You are on page 1of 15

HUBUNGAN MOTIVASI, GAYA PEMBELAJARAN

DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK


KEJURUTERAAN: TINJAUAN DALAM KALANGAN
PELAJAR SEMESTER AKHIR DIPLOMA
KEJURUTERAAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN
SHAH
Nasirah Ismail 1 1 , Norhasliza Abdullah 2 2 , Siti Zubaidah Saharudin 3 3

1,2,3 Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak

nasirah@psas.edu.my , hasliza@psas.edu.my, siti_zubaidah@psas.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan
pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan di
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 226 orang pelajar semester 6 yang
mengambil modul Matematik Kejuruteraan 5 telah dipilih sebagai sampel. Instrumen yang digunakan
ialah Inventori Pembelajaran di Sekolah dalam Norlia et al (2006) yang telah mengemukakan empat
gaya pembelajaran iaitu Gaya Pembelajaran Permukaan, Gaya Pembelajaran Mendalam, Gaya
Pembelajaran Terancang dan Gaya Pembelajaran Gigih Usaha. Gaya kelima pembelajaran iaitu
gaya dorongan telah diubahsuai untuk mengukur dorongan Motivasi Dalaman dan Motivasi Luaran.
Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS ( Statistical Packages
for Social Sciences v18.0 ). Hasil analisis deskriptif mendapati skor min bagi gaya pembelajaran
yang diamalkan pelajar berada pada tahap yang sederhana dan nilai min untuk gaya permukaan
lebih tinggi berbanding dengan gaya mendalam, terancang dan gigih usaha. Bagi faktor motivasi,
didapati nilai min bagi motivasi dalaman lebih tinggi berbanding dengan motivasi luaran. Hasil
analisis inferesi menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
pelajar. Namun ujian signifikan menunjukkan terdapat hubungan yang bermakna antara gaya
pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha dengan pencapaian pelajar. Bagi faktor
motivasi pula, hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran dengan motivasi dalaman dan luaran. Hasil analisis ujian – t mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan keempat-empat gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik
Kejuruteraan pelajar.

Kata Kunci : Gaya Pembelajaran, Motivasi, Pencapaian

Pengenalan
Gaya pembelajara pelajar merupakan satu bidang dalam pendidikan tinggi yang semakin meningkat
dan menarik perhatian. Memilih gaya pembelajaran yang sesuai amat penting untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar (Chambers, 1991). Menurut Chambers pelajar harus menggunakan
gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik. Ini kerana cara yang sesuai
dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat mempunyai motivasi
yang tinggi dan dapat meningkatkan pencapaian akademik. Sebaliknya, jika padanan di antara
pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai, maka pencapaian akademik dan sikap akan merosot.Di
dalam kelas, pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan sesuatu yang kompleks. Isi pelajaran
yang dipindahkan dari pengetahuan guru kepada isi pengetahuan pengajaran jarang sekali
dipersoalkan. Ini kerana, para pelajar membentuk gaya pembelajaran yang tersendiri serta
berinteraksi dengan maklumat dengan bantuan guru yang mempunyai gaya pengajaran yang
tersendiri. Guru-guru di sekolah selalu menganggap mereka hanya bertanggungjawab tentang
matapelajaran yang diajar tanpa menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut (Subahan,T., 1996).
Oleh yang demikian peranan guru amat penting dalam melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan kaedah pengajaran yang
bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru dengan gaya pembelajaran
pelajar-pelajar (Dunn&Dunn, 1978).

Proses pembelajaran yang berlandaskan kepada menimba ilmu pengetahuan dan ia merupakan
sepanjang hayat, dalam proses pembelajaran tersebut pula beberapa kecenderungan yang dimiliki
dan diamalkan oleh seseorang pelajar. Kecenderungan yang dimaksudkan ialaha mengimbas
kembali, membuat kesimpulan, mempelajari sesuatu daripada pengalaman dan membuat
implementasi (Honey & Mumford, 1992). Pembelajaran ialah merupakan proses mental atau fizikal
yang membawa perubahan dalam tingkah laku (Shea, 1994). Beliau berpendapat kebijaksanaan
bukanlah suatu elemen statik tetapi ia adalah satu sistem yang dinamik dan terbuka yang sentiasa
berkembang sepanjang hayat. Kebanyakan proses pembelajaran yang signifikan adalah dari apa
yang kita lakukan iaitu melalui proses tindakan dan pemerhatian. Gaya pembelajaran melibatkan
aspek-aspek personaliti, pemprosesan maklumat, interaksi sosial, kecenderungan terhadap garis
panduan, tumpuan perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan terdapat kelainan dalam diri
individu (Gremli, 1996). Gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan diri individu adalah salah satu
penentuan ke arah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari dengan
cemerlang dan berkesan. Objektif utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah
keberkesanan dan kecekapan seseorang melalui proses pembelajaran dalam kelas.

Prestasi akademik yang cemerlang merupakan penentuan pemahaman seseorang terhadap proses
pembelajaran. Secara tidak langsung, pencapaian ini akan menentukan masa depan yang lebih
gemilang. Oleh itu, demi merialisasikan hasrat tersebut, suasana pembelajaran yang kondusif
adalah amat penting. Masyarakat kini lebih mementingkan pencapaian akademik kerana keputusan
akademik yang cemerlang menjadi kayu pengukur kepada kerjaya masa depan seseoarang pelajar
(Amina Noor, 1999). Menurut Griggs (1991), penggunaan gaya pembelajaran yang betul adalah
amat penting untuk meningkatkan keputusan akademik. Pencapaian ini yang akan membuktikan
sejauh mana gaya pembelajaran seseorang pelajar berkesan atau sebaliknya. Peningkatan dan
penurunan pencapaian akademik pelajar sebenarnya sangat berkait rapat dengan proses P&P di
dalam kelas.

Bagi pelajar yang menuntut di Universiti amnya dan di Politeknik khasnya juga mempunyai gaya
pembelajaran yang tersendiri untuk menerima dan bertindakbalas serta Bagi pelajar yang menuntut
di Universiti amnya dan di Politeknik khasnya juga mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri
untuk menerima dan bertindakbalas serta

Pernyataan Masalah
Pencapaian akademik pelajar yang rendah dan lemah dalam matapelajaran matematik mestilah
ditangani dan diambil perhatian sewajarnya. Jika pelajar lemah dalam subjek matematik, maka ia
akan menjejaskan pembelajaran pelajar di institusi pendidikan. Menurut Norlia et al (2006),
kelemahan dalam matapelajaran ini boleh menyebabkan kurangnya peluang untuk melanjutkan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan mengikuti kursus tertentu yang memerlukan
pengetahuan dan kemahiran matematik tambahan. Oleh itu, pelajar mestilah menentukan gaya
pembelajaran yang sesuai kerana jika gaya pembelajaran yang digunakan tidak sesuai dan
berkesan semasa pembelajaran sudah pasti akan menyebabkan pencapaian akademik rendah.

Kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh kurikulum sebaliknya mereka boleh belajar sebarang
matapelajaran sekiranya pembelajaran tersebut menekankan kepada gaya yang digemari oleh
pelajar (Dunn, 1980). Felder dan Silverman (1998) menyatakan gaya pembelajaran setiap pelajar
adalah berbeza dan pengajaran guru juga berbeza. Pelajar akan cepat berasa bosan kerana berlaku
perbezaan antara gaya pembelajaran dan gaya pengajaran. Hal demikian menyebabkan pelajar
hilang tumpuan di dalam kelas, tidak menjawab peperiksaan dengan baik dan kadang-kadang ada
pelajar yang tertinggal dalam matapelajaran. Dapatan yang diperolehi dalam kajian yang dijalankan
oleh Mokhtar Ishak & Rohani Ahmad (2001) menunjukkan gaya belajar mempengaruhi pencapaian
penyelesaian matematik pelajar. Sebagai pensyarah yang diamanahkan untuk mendidik pelajar-
pelajarnya seharusnya mengambil berat tentang cara seseorang pelajar belajar. Namun begitu, apa
yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas berlangsung
pensyarah kurang memberi penekanan tentang gaya pembelajaran yang sesuai digunakan oleh
setiap pelajar. Oleh itu, adalah penting sebagai seorang pensyarah mengenalpasti gaya
pembelajaran pelajar serta membantu pelajar mengamalkan gaya pembelajaran yang betuk dan
sesuai supaya pelajar dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Kajian tentang gaya pembelajaran pelajar adalah perlu dan kajian seumpama ini akan membuka
mata para pendidik dalam mngetahui gaya pembelajaran yang paling sesuai diamalkan oleh pelajar
dan seterusnya meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar dan mencapai kejayaan (Ng Soon
Chin, 2005). Perkara ini perlu dititik beratkan kerana gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
pelajar mempunyai kesan terhadap hasil pembelajaran, seterusnya memberi impak ke atas
pencapaian akademik pelajar.

Berdasarkan perkara di atas, maka satu kajian tentang gaya pembelajaran terhadap pelajar di
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu dijalankan. Ia bertujuan untuk melihat
sejauh manakah ia mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matapelajaran matematik kejuruteraan
di Politeknik.

Kerangka Konseptual Nor Azan et al (2004) telah mengkaji kebolehan


kognitif, pengetahuan yang lepas dan gaya
pembelajaran memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Hasil kajian tersebut mendapati sifat
individu seperti gaya pembelajaran boleh memberi kesan kepada hasil pencapaian pelajar. Terdapat
hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan motivasi (Kamarudin et al, 2009). Satu
kerangka konseptual telah dibentuk dan diubah suai daripada model Bryant (1974) dalam kajian
yang telah dibuat oleh Norlia et al (2006) serta dapatan- dapatan kajian yang diperolehi (seperti
dalam Rajah 1.1). Dalam kerangka konseptual kajian, dianggapkan faktor gaya pembelajaran akan
mempengaruhi pencapaian matematik pelajar dan faktor gaya pembelajaran juga mempengaruhi
dorongan motivasi.

Gaya Pembelajaran

Hubungan

Pencapaian  Permukaan Matematik Pelajar  Mendalam

 Terancang  Gigih Usaha


Hubungan

Dorongan Motivasi

 Dalaman  Luaran

Rajah 1.1

Kerangka Konseptual Kajian

(diubahsuai dari Norlia et al, 2006)

Objektif Kajian Objektif kajian adalah untuk:

i. Mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar semester akhir dalam
mata pelajaran Matematik Kejuruteraan.

ii. Mengenal pasti motivasi yang mendorong pelajar belajar.

iii. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan.

iv. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran dengan motivasi.

Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah:

i. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar semester akhir dalam mata
pelajaran Matematik Kejuruteraa

ii. Apakah motivasi yang mendorong pelajar belajar?

iii. Adakah terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan? iv.
Adakah terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan motivasi?

Hipotesis
Berdasarkan persoalan kajian (iii) dan (iv) hipotesis telah dibina untuk melihat hubungan gaya
pembelajaran, dorongan motivasi dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik
Kejuruteraan. Hipotesis-hipotesi tersebut adalah seperti berikut:

1. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran permukaan dengan
pencapaian Matematik Kejuruteraan.

2. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam dengan
pencapaian Matematik Kejuruteraan.

3. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran terancang dengan
pencapaian Matematik Kejuruteraan.
4. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran gigih usaha dengan
pencapaian Matematik Kejuruteraan.

5. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran permukaan dengan
motivasi dalaman.

6. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam dengan
motivasi dalaman.

7. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran terancang dengan
motivasi dalaman.

8. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran gigih usaha dengan
motivasi dalaman.

9. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran permukaan dengan
motivasi luaran.

10. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam dengan
motivasi luaran.

11. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran terancang dengan
motivasi luaran.

12. H 0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran gigih usaha dengan
motivasi luaran.

Kepentingan Kajian
Hasil yang diperolehi daripada kajian adalah penting untuk memberikan gambaran yang jelas
tentang hubungan antara gaya, motivasi dengan pencapaian matematik kejuruteraan pelajar
semester akhir diploma kejuruteraan di Politeknik. Pelajar dapat mengenal pasti gaya pembelajaran
yang sesuai dan diamalkan oleh mereka serta bagaimana tahap motivasi masing-masing dalam
membantu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang terutamanya untuk menghadapi peperiksaan.
Manakala pengajar pula dapat mempelbagaikan teknik, pendekatan pengajaran, bahan dan aktiviti
mengikut aspirasi pelajar serta memantapkan lagi kaedah pengajaran mereka dalam memenuhi
kriteria yang diperlihatkan oleh pelajar agar sesuai dengan gaya pembelajaran mereka.

Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan yang mengambil
matapelajaran Matematik Kejuruteraan dari Jabatan Mekanikal dan Elektrik.

Definisi Operasional
Beberapa istilah penting yang akan digunakan dalam penulisan kajian ini akan diterangkan dalam
bab ini. Ianya bertujuan untuk memudahkan pembaca memahami beberapa istilah dan operasional
yang penting yang menjadi kata kunci kepada kajian yang dijalankan.

Gaya Pembelajaran
Gaya bermaksud stail (style) atau cara. Oleh itu gaya pembelajaran (leaning style ) adalah cara di
mana setiap pelajar mula memberi tumpuan, proses dan mengekalkan maklumat baru dan sukar
(Dunn & Dunn, 1992). Ia juga merujuk kepada cara interaksi individu dengan sistem maklumat atau
rangsangan. Maklumat atau rangsangan tersebut dianalisis dan diproses ke dalam otak untuk
dijadikan pengetahuan. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza
seperti mana cap ibu jari (Gremli, 1996). Gaya pembelajaran merupakan satu konsep yang paling
penting dan ia perlu diberi tumpuan terutama dalam aspek pendidikan di sekolah dan universiti
kerana ia merupakan faktor utama membentuk seseorang individu. Gaya pembelajaran boleh
dibahagikan kepada tiga pendekatan berbeza. Pertama gaya pembelajaran kognitif yang
berlandaskan pada bagaimana pelajar menerima dan berurusan dengan rangsangan. Kedua, gaya
tindakbalas pelajar yang berlandaskan pada pemerhatian yang empirikal dan ketiga gaya bersepadu
yang dikembangkan dari teori pembelajaran, orientasi, personaliti dan pembangunan individu
(Houle, 1985).

Dalam kajian ini, gaya pembelajaran dikenalpasti dengan menggunakan Inventori Pembelajaran di
sekolah oleh Selmes (1987) yang mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu Gaya
Pembelajaran Permukaan (Surface Learning Style), Gaya Pembelajaran Mendalam (Deep Learning
Style), Gaya Pembelajaran Terancang (Organized Learning Style), Gaya Pembelajaran Gigih Usaha
( Hardworking Learning Style) dan Gaya Dorongan telah diubahsuai untuk mengukur dorongan
motivasi dalaman dan luaran.

Motivasi Di dalam artikel Motivasi dan Pembangunan Kendiri oleh Taidin Suhaimi (2003)
menyatakan motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam
tindakan- tindakannya samada secara negatif atau positif. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan
minda dan hati yang menjadi penggerk utama seseorang, sebuah keluarga atau organisasi untuk
mencapai apa yang diinginkan. Hersey (1982), menyatakan motivasi adalah suatu dorongan
dalaman yang mentebabkan seseorang melakukan sesuatu. Motivasi juga dianggap sebagai
pencapaian matlamat luaran yang menyebabkan seseorang melakukan sesuatu. Certo dan
Appelbaum (1984) pula menyatakan motivasi adalah suatu keadaan dalaman individu yang
menggerakkannya untuk melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu matlamat. Motivasi adalah
suatu konsep yang digunakan bagi menerangkan unsur yang menggerakkan dan

e a du perlakua a usia Petri, 99 . Motivasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu yang berpunca
dari dalam diri seseorang yang dikenali sebagai Motivasi Dalaman (Intrisik)

dan yang berpunca dari luar diri sesorang yang dikenali sebagai Motivasi Luaran (Ekstrinsik).
Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik biasanya adalah berkaitan dengan keputusan yang dicapai oleh mereka yang
masih menimba ilmu pengetahuan dalam institusi pengajian yang tertentu. Keputusan itu biasanya
diperolehi dari peperiksaan yang dijalankan secaa sah dan keputusan itu dirujuk sebagai
pencapaian akademik bagi mereka yang mengambil peperiksaan tersebut. Pencapaian akademik
merupakan markah ataupun skor yang dicapai oleh pelajar-pelajar dalam sesuatu peperiksaan yang
rasmi( Kerlinger, 1973). Pencapaian akademik ini adalah merujuk kepada kemampuan seseorang
pelajar untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan yang dihdapinya. Wollmann (1969)
(dalam Ekeocha 1986) mendefinisikan pencapaian akademik sebagai pendidikan formal-tingkat
kecekapan yang dicapai oleh pelajar dalam bidang akademik atau persekolahannya. Kejayaan
akademik secara relatifnya adalah satu peringkat pencapaian yang tertinggi.

Kajian Literature
Mata pelajaran Matematik adalah satu mata pelajaran yang sangat mencabar bagi sesetengah
pelajar. Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) memerlukan kemahiran pembelajaran yang betul untuk
mendapat keputusan yang cemerlang sebelum keluar bekerja. Menurut Bloom (1956), sistem
pembelajaran di universiti lebih membebankan dari segi aras kesukaran kerana ilmu yang dipelajari
lebih mendalam dan teliti (Abu Hassan, 2001 dalam Soon Mey Che, 2004). Dalam erti kata lain,
hanya dengan mengamalkan gaya pembelajaran yang betul dan sistematik baru dapat menjamin
kejayaan yang cemerlang. Walaupun begitu banyak penakrifan yang telah diberikan, persoalan yang
timbul ialah bagaimana kita dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk seseorang
individu dan seterusnya membolehkan seseoarang itu mengeksploitasi gaya pembelajaran tersebut
kearah kaedah pembelajaran yang lebih berkesan. Seterusnya meningkatkan pencapaian mereka
dalam pelajaran di IPT. Bagi pelajar-pelajar di Politeknik, mereka seharusnya mengenalpasti gaya
pembelajaran yang sesuai dengan dirinya bagi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan
dan mengelakkan daripada tersenarai dalam kategori Kedudukan Bersyarat (KS) dan Kedudukan
Gagal dan Diberhentikan (GB) . Pelajar dalam kategori KS adalah pelajar yang memperolehi HPNM
1.60 – 2.00. Manakala untuk kategori GB pula adalah pelajar yang Mata pelajaran Matematik adalah
satu mata pelajaran yang sangat mencabar bagi sesetengah pelajar. Pelajar institut pengajian tinggi
(IPT) memerlukan kemahiran pembelajaran yang betul untuk mendapat keputusan yang cemerlang
sebelum keluar bekerja. Menurut Bloom (1956), sistem pembelajaran di universiti lebih
membebankan dari segi aras kesukaran kerana ilmu yang dipelajari lebih mendalam dan teliti (Abu
Hassan, 2001 dalam Soon Mey Che, 2004). Dalam erti kata lain, hanya dengan mengamalkan gaya
pembelajaran yang betul dan sistematik baru dapat menjamin kejayaan yang cemerlang. Walaupun
begitu banyak penakrifan yang telah diberikan, persoalan yang timbul ialah bagaimana kita dapat
mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk seseorang individu dan seterusnya
membolehkan seseoarang itu mengeksploitasi gaya pembelajaran tersebut kearah kaedah
pembelajaran yang lebih berkesan. Seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran
di IPT. Bagi pelajar-pelajar di Politeknik, mereka seharusnya mengenalpasti gaya pembelajaran
yang sesuai dengan dirinya bagi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan
mengelakkan daripada tersenarai dalam kategori Kedudukan Bersyarat (KS) dan Kedudukan Gagal
dan Diberhentikan (GB) . Pelajar dalam kategori KS adalah pelajar yang memperolehi HPNM 1.60 –
2.00. Manakala untuk kategori GB pula adalah pelajar yang

Hakikatnya, tiada perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal. Yang
membezakan di antara kedua-dua golongan ini adalah tahap kenalan diri. Felder (1996) dalam
kertas kerjanya, Matters of Style, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dari
segi kekuatan pendirian dan keutamaan dalam menerima dan memproses maklumat. Pembelajaran
boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan cara pemperosesan maklumat
yang berlaku dalam diri manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah pelajar hanya boleh melihat
sesuatu secara konkrit dan abstrak. Terdapat juga pelajar yang berminat dan cenderung untuk
belajar sendiri sedangkan ada yang lebih cenderung untuk belajar dalam kumpulan (Joyce & Weil
1980). Stail belajar yang diamalkan oleh murid mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik
mereka (Keefe 1991).

Gaya Pembelajaran Gaya pembelajaran merupakan corak atau kebiasaan cara belajar (Main,
1980). Ia melibatkan beberapa pola belajar seperti tahap penumpuan pelajar, ketelitian, sikap,
kesungguhan minat serta cara interaksi belajar dengan guru dan rakan-rakan (Biggs, 1989). Gaya
pembelajaran adalah motif dan strategi belajar yang didukung oleh pelajar dalam usaha mereka
untuk mencapai apa yang dicitakan (Bruner, 1993). Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya
pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan
memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru. Gaya pembelajaran merujuk kepada
syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan (Hunt, 1981). Di
samping itu, ianya juga melibatkan perancangan dan sistem belajar seperti penetapan masa belajar,
cara membuat nota, menyusun bahan-bahan pembelajaran penting, cara mengulang kaji isi dan
tajuk-tajuk pelajaran, membuat dan menyiapkan tugasan serta matlamat belajar yang dilakukan
sama ada secara sistematik atau sebaliknya. Selain itu, gaya belajar merupakan cara seseorang
individu memahami semasa menerima dan memproses maklumat dan pengetahuan yang akhirnya
mewujudkan perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

Definisi
Gaya pembelajaran secara umumnya merujuk kepada cara atau stail pembelajaran seseorang
individu. Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran merupakan suatu cara bagaimana
seseorang pelajar itu memberi tumpuan atau mengambil tindakan dalam usaha untuk memproses
dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru.

Beberapa perspektif dan gaya pembelajaran yang berlainan telah dikemukakan oleh pakar pendidik
dan pengkaji dalam masa setengah abad yang lepas. Terdapat model-model gaya pembelajaran
yang mengambil kira dimensi personaliti (Milkin, 1954; Mayers, 1978), ada yang memfokuskan
pemprosesan maklumat (Schmeck, 1983); Kolb, 1984), ada yang membawa dimensi interaksi sosial
pelajar (Reichmann & Grasha, 1974), ada juga model-model yang multi-dimensi dan menekankan
kecenderungan cara pengajaran dan kecenderungan persekitaran (Keefe, 1989; Dunn & Dunn,
1978) dan ada juga yang memfokuskan penekanan yang lebih kepada perbezaan gaya
pembelajaran oleh setiap individu yang berbeza (Selmes, 1987).

Dunn & Dunn mendifinisikan gaya pembelajaran sebagai cara seseorang pelajar memproses serta
mengekalkan maklumat baru (Dunn, 1980). Gaya pembelajaran bergantung kepada ciri-ciri biologi
dan perkembangan sahsiah seseorang dan ia dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh
sosial serta perasaan individu. Akibatnya sesuatu pengajaran boleh jadi berkesan bagi seorang
pelajar tetapi tidak berkesan bagi pelajar yang lain kerana gaya pembelajaran mereka berbeza.
Gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh kolb menggambarkan empat model pembelajaran yang
asas hasil daripada gabungan pengalaman pelajar dan keperluan persekitaran (Kolb, 1985). Beliau
berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, semua pelajar yang berkesan perlu berkebolehan
dalam aspek pengalaman konkrit (concrete experience), pemerhatian reflektif (reflective
observation), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization) dan eksperimentasi aktif (active
experimentation)Model Gaya Pembelajaran Felder-Silverman mengelaskan gaya pembelajaran
mengikut lima dimensi iaitu persepsi, input, organisasi, pemprosesan dan kefahaman (Felder, 1993).

Oleh itu, dalam kajian ini mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai sesuatu yang berbeza
mengikut kecenderungan dan kebolehan pelajar itu sendiri dalam usaha mencari kekuatan masing-
masing. Pelajar perlu mempunyai daya saing yang tinggi disamping dorongan guru untuk
memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Gaya Pembelajaran Selmes


Kebanyakan model gaya pembelajaran menekankan kepada teknik mengambil nota dan menjawab
peperiksaan. Dalam teknik ini ia tidak menggambarkan bagaimana sesuatu proses pembelajaran itu
berlaku. Dalam pembelajaran yang diperkenalkan oleh Selmes (1987), beliau memperkenalkan
perspektif yang agak berbeza mengenai gaya pembelajaran iaitu memberi penekanan yang lebih
kepada perbezaan gaya pembelajaran oleh setiap individu yang berbeza. Gaya pembelajaran yang
beliau cadangkan berasaskan kepada konsep pembelajaran berdikari, unsur persaingan antara
murid, penghasilan kerja berkualiti, usaha yang gigih dan pembelajaran yang terancang. Alat kajian
yang digunakan bagi mengukur gaya pembelajaran murid dinamakan Inventori Pembelajaran di
Sekolah. Terdapat lima gaya pembelajaran yang telah dikemukakan oleh Selmes iaitu gaya
pembelajaran permukaan (surface learning style), gaya pembelajaran mendalam (deep learning
style), gaya pembelajaran terancang (organized learning style), gaya pembelajaran gigih usaha
(hardwork learning style) dan gaya pembelajaran dorongan (motivational learning style).

Gaya Pembelajaran Permukaan (Surface Learning Style) Gaya pembelajaran permukaan merujuk
kepada gaya pembelajaran pelajar yang hanya melaksanakan pelajaran selepas diarahkan orang
lain, bergantung sepenuhnya kepada guru dan tidak memahami pelajaran secara mendalam.
Mereka menghafal fakta-fakta yang dipelajari dan menganggap fakta-fakta ini tidak berkait antara
satu sama lain. Dalam kajian ini, gaya pembelajaran permukaan adalah merujuk kepada sikap
bergantung kepada arahan orang lain untuk membuat sesuatu tugasan seperti diukur oleh inventori
Selmes.

Gaya Pembelajaran Mendalam (Deep Learning Style)


Gaya pembelajaran mendalam adalah merujuk kepada sikap ingin tahu dengan lebih mendalam
ilmu yang dipelajari. Gaya pembelajaran mendalam menggambarkan pelajar mencari makna tersirat
untuk mengaitkan konsep-konsep yang dipelajari. Mereka menunjukkan minat yang tinggi terhadap
kandungan pelajaran dan suka memahaminya secara mendalam. Dengan itu, pelajar dapat
mengaitkan maklumat baru dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada (Selmes, 1987).
Dalam kajian ini, gaya pembelajaran mendalam Gaya pembelajaran mendalam adalah merujuk
kepada sikap ingin tahu dengan lebih mendalam ilmu yang dipelajari. Gaya pembelajaran mendalam
menggambarkan pelajar mencari makna tersirat untuk mengaitkan konsep-konsep yang dipelajari.
Mereka menunjukkan minat yang tinggi terhadap kandungan pelajaran dan suka memahaminya
secara mendalam. Dengan itu, pelajar dapat mengaitkan maklumat baru dengan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada (Selmes, 1987). Dalam kajian ini, gaya pembelajaran mendalam

Gaya Pembelajaran Gigih Usaha (Hardwork Learning Style)


Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran ini menunjukkan mereka berusaha bersungguh-
sungguh dalam pembelajaran tanpa sebarang arahan daripada pihak lain untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang. Mereka berusaha sendiri mencari alternatif lain untuk meningkatkan kefahaman
seperti membuat nota sendiri, membuat ulangkaji dan latihan tambahan serta cuba menyelesaikan
masalah yang rumit (Selmes, 1987). Dalam kajian ini, gaya pembelajaran gigih usaha merujuk
kepada kesungguhan pelajar dalam menuntut ilmu seperti diukur oleh inventori Selmes.

Gaya Pembelajaran Terancang (Organized Learning Style)


Gaya pembelajaran terancang bercirikan pelajar merancang masa belajar dengan berkesan,
menyusun kandungan pelajaran secara sistematik dan merangka jawapan sebelum menjawab
soalan peperiksaan (Selmes, 1987). Dalam kajian ini, gaya pembelajaran terancang merujuk kepada
perancangan yang teliti terhadap aktiviti pembelajaran seperti diukur oleh inventori Selmes.

Gaya Pembelajaran Dorongan (Motivational Learning Style)


Pelajar-pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran dorongan biasanya berkecenderungan
bekerja keras dalam pembelajaran mereka dan didorong untuk belajar melalui motivasi dalaman
(intrisisk) dan luaran (ekstrinsik). Mereka risau apabila ketinggalan dalam pelajaran dan sentiasa
ingin bertanding dengan rakan-rakan yang berkebolehan, di mana pelajar tersebut akan berusaha
untuk berjaya dalam pembelajaran (Selmes, 1987). Dalam kajian ini, gaya pembelajaran dorongan
merujuk kepada galakan daripada guru, rakan dan diri sendiri seperti diukur oleh inventori Selmes.
Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik.

Penyelidik-penyelidik lepas menggunakan pelbagai inventori gaya pembelajaran dalam kajian-


kajian mereka untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Antara
inventori gaya pembelajaran yang digunakan ialah Inventori Gaya Belajar Dunn, Dunn dan Price
(1985), Inventori gaya Pembelajaran Selmes (1987), Inventory of Processes, Inventori Gaya
Pembelajaran Kolb (1995) dan banyak lagi. Kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak Habib dan
Rashidi Azizan (1997) untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
Sains dan Matematik sekolah menengah rendah, tiga gaya pembelajaran telah dikemukakan dalam
kajian tersebuat iaitu gaya motivasi, gaya mendalam dan gaya permukaan yang diambil dari
Inventori Gaya Pembelajaran Selmes (1987). Sampel kajian terdiri daripada 539 orang pelajar
tingkatan 4 di 20 buah sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau mendapati hasil kajian
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga gaya pembelajaran. Gaya
motivasi dan mendalam mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian sains dan
matematik manakala gaya permukaan mempunyai hubungan yang negatif. Hasil dapatan juga
menunjukkan gaya motivasi dan gaya mendalam dapat meningkaykan pencapaian akademik.

Dalam kajian untuk melihat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam
matapelajaran Bahasa Arab yang telah dijalankan oleh Misnan Jemali (1999) di mana beliau juga
turut menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah (Selmes 1987). Inventori tersebut telah
diubahsuai kepada empat gaya pembelajaran. Keempat-empat gaya pembelajaran itu ialah gaya
hafalan, gaya perbincangan, gaya latihan dan gaya motivasi.

Sampel kajian terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan empat di enam buah sekolah di negeri
Perak. Dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar cemerlang adalah
gaya motivasi dan gaya hafalan. Sementara pelajar lemah mengamalkan gaya motivasi dan
perbincangan semasa mempelajari matapelajaran Bahasa Arab.

Kajian untuk menentukan hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian
Matematik Tambahan pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah menegah di Kuala Terengganuyang
telah dijalankan oleh Norlia et al (2006) turut menggunakan menggunakan Inventori Pembelajaran di
Sekolah oleh Selmes (1987) yang mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu gaya mendalam,
gaya permukaan, gaya terancang dan gaya gigih usaha. Gaya kelima pembelajaran , gaya
dorongan telah diubahsuai untuk mengukur dorongan motivasi dalaman dan luaran. Hasil dapatan
menunjukkan pencapaian Matematik Tambahan mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran
mendalam, gigih usaha dan terancang. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran mendalam dengan motivasi dalaman. Implikasi dari kajian ini ialah faktor motivasi
memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
pelajar. Kajian Azrul dan Saifuddin (2010), ke atas 297 orang pelajar semester satu Diploma
Kejuruteraan di Politeknik Mukah, Sarawak juga menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah
oleh Selmes (1987). Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa kebanyakan pelajar mengamalkan
keempat-empat gaya pembelajaran. Analisis kajian turut menemukan hubungan yang signifikan di
antara gaya pembelajaran dengan motivasi.

Dalam kajian untuk mengenal pasti tahap pencapaian akademik dan gaya pembelajaran di kalangan
pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampel
kajian seramai 97 orang pelajar tingkatan 4 dari aliran teknik. Dapatan kajian menunjukkan tiada
korelasi di antara pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran pelajar (Asiah Periekutty, 1999).
Dalam kajian yang dilakukan oleh Norihan Abu Hassan (2001) mendapati tidak wujud perbezaan
gaya pembelajaran antara pelajar pandai, sederhana dan lemah dalam matematik. Dapatan ini
memberi implikasi bahawa kesan positif gaya pembelajaran adalah sama ke atas semua pelajar
walaupun mereka mempunya keupayaan yang berbeza. Dapatan kajian Megowan (1998), ke atas
68 orang pelajar Afrika Amerika dari fakulti Teknologi Perindustrian di Universiti Mississippi
menunjukkan tidak terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Dapatan
yang sama juga diperolehi oleh Cavanagh dan Stephen (1995) dalam kajian mereka ke atas 192
pelajar jururawat yang menggunakan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb. Beliau mendapati bahawa
tiada hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian.

Dalam satu kajian mengenai stail pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar SPH di UTM, kampus
Skudai dan kaitannya dengan peperiksaan semester yang telah dijalankan oleh Amilia (1997)
mendapati bahawa stail pembelajaran pelajar tidak mempunyai perhubungan dengan keputusan
peperiksaan semester. Seramai 100 orang pelajar tahun 4 dan 5 telah dipilih sebagai responden
kajian ini. Stail pembelajaran telah diukur dengan menggunakan stail yang dikemukakan oleh
Warren (1974) iaitu stail pem belajara bekerjasa a , berdikari ,

berga tu g , e yertai , berta di g da e gelak . Dapatan kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian
Hamzah Nun (1999) ke atas pelajar dari lima buah fakulti ( Fakuti Alam Bina, Fakulti Sains Komputer
dan Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber

Asli, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) UTM,Skudai yang menggunakan set
soal selidik Honey dan Mumford (1992 ). Didapati bahawa nilai ujian Anova bagi menguji sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan CPA semasa ialah F
(3.289) = 0.536, p<0.585. Keputusan ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran antara pelajar
yang memperolehi CPA rendah, sederhana, tinggi dan cemerlang Asli, Fakulti Pendidikan dan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) UTM,Skudai yang menggunakan set soal selidik Honey dan
Mumford (1992 ). Didapati bahawa nilai ujian Anova bagi menguji sama ada terdapat perbezaan
yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan CPA semasa ialah F (3.289) = 0.536,
p<0.585. Keputusan ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran antara pelajar yang memperolehi
CPA rendah, sederhana, tinggi dan cemerlang

Dunn (1979) membuat kajian ke atas 100 orang pelajar yang diajar dengan gaya pembelajaran yang
sesuai. Beliau mendapati pelajar-pelajar tersebut menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam
ujian dan pengetahuan tentang fakta berbanding dengan pelajar yang tidak diberi pendedahan
tentang gaya pembelajaran. Oleh itu, ini pula menunjukkan bahawa gaya pembelajaran mempunyai
hubungan yang signifikan dengan pancapaian akademik. Hasil kajian Hii Siong Ting (2006) yang
menggunakan soal selidik Dunn (1978) juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara gaya pembelajaran pelajar bagi eleman kecekalan berdasarkan tahap pencapaian akademik
iaitu CPA tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar bagi
elemen-elemen lain dalam kategori persekitaran dan kategori emosional berdasarkan pencapaian
akademik iaitu CPA. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar
dari tiga buah madrasah di Singapura ( Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan
Al- Irsyad Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Solomon Index of Learning Styles
mendapati secara keseluruhanya, tiada perbezaan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran
pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana ataupun yang rendah.

Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Motivasi


Gaya pembelajaran mempunyai kesan yang besar terhadap motivasi pelajar. Ini dapat dilihat melalui
kajian yang dijalankan oleh Norlia et al. (2006) yang menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara gaya pembelajaran mendalam dengan motivasi dalaman. Pelajar yang tidak
mempunyai gaya pembelajaran yang betul akan mengalami kemerosotan dalam pencapaian
akademik jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di Universiti
(Baharin Abu, 2003). Akibatnya, ramai pelajar yang kurang berjaya atau gagal mencapai keputusan
cemerlang.
Kajian mengenai pengaruh gaya pembelajaran terhadap motivasi dan pencapaian akademik pelajar
oleh Kamaruddin et al. (2009) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran dengan motivasi. Motivasi adalah kunci kejayaan. Pelajar yang bermotivasi tinggi
adalah lebih fokus dan juga lebih banyak mengambil risiko dalam situasi pembelajaran. (Krashen,
1981). Dunn, R. dan Dunn, K. dalam bukunya yang berjudul Teaching Students Through Their
Individual Learning Styles dalam (Naina,2000) menyatakan kekaguman mereka apabila mendapati
adanya begitu banyak penulisan pada tahun 1970an yang menyokong pendapat bahawa setiap
murid belajar mengikut cara-cara yang tersendiri, berbeza dengan rakan sebayanya. Berdasarkan
data yang diperolehi hasil dari kajian mereka mengenai cara-cara bagaimana kanak-kanak dan
orang dewasa belajar, Dunn dan Dunn mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 18 kategori
berdasarkan unsur-unsur asas yang kemudiannya diklasifikasikan kepada empat perkara sahaja
berdasarkan rangsangan. Motivasi adalah salah satu unsur dalam rangsangan emosional.

Definisi Motivasi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), motivasi bermaksud keinginan yang keras atau
semangat yang kuat pada diri seseorang yang medorongnya untuk melakukan sesuatu dengan
tujuan untuk mencapai kejayaan. Definisi kedua dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) ialah
sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha untuk melakukan sesuatu dengan
penuh minat. Motivasi ialah satu keadaan yang mana individu atau kumpulan berusaha
menggerakkan tingkah laku atau satu dorongan yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan
insentif tertentu (Mohd Azhar, 2004). Oleh itu, manusia akan terdorong menjadi lebih kreatif apabila
ada motivasi dalam diri yang terhasil dari minat, kepuasan dan cabaran Menurut Kamus Dewan
Edisi Ketiga (1996), motivasi bermaksud keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri
seseorang yang medorongnya untuk melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan.
Definisi kedua dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) ialah sesuatu yang membuat atau
mendorong seseorang berusaha untuk melakukan sesuatu dengan penuh minat. Motivasi ialah satu
keadaan yang mana individu atau kumpulan berusaha menggerakkan tingkah laku atau satu
dorongan yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan insentif tertentu (Mohd Azhar, 2004). Oleh
itu, manusia akan terdorong menjadi lebih kreatif apabila ada motivasi dalam diri yang terhasil dari
minat, kepuasan dan cabaran

Motivasi Dalaman (Intrisik) Motivasi Intrisik atau Motivator ialah motivasi yang berkait dengan faktor
dalaman yang timbul dari dalam diri seseorang individu. Motivasi ini timbul daripada keinginan diri
sendiri untuk mencapai matlamat seperti potensi diri dan dan keseronokan (Teo Letty @ Farina,
2001). Manusia bertingkah laku demi kepentingan aktiviti dan bukan mempunyai sebarang tunjuan
demi mendapatkan anugerah atau ganjaran luaran. Motivasi intrisik lebih kepada memenuhi
kompetensi dan keperluan diri. Motivasi intrisik ada pada seseorang pelajar apabila dia belajar
semata-mata untuk menguasai ilmu pengetahuan bukan kerana motif lain seperti pujian, nilai yang
tinggi, atau hadiah. Motivasi itu ada pada seseorang pelajar apabila ia memerlukan sesuatu dari apa
yang ia pelajari. Kesedaran tentang kepentingan terhadap apa yang dipelajari adalah sangat penting
bagi motivasi intrisik.

Motivasi Luaran (Ekstrinsik)


Dikenali juga sebagai motivasi Hygiene yang berkait dengan faktor-faktor dorongan luaran yang
menyebabkan individu tersebut menceburi diri dalam sesuatu aktiviti. Contohnya hadiah, pujian dan
perhatian (Teo Letty @ Farina, 2001). Motivasi ekstrinsik adalah dorongan untuk melakukan sesuatu
kerana adanya perangsang dari luar diri individu. Contohnya ialah untuk mendapatkan nilai yang
tinggi, kelulusan dan kedudukan dalam status sosial. Motivasi ekstrinsik sangat diperlukan dalam
pembelajaran.
Metodologi
Bab ini akan membincangkan mengenai metodologi kajian dalam menjalankan kajian hubungan
motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik kejuruteraan. Antara aspek-aspek yang
dibincangkan dalam bab ini ialah rekabentuk kajian, lokasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian
dan kajian rintis. Metodologi kajian merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi mendapatkan
maklumat yang berguna untuk mencapai sesuatu matlamat penyelidikan. Menurut Chua (2006),
metodologi kajian ialah kaedah atau pendekatan yang dipilih untuk menjalankan kajian di mana ia
dapat menerangkan tentang bagaimana sesuatu kajian dijalankan.

Rekabentuk Kajian
Kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lintas
lalu dengan sekali kutipan data melalui edaran soal selidik (Mohd Najib, 2003). Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk korelasi. Kajian Korelasi melihat atau
mengukur hubungkait antara dua pemboleh ubah. Ia menerangkan kekuatan kaitan dan juga sama
ada ia signifikan atau tidak (Mohd. Najib, 1999). Kajian ini meninjau Hubungan Motivasi, Gaya
Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Kejuruteraan. Alat penyelidikan ini telah diuji kesahan
dan kebolehpercayaan terlebih dahulu dalam kajian rintis. Usaha ini dijalankan untuk memastikan
alat kajian tersebut sesuai digunakan dalam kajian ini.

Populasi dan Sampel Kajian


Kajian ini dijalankan di salah sebuah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Dalam kajian
ini populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan di salah sebuah
Politeknik KPT yang mengambil mata pelajaran Matematik Kejuruteraan. Sampel yang dipilih adalah
melibatkan para pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik Kejuruteraan

5 (BA601) semester Dis 2014 di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak . Persampelan rawak berstrata
digunakan untuk memastikan tidak berlaku bias dalam pemilihan sampel dan setiap sampel dari
populasi kajian mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel kajian. Untuk
menentukan saiz sampel, penyelidik merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel yang
disediakan oleh Krejcie & Morgan (1970) seperti dalam jadual 3.1. Oleh kerana jumlah populasi
kajian adalah sebanyak 550 orang, maka jumlah sampel bagi kajian ini adalah 226 orang.

Jadual 3.1: Penentuan Saiz Sampel

N is populatio size

“ is sa ple size. Sumber : Krejcie dan Morgan (1970)

Instrumen Kajian
Intstrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A
mengandungi maklumat demografi pelajar dan Bahagian B ialah soal selidik Inventori Pembelajaran
di Sekolah dalam Norlia et al. (2006). Soal selidik ini diubahsuai dari Inventori Pembelajaran di
Sekolah yang telah dilaksanakan oleh Selmes (1987)dan Norlia et al (2006). Nilai kebolehpercayaan
yang diperolehi dari kajian tersebut ialah 0.8185. Inventori asal mengandungi 57 item yang
mengemukakan lima gaya pembelajaran, iaitu gaya mendalam, permukaan, dorongan, terancang
dan gigih usaha dan telah diubahsuai oleh penyelidik mengikut kesesuaian persekitaran kajian.
Untuk kajian ini, penyelidik hanya Intstrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan terdiri
daripada dua bahagian iaitu Bahagian A mengandungi maklumat demografi pelajar dan Bahagian B
ialah soal selidik Inventori Pembelajaran di Sekolah dalam Norlia et al. (2006). Soal selidik ini
diubahsuai dari Inventori Pembelajaran di Sekolah yang telah dilaksanakan oleh Selmes (1987)dan
Norlia et al (2006). Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi dari kajian tersebut ialah 0.8185.
Inventori asal mengandungi 57 item yang mengemukakan lima gaya pembelajaran, iaitu gaya
mendalam, permukaan, dorongan, terancang dan gigih usaha dan telah diubahsuai oleh penyelidik
mengikut kesesuaian persekitaran kajian. Untuk kajian ini, penyelidik hanya

Jadual 3.2: Dimensi Gaya Pembelajaran

Bil Gaya Pembelajaran

Item

1 Gaya Pembelajaran Permukaan

2 Gaya Pembelajaran Mendalam

3 Gaya Pembelajaran Terancang

4 Gaya Pembelajaran Gigih Usaha

5 Motivasi Dalaman (Intrisik)

6 Motivasi Luaran (Ekstrinsik)

Penyelidik memilih alat kajian ini adalah berdasarkan penggunaannya yang meluas dan telah diguna
pakai oleh penyelidik luar dan dalam negara. Alat kajian ini juga sesuai dengan keadaan yang
dialami di sekolah dan di Politeknik. Ianya boleh digunakan untuk mengenal pasti gaya
pembelajaran pelajar bagi sesuatu matapelajaran terutama matapelajaran Matematik Kejuruteraan.
Alat kajian ini juga telah digunakan oleh pengkaji tempatan seperti Abdul Razak dan Rashidi (1997)
dan Noriha (2001). Kesemua item-item soal selidik yang dikemukakan akan dapat menjawab
persoalan dalam kajian ini. Bagi item yang dikemukakan, responden perlu memberi maklum balas
berdasarkan skala Likert yang disediakan. Skala tersebut merujuk kepada maklum maklum balas
persetujuan responden terhadap item yang yang dikemukakan. Menurut Bordens dan Abbott (2002),
skala Likert sesuai digunakan untuk kajian yang berbentuk pengukuran dan pandangan. Oleh itu,
penyelidik memilih skala Likert 4 mata seperti dalam jadual 3.3. Pencapaian Matematik Kejuruteraan
pelajar adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir semester bagi modul Matematik
Kejuruteraan 4 sesi Jun 2014. Gred yang diperkui oleh Bahgian Peperiksaan dan Penilaian
Politeknik ialah gred A, A-, B+, B, C+, C yang diakui sebagai status lulus dan gred D, D-, E+, E, E-
dan F yang diakui sebagai status gagal. Soalan peperiksaan akhir adalah selaras dan melalui
proses yang ketat, mengikut akta rahsia dan berkualiti. Soalan disediakan oleh Bahagian
Peperiksaan dan Penilaian Politeknik, KPT.

Jadual 3.3: Format Skala Likert

Skor

Persepsi
1 Sangat Tidak Setuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Setuju (S)

4 Sangat Setuju (SS)

You might also like