

Hoon Lee turut mencadangkan agar lebih perhatian diberikan kepada asas pentadbiran awam

iaitu ontologi dan epistomologi. Peningkatan kajian empirikal menggunakan kaedah kajian

statistikal-kuntitatif menunjukkan bahawa penulis lebih memberi tumpuan kepada

3 215604
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

penggunaan metod dalam kajian. Tambahan lagi, Public Administration Review juga perlu

menggalakkan lebih banyak artikel secara umum dan memberi kesan dalam tempoh jangka

panjang. Pandangan umum harus ada untuk mana-mana bidang polisi di mana pihak kerajaan

secara aktif memberikan perkhidmatan. Di dalam ulasan jurnal ini juga, penulis

membangkitkan isu bagaimana artikel ahli akademik diterima oleh komuniti pengamal.

Dalam sebuah kajian oleh Starbuck pada tahun 2006 menyatakan pemerhatian yang beliau

lakukan bahawa kurangnya perhatian kepada kepentingan kajian melibatkan ahli akademik.

Penulis menjangkakan bahawa artikel-artikel ini adalah relevan kepada pengamal.

Walaubagaimanapun, penyelidikan dibuat sama ada pihak pengamal benar-benar

menggunakan artikel ahli akademik ini sebagai sumber informasi untuk proses pembuatan

polisi atau sebaliknya. Selama sepuluh tahun yang lepas, hanya beberapa artikel sejarah yang

ditulis dalam Public Administration Review. Ini kerana sebahagian sifat kegunaan kuantiti

informasi yang menekankan hal-hal lepas. Kebanyakan penerbitan dengan pendekatan sejarah

melibatkan sebuah organisasi atau perkembangan berdasarkan teori politik sejajar dengan

pergerakan masa. Pendekatan sejarah biasanya berdasarkan perbandingan silang masa,

seterusnya kepada yang lebih asas iaitu perbandingan silang tingkat, silang polisi dan silang

nasional. Bilangan artikel berbentuk perbandingan dalam Ulasan Pentadbiran Awam

jumlahnya agak sederhana, namun dalam dunia yang semakin global lebih banyak artikel

berbentuk perbandingan dan bertaraf antarabangsa patut diterbitkan.

Perbandingan ini seharusnya tidak dihadkan kepada sebuah negara atau sesebuah organisasi

sahaja seperti yang dilakukan dalam kajian kes. Dalam dekad yang terkini, lebih banyak

ulasan diterima oleh Public Administration Review dari seluruh dunia dan ini merupakan

petanda baik yang akan menggalakkan lebih banyak artikel seperti ini dapat diterbitkan.

4 215604
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

3.0 GAYA PENULISAN

Gaya penulisan penulis ini lebih kepada memberi hujah, pendapat dan bukti serta

sokongan daripada para sarjana, ilmuan, ahli politik tidak kira dari luar atau dalam negara.

Namun begitu penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami tentang mesej yang cuba

dibawa dalam penulisannya ini. Melalui sokongan dan bukti kejayaan yang dikemukakan

juga, penulis difikirkan berjaya meyakinkan pembaca tentang kupasan kuantitatif dan

kualitatif dalam pentadbiran awam selama satu dekad.

4.0 KREDIBILITI KANDUNGAN

Bagi pendapat pengkaji, terdapat kredibiliti yang tinggi terhadap kandungan penulisan

penulis. Ini kerana setiap hujah penulis disertakan dengan sokongan dan pendapat para

ilmuan, bukti-bukti amalan serta siri-siri kejayaan yang meyakinkan. Bagi pengkaji penulis

berjaya menyakinkan pembaca dengan kredibiliti kandungan yang dikemukakan ini.

5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Penulisan jurnal ini mempunyai kekuatan kerana penulis berpegang kepada fakta dan

pendapat-pendapat ahli sarjana dan pakar dalam menguatkan hujah yang diberikan. Penulis

juga, berjaya memberi kesedaran kepada pembaca tentang perkembangan dan impak terhadap

kemajuan dan perubahan dalam sistem pentadbiran awam dari dahulu sehingga sekarang. Dari

penulisan ini juga penulis berjaya menyedarkan pembaca tentang apakah topik yang patut

diberikan lebih perhatian dan dikaji dalam kajian semula pentadbiran awam. Antara topik

5 215604
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

yang mendapat perhatian adalah hubungan pentadbiran politik, asas ontologi dan

epistomologi, hubungan kerajaan dalam sains sosial, kajian akademik oleh pengamal dan

sejarah pentadbiran awam.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan kandungan penulisan ini adalah mengenai perkembangan dalam

ulasan pentadbiran awam dari awal kewujudannya sehingga sekarang. Public Administration

Review telah menerbitkan artikel dalam setiap kepakaran dalam kajiannya. Kandungan dalam

ulasan adalah tepat dan ada kesinambungan dengan ulasan dalam dekad-dekad sebelum ini.

Seiring dengan peredaran zaman, ulasan-ulasan jurnal ini menggunakan pendekatan serta

metod yang semakin pelbagai dan statistikal-kuantitatif dan empirikal antara pendekatan yang

sering digunakan. Pengulas wanita dan pengulas asing juga semakin bertambah bilangannya.

Walaubagaimanapun, semakin kurang bilangan pengamal (practitioner) yang memberi

sumbangan kepada pengulasan jurnal dalam Public Administration Review. Editor telah cuba

untuk mengatasi kemelut ini dengan mewujudkan kajian kes berkaitan pengamal. Penulis juga

menyatakan bahawa tidak mengetahui dengan pasti siapakah golongan yang membaca ulasan

pentadbiran awam dan bagaimana kandungannya digunakan di luar persekitaran akademik

dan apakah yang diharapkan oleh pengamal daripada Public Administration Review.

6 215604
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

7.0 RUJUKAN

Jos, C.N. R and Kwang-Hoon, L. (2011). Trends in the Study of Public Administration :

Empirical and Qualitative Observations from Public Administration Review, 2000 –

2009. Universiti Oklahoma.

Alford, John. (2002). Defining the Client in the Public Sector: A Social-Exchange

Perspective. Public Administration Review 62(3): 337–46.

Augier, Mie, James G. March, and Bilian Ni Sullivan. (2005). Notes on the Evolution

of a Research Community: Organization Studies in Anglophone North America, 1945–

2000. Organization Studies 16(1): 85–95.

Bond, Jon R. (2007). The Signification of the Study of Politics: Some Observations

on the Behavioral Revolution in Political Science. Journal of Politics 69(4):

897–907.

7 215604

You might also like